Selasa, 1 Mei 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pendedahan Skandal seks Azmin Ali!

Posted: 30 Apr 2012 09:11 PM PDT


Baca di sini dan di sini

Gempar - Ibrahim Ali Dijumpai Merayau-Rayau Di Depan Rumah Orang

Posted: 30 Apr 2012 08:48 PM PDT

Ibrahim Ali Katak berwarna merah yang ditemui anak Kamsah, Mohd Fakrul Ikwan di halaman rumah mereka, semalam

MARANG – Sebuah keluarga yang tinggal berdekatan bangunan rumah kedai Majlis Daerah Marang (MDM) di Wakaf Tapai dekat sini, terkejut apabila anak mereka yang berumur sembilan tahun menemui spesies baru Ibrahim Ali katak berwarna merah di halaman rumah mereka.

Menurut ibu kanak-kanak terbabit, Kamsah Ludin, 38, sejak tinggal di kawasan berkenaan beberapa tahun lalu, dia tidak pernah menemui Ibrahim Ali katak sebegitu.

"Kami terkejut selepas Mohd Fakrul Ikwan (anak) memberitahu ada seekor Ibrahim Ali katak berwarna merah di halaman rumah.


"Selepas haiwan seberat lebih kurang 15 gram itu berjaya ditangkap bapanya, kami menyimpannya di dalam sebuah bekas," katanya.


Menurut Kamsah, Ibrahim Ali katak kecil sepanjang kira-kira dua sentimeter dan berwarna merah itu kelihatan amat menarik.

"Tertarik dengan warnanya, kami menyimpannya untuk tatapan mereka yang ingin melihatnya," katanya semalam.

Maklumat yang diperoleh daripada beberapa laman web di internet semalam, mendapati Ibrahim Ali katak berwarna merah itu ada persamaan dengan spesies Ibrahim Ali katak merah ditemui di Costa Rica, Brazil berdasarkan warna dan bentuknya.

Bagaimanapun, laman web indonesia.mongabay.com itu tidak mengandungi maklumat lanjut dan terperinci mengenai Ibrahim Ali katak merah yang dinamakan sebagai 'Ibrahim Ali Katak Merah Kosta Rika' itu.

Selain itu, dalam Biology–blog.com, blogger terbabit menyifatkan spesies itu berasal dari pergunungan Haiti, Hawaii dengan nama saintifiknya 'Eleutherodactylus audanti'.

Namun, maklumat terperinci mengenai spesies Ibrahim Ali katak merah itu juga tidak dinyatakan lebih lanjut.

Mengulas lanjut, Kamsah berkata, dia akan menyimpan haiwan amfibia itu dan bersedia memberikan jika ada pihak yang ingin mengkaji spesies Ibrahim Ali baru ditemui itu.


Ketua cabang PKR Rasah ditahan

Posted: 30 Apr 2012 08:30 PM PDT

Naib presiden PKR N Surendran berkata seorang ketua cabang parti itu di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu operasi tengah malam tadi, dipercayai berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Surendran berkata, ketua cabang PKR Rasah, R Thangam itu ditahan di kediaman lelaki berkenaan di Seremban.

Katanya beliau bercakap dengan Thangam pada tengah malam dan diberitahu bahawa lelaki tersebut berada di dalam trak polis untuk dibawa ke balai polis Dang Wangi.

Surendran berkata, beliau percaya bahawa penahanan itu berkait dengan dakwaan bahawa Thangam mengalihkan penghadang yang dipasang polis di Dataran Merdeka ketika perhimpunan itu berlangsung.

Thangam ketika dihubungi Malaysiakini pada kira-kira jam 8 malam semalam berkata beliau telahpun mendengar khabar angin berhubung penahanan itu.

http://www.malaysiakini.com/news/196591

BERSIH 3.0 - Polis Mengganas Kerana Khabar Angin

Posted: 30 Apr 2012 07:29 AM PDT

Khabar angin polis meninggal punca amuk?

KUALA LUMPUR, 30 April: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendakwa 'amukan' pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0 Sabtu lalu berpunca daripada khabar angin kononnya seorang anggota mereka meninggal dunia dipukul peserta.

Menurut Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, beliau adalah salah seorang mangsa amukan itu yang didakwa dipukul lebih 50 anggota polis lewat petang Sabtu lalu.

Katanya, ketika beliau dipukul bertalu-talu, polis yang memukulnya itu mendakwa ada anggota polis meninggal dunia dipukul peserta Bersih 3.0.


"Antara yang mereka kata ada anggota polis mati kena pukul oleh demonstran.

Polis termakan hasutan ini sehingga bertindak di luar kewarasan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini berhubung kekerasan pihak polis terhadapnya.

Dalam laporan itu, Chegu Bard mendakwa dipukul ketika berada di kawasan Jalan Masjid India kira-kira jam 7 petang.

Ketika itu, beliau dan seorang lagi rakannya Sany sedang melihat anggota polis merosakkan dan menterbalikkan meja gerai peniaga yang ditutup di situ.

Tiba-tiba katanya, 10 anggota polis meluru ke arah mereka berdua dan terus memukul mereka tanpa bertanya apa-apa.

"Saya dipukul beberapa kali, kemudian diheret ke Jalan TAR dan dipukul lagi oleh anggota polis yang pakai uniform tapi tiada nombor polis atau tanda nama," katanya.

"Kemudian saya dibawa ke tempat kepungan di Dataran Merdeka dan di situ lebih teruk saya kena pukul. Saya muntah, telinga berdarah, hidung berdarah sampai saya tak larat dah.

"Kemudian datang dua orang pegang dan dirikan saya. Seorang anggota polis datang terus flying kick dada saya," tambahnya lagi.

Menurutnya juga, kepalanya turut berdarah dipercayai dipukul menggunakan objek keras.

Dalam keadaan separa sedar itu juga ujarnya, beliau dapat merasakan poketnya diseluk dan hanya menyedari duitnya lebih RM200 hilang ketika dibawa naik ke atas trak.

"Saya merayu, saya mintak maaf, tapi saya seperti bercakap kepada orang yang langsung tidak ada pertimbangan.

"Saya ingin bagitahu kepada anggota polis, kami bukan memusuhi kamu. Kamu juga adalah mangsa kepada keadaan ketakutan Umno BN," katanya.

Dipetik dari - http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9981-khabar-angin-meninggal-punca-polis-mengamuk?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter

Di Mana Hishamuddin Pada 28 April 2012?

Posted: 30 Apr 2012 05:10 AM PDT


Baca seterusnya di sini

'Apa salahnya Aziz, Wan Omar jadi ahli Umno?'

Posted: 30 Apr 2012 04:58 AM PDT

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak gesaan pembangkang supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan, kerana mereka dikatakan menjadi ahli Umno.

"Dalam kerajaan, ada juga ahli PAS, mereka tak aktif kerana kerajaan tidak benarkan mereka aktif," katanya dalam sidang media hari ini.

"Jadi apa yang salahnya dengan beberapa kakitangan kerajaan berkata mereka adalah ahli parti, tetapi mereka tak aktif?"

Beliau berkata demikian selepas melancarkan versi Melayu memoir beliau 'Doktor di Dewan: Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad'.

Dipetik dari - http://www.malaysiakini.com/news/196538

Tiada ulasan: