Rabu, 2 Mei 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Siapa arah padam laporan Zahida Rafik dan Shafie Afdal dah kahwin ni?

Posted: 02 May 2012 07:00 AM PDT


Daily Chilli dalam satu laporannya telah mendakwa Shafie Apdal dan Zahida Rafik telah berkahwin…


Ruangan hiburan akhbar on-line milik MCA itu  memetik sumber daripada pemimpin kanan BN Sabah yang berkata "Bagaimana kamu boleh kata dia bayar RM1.5 juta sedangkan dia (Zahida Rafik) sebenarnya isteri kedua dia (Shafie)."

Oleh itu, tidak berbangkit menteri berkenaan membayar RM1.5 juta kepada artis itu kerana kedua-duanya sudah berkahwin.


Gambar di bawah adalah tajuk 'feed' untuk akhbar Daily Chilly yang menunjukkan berita tersebut telah tersiar pada hari ini, 1 Mei 2011.

 
Ironinya, berita yang dilihat cuba mengesahkan desas-desus hubungan Zahida dengan pemimpin UMNO itu dipadam daripada laman Daily Chili.


Carian yang dibuat mendapati artikel itu sudah tidak dapat ditemukan di laman berita tersebut. Hal ini menimbulkan tanda tanya tentang sebab artikel itu dipadamkan.

Siapa yang mengarahkan artikel itu dipadamkan? 

Namun, persoalan utama skandal ini ialah sumber wang RM1.4 juta seperti yang dinyatakan dalam laporan polis bekas pemandu Zahida. Jika benar, dari mana menteri terbabit memperoleh wang sebanyak itu dalam tempoh 4 bulan? Berdasarkan pendapatannya sebagai menteri, jumlah RM1.4 juta itu adalah tersangat besar.

Jika pemimpin kanan BN Sabah itu mendakwa isu Shafie membayar Zahida yang dikatakannya sebagai isteri kedua Shafie sebagai bukan isu berbangkit, hal itu tidak tepat sama sekali kerana pihak yang membangkitkan isu ini mempersoal JUMLAH dan SUMBER wang yang didakwa. -DCM

Laporan yang dimaksudkan:

Zahida Rafik, M'sian minister are married

By Noorsila Abd Majid

Even though controversial Malaysian actress Zahida Rafik and cabinet minister Datuk Seri Shafie Apdal have denied their romantic liason, multiple sources close to both parties have confirmed their secret union.

"He's married her on the quiet," a top Sabah Barisan Nasional official spoke to The Daily Chilli on condition of anonymity.

Shafie, who is the rural and regional development minister, is also the MP for Semporna, Sabah.

It is believed that he and Zahida got hitched overseas before allegations that he's paid her RM1.5 million surfaced on April 19.

"How can you say he's paid her RM1.5 million when she's actually his second wife," added the insider. "His ex-driver (Noor Azman Azemi) doubled as a middle man to cover their tracks."

Their hush-hush relationship is further confirmed by a popular Malaysian singer/actress who's worked with the Anak Mami The Movie star.

"He dotes on her," claimed the popular star. "She is high maintenance. She only goes for designer brands like Gucci, Prada, Hermes and Louis Vuitton."

The sexy Zahida cannot be reached for comments.


Daily Chilli Published May 1 2012

Bukti!! Penyelewengan Pemimpin UMNO Punca Yuran Pengajian Tinggi..

Posted: 02 May 2012 05:02 AM PDT

Ekoran polemik mengenai pemansuhan PTPTN dan tawaran pendidikan percuma yang dibuat KEADILAN dan Pakatan Rakyat, ada pihak yang cuba menempelak kerajaan Pakatan Rakyat kononnya supaya yuran pengajian dihapuskan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik kerajaan negeri.

Hari ini, KEADILAN tampil dengan jawapan kepada hujah tersebut dengan memberi contoh bagaimana penyelewengan dan ketamakan pimpinan Umno yang mengambil kesempatan sepenuhnya dari dasar memperniagakan pendidikan yang dibawa Umno menjadi punca yuran pengajian yang tinggi dan membebankan pelajar.

Salah sebuah institusi utama yang dimiliki Kerajaan Selangor adalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Pada tahun 2007, sebuah syarikat bernama Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) telah dianugerahkan kontrak untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi menampung keperluan 6,000 pelajar KUIS.

Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Selangor pimpinan Dato' Seri Khir Toyo menetapkan bahawa RRSB akan diberikan konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada KUIS.

RRSB ialah sebuah syarikat yang dikuasai oleh Sulaiman Abdul Razak, seorang pemimpin Umno Selangor yang juga ADUN Permatang. Beliau memiliki saham sebanyak 7,200,000 saham bersamaan 51% pegangan di dalam RRSB, sementara isteri beliau, Jamaliah Kamarudin pula memiliki 800,000 saham bersamaan 6% pegangan. Baki 43% pegangan dimiliki oleh Bina Puri Holdings Bhd iaitu syarikat sub-kontraktor yang menjalankan sepenuhnya operasi pembinaan dan penyenggaraan asrama.

(Sila lihat carian syarikatdi Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang dilampirkan sebagai bukti pegangan saham)



RRSB disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor di bawah Umno. Malah, Dato' Seri Khir Toyo menjadi saksi pemeteraian perjanjian pinjaman sebanyak RM125.8 juta di antara RRSB dan bank-bank pembiaya pada 3 Ogos 2007 untuk membiayai pembinaan asrama pelajar KUIS ini.

(Sila lihat keratan akhbar BERNAMA bertarikh 3 Ogos 2007 yang dilampirkan)

Kontrak pembinaan ini kemudiannya diberikan kepada Bina Puri Holdings Bhd dengan RRSB hanyalah menjadi orang tengah. Dalam Laporan Tahunan 2006, Bina Puri Holdings Bhd melaporkan telah mendapat kontrak berjumlah RM96.1 juta untuk membina asrama dan pusat pelajar, yang dianugerahkan oleh RRSB.

(Sila lihat Laporan Tahunan 2006 BPHB, muka surat 15 yang dilampirkan)


Malangnya, dengan kos hanya sebanyak RM96.1 juta, RRSB yang dimiliki ADUN Permatang ini telah dianugerahkan konsesi asrama pelajar KUIS oleh kerajaan Umno di bawah pimpinan Dato' Seri Khir Toyo selama 33 tahun pada kadar tahunan RM15.4 juta setahun.

Maka, bagi sepanjang tempoh 33 tahun, RRSB milik ADUN Permatang akan mendapat durian runtuh sebanyak RM508 juta walaupun kesemua urusan hanyalah "atas angin" dan kosnya sekadar berjumlah RM97 juta sahaja iaitu keuntungan 524%.

(Sila rujuk Penyata Pendapatan MAIS dari Laporan Tahun 2010, "Kos Jualan: Sewa Asrama" berjumlah RM15.4 juta setahun yang dilampirkan)


Konsesi sewa asrama yang mahal dan berat sebelah ini membebankan pengurusan KUIS. Anggaran kadar sewa yang dikira berpatutan adalah lebih separuh dari kadar sekarang, iaitu sebanyak RM6 juta setahun.
Oleh kerana terikat dengan konsesi sewa asrama yang berat sebelah dan dimeterai semata-mata untuk menguntungkan pimpinan Umno, maka sehingga kini KUIS tidak dapat menurunkan yuran apatah lagi menanggung yuran secara percuma.

Pada prinsipnya juga, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat tidak wajar menanggung yuran selagi konsesi berat sebelah berbau penyelewengan dan rasuah ini tidak ditamatkan serta merta. Jika yuran ditanggung, ia bermakna mengkayakan lagi pemimpin Umno yang sudah jelas bermewah atas kesengsaraan rakyat.

Oleh itu, saya mencabar supaya pimpinan Umno mengarahkan YB Sulaiman Abdul Razak menarik diri dari konsesi itu dengan sukarela agar kadar sewa asrama lebih adil dan tidak menindas pelajar di KUIS, sebelum pimpinan Umno ghairah menuding jari mendesak kerajaan Selangor melaksanakan pendidikan percuma.

Seperti yang ditegaskan KEADILAN, jika rasuah dan penyelewengan dibanteras, kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk menyediakan pendidikan percuma.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

2 MEI 2012


RafiziRamli.com

Video Polis Traffik acukan Pistol kepada Peserta BERSIH 3.0 pula keudara.. saksikan!!

Posted: 02 May 2012 02:15 AM PDT



Satu lagi videoclip yang menambahkan lagi bukti visual akan penggunaan kekerasan oleh anggota Polis dalam Himpunan BERSIH 3.0 keudara hari ini..

Ianya memaparkan seorang anggota Polis Traffik mengacukan pistolnya kepada para Peserta Himpunan BERSIH 3.0 yang tidak bersenjata Sabtu lalu.

Dalam klip 10 saat, dari penyumbang tanpa nama, Peserta Himpunan BERSIH 3.0 dipercayai anggota Unit Amal PAS, dilihat cuba mengangkat motosikal merah di tengah-tengah latar belakang yang kacau-bilau yang menunjukkan Peserta Himpunan BERSIH 3.0  melarikan diri dari polis.


KUALA LUMPUR: A slew of videos have emerged in the aftermath of last Saturday's Bersih 3.0 rally, showing both the police and protesters turning violent on the streets.

Today, FMT received a video depicting a traffic policeman pointing his gun at an unarmed protester, adding on to the series of incriminating visual evidence indicating the use of excessive force by the authorities.

In the 10-second clip, from an anonymous contributor, the protester, believed to be a PAS Unit Amal member, is seen trying to lift a red motorcycle amid a chaotic background of protesters appearing to be fleeing from the police.

There were two motorcycles lying on the road. It was not clear if they were the properties of the police. PAS Unit Amal is a volunteer corp tasked to maintain crowd discipline during rallies.

A few seconds later, a traffic policeman is seen entering the frame with a gun in hand and pointing it towards the activist. The latter is then seen raising his hands as the officer approached him and runs off to join the rest of the crowd.

At that point, two blue uniformed policemen are seen chasing the large crowd away with their hands on their holstered guns in what appeared to be an attempt to intimidate and push the crowd backwards.

According to a lawyer, a policeman could only take out his gun if the person before him was highly suspicious or likely to cause hurt.

"So in this case it was wrong for the traffic policeman to do that. In some countries it would have been considered as assault or intimidation," the lawyer said on condition of anonymity.

Police violence

The video was believed to have been shot along Jalann Tunku Abdul Rahman near the Sogo shopping complex just after a police car was overturned and police and protesters clashed on Jalan Raja Laut that saw scores injured including those from the police.

The clashes occurred after police fired tear gas and water cannons to disperse tens of thousands of demonstrators, following a breach of the barricade in front of Dataran Merdeka.

Police had on Friday obtained a court order barring Bersih 3.0 and the public from entering the historic square across the weekend.

Dozens of tear gas canisters were shot on a packed crowd forcing them to retreat north of Jalan Raja Laut while some ran towards Jalan Tun Perak as police and anti-riot squads moved in to disperse the crowd.

Angry protesters later attacked a police car, which then crashed into at least two people, while trying to flee.

After an ambulance took away the injured policemen, the protesters flipped the car over on its side but then fled after tear gas was fired.

Both the authorities and rally organisers blamed each other for the fracas but the police now face more pressure to explain the surfacing evidence of what rights groups described as unnecessary violence used to disperse a peaceful assembly.

Inspector-General of Police Ismail Omar had vowed to open investigations on the allegations but said his men made the right move to disperse the rally as a "more dangerous situation could have taken place".


Free Malaysia Today

Cerita dari Mangsa yang dilanggar Kereta Polis semasa BERSIH 3.0

Posted: 01 May 2012 11:47 PM PDT


Seorang lelaki yang dilanggar kereta polis dalam kejadian penuh kontroversi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu, hari ini tampil menjelaskan insiden yang dialaminya itu.
Su Kuang Hong, 25 berkata beliau merupakan salah seorang daripada empat peserta yang dilanggar kenderaan tersebut dalam kejadian di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Katanya, beliau tampil dengan sisi ceritanya hari ini kerana polis cuba menggambarkan bahawa kumpulan peserta tersebut sebagai perusuh yang menyerang polis.

Su yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur berkata, beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.

Kenderaan itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.

Su berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian dahi, pergelangan tangan dan peha kesan daripada hentakan pada tembok itu.

Katanya, beliau membuat dua laporan polis atas kejadian berkenaan - Malaysiakini


Berikut pula adalah cerita dari saksi ditempat kejadian yang turut dilaporkan oleh Malaysiakini..

Kira-kira jam 4 petang Sabtu lalu, saya berada di hadapan Wisma Da Vinci di Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.
Pada waktu itu, saya melihat jalan tersebut dipenuhi peserta perhimpunan yang disuraikan daripada kumpulan besar di persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Saya melihat peserta berkenaan menuhi kawasan kaki lima dan juga di tengah jalan berkenaan. Ada di kalangan mereka mengambil peluang untuk menikmati kerepek, minuman dan aiskrim daripada penjaja di situ.
Kira-kira 15 minit kemudian satu trak FRU daripada persimpangan Jalan Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman mara ke arah peserta berkenaan yang bertempiaran melarikan diri.
Secara tiba-tiba, muncul pula sebuah kenderaan Proton Waja Polis dari tengah-tengah persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi yang meluru laju ke arah Dataran Merdeka.
Kenderaan yang bergerak di antara kumpulan peserta berkenaan kemudian melanggar beberapa orang sehingga menyebabkan salah seorang individu berkenaan terpelanting ke atas kenderaan tersebut.
Saya nampak kereta itu kemudiannya tersasar ke arah kanan dan seterusnya melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah Sogo.
Individu yang saya lihat berada di atas bonet kenderaan itu juga terjatuh dalam kejadian yang berlaku dengan pantas itu.
Semasa kejadian mencemaskan itu berlaku, saya tidak melihat seorangpun anggota polis lain berada di tempat kejadian.
Seramai kira-kira 30 orang peserta perhimpunan kemudiannya mengerumuni kenderaan tersebut dalam keadaan marah dan bertindak menendang dan memukul kereta tersebut.
Saya turut mendekati untuk melihat dengan lebih jelas dan mendapati salah seorang lelaki yang dilanggar itu mengalami kecederaan dan berdarah di bahagian muka.
Saya juga mendengar jeritan daripada individu di sekitar kawasan tersebut yang cemas kerana menyangka ada orang terperangkap di bawah kenderaan itu.
Beberapa orang di antaranya kemudian bertindak menterbalikkan kenderaan ke satu sisi dan memeriksa bahagian bawah kereta tersebut.
Saya kemudiannya panik dan berlari ke bahagian tengah jalan semula kerana khuatir kereta yang terlibat dalam perlanggaran itu akan meletup.
Tidak berapa lama kemudian, saya berpatah balik semula ke kawasan berhampiran kereta tersebut dan mendapati seorang lelaki yang cedera dengan berlumuran darah di kepalanya sedang diperiksa sekumpulan paramedik.
Saya melihat lelaki tersebut kemudiannya dibawa meninggalkan kawasan itu dengan menggunakan ambulans.


Video sila lihat di ( SINI )

Astro membuktikan Media masih dikongkong UMNO/BN

Posted: 01 May 2012 09:47 PM PDT


Walau apa pun janji transformasi Najib, jelas media massa akan kekal di dalam tangan UMNO-BN buat selama-lamanya jika gabungan pemerintah itu dipilih sekali lagi sebagai kerajaan pusat.

Rakyat akan terus disajikan dengan propaganda UMNO-BN tanpa mendapat penjelasan dan penerangan daripada Pakatan Rakyat dan kumpulan-kumpulan masyarakat madani.

Segala korupsi, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan fitnah akan terus berleluasa jika UMNO-BN kekal sebagai kerajaan.

Jika ada yang kurang cerdik yang menganggap penerbitan Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket sebagai tanda kebebasan media, mereka perlu dicerahkan bahawa semua itu adalah lidah rasmi parti, dan bukannya media massa. Malah, kerajaan UMNO-BN mengenakan syarat-syarat yang amat ketat terhadap mereka.

Jika mahu keadilan dilaksanakan maka semua media massa perlu terikat dengan syarat-syarat yang dikenakan terhadap Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket, iaitu hanya dibenarkan terbit dua kali sebulan sahaja dan hanya boleh dijual kepada ahli-ahli parti sahaja. Oleh itu, kata orang sekarang, jangan dibandingkan epal dengan oren.

Malah, yang dikatakan transformasi Najib itu sendiri adalah satu bentuk propaganda yang tidak boleh dibedah, diulas dan dikritik kerana, seperti mana yang diamalkan oleh regim komunis dan fasis, media massa kini dan akan selamanya berada dalam kawalan UMNO-BN.

************************************
 
Astro: Liputan Bersih BBC dipotong mengikut garis panduan tempatan


KUALA LUMPUR, 2 Mei — Astro mengaku memotong liputan Bersih 3.0 oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC) tentang Bersih 3.0 namun melahirkan rasa kecewa dengan saluran berita global itu kerana gagal memahami Astro berbuat demikian untuk mematuhi garis panduan tempatan.
Naib Presiden Kanan Operasi siaran Astro Rohaizad Mohamed menjelaskan kepada The Malaysian Insider bahawa klip 2:16 minit itu telah dipotong mengikut peraturan kandungan kebangsaan. Walau bagaimanapun, klip itu mengandungi rakaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita.

Rohaizad tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai garis panduan yang diikuti tetapi berkata bahawa Astro berhak untuk "mengedit" kandungan daripada pembekal antarabangsa dan saluran di mana patut.

"Kami terkejut dan agak kecewa bahawa rakan penyiaran sekian lama kami, BBC, apabila mengeluarkan kenyataan, tidak mengambil kira kewajipan Astro untuk mematuhi peraturan kandungan tempatan," eksekutif kanan Astro berkata dalam satu kenyataan malam tadi .

Dalam satu kenyataan di e-mel kepada The Malaysian Insider pada hari Isnin malam, BBC mengadu tentang penapisan Astro yang dibuat atas liputan ringkas perhimpunan hari Sabtu lepas yang menyaksikan polis tempatan menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

"Kami amat mengutuk mana-mana sekatan berita boleh dipercayai yang kami siarkan di seluruh dunia termasuk melalui rakan kongsi pengedaran," kata jurucakap BBC dalam kenyataan itu.

Penyiar perkhidmatan awam British menambah bahawa ia telah membuat "pertanyaan mendesak" kepada Astro untuk mencari sebab-sebab untuk menyensor liputan dua minit protes itu.

Menurut pautan YouTube dalam satu kenyataan, liputan BBC Bersih 3,0 telah dipendekkan oleh beberapa saat untuk mengecualikan klip temu bual pendek dengan dua penunjuk perasaan.

Video yang menunjukkan perbezaan di antara laporan asal BBC dan disiarkan di saluran Malaysia boleh dilihat di ( SINI )

Dalam wawancara yang pertama yang ditapis, seorang lelaki, dipercayai berbangsa Cina, telah memberitahu BBC bahawa polis mengambil tindakan tanpa provokasi pada penunjuk perasaan walaupun berlakunya usaha untuk berunding.

"Mereka melepaskan tembakan ke arah kami dan bukannya berkata maaf, kita tahu ia adalah satu tembakan tidak sengaja, mereka menembak lagi bila baru nak berbincang dan berdamai dan berunding tetapi mereka terus menembak kami," katanya, yang merujuk kepada gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah penunjuk perasaan.

Dalam temu bual seterusnya, seorang lelaki India telah menjelaskan sebab beliau menyertai perhimpunan tersebut iaitu untuk pilihanraya yang bebas dan adil, perhimpunan yang telah bertukar menjadi ganas mulai hampir 03:00pm pada hari Sabtu.

"Saya ke sini untuk melihat berlakunya pilihanraya yang bebas dan adil. Itu saja.

"Kami mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan bersih. Pada masa ini, ia tidak bersih. Okey? Jadi saya perlu berdiri di sini kerana ini adalah hari penentu masa depan untuk rakyat Malaysia," katanya, di tengah-tengah latar belakang beratus-ratus peserta lain di hadapan tambak di sekitar Dataran Merdeka.

Pengendali TV tempatan juga telah memotong bahagian lain laporan BBC, yang menunjukkan adegan yang diambil dari atas trak meriam air polis rusuhan yang melepaskan tembakan air kimia-berbaur pada penunjuk perasaan.

Sebahagian daripada kata-kata BBC koresponden Emily Buchanan juga turut dipotong bersama-sama dengan klip menunjukkan tempat kejadian.

"Ia kurang jelas bagaimana keganasan bermula," beliau berkata di bahagian klip yang disiarkan.

"... Tetapi selepas perhimpunan tersebut telah diisytiharkan Berjaya dan orang ramai mula pulang ke rumah, banteng telah dirempuh ...," katanya dalam bahagian yang ditapis.

"... Dan pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata pada orang ramai," sambung beliau.

Ini bukan kali pertama penapis tempatan telah menghadkan liputan media protes Bersih di Malaysia.

Berikutan perhimpunan terakhir pihak pemantau pilihan raya Julai 9, penapis telah mengelapkan keseluruhan bahagian artikel dalam The Economist, yang berkata pengendalian Putrajaya yang disifatkan keterlaluan.

Artikel bertajuk "Dibersihkan - suatu tindak balas kerajaan yang keterlaluan kepada perhimpunan pembangkang" telah menceritakan huru-hara pada 9 Julai apabila polis melepaskan bahan kimia untuk menyuraikan berpuluh-puluh ribu yang telah berkumpul untuk menuntut pembaharuan pilihan raya.

Antara bahagian yang digelapkan keseluruhannya menyebut tindakan berat polis dan tuduhan-tuduhan bahawa kerajaan telah menarik balik tawaran kepada penunjuk perasaan untuk menggunakan stadium untuk perhimpunan tersebut.

Kementerian Dalam Negeri juga telah menggunakan dakwat hitam untuk menghapuskan bahagian-bahagian artikel yang menyebut kematian seorang penunjuk perasaan dan dakwaan penembakan bahan kimia ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin.

Perhimpunan yang disokong pembangkang Sabtu lalu, Bersih ketiga sejak 2007, telah mendapat liputan negatif dalam media asing, di mana ramai yang meramalkan tindak balas yang mungkin bagi pentadbiran Najib.

Menurut BBC, "walaupun sambutan yang diberikan itu besar-besaran, kerajaan nampaknya tidak mengingini perubahan dan dengan kemungkinan berlakunya pilihanraya bulan Jun, terlalu awal untuk pembaharuan yang besar untuk membawa kesan.

"Ini bermakna banyak lagi pertempuran politik akan datang."


The Malaysian Insider

TV3 Promosi gambar lucah disiar Papagomo lagi..

Posted: 01 May 2012 05:00 PM PDT


Kalau dulu semasa ikon fitnah 1Malaysia, Papagomo menyiarkan video lucah seorang lelaki yang difitnahnya sebagai Anwar Ibrahim, TV3 turut menjalankan gerakan bagi mempromosikan video lucah tersebut.

Tanpa mempedulikan samada anak-anak di bawah umur turut menonton siaran berita mereka diwaktu perdana itu, mereka menyiarkan beberapa adengan dari video lucah tersebut.

Biarpun tindakan tersebut tidak wajar namun untuk menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim ianya tidak mengapa dan tidak menjadi kesalahan..

Semalam sekali lagi TV3 mempromosikan gambar-gambar yang kononnya sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang dalam aksi lucah di dalam tandas yang disiarkan oleh Papagomo.

Jadi.. korang faham-faham sendirilah.. kalau Papagomo dah siarkan kemudiannya TV3 pula menjadikannya sebagai tajuk berita.. ini angkara siapa..

Seperti juga video lucah seorang lelaki yang menyerupai Anwar tetapi difitnah sebagai  Anwar, gambar dan juga dijangkakan ada rakaman CCTV lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang dalam aksi lucah di dalam sudah pasti mendapat restu pihak yang mengawal media…


Video laporan berita TV3 tu sila lihat di ( SINI )

Penafian lelaki yang difitnah itu sila baca di ( SINI )

-

Tiada ulasan: