Anak Sungai Derhaka |
- Demi untuk meramaikan Majlis Sambutan Hari UMNO, UMNO hina Perlembagaan Malaysia
- Sekolah Pondok tolak bantuan RM100K dari Muhyiddin...
- Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Johan persenda Himpunan BERSIH dalam video ini..
- Utusan minta maaf pada senator Australia.. Dah tak mampu nak bayar samanke?
- 1 Ahli UMNO maut, 77 cedera nahas 2 Bas dan Treler
- 2 Buah Bas bawa Ahli UMNO kemalangan di Tol Rasah..
- RM300 untuk Mahasiswa ke Sambutan Hari UMNO.. SMS sebagai bukti.. tengoklee..
Demi untuk meramaikan Majlis Sambutan Hari UMNO, UMNO hina Perlembagaan Malaysia Posted: 12 May 2012 08:29 AM PDT Tahukah anda? Dengan menghantar surat jemputan kepada Mahasiswa untuk ke Majlis Sambutan Hari UMNO yang berada di dalam Kampus, UMNO telah menghina Perlembagaan Malaysia. Ini kerana demi untuk mengekalkan kesuburan akademik dan memastikan Universiti kekal sebagai pusat perkembangan ilmu, maka tegahan dan larangan untuk mana-mana parti politik luar untuk masuk ke dalam kampus tetap dikekalkan dalam AUKU yang telah di bahaskan dan dipinda dalam Parlimen. Hanya pelajar yang dibenarkan melibatkan diri dengan politik kepartian di luar kampus, bukannya parti politik luar yang masuk ke dalam kawasan kampus universiti. Itulah sikap sebenar pemimpin-pemimpin UMNO Baru yang mahu membuktikan kepada Najib bahawa beliau mendapat sambutan rakyat walau kemana beliau pergi.. Segalanya mereka langgar, hatta undang-undang yang telah dibahaskan dan diluluskan di Parlimen sendiri. Jika hanya kerana mahu menunjukkan kepada Najib dan juga rakyat Malaysia bahawa UMNO masih disokong kebanyakkan rakyat Malaysia mereka melanggar Perlembagaan Negara.. apa agaknya yang mereka sanggup lakukan untuk mengekalkan kuasa?? **************************************** Kenyataan media oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2010/2011 Isu keterlibatan mahasiswa dalam politik kepartian khususnya di arena politik tanah air mendapat liputan yang sangat meluas, khususnya selepas isu penahanan empat orang pelajar UKM ketika kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangar sebelum ini. Perbicaraan terhadap keempat-empat pelajar tersebut menyaksikan mereka memenangi kes di mahkamah, kerana berjaya mewujudkan keraguan terhadap Perkara 15 AUKU, dengan Perlembagaan Malaysia. Kesinambungan daripada isu tersebut, mahasiswa mula menunjukkan kebangkitan untuk menuntut hak mereka, apabila mereka secara langsung dapat menyaksikan bahawa selama ini hak mereka dinafikan oleh suatu klausa di dalam AUKU, yang menyaksikan percanggahan antara AUKU dengan Perlembagaan Malaysia. Sehubungan dengan itu, pada bulan Mac sehingga April yang lalu, perbahasan panjang mengenai perkara ini diparlimen telah berlangsung, yang menyaksikan akhirnya AUKU telah dipinda, dan halangan kepada mahasiswa untuk berpartisipasi dalam politik kepartian, akhirnya berjaya dipinda. Perenggan 15 (2)(c) telah digugurkan yang mana sebelum ini melarang untuk mana-mana pelajar daripada bertanding bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan, atau kumpulan pelajar di dalam kampus, sekiranya memegang sesuatu jawatan dalam sesebuah parti politik. Perkara ini kemudiannya telah diluluskan dan dinyatakan dalam ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang tersebut oleh Menteri Pengajian Tinggi di Parlimen baru-baru ini. Namun, demi untuk mengekalkan kesuburan akademik dan memastikan Universiti kekal sebagai pusat perkembangan ilmu, maka tegahan dan larangan untuk mana-mana parti politik luar untuk masuk ke dalam kampus tetap dikekalkan. Hanya pelajar yang dibenarkan melibatkan diri dengan politik kepartian di luar kampus, bukannya parti politik luar yang masuk ke dalam kawasan kampus universiti. Namun, pihak PMUKM agak terkejut, kerana setelah undang-undang ini digazetkan, ia seolah-olah dipandang enteng dan diambil mudah oleh sesetengah pihak berkaitan isu ini. Hal ini kerana, bertarikh 8 Mei 2012, PMUKM telah menerima jemputan rasmi daripada UMNO Malaysia, yang dinamakan kepada EXCO MPP PMUKM untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari UMNO ke-66 pada 11 Mei 2012 (Jumaat), pada jam 7:00 petang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuala Lumpur. Perkara ini dipandang dengan serius, kerana tindakan terbuka UMNO Malaysia ini dilihat dengan angkuhnya menghina Perlembagaan Malaysia, kerana melakukan tindakan yang membelakangi perlembagaan yang telah disahkan di parlimen. Seperti yang dinyatakan di atas, tegahan dan larangan untuk mana-mana parti politik untuk masuk ke dalam mana-mana kampus, masih dikekalkan. Timbul sedikit persoalan dari pihak kami berkenaan surat jemputan ini, adakah pindaan undang-undang AUKU ini hanya sekadar kosmetik untuk menarik sokongan anak muda, atau ada agenda tertentu, khususnya menjelang pilihanraya umum yang akan berlansung hanya beberapa ketika daripada sekarang. Maka untuk mengukuhkan dakwaan ini, kami lampirkan bersama bukti surat jemputan tersebut di sini. Justeru, kami memohon agar pihak Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya, dan seluruh universiti di Malaysia amnya untuk tidak bersikap sambil lewa dan hanya memandang sebelah mata, apabila sesuatu isu itu berkaitan dengan pihak tertentu, akan tetapi cepat melatah apabila isu atau perkara yang datang daripada pihak yang lain. Maka dalam kondisi meraikan tuntutan mahasiswa untuk menyuarakan hak, janganlah ianya dicemari dengan tindakan kotor pihak tertentu, yang menghalalkan segala apa yang mereka inginkan tanpa mengikut garis panduan dan ketetapan yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia. Selaku wakil kepada mahasiswa Univeristi Kebangsaan Malaysia, PMUKM menyatakan pendirian untuk tidak terlibat samada menghadiri atau menyatakan sokongan kepada Sambutan Hari UMNO ke-66 ini, kerana jemputan yang diberikan ini jelas menunjukkan wujudnya tindakan langsung daripada pihak UMNO, iaitu parti politik luar untuk masuk ke dalam kampus dengan sesuka hati, tanpa mempedulikan kedaulatan Perlembagaan Malaysia yang menegah tindakan tidak beretika ini. Andai ada pihak yang ingin menghadiri program ini atas kapasiti peribadi, itu adalah keputusan individu dan masih selari dengan apa yang diperuntukkan di bawah perkara 15 AUKU, namun apabila adanya jemputan secara rasmi daripada pihak UMNO kepada EXCO MPP PMUKM, ini jelas bercanggah dengan AUKU, dan mencemarkan reputasi UKM sebagai sebuah lubuk ilmu yang bebas dariapda pengaruh mana-mana parti politik luar. Sebagai kesimpulan, kami mendesak respon segera daripada Pihak Pentadbiran UKM, khususnya Naib Canselor UKM dan Menteri Pengajian Tinggi, berkaitan isu ini, demi membersihkan imej UKM daripada sebarang pengaruh anasir kotor daripada parti politik luar. Andai perkara ini terus didiamkan dan tindakan membisu daripada pihak yang bertanggungjawab, maka jelas, pindaan AUKU dan segala bentuk perkara yang berlaku sebelum ini adalah sekadar retorik politik, yang penuh dengan kepalsuan dan tipu daya. Mohon reaksi segera daripada pihak yang berkaitan. Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia Sesi 2010/2011. | ||||||||||||||
Sekolah Pondok tolak bantuan RM100K dari Muhyiddin... Posted: 12 May 2012 05:01 AM PDT Belum pun sampai sebulan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok di sini, Pondok Berangan yang turut disenaraikan menolak tawaran itu. Perkembangan itu memalukan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang mana sebelum ini mengharap dapat mempengaruhi institusi pondok bagi mendapat sokongan percuma. Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, beliau menghormati pendirian tegas pengurusan Pondok Berangan menolak tawaran yang lebih bersifat politik. Katanya, pendirian tersebut perlu dihormati kerana mereka ada maruah yang perlu dipertahankan dan bukannya mudah diperalat bagi kepentingan politik pihak tertentu. "Semua orang tahu pemberian sumbangan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri ketika menjelang pilihan raya umum ke-13 dan tentunya mereka mengharap ada balasannya," kata beliau di sini. Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan pengurusan Pondok Berangan, Muhammad Ali menolak sumbangan kerajaan pusat kerana pondok berkenaan tidak pernah menerima bantuan pusat sejak diwujudkan 70 tahun lampau. Lagi pun katanya, sumbangan yang dijanjikan itu belum diterima pihaknya. Pada 25 April lalu Muhyiddin ketika lawatan ke Tumpat mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok termasuk Pondok Berangan, Pondok Bunut Susu, Pondok Jal Besar, Pondok Pulau Ular dan Pendok Geting. Pengumanan itu dibuat di Pondok Geting di Pengkalan Kubur yang diasas Abdullah Saamah, kini menjadi tenaga penceramah Umno. Kamaruddin berkata, hanya pondok yang tidak ada pengaruh dalam masyarakat seperti Pondok Geting menerima sumbangan disampaikan pemimpin Umno. Oleh itu katanya sebahagian besar institusi pondok di Kelantan menjadi benteng mempertahankan Islam dan tetap utuh sehingga sekarang. Harakahdaily | ||||||||||||||
Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Johan persenda Himpunan BERSIH dalam video ini.. Posted: 12 May 2012 12:50 AM PDT Video yang mempersendakan himpunan BERSIH 3.0 ini dilakonkan oleh beberapa orang pelawak dari Astro yang antaranya merupakan Ahli UMNO, ianya dimuatnaik oleh 'Bangkang Dari Longkang'. Video bertajuk 'Esok Nak demo' telah berjaya memperolehi 1345 dislikes setakat ini manakala video 'Demo Anti Demo' pula telah menerima 451 dislikes… Ini laporan dari Malaysiakini.. Ketika orang ramai cuba melupakan kepahitan insiden sekitar perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu, sekumpulan pelawak, antaranya Afdlin Shauki, cuba membuktikan bahawa ketawa masih ubat terbaik. Jenaka berbentuk parodi itu bagaimanapun mungkin menimbulkan rasa tidak senang untuk segelintir orang. Untuk itu, kumpulan yang menamakan diri mereka "Bangkang dari Longkang" mengingatkan: "Komedi gelap ini dicipta oleh sekumpulan rakyat Malaysia untuk mengetawakan sekumpulan rakyat Malaysia. "Ia menyentuh banyak perkara daripada situasi sehari-hari sehinggakan politik. Jika anda rasa video ini ditujukan kepada anda, jangan terasa beb!" Menyiarkan di YouTube semalam, video pertama mengkritik sekumpulan gerakan NGO dan demonstrasi secara umum. Ia melibatkan pelakon Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Johan (Raja Lawak) melakonkan situasi sekumpulan aktivis cuba menganjurkan demonstrasi tetapi gagal mencari tujuannya. Ketika berbual tentang pemansuhan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperjuangkan, seorang daripada mereka mencadangkan tuntutan pinjaman untuk motosikal dan kereta kawannya ditambah. | ||||||||||||||
Utusan minta maaf pada senator Australia.. Dah tak mampu nak bayar samanke? Posted: 11 May 2012 11:29 PM PDT Oleh kerana sering disaman kerana menyiarkan artikel atau laporan yang berbentuk fitnah dari berbagai pihak terutamanya dari pemimpin Pakatan Rakyat.. Akhirnya mungkin kerana menyedari bahawa mereka sudah sengkek.. dan tak mampu nak bayar jika disaman lagi.. Lidah Rasmi UMNO itu telah meminta maaf dari Senator Australia kerana telah memfitnahnya sebagai anti-Islam. ya..lah ada kilang percetakanpun dah dijual.. kalau kena saman lagi nak jual apa pulak.. Utusan akui salah, minta maaf pada senator Australia Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai anti-Islam sebelum ini. Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di akhbar milik Umno itu dan laman web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk 'Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'. "Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut," permohonan maaf di laman web Utusan dipetik. Utusan juga menjelaskan, dalam ucapan di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam'. Tambahnya, beliau tidak juga menegaskan bahawa Islam bukanlah sebuah organisasi agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang berselindung di sebalik kepercayaan agama. "Berdasarkan sebab-sebab di atas, Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesemua pernyataan-pernyataan terkandung di dalam artikel tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Senator Xenophon di atas kedukaan atau pengaiban yang diakibatkan kepada Senator Xenophon ekoran daripada penyiaran artikel tersebut," menurut notis itu - Malaysiakini | ||||||||||||||
1 Ahli UMNO maut, 77 cedera nahas 2 Bas dan Treler Posted: 11 May 2012 10:30 PM PDT SEREMBAN: Seorang wanita warga emas maut, manakala 77 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah bas dan sebuah lori treler di Kilometer 258.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berhampiran susur keluar ke Port Dickson, di sini awal hari ini. Roha Dol, 79, ahli Wanita UMNO Batu Pahat, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar di sini akibat kecederaan di kepala dan badannya. Pengarah hospital berkenaan, Dr Jaafar Che Mat, berkata mangsa disahkan meninggal dunia 5.40 pagi. Semua yang cedera pula dirawat sebagai pesakit luar di hospital itu. Dalam kejadian 2.58 pagi itu, dua bas berkenaan yang membawa ahli UMNO, dalam perjalanan ke Melaka dan Batu Pahat, Johor, selepas menghadiri sambutan ulang tahun UMNO ke-66 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di Kuala Lumpur malam tadi. Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati bas yang membawa 40 ahli Puteri UMNO dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Terengganu, ke Melaka, melanggar belakang sebuah treler ketika tiba di tempat kejadian. Katanya, sebuah lagi bas yang membawa 44 ahli UMNO pulang ke Batu Pahat pula gagal mengelak bas di hadapan itu lalu melanggar bahagian belakang. Pegawai Turus Trafik Negeri, ASP Abd Halil Hamzah, ketika dihubungi berkata semua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk menerima rawatan. Seorang mangsa, Mohd Hafizan M Senin, 30, ketika ditemui berkata, sewaktu kejadian dia sedang tidur dan terjaga apabila terdengar dentuman akibat pelanggaran itu. Dia yang menaiki bas belakang, tercampak ke tengah bas dan mengalami kecederaan ringan. "Saya berada dalam bas di belakang apabila tersedar saya nampak dua bas dengan sebuah lori sudah berlanggar dan saya nampak ada cedera, ada yang teruk juga," katanya. Seorang lagi mangsa, Raja Sulaiman Busu, 59, berkata, ketika kejadian kebanyakan penumpang sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kejadian itu. "Bagaimanapun saya bersyukur kerana saya tidak mengalami kecederaan," katanya. Turut hadir melawat mangsa di hospital adalah Anggota Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad. - BERNAMA Laporan sebelum ini sila baca di ( SINI ) Al-Fatihah buat yang terkorban..... | ||||||||||||||
2 Buah Bas bawa Ahli UMNO kemalangan di Tol Rasah.. Posted: 11 May 2012 08:31 PM PDT Demi menyelamatkan nyawa, sekumpulan pemimpin dan ahli KEADILAN cabang Rembau, melupakan perbezaan politik. Mereka membantu menyelamatkan penyokong Umno yang terlibat dalam kemalangan bas kira-kira jam 4 pagi tadi sementara menunggu ambulans dan bomba tiba di lokasi kejadian. Mereka diketuai Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Baharin atau Chegubard yang juga ketua cabang KEADILAN Rembau. Kemalangan dipercayai berlaku berhampiran susur keluar Plaza Tol Rasah membabitkan dua bas yang membawa penyokong Umno Terengganu ke perhimpunan di Bukit Jalil. Bas itu dikenal pasti membawa penyokong Umno berdasarkan pelekat berlogo pada kenderaan berkenaan. Mengikut Badrul Hisham, bas berkenaan dikatakan melanggar belakang lori yang bergerak perlahan, menyebabkan sebahagian mangsa tercampak. "Ambulan dan bomba baru tiba. Ada yang tercampak keluar bas. Kami antara yang membantu juga panik banyak darah. Banyak bas Umno lain turut berhenti," tulisnya melalui twitter. Beliau menyedari kemalangan itu ketika pulang dari program Pakatan Rakyat di Johor - Keadilandaily Sementara itu Al-Husseyn melaporkan.. Dua buah bas yang membawa pulang penyokong-penyokong Umno Terengganu dari perhimpunan di Stadium Bukit Jalil telah terlibat dalam satu nahas jalan raya di exit Tol Rasah awal pagi ini. Menurut Cikgu Bard melalui tweeternya nya, sebuah bas yang membawa penyokong Umno Terengganu (Kuala Terengganu) telah merempuh sebuah treler yang dipercayai berjalan perlahan dari arah belakang. Ini diikuti pula oleh sebuah lagi bas yang membawa penyokon Umno Kuala Berang merempuh dari belakang bas tersebut. Cikgu Bard beserta beberapa aktivis SAMM Negeri Sembilan yang dalam perjalanan pulang dari Johor terserempak dengan kejadian tersebut serta merta turut membantu mangsa nahas yang terlibat. Sepenuhnya sila baca di ( SINI ) | ||||||||||||||
RM300 untuk Mahasiswa ke Sambutan Hari UMNO.. SMS sebagai bukti.. tengoklee.. Posted: 11 May 2012 06:00 PM PDT Semalam riuh rendah Blogger Pro UMNO menyiarkan gambar-gambar perhimpunan sebuah pertubuhan haram di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kenapa aku kata himpunan pertubuhan haram sila baca di ( SINI ) Ada yang melaporkan jumlah yang menghadiri himpunan pertubuhan haram itu 80,000 ada yang melaporkan 90,000 dan ada juga yang melaporkan jumlahnya ialah lebih 100,000. Walau berapa sekalipun yang dilaporkan itu ikut suka merekalah.. tapi perlu kita ketahui jumlah kerusi yang memenuhi Stadium tersebut hanyalah 87,411 buah sahaja. Jumlah tersebut merupakan jumlah keseluruhan kerusi yang ada di semua 'level' stadium..cuba perhatikan gambar kat atas tu, tengok belakang Najib tu.. berapa banyak yang kosong? Gambar kat bawah ni pun sama.. banyak kerusi yang kosong juga tetapi memandangkan warna kerusi adalah sama dengan warna dengan warna pakaian perwakilan.. kerusi kosongpun nampak macam ada perwakilan..
Tertipu dengan warna merah yang dilihatnya memenuhi Stadium itu.. berkatalah si Najib.. "Rasa-rasa esok saya hendak menghadap Yang di-Pertuan Agong (untuk mendapatkan perkenan)... adakah kita sudah bersedia, sudah bersedia, sudah bersedia?" Kata-kata itu disusuli dengan Najib bertanya, "boleh (kita) menang, boleh menang, boleh menang." "Tahun ini, tahun depan, bulan Jun? (Atau) bila-bila boleh, tahun depan?" Najib juga menyifatkan perhimpunan ulang tahun Umno yang telah diharamkan itu sebagai "satu perhimpunan raksasa, satu perhimpunan yang luar biasa, yang dianggap sebagai perlambangan kekuatan Umno.""... perlambangan roh dan semangat, perjuangan gigih Umno.
Sebab itulah perhimpunan menunjukkan semangat Umno, sokongan tidak menurun, hampir 100,000 yang berhimpun," kata Najib lagi. Kalau 100,000 yang hadir itu ikhlas kerana nak mempertahankan pemimpin-pemimpin UMNO Baru baguslah.. Tapi kalau yang hadir tu terpaksa disediakan pengangkutan, makanan kemudian elaun pula..(tengok print screen sms di bawah) tak ada maknanya..
Golongan Mahasiswa yang reply sms Permatani Farahin dibawah ini lebih beruntung kerana dijanjikan RM300 seorang..
Nak bangga apanya Najib?? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan