Ahad, 13 Mei 2012

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS

Posted: 13 May 2012 09:14 AM PDT

LIVE: Manchester City vs QPR

Posted: 13 May 2012 07:23 AM PDT

UMNO GUNA HARTA KERAJAAN MACAM HARTA MAK BAPAK DEPA

Posted: 13 May 2012 12:00 AM PDT




Inilah budaya UMNO.. Harta Kerajaan dianggap sebagai harta mak bapak mereka, baik pemimpin mahupun ahli-ahlinya.. Bagi mereka harta kerajaan itu harta UMNO oleh itu mereka boleh memperkudakannya sesuka hati mereka.



Bagi meramaikan hadirin diprogram sambutan ulangtahun UMNO di Kuala Lumpur, pihak UMNO negeri Terengganu dilaporkan telah mengguna kenderaan milik Kerajaan Negeri bagi mengangkut ahli UMNO keprogram itu..



Tanpa memperdulikan bahawa sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dimana dalam kerajaan itu perlu ada Pemerintah dan juga Pembangkang.. mereka menganggap apa saja harta milik kerajaan itu boleh digunakan mereka sesuka hati.



Apabila mereka menggunakan harta kerajaan iaitu kenderaan yang digunakan untuk mengangkut Ahli mereka ke perhimpunan itu sudah tentu segala kos pengangkutan termasuk minyak, tol, gaji pemandu dan juga penyelenggaraan kenderaan itu ditanggung oleh kerajaan yang dibentuk oleh pemerintah dan pembangkang.



Adakah mereka pernah mempertimbangkan samada perbuatan mereka itu diredhai oleh rakyat yang menyokong pembangkang?




*****************************************







KUALA TERENGGANU - Umno negeri Terengganu telah
menyalahgunakan berpuluh-puluh kenderaan kerajaan negeri Terengganu bagi
mengangkut para peserta ke program sambutan ulangtahun 66 tahun
penubuhan parti itu semalam di ibu negara Kuala Lumpur.







Ahli Jawatankauasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr
AzmanIbrahim kesal dengan tindakan parti itu yang sewenang-wenangnya
menggunakan harta rakyat seolah-olah harta tersebut milik Umno.



Menurutnya,
antara kenderaan tersebut adalah bas Jabatan hal Ehwal Agama Terengganu
digunakan untuk mengangkut peserta yang terdiri daripada kalangan
Pemuda Umno Batu Rakit.



Katanya, tindakan tersebut menunjukkan
Exco Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat menyalahgunakan
kedudukannya untuk kepentingan parti.



“Exco agama salah guna
harta kerajaan, demi mencapai hasrat kononnya menghimpunkan 100,000 
manusia di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan 66 tahun Umno semalam,



“Adun
Batu Rakit (itu) menyalahgunakan bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
untuk mengangkut pemuda-pemuda dari kawasan yang diwakilinya”ujarnya
ketika menghubungi Buletinonline.



Beliau yang juga Naib Yang
DiPertua PAS Setiu berkata, Khazan yang juga pimpinan Umno Setiu
sebagaimana biasa menyalah gunakan harta kerajaan.



Beliau
berkata, bas tersebut telah dikesan di sekitar Pusat Dagagan Dunia Putra
(Putra World Trade Centre – PWTC) pada Jumaat  11 Mei.



Menurutnya,
perkara yang sama turut dikesan di beberapa buah hotel disekitar ibu
Negara dimana beliau mendapati banyak kenderaan-kenderaan milik beberapa
Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu yang disalahgunakan.



Justeru
beliau menggesa kerajaan mendedahkan kepada rakyat kaedah dan peruntukan
mana yang membolehkan kenderaan kerajaan boleh dimanipulasi untuk
meramaikan manusia ke program Umno.



Katanya, Umno juga perlu
memperincikan sumber pendapatan mana yang digunakan menyewa
beratus-ratus bas swasta bagi tujuan yang sama.





Buletinonline


Sumber:
Anak Sungai Derhaka


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

URGENT !!! JANGAN TIDOQ PETANG NI..

Posted: 12 May 2012 10:10 PM PDT


Percayakah anda berbaris panjang semata-mata nak bayar tol adalah kerja tolol jadi berikanlah sokongan supaya tol dihapuskan maka kita tak akan ditololkan lagi.

Pelbagai pihak terus mendesak kerajaan memansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan dengan alasan ia membebankan rakyat dan tidak lagi relevan.

Ketua Koordinator JINGGA 13 Fariz Musa berkata, tindakan kerajaan Pusat pimpinan BN terus mempertahankan operasi kedua-dua plaza tol itu bertujuan memindahkan beban kos pembinaan pembesaran RM357 juta kepada rakyat.

Bagaimanapun, NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu mendakwa, keuntungan berlipat kali ganda terus dikaut daripada pungutan tol tanpa rasa bersalah.

NONE"Menjadi tanggungjawab kepada kerajaan memberikan kemudahan yang terbaik kepada rakyat termasuk lebuh raya dan bukannya bersikap membebankan rakyat yang harus membiayai setiap kos malah turut berdepan dengan kenaikan harga tol, kenaikan harga barang keperluan dan makanan termasuk kenaikan harga petrol," katanya.

Justeru, kata Fariz, JINGGA 13 menyokong penuh penganjuran perhimpunan membantah tol itu di plaza tol Batu Tiga dekat Shah Alam anjuran Pakatan Rakyat Selangor esok.

Desakan itu juga bagaimanapun menariknya dikongsi bersama lebih 200 penyokong BN yang sudah berhimpun di plaza tol Sungai Rasau bagi menuntut perkara sama semalam.

azlanPerhimpunan Pakatan Selangor esok dijadual berlangsung di plaza tol Sungai Rasau pada awal petang.

Sementara itu, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) pula menyokong perhimpunan esok kerana mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk "penindasan dan perniagaan" atas titik peluh rakyat.

Presidennya Saifuddin Shafi Muhammad berkata, selepas hampir 20 tahun beroperasi, kadar kutipan tol di kedua-dua plaza tol itu mencecah hampir dua kali ganda dan kebenaran mengutip tol kepada konsesi diberikan sehingga 2018.

"Ini bermakna ratusan ribu rakyat terpaksa menanggung beban berterusan selama lebih kurang enam tahun lagi dan ini berlawanan dengan tanggungjawab sebenar kerajaan untuk menyediakan prasarana percuma dan berkualiti kepada rakyat," katanya.

MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: CUCUK

Posted: 12 May 2012 06:00 PM PDT



Satu hari di dalam kelas…

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian.
Satu hari kat kelas agama, dia tido je cam biasa.

Ustazah pun tanya soalan"Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?".

Takde sape jawab. Ada lar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cucuk bontot Aminah dengan jarum, Aminah pun menjerit "MAK!!"

Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik.

Ustazah tanya lagi soalan."Sape pencipta alam dan segalanya?"Budak tu cucuk lagi dengan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!"

Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik.

Pastu ustazah pun tanya lagi soalan."Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?"

Budak tu cucuk lagi.

Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cucuk bontot aku pakai benda tu lagi siap!!"

Ustazah terperanjat dan terus pengsan.



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Demi untuk meramaikan Majlis Sambutan Hari UMNO, UMNO hina Perlembagaan Malaysia

Posted: 12 May 2012 04:00 PM PDT




Tahukah anda?? Dengan menghantar surat jemputan kepada Mahasiswa untuk ke Majlis Sambutan Hari UMNO yang berada di dalam Kampus, UMNO telah menghina Perlembagaan Malaysia.



Ini kerana demi untuk mengekalkan kesuburan akademik dan memastikan Universiti
kekal sebagai pusat perkembangan ilmu, maka tegahan dan larangan untuk
mana-mana parti politik luar untuk masuk ke dalam kampus tetap
dikekalkan dalam AUKU yang telah di bahaskan dan dipinda dalam Parlimen.



Hanya pelajar yang dibenarkan melibatkan diri dengan politik kepartian
di luar kampus, bukannya parti politik luar yang masuk ke dalam kawasan
kampus universiti.



Itulah sikap sebenar pemimpin-pemimpin UMNO Baru yang mahu membuktikan kepada Najib bahawa beliau mendapat sambutan rakyat walau kemana beliau pergi..



Segalanya mereka langgar, hatta undang-undang yang telah dibahaskan dan diluluskan di Parlimen sendiri.



Jika hanya kerana mahu menunjukkan kepada Najib dan juga rakyat Malaysia bahawa UMNO masih disokong kebanyakkan rakyat Malaysia mereka melanggar Perlembagaan Negara.. apa agaknya yang mereka sanggup lakukan untuk mengekalkan kuasa??




****************************************




Kenyataan media oleh Presiden
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2010/2011



Isu keterlibatan mahasiswa dalam politik kepartian khususnya di arena
politik tanah air mendapat liputan yang sangat meluas, khususnya selepas
isu penahanan empat orang pelajar UKM ketika kempen Pilihanraya Kecil
Parlimen Hulu Selangar sebelum ini.  Perbicaraan terhadap keempat-empat
pelajar tersebut menyaksikan mereka memenangi kes di mahkamah, kerana
berjaya mewujudkan keraguan terhadap Perkara 15 AUKU, dengan
Perlembagaan Malaysia.



Kesinambungan daripada isu tersebut,
mahasiswa mula menunjukkan kebangkitan untuk menuntut hak mereka,
apabila mereka secara langsung dapat menyaksikan bahawa selama ini hak
mereka dinafikan oleh suatu klausa di dalam AUKU, yang menyaksikan
percanggahan antara AUKU dengan Perlembagaan Malaysia.



Sehubungan
dengan itu, pada bulan Mac sehingga April yang lalu, perbahasan panjang
mengenai perkara ini diparlimen telah berlangsung, yang menyaksikan
akhirnya AUKU telah dipinda, dan halangan kepada mahasiswa untuk
berpartisipasi dalam politik kepartian, akhirnya berjaya dipinda.



Perenggan 15 (2)(c) telah digugurkan yang mana sebelum ini melarang
untuk mana-mana pelajar daripada bertanding bagi atau memegang apa-apa
jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan, atau kumpulan
pelajar di dalam kampus, sekiranya memegang sesuatu jawatan dalam
sesebuah parti politik.



Perkara ini kemudiannya telah diluluskan
dan dinyatakan dalam ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang
tersebut oleh Menteri Pengajian Tinggi di Parlimen baru-baru ini.



Namun, demi untuk mengekalkan kesuburan akademik dan memastikan
Universiti kekal sebagai pusat perkembangan ilmu, maka tegahan dan
larangan untuk mana-mana parti politik luar untuk masuk ke dalam kampus
tetap dikekalkan.  Hanya pelajar yang dibenarkan melibatkan diri dengan
politik kepartian di luar kampus, bukannya parti politik luar yang masuk
ke dalam kawasan kampus universiti
.



Namun, pihak PMUKM agak
terkejut, kerana setelah undang-undang ini digazetkan, ia seolah-olah
dipandang enteng dan diambil mudah oleh sesetengah pihak berkaitan isu
ini.  Hal ini kerana, bertarikh 8 Mei 2012, PMUKM telah menerima
jemputan rasmi daripada UMNO Malaysia, yang dinamakan kepada EXCO MPP
PMUKM untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari UMNO ke-66 pada 11 Mei 2012
(Jumaat), pada jam 7:00 petang bertempat di Stadium Nasional Bukit
Jalil, Sri Petaling, Kuala Lumpur.



Perkara ini dipandang dengan serius,
kerana tindakan terbuka UMNO Malaysia ini dilihat dengan angkuhnya
menghina Perlembagaan Malaysia, kerana melakukan tindakan yang
membelakangi perlembagaan yang telah disahkan di parlimen.  Seperti yang
dinyatakan di atas, tegahan dan larangan untuk mana-mana parti politik
untuk masuk ke dalam mana-mana kampus, masih dikekalkan.



Timbul
sedikit persoalan dari pihak kami berkenaan surat jemputan ini, adakah
pindaan undang-undang AUKU ini hanya sekadar kosmetik untuk menarik
sokongan anak muda, atau ada agenda tertentu, khususnya menjelang
pilihanraya umum yang akan berlansung hanya beberapa ketika daripada
sekarang.  Maka untuk mengukuhkan dakwaan ini, kami lampirkan bersama
bukti surat jemputan tersebut di sini.



Justeru, kami memohon agar
pihak Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya, dan seluruh universiti
di Malaysia amnya untuk tidak bersikap sambil lewa dan hanya memandang
sebelah mata, apabila sesuatu isu itu berkaitan dengan pihak tertentu,
akan tetapi cepat melatah apabila isu atau perkara yang datang daripada
pihak yang lain.  Maka dalam kondisi meraikan tuntutan mahasiswa untuk
menyuarakan hak, janganlah ianya dicemari dengan tindakan kotor pihak
tertentu, yang menghalalkan segala apa yang mereka inginkan tanpa
mengikut garis panduan dan ketetapan yang telah ditetapkan dalam
Perlembagaan Malaysia.



Selaku wakil kepada mahasiswa Univeristi
Kebangsaan Malaysia, PMUKM menyatakan pendirian untuk tidak terlibat
samada menghadiri atau menyatakan sokongan kepada Sambutan Hari UMNO
ke-66 ini, kerana jemputan yang diberikan ini jelas menunjukkan wujudnya
tindakan langsung daripada pihak UMNO, iaitu parti politik luar untuk
masuk ke dalam kampus dengan sesuka hati, tanpa mempedulikan kedaulatan
Perlembagaan Malaysia yang menegah tindakan tidak beretika ini.



Andai
ada pihak yang ingin menghadiri program ini atas kapasiti peribadi, itu
adalah keputusan individu dan masih selari dengan apa yang diperuntukkan
di bawah perkara 15 AUKU, namun apabila adanya jemputan secara rasmi
daripada pihak UMNO kepada EXCO MPP PMUKM, ini jelas bercanggah dengan
AUKU, dan mencemarkan reputasi UKM sebagai sebuah lubuk ilmu yang bebas
dariapda pengaruh mana-mana parti politik luar.



Sebagai
kesimpulan, kami mendesak respon segera daripada Pihak Pentadbiran UKM,
khususnya Naib Canselor UKM dan Menteri Pengajian Tinggi, berkaitan isu
ini, demi membersihkan imej UKM daripada sebarang pengaruh anasir kotor
daripada parti politik luar.  Andai perkara ini terus didiamkan dan
tindakan membisu daripada pihak yang bertanggungjawab, maka jelas,
pindaan AUKU dan segala bentuk perkara yang berlaku sebelum ini adalah
sekadar retorik politik, yang penuh dengan kepalsuan dan tipu daya.



Mohon reaksi segera daripada pihak yang berkaitan.





Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi

Presiden Persatuan Mahasiswa

Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2010/2011.





Anak Sungai Derhaka


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: