Selasa, 1 Mei 2012

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


BUTA PERUT.....!!

Posted: 30 Apr 2012 11:57 PM PDT

Bersih 3.0 berakhir dengan jayanya. Himpunan terbesar dan sejarah negara tercipta sekali lagi. Slogan satu Malaysia diterjemahkan oleh kehadiran serta tolong menolong pelbagai kaum dalam Bersih 3.0. Himpunan yang melampaui batasan bangsa dan agama berjaya diterjemahkan oleh penganjur dan Pakatan Rakyat. umNO dan BN hanya boleh menjadi batu api perkauman dengan menuduh peserta menjadi alat ambiga - tuduhan yang menolak slogan bos mereka sendiri - Satu Malaysia.

Pasca Bersih 3.0 menyaksikan tuduhan siapa ganas. Polis dengan kuasa dan liputan media yang ada talah mengeluarkan video yang menyokong kononnya polis bertindak profesional. Namun percanggahan awal menyaksikan KPN Tan Sri Ismail dari awal terpaksa menyanggah kenyataan bosnya Hishamudin yang menyatakan bahawa rampasan kamera wartawan sebahagian SOP Polis. Ismail terpaksa bertindak demi menjaga kredebiliti polis. Apakah tindakan Ismail itu lahir dari tanggapan bahawa keganasan polis adalah sebahagian dari perancangan untuk menjatuhkan kewibawaannya sebagaimana yang tersebar tidaklah diketahui.

KPN boleh memilih meminta Hishamudin membetulkan kebodohannya sendiri sebagai menteri polis, namun memilih memperbetulkan kenyataan Hishamudin... atau mungkin juga Hishamudin bertindak bodoh sombong... Polis mempunyai kuasa yang mencengkam, namun rakyat ada kuasa bebas yang yang jauh lebih kuat dari cengkaman itu. Sanggahan demi sanggahan melalui kenyataan media dan pendedahan Video serta gambar membuktikan keganasan polis.

Kenyataan Najib bahawa polis menjadi mangsa hanya kenyataan meraih simpati serta pembohongan. samada beliau tidak melihat rakaman rakyat, diperbodohkan oleh pengampunya aatau sememangnya berniat jahat. Saya memilih yang ketiga- berniat jahat. Najib mungkin lupa bahawa media baru adalah
kuasa baru anak muda. Semua laporan dilaporkan langsung bukan hanya oleh media tetapi semua peserta yg hadir.

Dua agenda yang diharap berjaya oleh kerajaan BN ialah peserta demonstran ganas..... dan umat Islam menjadi alat ambiga. Saya memilih untuk menjawab yang kedua terlebih dahulu. Ternyata Ambiga hanyalah pengerusi bersama. Pada hari demonstrasi, Ambiga bergerak sendiri, Kebanyakan peserta demonstrasi bersama pemimpin mereka. Bergerak dari Masjid negara adalah Tuan Guru Hj Hadi bersama Mat Sabu dan Ustaz Nik Zawawi. Manakala DSAI bersama isterinya dan Lim Kit Siang menggerakkan gelombang kedua juga dari Masjid negara.

TGHH yang turut disertai oleh Kadir Syeikh Fadzir menjadikan Maybank sebagai tempat menyampaikanucapan dersama beberapa pimpinan muda yang diketuai oleh Ustaz Nasarudin Tantawi dan Uztaz Ridzuan mewakili PAS. DASI dan rombongannya pula menuju jalan TAR. pencacai umNO yang duduk didalam bilik menanti berita masih lagi berangan ambiga memimpin gerombolan manusia. Tanpa gambar dan fakta mereka terus beratib bahawa ambiga menjadikan rakyat terutama umat Islam sebagai alat. Kalau tidak keterlaluan, boleh saya katakan, ambiga yang dijadikan alat oleh rakyat untuk membela mereka...namun istilah alat tiada dalam perjuangan rakyat... yang ada...Polis dijadikan alat oleh umNO untuk menzalimi rakyat!

Berkaitan siapa ganas... video yang bersepah di laman maya cukup menjawabnya. PR taak perlu mengedit mana mana video yang ada sebaagaimana PDRM, cukup menghimpunkannya. Yang celik hati dan mata serta jujur boleh menilainya...melainkan yang buta perut!.. Kita menanti satu siasatan adil dan menyeluruh.... jika tidak... mungkin kesabaran rakyat terhadap keadilan dan kekejaman sebahagian polis akan hilang... Jika BN menipu lagi dalam PRU ke 13 dan rakyat turun sekali lagi selepas itu... jangan ada polis baik yang bersama di lokasi... amarah rakyat ada batasnya...

Tiada ulasan: