Anak Sungai Derhaka |
- Patutlah dia sanggup hadiahkan Lamborghini.. Banyak untung yang akan dikautnya.. tengok syarat-syarat ni..
- Najib!! Ahli UMNO Perlis dah memberontak ni.. tengoklah.. (Video Inside)
- Memang Anwar Ibrahim ada mengatakan Pemuda UMNO Sial dan Celaka.. Saksikan Video ini!!
- Maharaja Lawak Versi UMNO (Video Inside)
- Kurang kouta haji tiada kaitan dengan Bersih 3.0 rupanya..
- Kroni UMNO jugak rupanya si Sahrul ni...
Posted: 26 May 2012 08:13 AM PDT Mungkin ramai yang berkata " Apa ke bodoh sangat Datuk Jamal Pengerusi BERSIH 4.0 nak jadikan Lamborghini sebagai hadiah cabutan bertuah bagi yang 'Like' Facebook BERSIH 4.0 tu?" Sekali lalu tindakannya itu memang kelihatan bodoh kerana sebelum ini beliau telah mendakwa mengalami kerugian akibat Himpunan BERSIH 3.0 yang lalu. Tetapi ramai yang tidak mengetahui, meskipun Tun Mahathir telah mengatakan hanya orang-orang bodoh yang kini bersama UMNO, yang memimpin ahli-ahli UMNO itu tidaklah sebegitu bodoh sebenarnya. Perlu kita akui dalam beberapa hal, pemimpin UMNO ini sangat bijak terutama sekali menipu dan memperbodohkan ahli-ahlinya dan juga rakyat Malaysia. Mereka bijak dalam hal membina kekayaan dengan memperbodohkan penyokong-penyokong dan juga ahli UMNO sendiri. Berbalik kepada Datuk Jamal, adakah beliau begitu bodoh untuk menjadikan sebuah Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta itu sebagai hadiah utama cabutan bertuah begitu saja tanpa mengharapkan pulangan? Meskipun beliau berulangkali menegaskan itu adalah sebagai menghargai kepada yang memberikan sokongan kepada gerakan BERSIH 4.0.. persoalannya di sini kenapa perlu berbelanja di Restoran Sekinchan Ikan Bakar miliknya untuk menyertai cabutan bertuah itu? Kenapa tidak diberikannya begitu saja BMW530 kepada yang menjadi sahabat ke 150,000 dan Lamborghini Gallardo tersebut kepada sahabat yang ke 1,000,000? Sila baca syarat-syarat yang dikenakannya ini.. Meskipun potongan harga sebanyak 30% iaitu RM15 akan diberikan dari setiap pembelian yang bernilai RM50 di mana-mana cawangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) bayangkan jumlah yang Datuk Jamal ini akan kutip dari 150,000 orang yang menjadi sahabat kepada "Fanpage – BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan" itu.. 150,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM5,250,000 RM5.25 Juta itu adalah anggaran untung kasar.. Oleh kerana banyak pihak mengatakan harga ikan bakar di Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu mahal gila, kita anggap beliau memperolehi 40% keuntungan dari setiap jualan. 40% dari RM5.25 Juta ialah RM2.1 Juta.. Dengan meletakkan sebuah BMW 530 model 2005 yang bernilai RM225,000, beliau bakal mengaut keuntungan mencecah RM1.9 Juta.. Itu keuntungan yang dikaut beliau andaikata 150,000 berjaya dijadikan mangsa pembodohannya, bagaimana pula jika beliau Berjaya mendapatkan 1,000,000 mangsa. 1,000,000 mangsa yang tertarik dengan Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta yang ditawarkan sebagai hadiah utama cabutan bertuah. 1,000,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM35,000,000 Untung kasarnya ialah RM35 Juta sahaja.. 40% dari RM35 Juta pula ialah RM14 Juta.. Lebihkurang RM14 Juta bakal dikaut beliau sebelum akhir bulan jun 2012, jika 1,000,000 orang berjaya diperbodohkannya..
Adakah Datuk Jamal bodoh? Beliau tidak bodoh… tatapi beliau bijak mempergunakan dan mengambil kesempatan dari orang-orang yang bodoh untuk mengaut keuntungan sebenarnya.. Berikut adalah syarat-syarat yang sudah tidak lagi kelihatan dalam "Fanpage – BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan"... | ||
Najib!! Ahli UMNO Perlis dah memberontak ni.. tengoklah.. (Video Inside) Posted: 26 May 2012 05:40 AM PDT Seseorang telah meninggalkan link kepada video pemberontakan UMNO Perlis ini didalam ruangan komen blog ini, meminta ianya disebarkan. Yang menjadikan aku yakin bahawa mereka ini adalah ahli UMNO meskipun mereka mengenakan 'T' Shirt berlogo BN ialah di dalam BN, hanya UMNO kebanyakkan ahlinya Melayu, manakala kebanyakkan pemimpinnya pula adalah mamak. Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Gerakan Anak Muda (GERAM) melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan MB Perlis yang sedia ada. Oleh itu mereka menuntut Menteri Besar Perlis, YAB Dato Seri Md Isa Sabu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis. Saksikan pemberontakan ahli UMNO Perlis ini!! Cadangan aku buat mereka.. dalam PRU13 ni korang sabotaj Md Isa tu.. kempen supaya semua ahli UMNO jangan undi dia.. bila dia kalah, takkan pulak dia nak dilantik jadi MB lagi kot?? | ||
Memang Anwar Ibrahim ada mengatakan Pemuda UMNO Sial dan Celaka.. Saksikan Video ini!! Posted: 26 May 2012 03:39 AM PDT Kata pemimpin UMNO Lembah Pantai hari ini yang menafikan tuduhan PKR bahawa UMNO "menggunakan politik ganas"sebaliknya mereka mengatakan pembangkang sengaja "membesar-besarkan" cerita pada malam itu. Dalam insiden di Lembah Pantai itu UMNO dikatakan "menggunakan politik ganas" apabila melempar batu, botol air, dan telur ke arah peserta ceramah PKR dan mencetuskan "insiden berdarah" yang menyaksikan dua mangsa mengalami kecederaan. "Pada malam itu, ahli kami sendiri (Umno) turut cedera. Provokasi itu dimulakan oleh Anwar, yang memanggil Umno (Lembah Pantai) sebagai 'sial, celaka'," kata Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Datuk Mohamad Sazali Kamilan. "Kamu perlu faham, apabila di provok ... macam-macam perkara boleh berlaku." Itu kata mereka... Berdasarkan video yang dirakamkan dan disiarkan dibawah memang ada perkataan itu disebut oleh Anwar Ibrahim. Memang Anwar Ibrahim ada mengatakan Pemuda UMNO Celaka dan Sial.. tetapi ianya diucapkan setelah seorang lelaki yang mendengar ceramah beliau di Pantai Dalam cedera kerana dilontar batu. Pada minit yang ke 22:10 Anwar Ibrahim berkata "Berdarah?.. Sedara seorang cedera kerana dibaling.. ini dia!! Seorang cedera! Celaka orang UMNO ini! Celaka!" "Seorang cedera kerana kerana dibaling batu oleh Pemuda UMNO Sial!! Adakah kata-kata itu satu provokasi sedangkan ianya diucapkan setelah seorang cedera dibaling batu oleh Pemuda UMNO? Sepatutnya Anwar Ibrahim berkata.. Pemuda UMNO Celaka, Sial, Bodoh, Bangang dan lain-lain ayat yang seangkatan dengannya.. Percayalah.. andaikata kata-kata dari kedua-dua pemimpin UMNO Lembah Pantai itu boleh dipercayai.. esok kita akan melihat babi-babi berterbangan diangkasa raya dibumi bertuah ini!!! Oleh itu.. Jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO!! Saksikan video ini!! Full Version.. Laporan berkaitan.. Umno dakwa Anwar punca keganasan PKR semalam menuduh Umno "menggunakan politik ganas" apabila melempar batu, botol air, dan telur ke arah peserta ceramah PKR dan mencetuskan "insiden berdarah" yang menyaksikan dua mangsa mengalami kecederaan. Parti itu turut mendesak Umno mengambil tindakan terhadap ahlinya yang didakwa menyerang pemimpin dan pesyokong mereka pada malam tersebut. Namun, pemimpin Umno Lembah Pantai hari ini menafikan tuduhan PKR sebaliknya mengatakan pembangkang sengaja "membesar-besarkan" cerita pada malam itu. "Pada malam itu, ahli kami sendiri (Umno) turut cedera. Provokasi itu dimulakan oleh Anwar, yang memanggil Umno (Lembah Pantai) sebagai 'sial, celaka'," kata Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Datuk Mohamad Sazali Kamilan. "Kamu perlu faham, apabila di provok ... macam-macam perkara boleh berlaku." Anwar dipercayai mengeluarkan kenyataan itu kepada pemuda Umno yang hanya berjarak kira-kira 100 meter daripada ceramah Umno di lokasi sama. Mohamad Sazali mendakwa ahlinya turut membuat "simulasi" bagi menerangkan insiden kejadian tersebut. Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai Datuk Ibrahim Thamby Chik berkata, terdapat juga ahlinya tercedera "dan mereka di sana melemparkan batu dan telur ke arah kami". "Kami nafi pemuda Umno bertindak ganas pada malam itu. "Kita tak boleh menuduh sesiapa ... ada ramai orang ... siapa baling siapa bukan kita tahu. Kami tak mahu menuduh," kata Ibrahim. Tambah beliau kenyataan biadap Anwar "yang tidak diundang" itu menjadikan ceramah yang aman sebelum Anwar menyerang pemuda Umno menggunakan perkataan kesat terbabit. "Mereka memang pandai memanipulasi dan membesar-besarkan cerita ... apa yang mereka buat adalah manifestasi masyarakat Lembah Pantai yang telah menolak Anwar dan PKR. "Akar Umbi Umno di Lembah Pantai stabil. Sudah tentu mereka (PKR) rasa tercabar," tambahnya. Sazali berkata seorang ahli Umno turut cedera dibaling batu dan mengenal pasti mangsa sebagai Muhd Saiful Bukhari. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengutuk insiden tersebut dan menafikan telah memberi arahan kepada pemuda untuk mengganggu ceramah PKR. Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai selepas memenangi kerusi itu daripada Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil. Nurul Izzah dijangka akan bertanding dan kali ini berhadapan dengan Ketua Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam pilihan raya akan datang. The Malaysian Insider | ||
Maharaja Lawak Versi UMNO (Video Inside) Posted: 25 May 2012 10:00 PM PDT Isunya hanyalah berpunca daripada orang kuat Umno, yang mengamuk kerana tidak dapat projek pasir. Dalam loghat Perak pasir disebut 'pasior'. Di Selangor suatu ketika, Umno cuba memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam isu pasir, tetapi gagal. Akhirnya mereka hanya menjadi 'beruk-beruk yang menggoyangkan pokok', seperti kata Khairy Jamaluddin satu ketika dulu. Umno jadi malu, apabila seorang pengusaha pasir yang merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kampar, Zamhuri Md Zin, mengamuk memaki hamun Umno dan kerajaan BN Perak, pimpinan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir. Zamhuri marah kerana sokongannya kepada Umno selama hampir tiga dekad, tidak memudahkan beliau mendapat projek pasir. Jadi, untuk melepaskan geram, beliau marahkan kerajaan negeri Perak dan berlakon konon-kononnya memarahi Zambry menerusi telefon, walaupun dikhabarkan, akhirnya pecah rahsia, beliau sekadar berlakon dan bukannya menghubungi Zambry pun. Apa pun, Zamhuri layak digelar 'Yob Pasior' oleh rakyat Perak kerana begitu lantang menuntut projek pasir. Ceritanya, beberapa hari selepas mengamuk memaki hamun partinya, isytihar keluar daripada Umno dan mengisytihar diri menyokong DAP, Zamhuri kembali memohon maaf kepada seluruh kepimpinan Umno di atas tindak tanduk beliau. Kedua-dua video mengenai amukan dan permohonan maaf Zamhuri, boleh dimuat turun menerusi laman Youtube. Soal mengapa beliau memohon maaf dan kembali kepada Umno, apa benda yang beliau dapat, hanya beliau yang tahu. Namun, seperti kebanyakan penyangak-penyangak Umno lain, mereka bergaduh sesama sendiri dalam Umno-BN, Pakatan Rakyat pula yang menjadi 'ulam' , untuk dipersalahkan. Teman menyentuh mengenai Zamhuri, bukan kerana hendak membalas keceluparannya, bukan juga kerana bencikan beliau. Tetapi bagi teman, beliau adalah jelmaan manifestasi pelaksana, pendukung dan pemimpin Umno yang hipokrit, hidup mereka hanya mengejar projek, dengan menyandarkan perjuangan atas nama Melayu-Islam. Orang Perak kata spesies 'mangkuk hayun' macam inilah yang harus ditolak rakyat. Zamhuri adalah bukti, mereka-mereka dalam Umno, bukan pejuang Melayu tulen. Mereka adalah insan haprak yang merebut kuasa untuk kepentingan diri, mengumpul sebanyak mana kekayaan dengan amalan rasuah yang amat jijik. Zamhuri bukan calang-calang orang di Perak. Selain Naib Ketua Pemuda bahagian, beliau juga Ketua Cawangan dan Bendahari Pilihan Raya Umno Kampar. Lagi hebat, beliau adalah kakitangan kerajaan dengan Gred N48. Satu lagi persoalan yang timbul, inilah dia kerja Umno, menggunakan jawatan dalam kerajaan untuk mendapatkan projek pasir dan lain-lain. Boleh atau tidak kakitangan kerajaan berniaga dan mendapat projek dari kerajaan? Beliau harus disiasat nama syarikat dan dibongkar apa kepentingannya dan dalam konteks ini, boleh disabitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan kepentingan. Jika beliau menyalahgunakan kuasa, Zamhuri boleh dianggap lebih kurang macam perangai Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Jalil yang terbabit dalam skandal NFC. Caranya sama, amaun saja berbeza. Jika kita melihat amukannya di laman Youtube Jumaat lalu, Zamhuri dengan loghat pekat Peraknya mengamuk selama lebih tujuh minit. Dengan jelas Zamhuri sendiri yang meminta amukkannya dimasukkan ke dalam Youtube. Zamhuri ketika itu, mengisytiharkan keluar daripada Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu dan menyatakan hasrat untuk menyertai DAP. Zamhuri berkata, tindakan tersebut diambil kerana parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang Melayu dan tidak lagi relevan. Jelas suaranya, memaki hamun beberapa orang yang cuba memujuknya, termasuk Setiausaha Umno Bahagian Kampar, Zainal Abidin Selamat yang berada di situ. Termasuk yang menjadi mangsa hamunannya ialah Ketua Umno Bahagian Kampar, Dato' Mohd Radzi Manan, yang dikatakan cuba memujuk beliau. Jelas di laman Youtube apabila telefon bimbitnya berdering (dipercayai dari Dato' Radzi), Zamhuri mengamuk sambil menjawab telefon dengan mengatakan: "Dato' Radzi telefon aku. Saya tekad hari ni Dato', apa jadi pun hari ni saya tekad..hidup DAP. Dato' kerajaan Umno-BN tak boleh tolong orang Melayu baik masuk parti lain Dato'." Selepas Zamhuri mencampakkan telefon ke atas meja, sambil dipujuk beberapa orang. Zamhuri tidak mempedulikan mereka. Disambung amukannnya, "Ha tengok sampai seluruh Perak menelefon. Baru nak menolong. Nak bagi rasuah baru dapat, nak menyembah rupe (serupa) ini..ha tolong aaa (menyembah cara Cina beribadat)," laungnya, dalam loghat Perak yang pekat. "Ini semua rasuah. Nak kawteem, nak ajak karaoke, nak ajak makan, nak bagi rasuah, nak bagi amoi, aku kabo ke kome (beritahu kamu), nak bawa (amoi) dari Siam baru seronok hati "Minta cara betul semua tak boleh, nak sogok baru boleh," tibai Zamhuri. Malah beliau melaungkan takbir seraya berkata, "Allahu akbar! Saya sokong tukar kerajaan, Allahu akbar! Hahaha..itulah drama pendek pencacai Umno yang berjaya melondehkan imej kotor, jijik dan nista Umno di Perak, dan juga di seluruh negara. Orang kata morale of the story, kalau nak dapat projek kerajaan Umno, mesti bagi rasuah duit dan betina. Kepada orang Perak, eloklah deme pikior balik daripada menyokong Umno ni. Teman idak le menuduh ape-ape, yang menuduh Umno jahat, kaki rasuah, kaki betine dan menyundal ni adalah Zamhuri si yob pasior. Ate..itulah kerojenya deme tu. Gune nama Melayu-Islam, tapi menyundal dari 'atas perut hingga ke bawah perut.' Kongkali kong betul. Umno Perak, silalah.. ambillah Zamhuri balik, Pakatan Rakyat tak sior (mahu) pun dia, teman tak semawa, dia yang terkinja-kinja. Alahai yob, 'nasi dah jadi bubur.'- Harakahdaily | ||
Kurang kouta haji tiada kaitan dengan Bersih 3.0 rupanya.. Posted: 25 May 2012 08:00 PM PDT Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik berkata kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kouta haji untuk jemaah Malaysia dikurangkan disebabkan demonstrasi Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah hujung bulan lalu. "Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jangan bohong, tidak ada satupun kenyataan dari Arab Saudi yang menyatakan kouta jemaah kita dikurangkan kerana isu Bersih 3.0. "Saya telefon sahabat-sahabat di Arab Saudi, mereka bagi tahu tidak satu pun berita tentang kouta dikurangkan kerana Bersih 3.0, satu berita kolum kecil pun tak ada," ujar Ustaz Mokhtar Senik dalam ceramahnya dekat sini. Beliau berkata demikian pada ceramah di Jalan Tiang Tua, Pengkalan Minyak di sini malam tadi. Beliau berkata kerajaan BN cuba untuk memburukkan Bersih 3.0 dengan mengaitkan isu kouta haji dengan penganjuran bantahan aman itu di Arab Saudi. Roboh untuk buat yang baru "Apa yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan mereka merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan penempatan baru. "Jadi oleh kerana ianya belum siap maka kouta tersebut dikurangkan. "Tidak berbangkit langsung soal kemarahan kerajaan Arab Saudi terhadap demonstrasi Bersih 3.0," tegas Ustaz Mokhtar (gambar). Menurut Ustaz Mokhtar, kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai-pegawai kedutaan mereka di Malaysia yang memantau dan meneliti himpunan Bersih 3.0. "Pegawai-pegawai kedutaan mereka bukan duduk diam, mereka mengkaji objektif himpunan Bersih dan mereka melaporkan kepada Duta dan kerajaan mereka. "Mereka tahu dan faham apa tujuan dan objektif Bersih 3.0, amat malang apabila kerajaan BN cuba menipu rakyat sekali lagi," tambah Ustaz Mokhtar. Harakahdaily | ||
Kroni UMNO jugak rupanya si Sahrul ni... Posted: 25 May 2012 05:30 PM PDT Rupa-rupanya pemimpin utama anak muda yang menyerang rumah Datuk S Ambiga semalam adalah CEO Red Carpet, syarikat pengurusan program yang kantul akibat kegagalan 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' selepas diserang ribut. Shahrul Nasrun Kamarudin yang memimpin sekumpulan remaja ke rumah Ambiga semalam, sebelum ini pernah dilaporkan keluar dengan pelakon yang juga janda anak bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Nora Danish. "Dia pendajjal yang membela golongan murtad dan LGBT (Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender)," Shahrul didengar bertempik di depan rumah S Ambiga, Pengerusi bersama Bersih semalam sebelum menyerahkan memorandum. Sebelum ini, satu persatu Harakahdaily mendedahkan siapakah di belakang penyerang rumah Ambiga. Antaranya pemimpin 'senaman punggung', Datuk (palsu) Mohd. Ali Baharom yang mengaku membeli gelaran datuk dengan harga RM250,000 manakala Datuk Jamal Md Yunus adalah tauke Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang sedang menghadapi masalah dengan restorannya itu. Nama Shahrul Nasrum yang memimpin satu NGO yang bernama 'Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia' mula timbul selepas 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' gagal dan memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dilarang oleh pihak penganjur dari menyertai majlis itu. Lebih menjijikkan lagi, sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk menjayakan program itu dihantar kembali oleh pihak penganjur. Tuanku Sultan Kelantan juga telah membatalkan penyertaannya ke majlis itu selepas 'gagal mematuhi protokol' yang ditetapkan istana. Program yang sepatutnya disiar secara langsung oleh RTM itu dibatalkan begitu sahaja. Kini Shahrul datang dan memekik perkataan yang tidak sewajarnya diucapkan kepada seorang bukan Islam di negara ini di samping membuat bising di kawasan yang dianggap elit itu. Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan