Rabu, 23 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Datuk Jamal yang jual nasi lemak tawarkan Lamborghini pula sebagai hadiah..

Posted: 23 May 2012 05:49 AM PDT


Pengerusi BERSIH 4.0 yang mendakwa dirinya sebagai penjual nasi lemak hari ini mengumumkan akan menghadiahkan Lamborghini pula sebagai hadiah cabutan bertuah.

Itu sebagai hadiah jika peminat Facebook mereka mencecah satu juta orang..

Boleh percaya ke?.. nanti bila peminat Facebook dah hampir mencecah satu juta orang dipadam pulak Facebook tu.. maka jadilah macam pembeli tapak niaga didepan rumah Ambiga tu..

Tapak dah dipadam DBKL.. duit RM5,000 pun terbang.. tapi betul ke ada insan yang sebegitu bodoh untuk membeli tapak yang tidak menjanjikan sebarang pulangan dari segi keuntungan itu?

Kata dia hari tu.. dia rugi pasal himpunan BERSIH 3.0, tapi nak dihadiahkan Lamborghini yang berharga RM1.2 Juta ni tak rugi ke?

Semakin lama semakin jelas hipokrit dia ni..

Kononnya benci sangat dengan BERSIH tapi diri sendiri setiap sidang media pakai baju BERSIH.


BERSIH 4.0: Cabutan bertuah BMW dan Lamborghini

Kumpulan anti-BERSIH yang merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mulai esok, kini menawarkan dua kereta mewah untuk cabutan bertuah.

Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata BERSIH 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook.

Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang.

Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000.

Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah.


Malaysiakini

Saksikan!! Dengan disaksi Polis, Ahli PERKASA menyerang kereta ADUN DAP di Melaka.. (Video Inside)

Posted: 23 May 2012 01:46 AM PDT


Mengulas mengenai insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu, Ibrahim Ali berkata ianya adalah cubaan untuk mensabotaj PERKASA dan UMNO.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu memberitahu, ia mungkin usaha sesetengah pihak memburukkan imej PERKASA yang tidak akan sesekali melakukan tindakan ganas itu.

"Kadang-kadang ada orang beli baju-T PERKASA atau uniform dan pakai.

"Kemudian, apabila sesuatu terjadi, orang ramai terus menyalahkan PERKASA," kata Ibrahim selepas sidang media di Kuala Lumpur.

Itu kata Ibrahim Ali yang tidak mengaku insiden itu angkara Ahli PERKASA, berikut pula adalah ulasan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.


Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengecam tindakan sekumpulan pengacau yang membuat serangan di majlis minum petang di Melaka yang sepatutnya melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga Sabtu lalu.
 
Sambil menyifatkan kumpulan itu sebagai "samsengan", A Samad mengaku malu dengan tindakan mereka kerana ia "bukan cara untuk mewaraskan demokrasi".
 
"Ketika Ambiga hendak ke Merlimau, lagi dahsyat. Saya dengar lebih kurang 200 samseng di Merlimau sudah menunggu. Ambiga dijemput oleh PAS untuk menghuraikan perjuangan bersih. Itu landas demokrasi.
 
"Belum pun beliau tiba, teman-teman di sana minta supaya (beliau) jangan datang, sebab samseng sudah ada di negeri Hang Tuah.
 
"Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negari Hang Tuah, ada Hang Samseng," katanya – Malaysiakini

Berikut pula adalah artikel yang dipetik dari Kelab Greenboc..

insiden baling batu dan telur di program Hi-tea bersama Pengerusi J/K BERSIH, S.Ambiga sehingga mengakibatkan dua kereta ADUN DAP menjadi mangsa adalah satu endorsement jelas betapa desperadonya UMNO & Perkasa mutakhir ini.

Gejala samseng Pemuda UMNO dan Perkasa ini tidak terhad di Merlimau, tetapi berlaku di mana-mana saja di dalam negara ini di acara-acara anjuran Pakatan Rakyat dan rakyat amat kesal dengan sikap pihak berkuasa terutama polis yang membiarkan hal tersebut berlaku tanpa sebarang tindakan dan penahanan.

Sekalipun Pemuda UMNO Jasin sebelum ini menafikan mereka terlibat, begitu juga dengan Perkasa yang menurut Presidennya, Ibrahim Ali, yang menyatakan insiden batu dan telur itu dilakukan oleh orang yang menyamar menyarung pakaian Perkasa, namun dari rakaman kejadian, kenyataan-kenyataan itu boleh disifatkan "baling batu sembunyi tangan".

Mana mungkin hendak dikatakan mereka (Pemuda UMNO & Perkasa) idak terlibat apabila jelas kelihatan mereka yang seramai itu mengganggu di program PR sekalipun "berlakun" menjadi "penyelia trafik" yang tidak diundang? Kalau dikatakan mereka menyamar pakai baju PERKASA, ia bukan seorang dua tetapi ramai, menunjukkan itu bukan penyamaran tetapi memang dirancang.
 
Jika benar mereka mahu sabotaj Perkasa seperti dakwaan Ibrahim Ali, maka Perkasa perlu mengenalpasti mereka yang terbabit dan membawa mereka ke muka pengadilan.
 
Rakyat kini tertanya-tanya mengapa pihak polis kelihatan begitu bersahaja terhadap perbuatan dan tindakan samseng yang ada di dalam insiden tersebut.
 
Saksikan video di bawah ini yang menjelaskan segala-galanya.

Najib batalkan Kuliah Ustaz Azhar Idrus untuk bagi laluan kepada artis 'K' Pop..

Posted: 22 May 2012 11:33 PM PDT


Inilah contoh bagaimana pemimpin sebuah Parti yang sering mendakwa bahawa mereka adalah pejuang sebenar Agama Islam di negara ini iaitu UMNO memartabatkan perjuangan Islam di bumi Malaysia ini.. 


Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah UAI di PICC pada 26 mei ini.... 

Arahan itu telah dikeluarkan melalui surat yang telah di faks kepada Pengarah JAKIM beberapa hari lalu untuk menarik serta-merta tauliah tersebut... 

Sebab-sebab penangguhan dibuat kerana ianya adalah serentak dengan satu program anjuran kerajaan pusat iaitu Himpunan Sejuta Belia yang bermula 23 Mei ini. 


Dibimbangi program anjuran kerajaan pusat tidak akan mendapat sambutan hangat berikutan ustaz Azhar Idrus juga bakal mengadakan program pada hari yang sama. 

Kerana sebelum ini sila lihat di ( SINI ) dalam program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri yang dikatakan sebagai Anti Islam oleh pencacai UMNO, Ustaz Azhar terbukti mampu menarik ribuan belia untuk mendengar kuliahnya..
 
Kononnya nak bagi laluan kepada Najib dan Kerajaan Pusat disamping mengelakkan heavy traffic jam pada hari tersebut. 

Apa yang sebenarnya tersirat dari arahan Setiausaha Politik Najib itu ialah, UMNO sebenarnya telah menjemput artis K Pop pada malam Ustaz Azhar Idrus akan mengadakan kuliah, lihat tentatif program di bawah.. 


Dan artis K Pop yang dimaksudkan itu ialah di bawah.. 

Hebatkan cara Pemimpin UMNO ini memartabatkan Islam? 

Artis 'K' Pop didahulukan.. Kuliah Agama ditong sampahkan... HIDUP MELAYU!! kah..kah..kah.. 


Sumber Info : Ameno World

Video Debat PTPTN (Full Version)

Posted: 22 May 2012 08:39 PM PDT


Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat.


Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.

Rafizi menekankan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan semata-mata untuk menghapuskan hutang tetapi lebih kepada keadaan ekonomi negara.

Namun, Khairy menegaskan walaupun penilaian semula model pendidikan tinggi negara sedang dibuat, ia perlu dilakukan secara realistik dan bukan hanya berdasarkan 'idea yang dipetik dari awangan'.

Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah.

Sepanjang debat, Rafizi banyak memberikan contoh keadaan negara lain, seperti Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi masalah bebanan hutang pendidikan tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pelajar sehingga menjejaskan ekonomi negara itu.

"Kita kena rujuk kepada pengalaman negara lain yang berdepan masalah hutang pelajar. Di AS, hutang pelajar mencecah AS$2.6 trilion sehingga menjejaskan ekonomi negara."

Khairy pula dilihat banyak memberi angka-angka untuk mematahkan hujah Rafizi, termasuk memberikan jumlah besar sebanyak RM185 bilion setahun untuk pembiayaan semua janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan memberi pendidikan percuma secara adil kepada semua pihak.

Sebelum itu, debat dimulakan dengan Rafizi mengingatkan penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.

"Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?" soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.

Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.

"Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar."

Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.

Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.

Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor - Sinar Harian




Terima Kasih Khairy kerana tolong promosi 'Buku Jingga'

Posted: 22 May 2012 06:00 PM PDT


Jutaan terima kasih wajar diucapkan kepada YB Khairy Jamaluddin yang telah mempromosikan 'Buku Jingga' dalam Debat Sinar KJ-Rafizi' dengan jayanya.


Dalam 'Debat Sinar KJ-Rafizi' yang bertemakan 'Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi' telah berlangsung semalam pada jam 10 malam 22 Mei 2012 di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam., Khairy Jamaluddin telah mengambil alih tugas YB-YB Pakatan Rakyat.

Beliau telah mendedahkan dengan membentangkan beberapa agenda yang terdapat dalam 'Buku Jingga' dengan baik malah perlu kita akui ianya lebih baik dari pembentangan dari YB-YB Pakatan Rakyat sendiri.

Hingga menyebabkan Rafizi Ramli berkata "Khairy seolah-olah menghafal Buku Jingga. Kalau hendak hafal Buku Jingga, lebih baik masuk Pakatan Rakyat".


Peluang untuk mempromosikan 'Buku Jingga' ini sememangnya tidak akan diperolehi oleh pihak Pakatan Rakyat, meskipun ini adalah agenda yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sendiri.

Tindakannya ini telah membuatkan ramai orang yang tak tahu apa itu 'Buku Jingga' tertanya-tanya dan tercari-cari apa itu 'Buku Jingga'.

****************************************

Hutang PTPTN boleh dihapus jika kerajaan ada kemahuan - Rafizi

SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan.

Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang  didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul.

Menurutnya, jika kerajaan  menghentikan ketirisan belanja yang dianggarkan bernilai RM28 bilion setiap tahun, maka ia boleh menanggung kos membayar hutang PTPTN penuntut di seluruh 21 universiti  yang ada di negara ini.

Menjawap soalan pasangannya dalam Debat Sinar Harian malam ini, Khairy Jamaluddin  mengenai komitmen kerajaan negeri terhadap konsep pendidikan percuma Rafizi berkata, Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu mesti berkongsi pendapatan negara secara adil.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri tidak mendapat sepenuhnya pendapatan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang  dan itu pastinya tidak  mencukupi untuk melaksanakan konsep pendidikan percuma.

"Seperti yang kita maklum, pendidikan tinggi ini  dibiayai oleh kerajaan persekutuan,  bukan kerajaan negeri.

"Berapa sen sangatlah kami (pembangkang)  dapat daripada pendapatan Selangor dan Pulau Pinang sedangkan kita  bermasalah kerana  mewarisi kolej-kolej dan universiti daripada  Barisan Nasional," katanya.

Berhubung masalah kos penubuhan IPT,  beliau membidas hujah Khairy dengan berkata,  sebenarnya  kos pembinaan sesebuah IPT  tidaklah tinggi seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno tersebut.

Katanya, sebaliknya kos yang berganda itu adalah perbelanjaan 'atas angin' - Sinar Harian


Rafizi yakin Pakatan boleh tawar pendidikan tinggi percuma

SHAH ALAM - Menjawab asakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat menyediakan pendidikan percuma tanpa menaikkan cukai jika menguasai Kerajaan Pusat kelak.

Malah kata Rafizi, jika kerajaan memberi keutamaan kepada pendidikan, bukannya ke atas soal pembangunan fizikal semata-mata, maka adalah tidak mustahil perkara itu dapat dilaksanakan.

"Kadar cukai peratusan peribadi di Finland perlu dibandingkan dengan adil seperti epal dengan epal.

"Siapa yang buat perbandingan dengan negara Skandavia itu sebenarnya tidak semak dengan negara itu sendiri," kata beliau ketika menjawab soalan Khairy ketika muncul dalam Debat Sinar Harian bertemakan Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi di sini sebentar tadi.

Sementara itu, ketika menjawab soalan penonton tentang nasib Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah kerajaan PR jika memerintah Putrajaya, Rafizi berkata, mereka tidak pernah mendiskriminasi institusi itu.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan tempat untuk mahasiswa. "Cuma kita tidak mahu IPTS yang didirikan di rumah kedai tetapi mengenakan yuran yang tinggi dan tidak mempunyai kualiti," katanya.

Jelas Rafizi, implikasi daripada keadaan itu akan menyebabkan mahasiswa terpaksa menanggung hutang yang banyak malah, sukar mendapat pekerjaan.

Katanya, PR mahukan IPTS yang berkualiti walaupun mengenakan yuran tinggi.

Sehubungan itu katanya, soal kerangka ekonomi adalah lebih penting dan oleh sebab itu, PR meminta agar model pendidikan ditukar segera - Sinar Harian

Kerana cabar Najib berdebat dengan Anwar, Moderator dikecam Pencacai UMNO..

Posted: 22 May 2012 09:27 AM PDT


Debat Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berakhir dengan harapan ia akan menjadi pencetus kepada debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Moderator Debat Sinar Harian, Dr Mazlee Malik mencabar kedua-dua pemimpin kanan itu agar muncul dalam satu debat, yang boleh dianjurkan oleh Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani dan Bernama 24, bagi menjelaskan kerangka dasar parti-parti masing-masing sebelum PRu13.

Katanya, ia penting bagi negara menuju status negara maju dan selaras dengan kehendak rakyat.

"Kita sudah dengar debat pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, 2010 di UK, dan di sini negara kita, kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar akan muncul pada debat menjelang Pilihan Raya Umum," kata beliau ketika menutup Debat Sinar Harian sebentar tadi.

Cabaran beliau itu turut disambut positif oleh hadirin di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini, yang jumlahnya sekitar 400 orang.

Debat Sinar Harian yang berlangsung 90 minit menyentuh soal "Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi".

Bagaimanapun.. cabaran oleh Mederator itu telah menerima kecaman dari pencacai UMNO yang takut atau tidak mahu melihat Najib dimalukan oleh Anwar diatas pentas debat..

Tengok twitter depa ni... tak pasal-pasal Moderator menjadi mangsa..



Malang sungguh nasib Moderator ni..

Najib!! tunggu apa lagi.. sambutlah cabaran Moderator tu.. biar Anwar demam.. ha..ha..ha..

Anwar atau Najib yang akan demam?

Tiada ulasan: