Selasa, 8 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib umum Durian Runtuh.. tapi kenapa RM1.689 Billion saja? lagi RM3.942 Billion hilang kemana?

Posted: 08 May 2012 03:13 AM PDT


Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, tetapi Najib hanya mengumumkan sejumlah RM1.689 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 112,000 peneroka…

Tentang bagaimana jumlah RM5.6 bilion sila dalam Kenyataan Media oleh Rafizi diakhir entry ini..

Selain itu.. Peneroka yang dikatakan layak mendapat 'Durian Runtuh' itu hanyalah mereka yang menandatangani perjanjian dengan Bank.. lihat perjanjian di bawah..

Ihsan Pahang Daily Online

Dokumen diatas adalah sebagai bukti bahawa para peneroka telah ditipu kerana menandatangani "borang kosong" untuk pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH.

Malah, dalam perjanjian itu peneroka akan dibebankan untuk menanggung segala kerugian dan bersedia untuk menanggung kerugian terhadap semua tindakan guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian serta lain-lain yang berkaitan.

Cuba fikir, agaknya bank mana yang boleh bagi pinjaman tanpa cagaran?

Baca sebahagian petikan berita ini..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara.

Beliau mengumumkan perkara berkenaan di hadapan ribuan warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang.

Pemberian tersebut merupakan satu insentif bagi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Menurut Najib, dengan penyenarian FGVH, sejumlah RM1.689 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 112,000 peneroka.

Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat - masing-masing RM5, 000.

Peringkat pertama, katanya, adalah bayaran RM5,000 kepada ketua isirumah, diikuti RM5,000 kepada isteri dan bayaran terakhir RM5,000 kepada anak-anak mereka - Malaysiakini

Kenyataan Media yang dimaksudkan..

PENEROKA FELDA BERHAK MENDAPAT RM50,000 SATU KELUARGA, BUKANNYA RM15,000

Pengumuman yang dibuat Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.
KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Ini berikutan urusniaga berikut:

1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru.

2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru

3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65

4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion

5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion

Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.

Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato' Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.

Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.

Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:

1. Dato' Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan

2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.

Ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat.



MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


WONG CHEN
PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN DAN INDUSTRI


**Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca sekelian... jika anda mahu meninggalkan komen sila tunggu dua atau tiga minit untuk 'Intense Debate' reload... harap maklum...**

Nik Aziz is father of kafir? Apa komen TG Nik Aziz?.. bacalah..

Posted: 08 May 2012 12:57 AM PDT


Bagi aku.. tindakan bekas Ketua Polis Negara melabelkan TG Nik Aziz sebagai Bapa kepada Kafir  adalah satu tindakan yang keterlaluan, tidak wajar dan juga biadab!.. tapi pendapat aku tu tak penting, yang penting ialah ulasan TG Nik Aziz sendiri.. baca kat bawah.

Sebelum itu baca apa yang telah dikatakan oleh Rahim Noor sepertimana yang dilaporkan oleh Media tunggangan UMNO/BN..

Bagi memudahkan bacaan semua Semut Malaysia dah besarkan image.. baca kat bawah ni..


Baca pula apa kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dulu..

KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS akan menyaman bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dan News Straits Times (NST) atas kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tuduhan yang dikeluarkan oleh beliau sangat kurang ajar dan melampau batas. Sehubungan itu, PAS Pusat menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang dikeluarkan itu kerana ianya tidak berasas dan fitnah semata-mata.

PAS turut akan mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata tindakan NST yang sanggup melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej akhbar tersebut yang baru-baru ini tercalar teruk kerana dibukti memutar-belitkan kata-kata Senator Australia Nick Xenophon berdasarkan kata-kata ahli parlimen yang tidak berwibawa.

"Latar belakang dan kisah silam Rahim Noor sudah diketahui umum dan sepatutnya sebagai suratkhabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini.

Jika fitnah terang-terang yang bersifat sampah sedemikian boleh dinilai sebagai berharga untuk digunakan sebagai berita utama, apakah nilai kualiti yang ada pada media milik kerajaan?" soal beliau.

Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah.

"Harus difahami bahawa tuduhan terhadap peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan. Tambahan pula kalau dalam kumpulan tersebut, memang terdapat ahlinya yang terdiri dari kalangan orang kafir.

"Maka kaedah feqah jelas menyebut sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya," terang beliau.

PAS, kata Tuan Ibrahim tidak pernah membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana individu sebagai kafir dalam mana-mana ceramah atau ucapan.

"Apa yang PAS jelaskan ialah batas-batas iman dan kufur yang menjadi sebahagian daripada silibus pengajian aqidah.  Oleh itu, fitnah Rahim Noor yang bersifat peribadi kepada Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang ulamak dan Mursyidul Am Parti merupakan tuduhan yang melampaui batas," tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

PAS Pusat melalui Lujnah Guaman, katanya akan mengambil tindakan undang undang kepada Rahim Noor dan NST dalam masa terdekat.

"Ucapan melampau sedemikian tidak boleh disuburkan sebagai budaya di negara kita. Ahli-ahli PAS diseru fokus pada kerja pilihanraya kerana ini sebahagian mainan media untuk mengalihkan fokus utama kita, di saat menjelang PRU ke 13," nasihat beliau - Harakahdaily

Dan apa komen TG Nik Aziz sendiri dalam hal ini..

Dipetik dari FB TG Nik Aziz.. "Saya ditunjukkan keratan akhbar muka enam NST hari ini. Saya tidak mahu memberikan apa-apa komen."

Pendek dan tidak melenting sama sekali meskipun tuduhan yang dilontarkan buatnya adalah sesuatu yang berat..

Hingga sekarang sudah terdapat lebih dari 3,000 komen yang ditinggalkan dalam FB TG Nik Aziz.. tengok kat ( SINI


**Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca sekelian... jika anda mahu meninggalkan komen sila tunggu dua atau tiga minit untuk 'Intense Debate' reload... harap maklum...**

Bila Zul Nordin diletakkan untuk menandingi pidato Anwar.. macam inilah jadinya.. (gambar)

Posted: 07 May 2012 10:29 PM PDT


Dengan keyakinan bahawa Zul Kulim, MP yang telah disepak keluar dari PKR mampu mengugat ceramah oleh Anwar Ibrahim, UMNO Selangor telah mengundang beliau bagi mengadakan ceramah..

Malang buat UMNO kerana mereka tidak sedar atau tidak tahu bahawa Zul Kulim itu bukanlah manusia yang sesuai atau layak untuk menandingi pidato Anwar..

Hasilnya lihat gambar-gambar dari Addin di bawah ini..



Malam tadi berlangsungnya dua ceramah serentak antara pihak Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.

Ceramah BN diadakan di Kg Wira Damai yang diberitakan seramai 100 orang dan Ceramah PR di Kg Baru Batu Caves seramai 5.000 orang walau di padang yang berair dan lecak.

BN menampilkan Noh Omar, Zul Nordin, Zahip Md Arip dan Ezam Md Noor (tak datang atau tak berani). Sementara PR menampilkan Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa orang lagi.

Manakala gambar di bawah pula ribuan manusia membanjiri ceramah Anwar Ibrahim yang diadakan di padang bola Kg Melayu Batu Caves kira-kira 4 km dari tempat ceramah BN.

Tema ceramah Pakatan Rakyat adalah 'Merdeka Rakyat'



Sumber : Addin

Kerana fitnah.. Utusan bakal disaman lagi...

Posted: 07 May 2012 08:15 PM PDT


Boleh dicalonkan kedalam 'Guiness World Record' Lidah Rasmi UMNO ni.. Media cetak paling banyak menerima saman sejak kebelakangan ini...


Malangnya masih ada yang percaya dengan laporan yang disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO itu.. sunguh malang mereka itu....

Senator Australia cadang turut saman Utusan


Senator Australia, Nick Xenophon berkata beliau sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua akhbar tempatan, termasuk Utusan Malaysia, kerana tersalah memetik ucapannya yang menggambarkan beliau sebagai anti-Islam.

"Sudah tentu (tindakan undang-undang akan dipertimbang) dalam apa sahaja bahasa ia diterbitkan sama ada mereka telah memohon maaf atau tidak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.


Xenophon  merujuk kepada sebuah artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) yang telah tersalah memetik ucapannya di di Parlimen Australia pada 17 November 2009.

Akhbar harian berbahasa Inggeris NST telah memohon kerana "kesilapan besar" itu pada hari berikutnya.

Xenophon mengesahkan laporan awal yang memetik jurucakap dari pejabatnya bahawa beliau masih akan mengambil tindakan undang-undang terhadap NST walaupun akhbar tersebut telah memohon maaf.

Utusan Malaysia milik Umno, yang menerbitkan berita yang sama yang tersalah petik Xenophon, telah mengeluarkannya dari versi dalam talian di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.

Xenophon adalah sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia - Malaysiakini


**Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca sekelian... jika anda mahu meninggalkan komen sila tunggu dua atau tiga minit untuk 'Intense Debate' reload... harap maklum...**

Najib! Jangan biarkan ini terjadi.. malu nanti weh!!

Posted: 07 May 2012 05:30 PM PDT


Kalau benar apa yang disampaikan ini.. Najib bukan saja akan mengigit jari tangannya lagi, malah jari kakipun akan digigitnya juga.. ini kerana bukan sahaja majoriti masyarakat Cina telah hilang keyakinan terhadap Najib tetapi pemimpin mereka juga begitu..

Baca ni..

Desas-desus bahawa bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat dan Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Hari bakal menyertai PR semakin bertiup kencang.

Ong Tee Keat yang dikalahkan oleh pelakon video pada pertandingan merebut jawatan Presiden MCA tidak lama sudah pasti diketepikan dari bertanding mewakili MCA pada PRU 13 nanti. 

Mana mungkin pelakon video memberikannya peluang bertanding. Malah Tee Keat dilihat sejak akhir-akhir cenderung mengeluarkan pendapat dan pandangan yang berhaluan kiri di mata MCA. 

Manakala Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har yang di'rotan' oleh Ali Rustam selepas menyertai demonstrasi 'haram' Bersih 3.0 juga diramalkan akan meninggalkan MCA parti tunggangan Umno sejak sekian lama.

Ada pihak meramalkan kedua-dua pemimpin MCA ini akan meninggalkan MCA menjelang penamaan calon PRU 13. Malah Tee Keat sendiri yang bertegas tetap bertanding di Parlimen Pandan kemungkinan besar bertanding atas tiket PR kali ini.

Kita tunggu dan lihat!!!!!!

Berita di atas telah disampaikan oleh Mutaligat..

Tapi kalau korang baca Tukar Tiub di ( SINI ).. dia kata ada tiga orang pemimpin MCA sebenarnya..

Hari ini dalam Sejarah.. Samseng UMNO dihalau Polis.. (Video Inside)

Posted: 07 May 2012 10:30 AM PDT


Meskipun telah cuba untuk membodek pihak Polis.. sekumpulan samseng UMNO yang mencetuskan provokasi terhadap Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard telah dihalau keluar dari Bukit Aman..


Sekumpulan penyokong BERSIH 3.0 bertembung dengan satu lagi kumpulan anti-perhimpunan itu dalam satu kejadian yang hampir mencetus pergeseran di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini.

Insiden pada anggaran jam 2.50 petang itu bermula apabila kumpulan pro-BERSIH, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) disorak oleh kumpulan anti-perhimpunan berkenaan, termasuk anggota NGO Suara Anak Muda 1Malaysia.

NONEKumpulan SAMM diketuai pengerusinya Badrul Hisham Shaharin itu mula disorak dengan panggilan "pengkhianat negara" apabila kumpulan itu mula bergerak dari satu kawasan parkir ke kawasan pintu masuk Bukit Aman.

Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila seorang pemimpin Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah secara tiba-tiba meluru ke arah pemimpin Badrul Hisham.

Beberapa orang anggota polis bagaimanapun berjaya menghalang Armand daripada mendekati Badrul Hisham dan 10 orang yang lain dalam insiden yang berlaku selama kira-kira 10 minit.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Badrul Hisham berkata provokasi berkenaan menunjukkan bahawa kumpulan dipimpin Armand itu mengamalkan politik tidak matang.

NONE"Tahniah dan terima kasih kerana menyerlahkan lagi wajah sebenar mereka. Logiknya, tindakan mereka itu tidak dapat memenangi undi rakyat yang kini semakin matang," katanya.

SAMM hadir ke Bukit Aman hari ini untuk menyerahkan memorandum bagi mendesak supaya pihak polis yang terlibat melakukan kekerasan ke atas peserta perhimpunan 28 April itu menyerah diri.

Badrul Hisham berkata, memorandum itu juga mendesak agar PDRM memberi penjelasan sama ada terdapat anggota polis menyamar sebagai peserta pada himpunan itu.

"Saya mahu, PDRM tampil beri penjelasan berapa ramai anggota polis menyamar sebagai pendemonstran. Nyatakan berapa jumlah dan dedahkan siapa.

"Jika tidak, kita tidak menolak cakap-cakap yang mengatakan polis menghantar anggotanya di kalangan demonstrator sebagai ejen provokasi," katanya.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada seorang wakil ketua polis negara, ASP Ramli Yusuf dalam suasana tegang ketika berdepan dengan kumpulan penyokong anti-BERSIH bersama Armand.

Kumpulan bersama Armand itu dalam perhimpunan terdahulu pula menyerahkan kenyataan ikrar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sokongan terhadap tindakan pasukan itu dalam menangani perhimpunan 28 April.

Perhimpunan pada kira-kira jam 1.10 petang itu diketuai presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Datuk Mohd Ali Baharom yang berkata mereka menyokong PDRM kerana mahu negara yang aman.

"Kita beramai-ramai berikar hari ini menyatakan bahawa kami sokong PDRM," katanya yang menyifatkan perhimpunan 28 April sebagai "anasir jahat untuk menumbangkan negara."

NONEKatanya lagi, tindakan yang ditunjukkan peserta perhimpunan berkenaan juga merupakan perbuatan yang "kurang ajar."

"Saya minta agar Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) dapat  menahan mereka yang membuat provokasi dan ketua-ketua mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan ikrar tersebut kepada ASP Ramli.

Turut hadir dalam perhimpunan selama 15 minit itu ialah wakil NGO Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara, Pertubuhan Ikatan Perpaduan Melayu Gombak.

Kumpulan yang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu juga membacakan ikrar berkenaan dan turut melaung slogan "hidup polis", "hancur Ambiga" serta menyanyikan lagu "Barisan kita."



Malaysiakini

Saya tidak pernah derhaka kata Azmin

Posted: 07 May 2012 09:18 AM PDT


Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan Al Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan.

Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.

Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik.

Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.

Saya menyeru kepada media supaya tidak menganggu ibu saya dan Umno janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.

Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.

Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelek yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka.

Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno.

Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja-kerja Parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.

Tiada ulasan: