Sabtu, 5 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Perhimpunan Raksaksa UMNO 66 tahun?.. Najib memperbodohkan Ahli UMNO pulak...

Posted: 05 May 2012 07:23 AM PDT


Kurang pasti pulak aku.. samaada Najib yang mengeluarkan kenyataan ini sememangnya bodoh atau sekadar mahu memperbodohkan Ahli-ahli UMNO yang telah dikatakan terdiri dari orang-orang bodoh oleh Mahathir..

Kata Najib "Saya melihat tarikh lahir Umno yang ke-66 ini satu yang amat sesuai sebab kita dah lama tak buat satu perhimpunan secara raksasa dan masanya sesuai untuk kita.

UMNO asal yang dikatakan Najib telah berusia 66 tahun itu sebenarnya telah diharamkan pada tahun 1988 lalu..

Ianya telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil

Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.

Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.

Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Apa yang berlaku selepas itu ialah manipulasi Mahathir. Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Orang yang kini menjawat Presiden adalah di antara orang yang sebelah pasukan yang menetang penubuhan UMNO Baru ketika itu. Malah ramai lagi yang kini di dalam UMNO Baru bersama menentang penubuhannya dulu.

Supaya ahli dan orang ramai lupa perubahan yang dirancangnya, Mahathir telah memiripkan UMNO Baru dengan yang lama dalam pelbagai aspek. Selain mengguna nama UMNO yang sama, beliau juga mengguna lambang dan bendera yang mirip asal dengan sedikit perubahan.

Kemudian, perkataan "Baru" digugurkan dari UMNO Baru supaya sama dengan UMNO yang telah dibatalkan.
Ketika Mesyuarat Agung pertama parti baru itu, Mahathir membuat keputusan agar sambutan ulangtahun parti baru dibuat pada 11 Mei dan bukannya pada bulan Februari, tarikh UMNO Baru didaftarkan.

Akhirnya ahli UMNO Baru (kebanyakannya masih kecil 24 tahun lalu – terutama bagi mereka dalam Pemuda dan Puteri) terlena dengan perancangan Mahathir – malah tidak tahupun beza kedua-dua entiti yang berlainan ini [Kalau tidak percaya, sila periksa nombor pendaftaran di Pendaftar Pertubuhan (ROS)].

Segala yang dirancangnya menjadi. Dengan pembatalan UMNO Asal dan penubuhan UMNO Baru, Mahathir telah dapat menguasai penuh UMNO yang baru ditubuhnya dengan menyekat mana-mana penderhakanya di peringkat awal ini. Dan ianya termasuk Pak Lah yang ketika itu mnyebelahi Ku Li. Sebab itulah Mahathir dapat berkuasa penuh dengan kuku-besinya selama 15 tahun selepas itu.


Setelah berusaha untuk memperdodohkan rakyat dengan berbagai cerita dongeng tentang hal BERSIH .. Najib memperbodohkan ahli UMNO pula...

Nasib Najib baik.. kerana kebanyakkan Ahli-ahli UMNO itu terdiri dari orng-orang bodoh (Mahathir kata)

************************************

Perhimpunan raksasa Jumaat depan tanda kekuatan Umno: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei adalah tanda kekuatan parti itu untuk mara ke hadapan dalam satu barisan yang ampuh bagi mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang.

Perdana Menteri berkata perhimpunan itu juga akan membuktikan bahawa ribuan anggota parti itu mampu berhimpun dalam keadaan aman tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

"Saya melihat tarikh lahir Umno yang ke-66 ini satu yang amat sesuai sebab kita dah lama tak buat satu perhimpunan secara raksasa dan masanya sesuai untuk kita.

"Semua orang tahu bahawa pilihan raya (akan diadakan) tak lama lagi jadi eloklah kita paparkan kepada rakyat apakah jasa Umno selama ini," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Umno-Online di sini.
Beliau berkata anggota Umno juga perlu berbangga kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar parti keramat orang Melayu itu.

"Jangan kita rasa terhina, jangan kita rasa tertekan bahawa segala-gala yang dikecapi oleh negara ini pada hakikatnya adalah jasa yang disumbangkan oleh Umno, oleh pemimpin-pemimpin Umno, (sama ada) besar dan kecil selama ini," katanya.

Sambutan ulang tahun ke-66 Umno yang bertema 'Umno Pembela Rakyat' berlangsung selama 13 hari bermula 1 Mei lepas - Bernama


Kalau korang nak tahu sebab apa perhimpunan ini terpaksa diadakan secara besar-besaran sila baca di ( SINI )

Macammana Agensi Pelancongan boleh beli Kapal Selam ni Najib?.. tolong jawab sat..

Posted: 05 May 2012 05:00 AM PDT


Kertas pendakwaan sangat sulit yang kini berada di tangan pendakwaraya awam Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene ketika Menteri Pertahanan waktu itu yang kini Perdana Menteri, Najib Altantuya, menunjukkan bahawa syarikat Malaysia yang memperoleh kontrak, Perimekar Sdn Bhd rupanya hanyalah sebuah syarikat agensi pelancongan!

Pendedahan mengejutkan itu dinyatakan Pengerusi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Dr Kua Kia Soong sebentar tadi dalan satu sidang media ringkas di Kuala Lumpur.

Dr Kua yang berjaya memperoleh akses kertas pendakwaan secara eksklusif semasa berada di Paris, Perancis, dua minggu lalu menyatakan bahawa pendakwaraya Perancis sangat sibuk menyiasat skandal berkenaan sejak ia mula terbongkar pada 2009 sehingga ke hari ini.

Jelas Dr Kua lagi, mereka telah menemuramah pegawai-pegawai kementerian pertahanan negara itu yang terlibat secara langsung dalam kontrak pembelian sehingga kepada termeterainya perjanjian antara kerajaan negara itu dengan Malaysia.

Mereka juga telah memeriksa beberapa akaun peribadi dan akaun yang berkaitan dengan urusan pembayaran seperti yang telah didedahkan pada Khamis lalu oleh Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel di Kuala Lumpur.

Kesemua dokumen termasuk memorandum persefahaman, memorandum perjanjian jual beli, surat hasrat (letter of intent) serta invois dan akaun bank turut dibongkar yang menunjukkan penglibatan secara langsung orang kanan Najib Altantuya, Razak Baginda yang memiliki Perimekar.

Persolannya di sini, bagaimanakah sebuah syarikat yang berdaftar dengan agensi pelancongan dan tidak ada kena-mengena dengan bidang persenjataan jauh sekali ketenteraan boleh memperolehi bayaran lumayan berjumlah EUR2.3 bilion (RM7.1 bilion) di mana pendedahan pada Khamis lalu menunjukkan sekeping kertas faksimili tulisan tangan Najib Altantuya meminta DCN membayar EUR1 bilion (RM3 bilion) sebagai bayaran pertama, tidak termasuk EUR360,000 (RM1.2 juta) hanya semata-mata untuk berjumpa dengannya?

Sejak SUARAM membuat laporan secara rasmi pada 2009, lebih 153 dokumen dan bukti perjanjian pembelian kapal selam dirampas daripada pelbagai sumber, antaranya Thales International yang berpangkalan di Hong Kong serta pejabat DCN sendiri melalui pegawainya Henri.

Tidak mustahil siasatan selanjutnya bakal mendedahkan pula skandal antara DCN dan Kerajaan Perancis yang dilihat mendiamkan diri sejak penemuan skandal tersebut tercetus dengan pembunuhan misteri penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006 - Jalan Pulang

Mahathir tuduh Anwar dan TG Nik Aziz nak jatuhkan Kerajaan guna Demonstrasi ganas pulakdah...

Posted: 05 May 2012 03:00 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh musuh ketatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerjasama dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menjatuhkan melalui demonstrasi ganas seperti "Bersih."

Perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini berkata, Malaysia bakal musnah jika dakwaan beliau itu benar dan rakyat bakal menyaksikan "kemusnahan kepada kestabilan ekonomi dan keamanan dalam negara tercinta ini."

Kenyataan Dr Mahathir  itu dibuat di laman blog semalam selari dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Bersih 3.0 bukanlah perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil, sebaliknya cubaan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Namun, Dr Mahathir, yang telah berulangkali mengingatkan rakyat bahawa kuasa luar telah merancang untuk menukar rejim kerajaan di Malaysia, melangkau lebih jauh apabila membuat dakwaan terdapatnya kesatuan antara Anwar dan Menteri Besar Kelantan itu.

"Kemungkinan itu ada. "Kebanyakan rakyat Malaysia menjangkakan apa yang berlaku di luar negara tidak akan berlaku di sini."

"Namun, demonstrasi Bersih 3 menunjukkan ia bakal berlaku di negara ini."

Beliau menuduh Nik Aziz,  dilihat yang anti kerajaan di negara Arab telah berjaya menjatuhkan kerajaan, telah mengisytiharkan demonstrasi menjatuhkan kerajaan sebagai "halal."

"Jelas, PAS sudah pun terikut-ikut budaya demonstrasi ganas Bersih sebagai langkah menjatuhkan kerajaan jika mereka tewas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Negara kemudiannya akan kerap berlaku demonstrasi ganas. Ini akan memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi," katanya.

Dr Mahathir juga menyatakan Anwar sudah lali dengan menganjurkan "setiap perhimpunan demonstrasi" di Malaysia, menyanggah kenyataan Anwar yang menafikan Bersih 3.0 bermotifkan politik.

"Sekarang dia (Anwar) bergabung dengan Nik Aziz. Mereka berdua akan memperolehi banyak manfaat jika menjatuhkan kuasa tanpa melibatkan Perlembagaan," katanya.

Dr Mahathir turut menjangkakan rancangan menjatuhkan kuasa ini, media antarabangsa akan memainkan peranan bekerjasama untuk "mengaburi mata" penentangan terhadap kerajaan sedia ada.

Sokongan asing juga dan badan bukan kerajaan, tambahnya, akan memburukkan keadaan, seperti mana berlaku di dunia Arab.

"Agenda mereka mungkin berbeza namun mareka akan melihat peluang untuk mengubah kerajaan, untuk meletakkan calon pilihan mereka sebagai perdana menteri," tulis Dr Mahathir.

Laporan media asing terhadap Bersih melihatkan kerajaan Malaysia bersifat negatif dalam menyuraikan perusuh.

Perhimpunan Bersih 3.0, yang pada mulanya berlangsung secara aman bertukar ganas seperti mana Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu, apabila polis mengejar perusuh dan melepaskan gas pemedih mata termasuk meriam air ke arah perusuh.

Gerakan menuntut pembaharuan pilihan raya berterusan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap cubaan dan janji kerajaan memperbaiki kelemahan sistem pilihan raya, walaupun panel khas berhubung perkara itu sudah dibentuk di Parlimen.

Tuntutan Bersih adalah meliputi aspek proses pilihan raya negara ini, lebih menjurus kepada pembersihan sistem daftar pemilih sedia ada, bagi memastikan kerajaan yang mengamalkan demokrasi diberikan kuasa memerintah.

Namun Dr Mahathir menegaskan dalam laman blognya, tuntutan Bersih itu tidak berasas kerana "Malaysia jauh lebih bersih berbanding negara-negara autoritarian yang mana keputusannya telah dirancang."

Di Malaysia, jelas beliau, telah banyak negeri yang jatuh ke tangan pembangkang setiap kali pilihan raya, sesuatu yang tidak mungkin terjadi sekiranya pilihan raya tidak bersih.

"Di setiap pilihan raya, akan ada negeri yang dimenangi pembangkang.

"Kelantan memilih pembangkang pada 1964 dan 1969. Pada 1974 apabila PAS menyertai Barisan Nasional (BN), Kelantan dimenangi BN, tapi terus dikuasai PAS. Negeri itu hanya dimenangi BN pada 1978 namun pembangkang merampas kembali pada pilihan raya berikutnya.

"Pulau Pinang juga jatuh ke tangan pembangkang pada 1969. Sabah juga pernah tewas di tangan pembangkang.

"Keputusan terburuk adalah pada 2008, apabila BN tewas lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan," kata Dr Mahathir.

Oleh itu, pemimpin yang masih berpengaruh ini menjelaskan, beliau menjangkakan pilihan raya akan datang bakal menyaksikan pembangkang akan menguasai sesetengah kerusi.

"Paling jelas Kelantan akan terus berada di bawah PAS. Ia amat sukar untuk BN kuasai semula negeri yang mereka telah tewas," katanya lagi.

"Tapi kenapa masih lagi mengadakan demonstrasi dan tuntutan untuk pilihan raya yang adil dan bersih?" soalnya.


The Malaysian Insider

Bila pulak Azmin Ali kata nak bersumpah laknat ni?

Posted: 05 May 2012 01:00 AM PDT


Sebuah petubuhan bukan kerajaan, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) kesal dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang tidak hadir untuk sumpah laknat di Masjid Negara bagi membersihkan namanya yang dikaitkan dengan gambar pemimpin pembangkang miripnya bersama seorang wanita.

Nama pertubuhan  Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim tapi apa hal kisah Azmin Ali pun diaorang nak sibuk..

Apa Zahid Mat Arip ni ingat Azmin Ali tu serupa perangainya dengan Najib atau Saiful ke? yang sanggup bersumpah dalam Masjid?

Kalau semua orang boleh sekadar bersumpah dalam Masjid saja untuk menafikan apa yang dia dah buat.. tak perlulah kita ada Mahkamah..

Yang menyebarkan fitnah itu pencacai UMNO.. yang paksa Azmin Ali bersumpah juga Pencacai UMNO..

Apakejadahnya Azmin Ali nak kena bersumpah depan TIBAI? Siapa TIBAI tu? Pesuruhjaya sumpah ke atau Pesuruhjaya Sampah?

Kalau Zahid Md Arip kata dia kesal sebab Azmin tak hadir untuk bersumpah laknat di Masjid.. bila pula Azmin ada bagi jawapan mengatakan beliau akan hadir untuk sumpah laknat tu?

Sebut pasal sumpah ni... siapa tahu dimana Saiful sekarang ni? ada sesiapa tahu? dengar cerita semakin menarik kisah hidup dia sekarang ni...

Kalau sesiapa yang ada maklumat tu tolong e-mail kat aku ya.. kalau boleh detail sikit, terutama dari yang berada di Johor tu..

***************************************

Klip seks: Tibai kesal Azmin enggan sumpah laknat

KUALA LUMPUR - Sebuah petubuhan bukan kerajaan, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) kesal dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang tidak hadir untuk sumpah laknat di Masjid Negara bagi membersihkan namanya yang dikaitkan dengan gambar pemimpin pembangkang miripnya bersama seorang wanita.

Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md Arip berkata, Azmin seharusnya menyahut cabaran Tibai untuk membersihkan namanya daripada fitnah dengan membuat sumpah laknat hari ini bagi menjaga maruah diri dan keluarganya.

"Malangnya Azmin tidak hadir. Azmin kini dilanda sindrom dayus seksual," katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Negara, di sini

Baru-baru ini, gambar seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang terbabit dalam aksi panas bersama seorang wanita tersiar di akhbar serta beberapa laman blog, dan kini tersebar luas di Internet.

Muhammad Zahid berkata beliau berasa hampa dengan tindakan Azmin yang tidak mahu membuat sumpah laknat dan Tibai akan terus mencabar Azmin dan mendesak pemimpin itu berbuat demikian.

Beliau juga menjemput Azmin untuk hadir pada program jelajah Tibai pada 10 Mei ini yang akan diadakan di Pinggiran Batu Caves, Gombak. - Bernama


Azmin tak muncul

KUALA LUMPUR: Kegagalan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hadir ke Masjid Negara, semalam bagi membuat pengakuan sumpah menafikan gambar lelaki beraksi panas yang tersiar dalam laman blog dan akhbar bukan dirinya, dianggap sebagai dayus dan bacul.

Mursyidul Am, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Zahid Mat Arip berkata, dia mencabar Mohamed Azmin secara terbuka untuk membuat pengakuan sumpah menafikan gambar lelaki itu adalah dirinya bagi membersihkan maruah keluarga termasuk isteri dan anaknya.

"Cabaran itu dibuat secara terbuka dan saya pasti dia tahu mengenai perkara ini yang dirancang dibuat di sini (Masjid Negara) selepas menunaikan solat Jumaat," katanya.

Katanya, mereka kecewa dan kesal dengan tindakan Mohamed Azmin yang tidak hadir untuk membersihkan dirinya sedangkan Masjid Negara itu adalah tempat sama bagi pembangkang untuk berkumpul mengadakan perhimpunan Bersih lalu.

"Saya hairan dan terkejut kenapa dia tidak hadir sedangkan dia sepatutnya membersihkan tuduhan dan tohmahan itu jika benar lelaki itu bukan dirinya," katanya ketika ditemui di Masjid Negara, semalam - myMetro

Ketua Polis Negara Dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura.. cemerlang pukul Rakyat ke?

Posted: 04 May 2012 10:27 PM PDT


SINGAPURA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang daripada Presiden Singapura, Dr Tony Tan Keng Yam, pada majlis istiadat pengurniaan di Istana di sini, Jumaat.

Penganugerahan itu adalah atas sumbangan beliau dalam menjalin hubungan dan kerjasama yang erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Singapura dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura, sekaligus meningkatkan keselamatan antara kedua-dua negara.

Bercakap kepada Bernama selepas majlis itu, Ismail melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden Singapura dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bagi membolehkan beliau dikurniakan dengan darjah kebesaran tersebut.

"Sesungguhnya ia adalah satu penghormatan bukan kepada saya secara peribadi tetapi yang lebih penting kepada Polis Diraja Malaysia dan Polis Singapura.

"Saya difahamkan bahawa anugerah itu adalah pengiktirafan untuk kerjasama dan hubungan yang sudah terjalin sekian lama antara pasukan keselamatan kedua-dua negara. Apa yang penting, kita perlu teruskan kerjasama bagi menghadapi cabaran akan datang," katanya. - BERNAMA

Najib serahkan tanah wakaf di Pulau Pinang kepada bukan Islam?

Posted: 04 May 2012 05:30 PM PDT


Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan replika kunci rumah Taman Sejahtera secara percuma kepada sembilan keluarga Hindu dari Kampung Buah Pala pada 22 April lepas menerima amarah Melayu tempatan kerana didakwa membabitkan tanah wakaf Islam.

Penyelaras Kawasan DUN (PPK) Teluk Air Tawar, Salihin Mohamed semasa dihubungi menegaskan bahawa hartanah di bawah ketegori wakaf sama sekali tidak boleh dijual atau diberikan kepada orang bukan Islam jika dirujuk pada hukum syarak.


"Saya percaya penduduk Teluk Air Tawar ini akan sokong perdana menteri sekiranya rumah-rumah yang diserahkan kepada sembilan keluarga Hindu itu tidak membabitkan pembangunan di atas tanah wakaf Islam.


"Tanah wakaf untuk orang Islam, tidak boleh dijual atau diserah begitu sahaja kepada bukan Islam. Tanah wakaf tidak patut diseleweng atas nama agama atau politik sekalipun," ujar beliau pagi tadi ketika diminta mengulas sekumpulan penduduk setempat mengedarkan risalah membantah penyelwengan tanah wakaf tersebut.

September 2009, sembilan keluarga Hindu berkenaan antara penduduk Kampung Buah Pala yang hilang kediaman disebabkan pemaju dan pemilik tanah meroboh rumah-rumah mereka untuk pembangunan komersial.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut campur tangan serta membela penduduk berkenaan dengan memberi rumah dua tingkat bernilai sehingga RM600,000 tetapi dibantah oleh sembilan keluarga berkenaan.

Pun begitu, sembilan keluarga Hindu berkenaan masing-masing akhirnya menerima dua buah teres rumah teres dua tingkat yang setiap satu bernilai kira-kira RM220,000 dalam satu majlis rasmi di Universiti Sains Malaysia (SUM), George Town bersama perdana menteri baru-baru ini.

Difahamkan, pemaju perumahan atas tanah wakaf tersebut adalah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), iaitu anak syarikat berkaikan kerajaan pusat (GLC) di bawah pentadbiran Najib sendiri. 

Menurut risalah yang diedarkan, penduduk setempat yang membeli rumah di Taman Sejahtera melahirkan rasa marah kerana rumah yang mereka beli secara ansuran bank masih terbengkalai.

Mereka turut mempersoal kewibawaan perdana menteri kerana menyerahkan beberapa rumah di Taman Sejahtera kepada sembilan keluarga Hindu sungguhpun tanpa sijil pendudukan atau OC.

Mereka turut mempersoal langkan perdana menteri menyerahkan rumah di atas tanah wakaf Taman Sejahtera kepada sembilan keluarga bukan Islam berkenaan.

"Mengapa tanah wakaf Taman Sejahtera ini boleh diberi kepada bukan Islam?

"Bangunlah! Bangunlah mempertahankan hak kamu wahai sahabatku, bangsaku!" ujar sumber dipetik dari risalah tersebut.
Risalah tersebut menjelaskan bahawa penduduk Teluk Air Tawar akan melancarkan protes terhadap pentadbiran Najib Razak kelak.

PenangInsight.com

Tiada ulasan: