Khamis, 3 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


“Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !” jerit anggota Polis

Posted: 03 May 2012 08:32 AM PDT


Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba – tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali.

Saya turut dipukul dengan objek tumpul.  Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki. Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya.

Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit "Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !"

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya.

Rayuan saya sia - sia kerana saya hanya merayu kepada manusia yang hatinya telah bertukar menjadi binatang. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia. Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah hilang.

Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling). Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah.

Ada juga anggota polis yang sebut "kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau"

Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi (Pulapol).

Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan. Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman – teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM.

Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan ?

Saya tegaskan walaupun dipukul  dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali bayangkan jika Dataran Merdeka dibuka, semua akan berlansung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib yang penuh ketakutan dengan bayang – bayang sendiri kerana pilihanraya terlalu hampir tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan.

 Keduanya kalau ada pun kesalahan,  ada beberapa peserta demonstrasi  tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.

 Saya melihat sendiri kejadian sekumpulan anggota polis sekitar sejam setengah sebelum saya ditahan saya berada di hadapan Hotel Quality Jalan Raja Laut, bagaimana sekumpulan anggota polis bermotorsikal dan berkereta (termasuk MPV) memandu laju cuba melanggar demonstran dan berhenti serentak mengejar demonstran lalu menarik beberapa yang berjaya ditangkap untuk dibelasah di tengah - tengah kumpulan mereka. Saya yang kebetulan ada di situ bersama beberapa anak muda menegur seorang anggota polis yang menarik tudung seorang wanita tua. Malangnya saya dihalakan pistol dan dijerkah untuk diam.

Kononya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen Bn sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan 'brainwash' polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan. Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.

Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn. Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Sila sambung bacaan anda di ( SINI )

Bukankah bagus kalau Utusan juga amalkan etika macam ni...

Posted: 03 May 2012 05:30 AM PDT

Bukankah bagus kalau Utusan Malaysia mencontohi sikap The New Straits Times ini.. bila menyedari melakukan kesilapan siasat dan minta maaf kepada pihak yang menjadi mangsa fitnahnya..


Ini tidak, biarpun dikuasai oleh golongan berbangsa Melayu yang terkenal dengan sopan dan santunnya dan berugama Islam, meskipun menyedari mereka telah melakukan fitnah.. tak reti nak minta maaf..

Malah cerita yang tak berasas oleh pencacai UMNO pun boleh dijadikan berita di muka depan asalkan ianya memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat..

NST minta maaf kepada Senator Australia
The New Straits Times telah memohon maaf kepada senator Australia Nicholas Xenophon berhubung satu laporan yang mendakwa beliau membuat ucapan anti-Islam di Parlimen Australia pada tahun 2009.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di lamanweb NST hari ini, akhbar berkenaan berkata ia telah membuat "kesilapan besar" dalam menyiarkan kenyataan dalam artikel tersebut.

NST berkata, dalam ucapannya di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam' dan tidak pernah menegaskan Islam bukan sebuah pertubuhan agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan agama.

Atas sebab di atas, tambahnya, akhbar itu menarik balik semua kenyataan yang terkandung dalam artikel terhadap Xenophon dan memohon maaf kepadanya di atas sebarang kesusahan atau rasa malu yang disebabkan oleh artikel tersebut.

Akhbar itu juga telah mengeluarkan artikel tersebut daripada versi dalam taliannya berkuat kuasa serta-merta - Malaysiakini

Ini artikelnya...



Katak yang melalak dalam isu ni kat dalam gambar tu.. tak nak minta maaf jugak ke?
 
Laporan sebelum ini..

NST siasat laporan fitnah senator Australia


KUALA LUMPUR: Akhbar The New Strait Times (NST) sedang menyiasat laporan wartawannya ekoran bantahan anggota Parlimen Australia, Senator Nicholas Xenophon.
Ketika dihubungi The Malaysia Insider, Ketua Pengarang NST, Abdul Jalil Hamid berkata, "Kami sedang melihat fakta mengenainya."

Hari ini, Nick Xenophon dalam kenyataannya berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar Malaysia yang memaparkan beliau seolah-olah anti-Islam.

Dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh News.com.au, beliau melahirkan rasa terkejut dengan serangan itu.

Nick Xenophon bersama-sama dengan pemerhati antarabangsa berada di Malaysia baru-baru ini termasuk semasa hari perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas.

Beliau, dalam misi menjadi pemerhati politik, telah membuat kenyataan menyesali apa yang berlaku dalam perhimpunan itu.

Ekoran itu, media tradisional milik Umno dan BN menyerang peribadi beliau termasuk melebelkan beliau sebagai anti Islam dan pejuang hak lesbian, gay, bisexual dan transgender (lgbt).

NST  melaporkan Nick Xenophon anti Islam semasa berucap dalam Parlimen Australia padahal katanya dalam ucapan itu beliau menggunakan perkataan 'Scientology' dan bukannya Islam.

"Laporan itu palsu sepenuhnya," kata beliau dan akan meminta nasihat undang-undang mengenainya.

"Ia satu fitnah dan saya akan ambil tindakan," katanya.

"Saya terkejut ada yang pergi hingga sebegitu rendah," kata Xenophon sebagaimana dilaporkan oleh media Autralia itu.

Ekoran itu, NST telah membuang laporan berkenaan dari laman webnya.

Azmin Ali saman Utusan RM100 Juta... amekkau..

Posted: 03 May 2012 01:36 AM PDT


Semalam Utusan @ Lidah Rasmi UMNO melaporkan beberapa laman blog mendesak Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali supaya membuat laporan polis agar satu siasatan penuh dapat dijalankan ke atas penyebaran gambar yang mengaitkannya dengan aksi panas bersama seorang wanita.

Ini kerana menurut pemilik Blog itu  'penafian air liur' semata-mata oleh Azmin berhubung isu itu adalah tidak mencukupi.

Kononnya ini kerana kes melibatkan Azmin berbeza dengan video seks yang pernah dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim satu ketika dahulu.

Tapi hari ini.. satu pendekatan yang lebih baik telah di ambil oleh Azmin Ali.. bukannya membuat laporan Polis tapi saman Utusan Malaysia yang menjadi wadah penyambung fitnah itu..

Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, dakwaan dan gambar-gambar yang digunakan adalah rekaan semata-mata, bermotifkan politik dan tahap kewartawanan yang sangat menjijikkan.

"Hari ini, Azmin menerusi peguamnya Edwin Lim Suren & Soh mengeluarkan tuntutan kepada Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang memiliki Utusan Malaysia dan editor agar menarik balik dakwaan-dakwaan itu dan membuat permohonan maaf di muka depan Utusan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Melihat kepada keseriusan dakwaan dan edaran akhbar di peringkat nasional, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menuntut ganti rugi RM100 juta.

Amekkau!!

Err... TV3 pula bila nak saman Azmin?? jangan biarkan saman juga TV3 tu...

Berikut adalah kenyataan media dari Surendran..

I refer to the publication of fake images and false allegations of an extra-marital liaison in the media and blogs against PKR Deputy President Azmin Ali. The allegations and photographs are fabricated, politically motivated and the lowest kind of gutter journalism.

As usual, the photos have been widely published in the BN owned media and pro-UMNO blogs. Utusan Malaysia published the images in a particularly vicious and calculated manner.

Images of a pornographic nature implicating the Gombak MP were splashed on the front pages of Utusan Malaysia on 2.5.12. We hold Prime Minister and President of Umno Najib Tun Razak personally responsible for the publication of the photos.

It is impossible that character assasination of this scale could be carried out by Utusan Malaysia without the approval and knowledge of Najib, whose UMNO ruling party owns Utusan Malaysia.

Today, Azmin Ali has through his solicitors Messrs Edwin Lim Suren & Soh issued a letter of demand to Utusan Melayu (Malaysia) Berhad which owns Utusan Malaysia and its Editor demanding a withdrawal of the allegations and a public apology to be published in the front page of Utusan Malaysia.

In view of the seriousness of the alllegations and the nationwide circulation of the newspaper, Azmin Ali has demanded the sum of RM 100 million in damages.

Azmin Ali has commenced these legal proceedings to vindicate his name and reputation as a national leader and politician, and to defend the right of the public to fair and clean journalism.



Issued by,

N SURENDRAN
VICE PRESIDENT KEADILAN



**Tuan-tuan dan Puan-puan yang budiman... kalau nak tinggalkan komen sila tunggu 2 atau 3 minit untuk 'Intense Debate' reload... terima kasih!!**

PANAS!! Pendakwaraya Perancis dakwa temui fax Najib minta USD1 Billion dari DCN... (full report)

Posted: 02 May 2012 11:58 PM PDT


Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.


Here are the news... (tak boleh buat selalu macam ni.. nanti Malaysiakini tutup)

French prosecutors: Najib sought US$1bil for Perimekar


French public prosecutors probing shoddy deals in the French-Malaysian arms deals found evidence that then-defence minister Najib Abdul Razak had sought US$1 billion (RM3 billion) for local company Perimekar from French shipmaker DCN's subsidiary DCNI.

According to prosecution papers revealed by NGO Suaram today, a fax shows that Najib had asked for the amount for Perimekar as a condition for a meeting with him on July 14, 2001.

The fax dated June 1, 2001 was from Francois Dupont, the Malaysian representative for private company Thales Asia International, to one D Arnaud.

The document, one of 153 shown to Suaram, was seized by French police from the office of Henri Gide, an officer with Thales.

The actual copy of the fax was, however, not provided to media at the press conference today as Suaram was not allowed to take the documents out of France.

Instead, the NGO, which is pursuing a civil complaint against state-owned DCN for allegedly paying 114 million euros in defence kickbacks to Perimekar, provided media with notes by its French interpreter.

According to the notes, Dupont had in the fax detailed out chronology of visits and future actions during a visit to Malaysia, including details of "negotiation meetings with the Ministry of Defence and the management members of Perimekar".

"(In the negotiations) two contract proposals would be mentioned (from DCNI to Perimekar as well as between Perimekar and the Malaysian government).

"(Dupont) finally indicated a meeting with Datuk Seri Najib in France on July 14, 2001 with the condition that DCNI offers a maximum sum of US$1 billion for Perimekar's stay (in France," it read.

Perimekar is owned by Najib's associate Abdul Razak Baginda, who was acquitted without his defence being called of a charge of abetting in the murder of Mongolian Altantuuyaa Shariibuu.

Razak Baginda's company paid 360,000 euros

Suaram added that another document obtained by the prosecutors also revealed that Terasasai Sdn Bhd was a company owned by Abdul Razak and his father.

French prosecutors had investigated the matter following a civil complaint by Suaram against the alleged 114 million euros (RM454 million) kickback paid by French state-owned arms dealer DCN.

Prosecutors had on Aug 22, 2011 obtained an invoice faxed to Terasasi Sdn Bhd on Sep 19, 2004 to then-Thales chief executive officer Bernard Baiocco for the purpose of "success fees".

The invoice states that the 359,450 euros (RM1.43 million) was to be paid to a bank in Petaling Jaya, while a handwritten note on the fax reads:

"Razak demande si ce SF peut etre pris en compte assez vite. Le Support Fee suit avec un rapport (Razak is asking whether the SF can be paid into the account quite urgently. The support fee follows with a report.)"

However, Suaram director Cynthia Gabriel said that prosecutors are still trying to determine if the 'Razak' stated in the note refers to Najib or Abdul Razak.

'The Great Malaysian Robbery'

Referring to the case as "the Great Malaysian Robbery", Cynthia said the prosecutors also found "a slew of companies" were formed to muddy the money trail.

"More retro-commissions have surfaced allowing the misuse of such bodies as a pilgrimage fund (Lembaga Tabung Haji) and the military pension fund (Lembaga Tabung Angkatan Tentera).

"The Malaysian and French people have clearly been misled, cheated and robbed of their monies through blatant corruption and mismanagement of funds in the name of national safety and security," Cynthia (right) said.

As such, Suaram demanded that the Malaysian Anti-Corruption Commission open investigation papers on these new revelations and for the Malaysian government to cooperate with the French inquiry.

It also demands that the Defence Ministry list out to Parliament the companies involved in the procurement process involving DCN and the commissions paid.


Malaysiakini


**Tuan-tuan dan Puan-puan yang budiman... kalau nak tinggalkan komen sila tunggu 2 atau 3 minit untuk 'Intense Debate' reload... terima kasih!!**

Laporan Kami tak pernah ditapis begini rupa dimana-mana saja didunia ini - Al Jazeera

Posted: 02 May 2012 08:50 PM PDT


Kenyataan dari Al-Jazeera ada di bawah.. katanya hanya kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh UMNO/BN yang menapis berita mereka sebegini rupa.. di negara-negara lain tak ada.. negara lain tu sudah tentu termasuk Israel dan Uganda...

Al Jazeera tuntut penjelasan penapisan Astro


Rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera menuntut penjelasan daripada Astro mengapa liputannya mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu didakwa telah ditapis.
 
Dalam satu kenyataan yang diemel kepada Malaysiakini dari ibupejabat

Al Jazeera di Doha, Qatar, rangkaian berita itu berkata Astro sehingga ini tidak memaklumkan tentang kemungkinan tapisan dibuat kepada program beritanya.

"Laporan berita kami adalah catatan fakta peristiwa pada hari tersebut, dan pencerobohan dalam proses editorial kami adalah tidak wajar. Kami tidak pernah ditapis dengan cara ini oleh platform pengedaran lain di mana-mana sahaja di dunia," katanya.

Rangkaian berita itu menambah bahawa ia juga akan menuntut Astro menjelaskan bagaimana laporan wartawannya, Harry Fawcett pada hari berkenaan telah melanggar "peraturan kandungan tempatan".

"(Astro) perlu menggariskan dengan tepat apakah dakwaan pelanggaran itu dan bagaimana mereka boleh membuat keputusan tersebut," katanya.

Masih tidak jelas bahagian mana laporan Fawcett mengenai BERSIH telah ditapis, sepertimana yang didakwa oleh lamanweb Sarawak Report - Malaysiakini




Al Jazeera's English Spokesman released this official statement:

"We will be asking Astro for an explanation as to why Harry Fawcett's report of the rally in Malaysia was apparently censored. If Astro are indeed saying that it breached "local content regulations", they would need to outline exactly what these alleged breaches were and how they arrived at their decision.

"As we understand it, the censoring was not made clear to viewers when it happened. We have had no communication on this incident from Astro either.

"Our news report was a factual account of events that day, and intrusion in our editorial process is unwarranted. We have not been censored in this way by another distribution platform anywhere in the world."

APA?? Sharizat biaya pertubuhan haram guna wang rakyat? cuba tengok surat ni..

Posted: 02 May 2012 05:30 PM PDT

Selepas skandal penyelewengan suaminya didedah kepada umum, Datuk Seri Shahrizat Jalil pula didakwa telah menyalahgunakan dana rakyat dalam membiayai program wanita Umno melalui Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) yang ditubuhkan pada 29 Jun 2001.

Perkara itu didedahkan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan media yang dihantar .

Menurut Zuraida, Shahrizat yang baru sahaja menjawat jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada ketika itu adalah individu bertanggungjawab yang menubuhkan MPWK.

Beliau berkata, keanggotaan MPWK terdiri daripada Exco wanita dari kerajaan-kerajaan negeri seluruh Malaysia. Bagaimanapun, menerusi semakan yang dilakukan di bawah Pendaftaran Pertubuhan, organisasi itu disahkan sebagai pertubuhan haram dan tidak berdaftar.

"Malangnya, sejak penubuhan MPWK sehingga hari ini, ia disalahgunakan sebagai sebuah organisasi haram yang dianggotai oleh Ketua-ketua Wanita Umno dan pimpinan Wanita Umno di setiap kawasan parlimen. Organisasi ini kemudiannya diberi peruntukan besar oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diketuai Shahrizat," katanya.

Jelas Zuraida, MPWK mempunyai anggota di peringkat negeri dan parlimen, di mana Ketua MPWK peringkat negeri adalah Ketua Wanita Umno Negeri, manakala di peringkat parlimen adalah Ketua Wanita Umno Bahagian.

Ujarnya, KEADILAN juga mempunyai bukti mengenai perbelanjaan dan peruntukan yang disalurkan kepada kesemua bahagian Wanita Umno seluruh negara yang berselindung di sebalik pertubuhan haram itu.

"Hari ini, Wanita KEADILAN menampilkan bukti bagaimana kerajaan menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk program mewah di hotel mahal yang dihadiri oleh keseluruhan jentera kepimpinan Wanita Umno seluruh Malaysia, atas nama MPWK.

Surat jemputan yang dilampirkan bersama dialamatkan kepada Normah Mohd Saman iaitu Ketua Wanita Umno Wangsa Maju.

Pembiayaan aktiviti parti dan perbelanjaan yang memberi manfaat kewangan kepada pimpinan parti dengan menggunakan wang rakyat dan dana kerajaan adalah satu kesalahan besar di sisi undang-undang.

Ini adalah penyelewengan dan salahguna kuasa yang nyata yang telah dilakukan oleh Wanita Umno di bawah kepimpinan Shahrizat," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak yang mengambil alih jawatan Shahrizat untuk membubarkan serta menghentikan perbelanjaan yang disalurkan kepada pertubuhan itu selain mengarahkan siasatan dalaman dilakukan.

Selain itu, beliau turut mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno atas salah laku penyalahgunaan wang rakyat dan dikenakan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - Selangorku

 Ini buktinya..

Tengok dua video ni keganasan pihak berkuasa ni... sama ganasnya tapi tak serupa..

Posted: 02 May 2012 10:56 AM PDT


Cuba korang perhatikan betul-betul insiden yang berlaku dalam kedua-dua videoclip dibawah ini.. Ada yang sama tapi tak serupa..

Dalam videoclip yang pertama ianya berlaku di sebuah Masjid iaitu Masjid Al-Aqsa, pihak berkuasa di sana (Polis Israel la…) telah menyerbu ke dalam kawasan Masjid setelah dilontar dengan batu dari pihak yang berada di dalam Masjid.

Serbuan telah dilakukan pada hari jumaat Februari yang lalu, kelihatannya seperti telah selesai Solat Jumaat..

Manakala dalam videoclip yang kedua pula… pihak berkuasa juga telah melakukan serbuan ke dalam kawasan Masjid..

Malangnya ianya berlaku di sebuah negara yang mengakui Islam itu adalah agama rasminya..




Yang sama ialah kejadian berlaku di kawasan Masjid dan yang menyerbu ialah pihak bekuasa..

Yang tak sama pula ialah dalam video pertama yang menyerbu itu bukan berugama Islam.. tapi pihak yang menyerbu dalam video kedua pula berugama Islam.. lebih biadap lagi ianya berlaku ketika Azan sedang berkumandang..

MCA pula perlu nyatakan pendirian tentang BERSIH 3.0 kerana Ketua Wanitanya turut serta..

Posted: 02 May 2012 09:43 AM PDT


Mula-mula korang baca petikan laporan dari Sinar Harian 27hb April sehari sebelum Himpunan BERSIH 3.0 diadakan ini..

MCA mencabar DAP supaya menyatakan pendiriannya berhubung perhimpunan yang dirancang di ibu negara esok kerana ia dibantah oleh Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, DAP sepatutnya senada dengan Tunku Abdul Aziz, yang bimbang perhimpunan itu boleh bertukar menjadi ganas berdasarkan kepada beberapa perhimpunan jalanan di luar negara.

"Dalam hal ini, DAP perlu menjawab... siapa yang patut kita percaya? Kami mahu mereka nyatakan pendirian sebenar (berhubung perhimpunan itu)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi MCA di sini.

Sekarang.. MCA pula perlu jelaskan kepada DAP pendirian mereka berhubung Himpunan BERSIH 3.0 kerana Ketua Wanita MCA negeri Melaka, Datuk Kian Sit Har telah  terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, 28 April lalu.

Itulah... sibuk sangat hal Parti orang lain.. Ketua Wanita sendiri tidak terjaga..

Tiada ulasan: