Anak Sungai Derhaka |
- PANAS! Ahli UMNO Bahagian Shah Alam buat kerja tak masuk akal..
- Bas rombongan Wanita UMNO Grerik kemalangan, dua terbunuh 17 cedera
- UMNO guna harta Kerajaan untuk angkut ahlinya ke perhimpunan.. korang reda tak?
- Najib dijangka bubar Parlimen minggu ini, PRU 9 Jun?
- Muhyiddin akui PRU13 akan tentukan Hidup atau Mampus UMNO..
PANAS! Ahli UMNO Bahagian Shah Alam buat kerja tak masuk akal.. Posted: 13 May 2012 07:18 AM PDT Najib pasti pening bila melihat apa yang dilakukan oleh ahli-ahli UMNO Bahagian Shah Alam ini.. tapi Najib tak akan pening pasal dia tak melihat perbuatan mereka ini.. Kerana malam ini beliau telah berada di Sunderland, menyaksikan perlawanan bolasepak antara Manchester United dan Sunderland di Stadium of Light, Sunderland, England. Menurut seorang sahabat yang berada disana untuk menyaksikan perlawanan itu beliau telah terserempak dengan Najib bersama dengan Tony Fernandez di pintu masuk Stadium tersebut.. Tak apalah... dah dia peminat MU biarkanlah dia.. Berbalik kepada isu perbuatan ahli-ahli UMNO Bahagian Shah Alam diatas itu.. Tindakan mereka ini mungkin untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka juga prihatin akan nasib rakyat seperti yang dilakukan oleh AMK dan juga Pakatan Rakyat di ( SINI ) dan juga di ( SINI ). Ini laporan tentang perbuatan ahli-ahli UMNO Bahagian Shah Alam yang tak masuk akal tu.. Lagi desakan mansuh tol KLANG – Seramai hampir 200 ahli Umno Bahagian Shah Alam mengadakan demonstrasi aman selama sejam bermula jam 11 pagi semalam di Plaza Tol Sungai Rasau bagi menuntut Kerajaan Pusat memansuhkan tol itu dan tol Batu Tiga, Shah Alam. Timbalan Ketuanya, Zulkurnain Md Ruslan berkata, mereka mewakili penduduk sekitar Shah Alam, Kota Raja dan Klang berharap agar kedua-dua tol yang dilihat membebankan rakyat itu dapat dimansuhkan. Katanya, syarikat konsesi tol tersebut yang didakwa berusia lebih 20 tahun itu dipercayai telah mencapai pulangan modal serta meraih untung. "Kita berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dapat mendengar rintihan kami kerana sekiranya penduduk dari Klang pergi dan balik ke Kuala Lumpur sudah dikenakan tol sebanyak RM4.20 setiap hari. "Harap kedua-dua tol ini dapat dimansuhkan segera," katanya ketika ditemui semasa demonstrasi aman berkenaan di sini semalam. Menurutnya, demonstrasi tersebut adalah kali kedua diadakan kerana pada awal tahun ini ia diadakan di tol Batu Tiga. Katanya, malah pihaknya telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pada Jun tahun lalu. "Minggu lalu Shaziman ada buat kenyataan memaklumkan sedang mengkaji pemansuhan atau struktur semula tol dan kami berharap kedua-dua tol ini termasuk dalam kategori dimansuhkan," katanya - Sinar Harian Yang kata buat kerja tak masuk akal itu bukannya aku.. tapi mamat kat bawah ni... ha..ha..ha.. |
Bas rombongan Wanita UMNO Grerik kemalangan, dua terbunuh 17 cedera Posted: 13 May 2012 05:46 AM PDT Bas itu dipercayai dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bertembung dengan lori dari arah bertentangan. Pasangan menaiki lori membawa barangan dari arah Gerik dan dalam perjalanan berniaga di Pekan Sehari Lenggong, di sini, dikenali sebagai Ong Khian Hock, 51, dan isteri, Loh Weng Chan, 46, beralamat di Taman Pengkalan Makmur, Taiping. Ketua Polis Gerik, Superintendan Abdul Manab Bahrum, berkata siasatan awal kemalangan membabitkan bas persiaran dan lori satu tan itu mendapati kedua-dua kenderaan bertembung di satu kawasan selekoh. myMetro |
UMNO guna harta Kerajaan untuk angkut ahlinya ke perhimpunan.. korang reda tak? Posted: 12 May 2012 09:32 PM PDT Inilah budaya UMNO.. Harta Kerajaan dianggap sebagai harta mak bapak mereka, baik pemimpin mahupun ahli-ahlinya.. Bagi mereka harta kerajaan itu harta UMNO oleh itu mereka boleh memperkudakannya sesuka hati mereka. Bagi meramaikan hadirin diprogram sambutan ulangtahun UMNO di Kuala Lumpur, pihak UMNO negeri Terengganu dilaporkan telah mengguna kenderaan milik Kerajaan Negeri bagi mengangkut ahli UMNO keprogram itu.. Tanpa memperdulikan bahawa sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dimana dalam kerajaan itu perlu ada Pemerintah dan juga Pembangkang.. mereka menganggap apa saja harta milik kerajaan itu boleh digunakan mereka sesuka hati. Apabila mereka menggunakan harta kerajaan iaitu kenderaan yang digunakan untuk mengangkut Ahli mereka ke perhimpunan itu sudah tentu segala kos pengangkutan termasuk minyak, tol, gaji pemandu dan juga penyelenggaraan kenderaan itu ditanggung oleh kerajaan yang dibentuk oleh pemerintah dan pembangkang. Adakah mereka pernah mempertimbangkan samada perbuatan mereka itu diredhai oleh rakyat yang menyokong pembangkang? ***************************************** KUALA TERENGGANU - Umno negeri Terengganu telah menyalahgunakan berpuluh-puluh kenderaan kerajaan negeri Terengganu bagi mengangkut para peserta ke program sambutan ulangtahun 66 tahun penubuhan parti itu semalam di ibu negara Kuala Lumpur. Ahli Jawatankauasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr AzmanIbrahim kesal dengan tindakan parti itu yang sewenang-wenangnya menggunakan harta rakyat seolah-olah harta tersebut milik Umno. Menurutnya, antara kenderaan tersebut adalah bas Jabatan hal Ehwal Agama Terengganu digunakan untuk mengangkut peserta yang terdiri daripada kalangan Pemuda Umno Batu Rakit. Katanya, tindakan tersebut menunjukkan Exco Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan parti. "Exco agama salah guna harta kerajaan, demi mencapai hasrat kononnya menghimpunkan 100,000 manusia di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan 66 tahun Umno semalam, "Adun Batu Rakit (itu) menyalahgunakan bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk mengangkut pemuda-pemuda dari kawasan yang diwakilinya"ujarnya ketika menghubungi Buletinonline. Beliau yang juga Naib Yang DiPertua PAS Setiu berkata, Khazan yang juga pimpinan Umno Setiu sebagaimana biasa menyalah gunakan harta kerajaan. Beliau berkata, bas tersebut telah dikesan di sekitar Pusat Dagagan Dunia Putra (Putra World Trade Centre – PWTC) pada Jumaat 11 Mei. Menurutnya, perkara yang sama turut dikesan di beberapa buah hotel disekitar ibu Negara dimana beliau mendapati banyak kenderaan-kenderaan milik beberapa Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu yang disalahgunakan. Justeru beliau menggesa kerajaan mendedahkan kepada rakyat kaedah dan peruntukan mana yang membolehkan kenderaan kerajaan boleh dimanipulasi untuk meramaikan manusia ke program Umno. Katanya, Umno juga perlu memperincikan sumber pendapatan mana yang digunakan menyewa beratus-ratus bas swasta bagi tujuan yang sama. Buletinonline |
Najib dijangka bubar Parlimen minggu ini, PRU 9 Jun? Posted: 12 May 2012 07:27 PM PDT SHAH ALAM - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen. Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun - dengan tempoh berkempen selama 14 hari. Ramalan itu turut mengambil kira cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei. "Berdasarkan maklumat yang saya terima, Perdana Menteri akan bubar Parlimen Isnin," kata seorang pemimpin kanan parti komponen kepada Sinar Harian, semalam. "Nampak gaya Perdana Menteri lebih yakin ekoran sambutan diberikan oleh ahli-ahli Umno," katanya lagi. Ketika ditanya Najib akan berada di United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk menghadiri majlis konvokesyen dan kemudian bercuti, pemimpin itu menambah, "itu satu rutin, ini perkara lebih penting." Apabila diajukan soalan yang sama, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional di Parlimen, Datuk Bung Moktar Radin berkata, pihaknya kini berada di paras "cukup bersedia" untuk menghadapi PRU13. "Saya tidak terkejut jika Parlimen dibubarkan minggu depan, apa pun keputusan akhir di tangan PM," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan. Beliau yang turut menghadiri sambutan ulang tahun ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil berkata, mesej perhimpunan kali ini menunjukkan "pilihan raya sudah semakin dekat." "Memang pilihan raya sudah dekat. Hanya tunggu untuk mendengar semboyan PRU," katanya lagi. Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, "berdasarkan apa yang saya dapat lihat semalam, nampaknya Umno kini sudah bersedia." Ibrahim juga berkata beliau tidak hairan jika Najib, selaku Pengerusi BN memutuskan untuk membubarkan Parlimen minggu ini. Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian yang seiring dengan pandangan beliau pula berkata: "PRU13 akan diadakan sebelum Ramadan... awal bulan Jun." Bagaimanapun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melihat mesej bahawa Najib akan menghadap Agong "hanya satu gurauan". "Apapun gurauan ini juga boleh menjadi realiti (diadakan PRU13 lebih awal), apapun boleh terjadi," kata pemimpin dari Sarawak itu. Menurut Wan Junaidi, selepas menyelesaikan siri isu dan masalah, Najib mempunyai satu lagi perkara penting untuk ditangani iaitu projek nadir bumi Lynas di Pahang. "Saya fikir Najib mahu menyelesaikan kesemua masalah yang ada dengan baik. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hanya akan membentangkan laporan pada awal Julai ini... jadi, saya fikir paling cepat pun awal pada Julai sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri, sekitar September," kata beliau. Sinar Harian |
Muhyiddin akui PRU13 akan tentukan Hidup atau Mampus UMNO.. Posted: 12 May 2012 06:30 PM PDT Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 adalah penentu kepada kelansungan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negara. Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, pilihan raya yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat itu adalah "ibu" kepada segala pilihan raya dan Umno bakal berhadapan dugaan yang paling getir. "Inilah saat yang ketikanya Umno akan berhadapan dengan dugaan yang paling getir. PRU13 adalah ibu kepada segala pilihan raya. "Ingatlah, apa yang kita pertaruhkan bukan sekadar kuasa politik, tetapi seluruh isi perjuangan dan nasib kepada sebuah bangsa," katanya dalam ucapan sewaktu Majlis Sambutan Ulangtahun ke-66 parti terbesar Melayu itu di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi. Jelas Timbalan Presiden Umno ini lagi, rakyat seharusnya tidak menyerahkan kuasa kepada musuh mereka dan merosakkan akidah dengan ideologi songsang pembangkang. "Jangan kita biarkan musuh-musuh merosakkan perpaduan dan keharmonian yang telah kita bina. "Jangan benarkan mereka menyebarkan dakyah dan ideologi songsang yang mempengaruhi akidah kita," katanya di hadapan sekitar 60,000 peserta di dalam stadium dan ribuan lagi di luar stadium. Tambah Ahli Parlimen Pagoh ini lagi, rakyat juga seharusnya tidak membiarkan "dakyah fahaman yang menyesatkan mereka mengharu birukan rakyat". Justeru, beliau mengharapkan rakyat akan terus memberikan sokongan penuh kepada Umno hanya kerana parti itu sahaja yang menjadi benteng rakyat. "Umno perlu kekal sebagai benteng kepada rakyat. Umno sebenar-benarnya pembela rakyat. "Andaikata benteng ini rosak dan terhakis, akan rosaklah segala kota perpaduan dan keharmonian yang terbina selama ini," katanya diikuti sorakan dan tepukan gemuruh peserta "Gelombang Merah". Tambah Muhyiddi, Umno juga sedia berubah seiring dengan perubahan yang dialami landskap politik tanah air. "Landskap politik sudah berubah. Pendekatan kita juga sudah berubah, namun matlamat dan hasrat perjuangan Umno akan kekal utuh. "Umno sudah membuktikan kemampuan untuk berubah mengikut kesesuaian masa dan tidak akan berkompromi dengan apa yang kita perjuangkan," katanya lagi. Perhimpuanan rasaksa Umno ini disertai oleh ahli diperingkat akar umbi dari seluruh negara dan mereka akan berkampung di Bukit Jalil bermula hari ini hingga Ahad ini. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan