Anak Sungai Derhaka |
- Apa yang didakwa Mahathir benar rupanya.. dan kini semakin terserlah..
- HALAU 1.0? NGOk apa pulak yang berkumpul depan rumah Ambiga ni?
- Tak mahu rakyat tahu Najib itu penakut, Awani potong slot ini semasa siaran ulangan debat..
- PANAS!! Scandal Scorpene disiarkan di Hong Kong pula...
- Debat: Najib bakal mencipta sejarah - Saifuddin Abdullah
- Woit Muhyiddin!! Nak fitnah tu agak-agakla..
Apa yang didakwa Mahathir benar rupanya.. dan kini semakin terserlah.. Posted: 24 May 2012 07:17 AM PDT Ternyata ada kebenarannya dakwaan ataupun kata-kata Mantan Perdana Menteri Malaysia yang paling lama memerintah negara kita ini iaitu Tun Mahathir.. Tun pernah berkata "UMNO kini mempunyai masaalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat Bahagian serta Cawangan yang menyekat kemasukkan mereka (golongan cerdik pandai)" "UMNO dah berpuluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO, sebab itu kebanyakkan Doktor masuk PAS".. (Gambar atas: Tun kata kat Pencacai UMNO.. ada akai pakai.. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO..) Kesimpulan dari apa yang dinyatakan oleh Tun Mahathir seperti yang boleh dibaca di atas ialah, setelah berpuluh tahun golongan Proffesional dan cerdik pandai dihalang dari menyertai UMNO, maka UMNO kini ketandusan golongan tersebut. Oleh itu secara amnya bolehlah kita katakan berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Tun Mahathir juga kini apa yang tinggal di dalam UMNO adalah golongan tidak proffesional , tidak cerdik dan tidak pandai. Atau dalam bahasa mudahnya ialah golongan Bodoh dan Bangang serta Bengong yang kini bersama UMNO ini kerana sudah berpuluh tahun UMNO tidak membenarkan golongan cerdik pandai menyertai UMNO - sepenuhnya sila baca di ( SINI ) Dan ianya semakin terbukti kini.... Aziz Bari antara 4 tokoh profesional sertai KEADILAN KUALA LUMPUR 24 Mei: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan empat muka baru yang menyertai parti itu bakal menerajui bersama-sama kepimpinan sedia ada. Mereka adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Pakar Perlembagaan dan bekas tokoh akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee; bekas Pegawai Tertinggi Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab dan bekas pengarang laman portal online The Malaysian Insider, Praba Ganesan. Menurut Azizah, kesemua tokoh terbabit merupakan kebanggaan parti kerana penyertaan mereka dalam KEADILAN memberikan gambaran bahawa perjuangan Pakatan Rakyat (PR) bukan angan-angan kosong tetapi komited dalam memperjuangkan keadilan demi rakyat. Beliau yang mengalu-alukan penyertaan empat tokoh itu bagaimanapun turut membuka pintu kepada mana-mana tokoh lain jika mahu menyertai parti itu. "Abdul Hadi merupakan individu yang memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera atas pemecatan yang tidak sah beliau berhubung kehilangan dua enijn jet pejuang FSE dari kem TUDM di Sungai Besi. "KEADILAN dengan tanpa syak telah melantik beliau sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan KEADILAN," katanya pada kenyataan, hari ini. Sementara itu, Ganesan pula dilantik Pengurus Strategi Media Sosial KEADILAN. "Manakala bekas Pengarang laman portal online The Malaysian Insider, Praba Ganesan yang sangat berpengalaman dalam media baru dilantik sebagai Pengurus Strategi Media Sosial KEADILAN yang akan merancang dan melaksanakan strategi berkaitan media sosial parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal menjelang. "Penyertaan Dr Abdul Aziz Bari pula sangat membanggakan KEADILAN kerana kepakaran dan karismatik beliau menguntungkan perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam usaha 'Merdeka Rakyat' dari rejim Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Wan Azizah lagi - Keadilandaily |
HALAU 1.0? NGOk apa pulak yang berkumpul depan rumah Ambiga ni? Posted: 24 May 2012 03:33 AM PDT Mungkin mereka malu untuk dikenali sebagai pemuda-pemuda UMNO.. oleh itu kira-kira 100 ahli Gerakan Belia 1Malaysia yang diketuai oleh Shahrul Nasrun Kamaruddin yang berkumpul di depan rumah Ambiga ini mengenakan 'T' Shirt berlogo HALAU 1.0.. Muka nampak macam Melayu, bercakap Bahasa Melayu.. tapi bahasa tak pula mencerminkan sifat sebenar orang Melayu iaitu berbudi bahasa.. Sudahlah tak tahu berbudi bahasa.. datang kerumah orang nak halau keluar tuan rumah dari negara ini pula.. apa dia ingat negara ini mak bapak dia yang punya? Inilah (gambar atas) mangsa pembodohan pemimpin UMNO.. menyokong tanpa berbekalkan otak.. dan korang agak berapa upah yang dibayar kepada budak-budak ni dan berapa umur mereka? Cuba baca 10 sebab mengapa mereka nak halau Ambiga keluar dari Malaysia diakhir laporan.. kebanyakkannya telah dilakukan oleh pemimpin UMNO sendiri.. bacalah.. Ini petikan dari Malaysiakini.. Lebih 100 orang berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal. Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi. Demonstran lempar kata kesat terhadap Ambiga KUALA LUMPUR: Sekumpulan 100 ahli Gerakan Belia 1Malaysia berarak di hadapan rumah Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk S Ambiga petang tadi dengan membuat pelbagai tuduhan dan melempar kata-kata kesat terhadap beliau. "Dia pendajjal yang membela golongan murtad dan LGBT (Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Malaysia tak perlu LGBT," laung ketuanya Shahrul Nasrun Kamaruddin di hadapan rumah Ambiga di Bukit Damansara petang tadi. "Kerajaan sudahpun menjawab segala dakwaan Ambiga (berhubung pilihan raya yang kotor). Dia penipu besar," tegasnya dengan nada marah. Justeru itu beliau mendesak Ambiga memohon maaf sekiranya beliau pemimpin sebenar. Pihak polis kemudian membenarkan Shahrul dan empat ahlinya menyerahkan memorandum yang diterima Sasterawan Negara A Samad Said, yang juga pengerusi bersama Bersih. Memorandum tersebut mengandungi 10 sebab mengapa Ambiga patut dihalau dari Malaysia, iaitu:
Free Malaysia Today |
Tak mahu rakyat tahu Najib itu penakut, Awani potong slot ini semasa siaran ulangan debat.. Posted: 24 May 2012 01:04 AM PDT Kalau tadi korang sudah baca dan lihat apa yang akan terjadi kepada Najib bila media berada diluar kawalannya, kali ini korang akan melihat pula apa yang akan terjadi bila media berada didalam kawalan Najib. Oleh kerana tidak tertakluk kepada titah perintah Najib, sebuah media cetak yang diterbitkan di Hong Kong telah menyarkan laporan tentang Scandal Scorpene yang melibatkan Najib - sila baca di ( SINI ) Ini pula adalah laporan yang mengatakan pihak Astro Awani telah bertindak memotong slot yang menunjukkan Moderator telah melontarkan cabaran buat Najib supaya berdebat dengan Anwar. Sudah tentu pihak mereka telah menerima tekanan dari pihak UMNO untuk menggelapkannya pada siaran ulangan... Kenapa nak potong? takut rakyat tahu bahawa Najib itu penakut ke? Tapi ianya sudah terlambat, kerana dah ramai yang upload di laman You Tube.. ( SINI ) Slot yang telah dipotong itu boleh dilihat diakhir laporan... Awani potong cabaran debat Najib-Anwar Malam semalam, stesen berbayar itu menyiarkan secara langsung debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang dikendalikan Dr Maszlee Malik sebagai perantara. Menariknya, dalam debat itu moderator secara terbuka mencabar perdana menteri dan ketua pembangkang berdebat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Tindakan itu sekaligus menghangatkan semula politik tanah air apabila cadangan debat itu sebenarnya pernah dibuat sendiri oleh Anwar sejak tahun lalu, namun tidak dilayan oleh Najib sehingga isu itu tenggelam begitu sahaja. Namun dengan cadangan terbaru Maszlee dalam forum yang dipancar secara langsung di televisyen swasta itu, membuka semula isu tersebut untuk diperdebat rakyat. Di Facebook, Twitter, blog sibuk memperkatakan perkara itu dan mahu Najib menerima cadangan untuk berdebat dengan Anwar yang telah lama dinanti-nanti oleh rakyat. Di Youtube pula, rakaman cabaran debat yang diajukan oleh moderator itu juga turut dimuat naik. Bagaimanapun Astro didakwa memotong bahagian cabaran debat itu pada siaran ulangannya semalam. Harakahdaily diberitahu, sebaik sahaja selesai debat itu, beberapa pemimpin Umno yang turut hadir telah menyerang pihak Astro kerana menyiarkan cabaran Dr Maszlee itu secara langsung - Harakahdaily |
PANAS!! Scandal Scorpene disiarkan di Hong Kong pula... Posted: 23 May 2012 10:03 PM PDT Di Malaysia, Najib masih boleh mengawal dan mengarahkan media-media cetak supaya menggelapkan kes rasuah Kapal Selam atau masa depan media-media tersebut digelapkan oleh pentadbiran Najib. Tetapi kuasa Najib tersebut hanya terhad di dalam Malaysia sahaja.. untuk negara lainarahan Najib tak laku, kecuali arahan disertakan dengan USD.. macam kes BBC hari tu.. Semalam, sebuah akhbar yang diterbitkan di Hong Kong telah menyiarkan kes atau scandal yang melibatkan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia ini. Menurut apa yang dilapornya, Najib dipercayai atau disyaki telah memainkan peranan sebagai dalang atau perancang utama kepada pembunuhan Altantuya. Dan telah dilaporkan juga bahawa Mahkamah Perancis telah memanggil Najib untuk memberikan keterangan di mahkamah Perancis yang sedang menyiasat kes rasuah ini. Altantuya telah digambarkan sebagai juru bahasa yang menjadi orang tengah dalam kes rasuah pembelian kapal selam yang melibat RM500Juta dana rakyat Malaysia. Sekarang.. sudah banyak media-media asing yang melaporkan kes Najib dan Altantuya ini.. kalau berita tentang Anwar yang tidak benar dilaporkan oleh media asing, maka riuh rendahlah pencacai UMNO menyarankan agar Anwar mengenakan tindakan saman terhadap pernerbitan itu.. Kenapa tidak disarankan kepada Najib supaya saman penerbitan-penerbitan yang menyiarkan kisah Najib dan Altantuya ini?.. suruhlah Najib saman.. Ketika banyak negara mula melaporkan kisah Najib dan Altantuya ini.. ada rakyat Malaysia sendiri pula masih tidak percaya akan adanya kisah ini kerana mereka telah menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO. Bodoh kerana menjadi mangsa pembodohan pemimpin yang mahu rakyatnya bodoh supaya mudah untuk terus diperbodohkan.. HIDUP MELAYU!!! kah..kah..kah.. ada mata, buka.. ada otak fikir dan jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO.. Info ini diperolehi dari Ameno World |
Debat: Najib bakal mencipta sejarah - Saifuddin Abdullah Posted: 23 May 2012 05:30 PM PDT Debat 'Pemansuhan PTPTN Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi' di antara Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli anjuran akhbar Sinar Harian telah berlangsung dengan jayanya . Dilangsungkan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, sambutan hangat yang diterima menyebabkan banyak pihak berpendapat supaya lebih kerap debat seumpama itu diadakan yang membabitkan kepimpinan tertinggi politik negara. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang turut menyaksikan debat tersebut berpendapat debat seperti yang dianjurkan akhbar Sinar Harian itu sebagai satu perkara yang harus diteruskan pada masa hadapan. Menurutnya, debat memberikan ruang kepada semua pihak berhujah dan bukannya sekadar ceramah satu hala semata-mata. "Ini pada saya permulaan yang sangat baik dan harus diteruskan lagi dengan siri-siri yang akan datang. "Yang kita hendak ialah debat politik dan bukan hanya ceramah sehala," kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu. Menurutnya lagi, jika terdapat cadangan untuk menganjurkan debat di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau adalah antara individu yang akan menyokongnya. "Itu (debat Najib dan Anwar) satu perkara yang kalau berlaku akan mencipta sejarah. Saya antara yang akan menyokongnya," kata Saifuddin. KL Pos |
Woit Muhyiddin!! Nak fitnah tu agak-agakla.. Posted: 23 May 2012 09:26 AM PDT Untuk memburukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Muhyiddin telah meletakkan dirinya setaraf dengan Blogger-blogger pencacai UMNO yang sering menyebar fitnah terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Untuk memburukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga, Muhyiddin telah mengeluarkan satu kenyataan yang entah dari mana sumbernya dengan mengatakan 18,000 Melayu Pulau Pinang telah berhijrah ke negeri lain kerana tidak mampu menanggung kos sara hidup yang tinggi. Tidakkah bodoh kenyataan Muhyiddin itu bila beliau berkata Melayu Pulau Pinang berhijrah kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak berlaku adil sedangkan fenomena ini telah berlaku sejak dari UMNO diperkudakan oleh Gerakan untuk memerintah Pulau Pinang lagi? Hanya ada dua kemungkinan di sini, iaitu samada Muhyidin itu kurang membaca atau sememangnya bodoh kerana Lidah Rasmi UMNO @ Utusan sendiri pernah menyiarkan satu artikel pada 22/11/2010 mendedahkan bahawa Melayu Pulau Pinang berpindah kerana harga tanah yang melambung tinggi. Artikel berkenaan, sila baca di (SINI ) Selain itu, sikap tidak amanah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang mengambil tanah-tanah milik orang Melayu atas nama pembangunan juga adalah penyumbang kepada perkara ini. Perkara ini telah diakui oleh ADUN Pulau Betong, Farid Saad dalam satu debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang, sila baca di ( SINI ) Tentang jumlah 18,000 Melayu yang dikatakan oleh Muhyiddin itu sebagai telah berpindah keluar dari Pulau Pinang, fakta ini mungkin dibekalkan kepada Muhyiddin oleh Blogger Pencacai UMNO. Kerana hakikat sebenar ialah daftar pemilih akhir tahun 2011 menunjukkan tambahan pengundi Melayu sebanyak 34,931 orang berbanding dengan Pilihanraya Umum 2008. Jika Muhyiddin mengatakan 18,000 orang Melayu telah berpindah keluar dari Pulau Pinang dari mana datangnya 34,931 orangpengundi baru itu? Adakah mereka pengundi hantu yang didaftarkan oleh SPR? Dan jika Muhyidin berkata kerana tanpa rumah mampu milik ramai orang Melayu terdesak meninggalkan Pulau Pinang. Tuduhan ini adalah fitnah dan tidak benar kerana sejak kerajaan negeri PR memerintah pada 2008 sehingga sekarang, sebanyak 11,596 rumah kos rendah dan sederhana rendah telah dibina oleh kerajaan negeri dan pihak swasta. Bodoh tu jangan tunjuk sangat kat orang Muhyiddin... simpan sikit.. ****************************************** Tan Sri Muhyidin Yasin Harus Bersikap Bertanggungjawab Dan Tidak Bermain Sentimen Perkauman EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat pada pagi ini mengutuk dengan sekeras-kerasnya usaha media massa utama yang dikuasai oleh BN cuba menghasut sentimen perkauman dengan menabur fitnah bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat ada strategi halus melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang. Kerajaan negeri didakwa ada dasar peminggiran Melayu yang bertujuan mengusir keluar orang Melayu daripada Pulau Pinang dengan penduduk Melayu Pulau Pinang berkurangan sebanyak 18,000 orang dalam tahun 2010 dan tidak menjalankan projek perumahan mampu milik. Jumlah pengurangan penduduk Melayu sebanyak 18,000 orang adalah satu fitnah jahat yang boleh disangkal dengan menunjukkan daftar pemilih akhir tahun 2011 menunjukkan tambahan pengundi Melayu sebanyak 34,931 orang berbanding dengan pilihanraya besar 2008. Adalah dikesali Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin telah bersikap tidak tanggungjawab dan cuba mempermainkan sentimen perkauman dengan mengulangi fitnah jahat bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membina rumah mampu milik dan mengusir 18,000 orang Melayu. Tan Sri Muhyidin tambah bahawa perkara ini amat memalukan dan tidak adil kerana tanpa rumah mampu milik ramai orang Melayu terdesak meninggalkan Pulau Pinang. Tuduhan ini adalah salah dan tidak benar kerana sejak kerajaan negeri PR memerintah pada 2008 sehingga sekarang, sebanyak 11,596 rumah kos rendah dan sederhana rendah telah dibina oleh kerajaan negeri dan pihak swasta seperti berikut:- Selain daripada 11,596 yunit yang telahpun dibina, demi membantu rakyat Pulau Pinang yang kurang berkemampuan, kerajaan negeri PR telah memperuntukkan RM 500 juta untuk membina sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik yang berkualiti untuk masa depan. Sebanyak 277 ekar tanah telah disediakan untuk membina 18,000 unit rumah mampu milik di kesemua 5 daerah di Pulau Pinang. BN dan UMNO mendakwa bahawa kenaikan harga hartanah disebabkan oleh premium tanah tinggi yang dikenakan oleh kerajaan negeri. Tuduhan BN adalah palsu kerana kerajaan negeri tidak pernah menaikkan % kadar premium tanah, yang masih dikekalkan pada tahap % yang sama dengan kerajaan lama. Sesebuah kerajaan tidak boleh mempengaruhi harga hartanah naik atau turun kerana ia ditentukan oleh permintaan pasaran dan keyakinan orang ramai. Keghairan BN dan UMNO mahu mendapat undi Melayu telah menyebabkan mereka berkali-kali mainkan sentimen perkauman dengan fitnah jahat bahawa Kerajaan negeri PR mahu meminggirkan atau mengusir Melayu. Ini boleh dilihat dengan keengganan media massa yang dikuasai BN menyiarkan kenyataan kerajaan negeri membetulkan fitnah jahat ini. Sekiranya kebenaran tidak dinyatakan, maka tindakan bahaya BN dan UMNO ini akan menjejaskan hubungan baik dan harmoni di kalangan rakyat majmuk Malaysia. LIM GUAN ENG *Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 23 Mei 2012.* |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan