Isnin, 7 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tidakkah kenyataan ini lebih merbahaya dari kenyataan Khalid Ismath?.. Polis tolong siasat sat dia ni..

Posted: 06 May 2012 09:00 PM PDT

Kerana dikatakan menulis  menyokong tindakan supaya anggota polis dibunuh di status laman Facebook miliknya seorang aktivis mahasiswa ditahan polis bagi membantu siasatan.

Khalid Ismath, 22, Khalid dalam Facebook sebelum ini menulis: "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan."

Beliau yang kemudiannya ditahan pihak Polis ketika menyerah diri telah dibebaskan dengan jaminan Polis setelah siasatan.

Polis telah mengesahkan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM ) itu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam rusuhan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu hari ini dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata Khalid dibebaskan kira-kira pukul 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Pelajar itu disiasat kerana didakwa melakukan kekacauan dan rusuhan yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta awam.

Jika Khalid Ismath yang menulis  "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan." Telah dianggap melakukan satu jenayah.. bagaimanapula dengan kenyataan seperti di bawah..


Tidakkah kenyataannya lebih merbahaya kerana beliau mahukan rusuhan kaum?

Bagaimanapun setelah menyedari kenyataannya itu disebarkan dalam pages 'Kami Benci Najib Razak', pemilik account FB berkenaan mengeluarkan kenyataan kononnya account FB nya mungkin telah diceroboh seseorang.. 


Pendapat aku.. bagi membuktikan pihak Polis tidak bersikap pilih bulu dalam menjalankan tugas mereka siasatan perlu dijalankan terhadap mamat yang mengeluarkan kenyataan di atas itu..

Bagi membantu siasatan ini adalah link FB Ramli Desa itu.. ( SINI )

Info oleh Green Renegades


**Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca sekelian... jika anda mahu meninggalkan komen sila tunggu dua atau tiga minit untuk 'Intense Debate' reload... harap maklum...**

Najib kata ada peserta BERSIH 3.0 macam kera..

Posted: 06 May 2012 06:30 PM PDT


KUALA ROMPIN - Tindakan pembangkang yang tidak mahu menggunakan Stadium Merdeka untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 bertujuan untuk menarik perhatian media luar negara membuat liputan tentang perlakuan 'ganas' yang cuba ditimbulkan pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sebelum ini telah memberi cadangan kepada pembangkang supaya mengadakan perhimpunan tersebut di dalam stadium tetapi ditolak oleh pihak yang mahu menggugat keamanan dan keselamatan negara.

Menurutnya, tindakan terdesak pembangkang itu dilihat cuba menarik perhatian media asing tentang keadaan yang berlaku semasa perhimpunan itu dijalankan.

"Mungkin tidak seronok sebab orang duduk secara aman, duduk di kerusi jadi media luar tidak akan buat liputan terhadap mereka.

"Sebab itu mereka mesti cari jalan supaya berita perhimpunan itu dapat keluar di media luar negara.

"Jadi perhimpunan dijalankan di jalan raya agar dapat dilakukan secara tidak aman dan keluar dalam media luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Dataran Rompin di sini, semalam.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.

Najib berkata, pihak kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak untuk mengadakan apa sahaja perhimpunan asalkan ia dijalankan secara aman.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan menghalang sekiranya perhimpunan itu diadakan secara aman kerana Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

"Kalau mereka nak berhimpun, apa salahnya buat macam program ini yang lebih bertamadun kerana perhimpunan itu jelas menunjukkan ada peserta berhimpun macam kera yang hilang pedoman. Kera lebih elok berbanding yang meloncat-loncat itu.

"Kalau hendak buat secara aman kita terima, kita tidak tolak sebab kita merupakan negara demokrasi.

"Semua ada hak termasuk pembangkang selagi semua boleh buat adalah hormat undang-undang," katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak menyalahkan semua peserta yang terlibat kerana ada yang datang dengan niat yang baik.

"Bukan semua yang hadir itu terdiri daripada mereka yang ganas, tetapi ada yang datang dan berhimpun dengan cara yang baik," katanya.


Sinar Harian 

**Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca sekelian... jika anda mahu meninggalkan komen sila tunggu dua atau tiga minit untuk 'Intense Debate' reload... harap maklum...**

Tiada ulasan: