Khamis, 10 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PERKASA Pulau Pinang menggila lagi.. Gambar Guan Eng dikalung bunga pula.. (Video Inside)

Posted: 10 May 2012 05:00 AM PDT


Sedikit pencerahan agar tak ada yang keliru.. Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang ialah seorang India Muslim (Mamak) yang mengaku dirinya adalah Melayu..

Dalam insiden ini beliau telah mengepalai segerombolan Ahli PERKASA seramai kira-kira 30 orang di depan rumah Guan Eng di Jalan Pinhorn sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan "kematiannya" kepada masyarakat Melayu.

Tidak ada dalam masyarakat Melayu kematian seseorang dinyatakan dengan meletakkan kalungan bunga pada gambarnya, yang ada begitu ialah masyarakat India yang berugama Hindu.

Kemudiannya Ketua Wira PERKASA tersebut, seorang India Muslim yang mengaku dirinya adalah Melayu itu menjalankan upacara pengebumian mengikut kepercayaan agama Hindu buat Guan Eng yang merupakan seorang Cina di Komtar..

Kesimpulannya..Hanya di Pulau Pinang.. Seorang India Muslim yang mengaku dirinya Melayu telah menjalankan upacara pengebumian mengikut agama Hindu buat seorang Ketua Menteri berbangsa Cina.. apa kejadahnya Mamak ni buat entahlah..

Dah tak ada kerja agaknya Mamak ni seorang..

Ini laporan kejadian didepan rumah Guan Eng..

'Upacara pengebumian' depan rumah Guan Eng

Sekumpulan anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini melangsungkan "upacara pengebumian" di depan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.

Diketuai Ketua Wira PERKASA Risuan Asuddin, kira-kira 30 orang berkumpulan di depan rumah Lim di Jalan Pinhorn sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan "kematiannya" kepada masyarakat Melayu.

Kumpulan itu berkumpul kira-kira 15 minit bagi meluahkan tindakan Lim yang didakwa mengabaikan masyarakat itu sebelum bergerak beramai-ramai ke pejabat ketua menteri di Komtar.

Sepanjang perjalanan dengan motosikal, mereka membaling poster Lim ke jalan raya dan menyambung perhimpunan 15 minit lagi di Komtar - Malaysiakini


Ini pula adalah video kejadian di Komtar..

Najib janji `durian runtuh’ RM15,000 sekeluarga.. 3,000 Peneroka saman Felda RM483,000 seorang..

Posted: 10 May 2012 01:30 AM PDT


Walaupun Najib telah menjanjikan 'Durian Runtuh' kononnya buat keluarga masyarakat Peneroka, namun bukan semua Peneroka sebodoh yang dijangka oleh Najib.

Angka RM15,000 sekeluarga yang diumumkan oleh Najib itu hanyalah bertujuan untuk menipu rakyat kononnya ianya diberikan kepada setiap peneroka, walhal hakikatnya Peneroka hanya memperolehi RM5,000 sahaja kerana lagi RM5,000 diberikan kepada isterinya (entah bila tak tahulah)..

Manakala baki lagi RM5,000 diberikan kepada anak-anak peneroka yang menjadi peneroka generasi kedua.. kalau anaknya kerja kilang.. tak dapatlah ya..

Bagi mereka ini RM15,000 sekeluarga yang dijanjikan oleh Najib tidak membawa sebarang makna jika dibandingkan dengan tertipunya mereka oleh Felda dalam berbagai hal, oleh itu mereka telah membuat tuntutan saman sebanyak RM483,000 seorang terhadap Felda.

RM483,000 Seorang... ini barulah dinamakan 'Durian Runtuh'.. ataupun 'Durian Runtuh' atas kepala Najib..

Walau dijanji RM15,000, lebih 3,000 peneroka saman Felda

PETALING JAYA: Walaupun semua peneroka dijanji `durian runtuh' RM15,000 sekeluarga, lebih 3,000 peneroka di Pahang membuat tuntutan saman RM483,000 seorang terhadap Felda.

Mereka ialah 1, 086 peneroka dari Jengka; 800 (Keratong); 770 (Chini), 800 (Mempaga) dan 500 (Bera), kata Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said.

Peneroka Jengka, Bera dan Mempaga memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, manakala peneroka Chini dan Keratong di Mahkamah Tinggi Kuantan.

"Pertama, peneroka menuntut geran tanah dikembalikan setelah mereka membayar semua hutang kepada Felda. Ada yang terpaksa menunggu 10, 15 dan 20 tahun tetapi geran tanah belum dikembalikan.

"Kedua, dana tanaman semula berjumlah RM17, 000 setiap seorang peneroka, kerana ramai lagi yang tidak mendapat dana tersebut.

"Ketiga, berhubung kadar perahan gred (KPG) kerana Felda membayar tidak mengikut KPG yang menyebabkan peneroka kerugian kerana ditipu dari segi kadar sebenar.

"Sebagai contoh, mengikut pasaran KPG ialah 25 – 27 peratus tetapi Felda membayar 17-20 peratus sahaja. Kalau secara kasar 5 peratus, peneroka rugi RM1, 200 setahun.

"KPG ini sepatutnya enam tahun sahaja tetapi Felda mengambilnya sehingga 15 tahun. Ini pecah tanah," kata Suhaimi.

Beliau berkata, tuntutan peneroka itu lebih munasabah jika kerajaan benar-benar ingin membantu peneroka.

Katanya, ia tidak boleh dibantu sekali sahaja seperti bantuan RM15, 000 sebagaimana diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.


Free Malaysia Today

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pertikai perlantikan Hanif Omar sebagai Pengerusi Panel Bebas..

Posted: 09 May 2012 10:08 PM PDT


SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyambut baik pembentukan Panel Penasihat Bebas enam anggota bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan berikutan penganjuran Bersih 3.0 di ibu negara bulan lalu.

Bagaimanapun kata Saifuddin, beliau melihat pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel itu "kurang sesuai."

"Saya amat menghormati Tun Hanif. PDRM berada di zaman kegemilangannya semasa beliau Ketua Polis Negara. Menjadi ahli panel, sesuai. Tapi sebagai Pengerusi Panel, kurang sesuai kerana ia (turut) melibatkan siasatan ke atas tindakan polis (semasa Bersih 3.0)," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan hari ini.

Malah katanya, beliau tiada masalah dengan keenam-enam ahli panel, tetapi "cuma  ia akan lebih baik" jika ditambah dengan mereka yang ada rekod baik dalam kerja-kerja hak asasi dan penambahbaikan demokrasi.

"Bagi saya ini satu peluang yang baik bagi kerajaan memperbetulkan persepsi dan menjelaskan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku. Dan, jika dijalankan dengan baik, menggunakan peluang ini dengan baik, saya rasa ia akan mendatangkan faedah kepada kerajaan," kata beliau.

Selain Hanif selaku pengerusi, anggota panel terdiri daripada bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Kata Saifuddin, beliau merasakan Sim boleh mengetuai panel tersebut.

Mengumumkan perkara itu semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel penasihat akan mengadakan mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta peranan mereka.

Katanya, mesyuarat Jemaah Menteri semalam sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu," katanya.

Menurutnya, pada masa yang sama, polis akan terus dengan siasatan mereka berhubung kejadian rusuhan itu, dan mengemukakan hasilnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Hishammuddin berkata, penubuhan panel itu juga bertujuan menyediakan saluran kepada mereka yang merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan seolah-olah tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku.

Katanya, beliau percaya anggota panel itu cukup diyakini untuk memuaskan hati semua pihak.


Sinar Harian

UMNO jual tanah kepada Bukan Melayu lagi...

Posted: 09 May 2012 08:56 PM PDT


Masih boleh dipercayaikah kata-kata pemimpin UMNO kononnya merekalah yang mempertahankan hak orang-orang Melayu sedangkan dalam masa yang sama mereka juga telah menjual tanah-tanah yang dianugerahkan kepada mereka oleh Kerajaan kepada bukan Melayu?

Pendedahan terbaru ini menjadikan sebanyak tujuh bidang tanah yang telah dianugerahkan kepada Umno Tanjong Karang oleh kerajaan negeri Umno-BN terdahulu telah dijual oleh mereka...

Lagi Umno Tanjong Karang Jual Lima Bidang Tanah Anugerah Kerajaan Negeri


SHAH ALAM : Umno Tanjong Karang didakwa menjual lima lagi bidang tanah di Tanjong Karang yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Kerajaan Selangor Umno-BN yang dulu.

Pendedahan terbaru ini sekaligus menjadikan sebanyak tujuh bidang tanah yang telah dianugerahkan kepada Umno Tanjong Karang oleh kerajaan negeri Umno-BN terdahulu.

Tanah-tanah ini kemudiannya dijual kembali bagi membolehkan parti itu memperolehi keuntungan mudah.

Demikian beritahu Naib Yang Di Pertua PAS Tanjong Karang, Misran Serman kepada TVS hari ini.

Menurut Misran, tanah tersebut sebelum ini merupakan kawasan hutan simpan pemampan hakisan pantai yang terdiri dari hutan paya bakau.


"Lima bidang tanah yang saya sebutkan ini sebenarnya hutan simpan paya bakau iaitu kawasan pemampan hakisan pantai.

"Malangnya, kerajaan negeri dahulu dah anugerahkan tanah-tanah ini kepada Umno Tanjong Karang.

"Pindah milik bagi lot nombor 25862 dibuat pada 1996 dan empat lagi bernombor lot 26429, 26431, 26430 dan 26428 pula dipindah milik pada 2001.

"Semakan saya di Pejabat Tanah Dan Galian mendapati Nombor hak milik tanah-tanah ini adalah PN 11222, PN 80339, PN80345, PN 80346 dan PN 80348.

"Lepas itu Umno Tanjong Karang jualkan kepada syarikat-syarikat dengan harga yang tidak diketahui sekaligus sekali lagi jadi jalan mudah Umno Tanjong Karang buat duit," beritahu Misran.

Dari hasil carian yang diperolehi di Pejabat Tanah dan Galian Shah Alam dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, mendapati tanah bernombor lot 25862 dengan keluasan 28.3 hektar telah dijual kepada Prestige Sdn Bhd.

Manakala Lot 26429 dengan keluasan 12.5 hektar pula telah dijual kepada Camaroe Aquaculture Sdn Bhd.

Natural Adept Sdn Bhd pula membeli dua bidang tanah bernombor lot 26431 dan 26430 dengan keluasan masing-masing 4.048 dan 4.049 hektar.

QQ Sea Food Sdn Bhd turut membeli sebidang tanah bernombor lot 26428 dengan keluasan 4.038 hektar.

Menurut Misran, pada masa ini syarikat-syarikat terbabit terlibat menjalankan penternakan udang di atas tanah-tanah yang dibelinya itu.

Misran turut mempersoalkan dakwaan Umno sebelum ini yang mengaku kononnya mempertahankan hak dan kedudukan orang-orang Melayu.

"Umno kata mereka pertahankan hak Melayu, tapi dalam kes ini kita dapat lihat kebolehan Umno menjual tanah yang diberi kerajaan negeri kepada bukan Melayu.

"Sudahlah tanah itu dianugerahkan oleh kerajaan negeri,lepas itu senang-senang mereka jualkan untuk dapat untung atas angin, tindakan mereka langsung tak menguntungkan orang Melayu," kata beliau lagi.

Misran juga memberitahu, perkara ini akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam masa terdekat.

Dalam pendedahan sebelum ini, dua bidang tanah di Pekan Tanjong Karang dan Jalan Sungai Kajang yang diberi milik kepada Umno Tanjong Karang turut dijual parti politik terbabit kepada syarikat swasta.


Selangorku

Tarik Balik RUU Kesalahan Pilihanraya: Apahal Mahathir yang gelabah ni?

Posted: 09 May 2012 05:30 PM PDT


KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan tidak menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya kerana khuatir akan berlaku perkara-perkara di luar kawalan.

"Saya khuatir kalau kerajaan 'withdraw' (tarik balik), macam-macam akan berlaku... kita tak dapat buat apa-apa, pendek kata akan berlaku penipuan yang besar dan tidak ada satu yang boleh kita lakukan.

"Saya harap ini 'rumours' (khabar angin) sahaja dan kerajaan tidak akan tarik balik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku "Towards World War III Scenario", di Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini.

Dr Mahathir mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini bahawa kerajaan akan menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya berikutan tentangan daripada anggota-anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Nazri berkata beliau akan mengemukakan usul untuk menarik balik cadangan pindaan ke atas Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 itu di Dewan Negara esok.

Dr Mahathir berkata cadangan untuk menarik balik rang undang-undang itu mungkin kerana kerajaan yakin dapat menangani kemungkinan yang bakal berlaku.

Namun, beliau berkata: "Tetapi kalau saya jadi perdana menteri, saya kurang yakin la... saya tak kuat".

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) melancarkan buku bertajuk 'Towards World War III Scenario : Dangers of Nuclear War' hasil tulisan Michel Chossudovsky sempena prosiding Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah kemudian menghadiri sesi dialog dengan Chossudevsky, seorang profesor ekonomi dari University of Ottawa.

Chossudevsky dalam bukunya, antara lain menyatakan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersedia untuk melancarkan perang nuklear terhadap Iran dan Korea Utara, yang menurutnya mungkin menyebabkan perang dunia ketiga.

Beliau turut mendakwa bahawa pendapat saintifik diguna untuk memanipulasi pandangan masyarakat antarabangsa bagi menghalalkan 'perang kemanusiaan' menggunakan taktik senjata nuklear, atas nama keamanan dunia, dan pada masa sama mengesahkannya sebagai satu cara untuk melindungi dunia barat daripada serangan nuklear. - Bernama

Tiada ulasan: