Ahad, 20 Mei 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bawean Boleh Maju Kalau Ada Usaha Yang Bersungguh

Posted: 19 May 2012 10:25 PM PDT

Saya turut mengamati tulisan Anis Hamim yang bertajuk 'Mimpi Bawean Menjadi Bali Bisnis Wisata Kurang Menarik'

Saya kurang setuju dengan pandangannya bahawa, faktor sosio kultur Pulau Bawean yang tidak kondusif untuk bisnis pariwisata. Anis Hamim memberikan kesimpulan, intinya bisnis pariwisata = bisnis maksiat. Anda boleh rujuk tulisan disini

Saya terpanggil untuk tumpang memberi pandangan saya secara spontan. Lagi pula sudah agak lama saya tidak menulis mengenai kaum ku Bawean .Maka kali ini aku usahakan. Sekadar melalui pengamatan dan pandangan saya sendiri. Pandangan ini terbuka untuk dikritis dan dibincangkan selanjutnya.

Bagi saya, bisnis pariwisata sebenarnya tidak perlu kepada turis yang mencari 4B. Ini hanya akan menjerumus masyarakat ke lembah maksiat dan kehancuran. Kemajuan tidak perlu dibayar dengan kehancuran. Kemajuan boleh berjalan seiring dengan tatasusila keagamaan yang suci lagi murni.

Bawean , selain menyediakan keindahan panoramanya, perlu menampilkan ciri-ciri kebudayaannya yang tersendiri dan asli. Budaya yang paling penting sekali ialah kebersihan alam masyarakat persekitarannya.

Saya mahu menampilkan contoh sebuah negeri di Malaysia, iaitu Kelantan yang dikenali juga sebagai 'Serambi Mekah'.

Kelantan merupakan sebuah negeri yang paling popular bagi turis luar negara mahu pun dalam negara sendiri.Tetapi bukan kerana mencari 4B.Mereka ke Kelantan kerana ia kaya dengan budaya setempatnya.

Pertama, adalah budaya kehidupan masyarakat Melayu Kelantan itu sendiri. Ini merangkupi makanan/masakan orang Kelantan yang ada macam-macam rupa tapi rasanya satu sahaja - manis! ha! ha! ha!

Masakan nasinya sahaja sudah ada pelbagai resepi. Ada Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Air, Nasi Tumpang (gambar sebelah) , Nasi Tembikai dan banyak lagi selain Nasi Lemak, Nasi Minyak , nasi Briyani dan Nasi Ayam yang boleh didapat di lain-lain negeri di Malaysia.

Ada yang kata ada 100 jenis nasi di Kelantan.Aku sendiri tidak pasti mengenainya.Tetapi setiap tahun diadakan pesta 100 nasi Kelantan. Aku tidak pernah ada kesempatan menjenguknya.

Begitu juga dengan kueh muehnya - macam-macam jenis ada di sana. Segala macam kueh ada di Kelantan. Jarang sekali kita dapat melihat longgokan kueh seperti mana yang ada di Kelantan. Lihat sahaja gambar yang saya paparkan di sini.

Kemudian, Kelantan kaya dengan perusahan kraftangannya seperti perusahaan kain batik, tenunan songket, barangan perak dan tembaganya.

Turis akan membawa pulang barangan-barangan tersebut sebagai oleh-oleh dan cenderahti.Terutamanya kain batik dan songket. Seolah-olah tidak lengkap kunjungan kita ke Kelantan kalau tidak membawa pulang barangan tersebut.

Kesenian rakyatnya, kita dapati ada Makyong, Dikir Barat, permainan Wau atau layang-layang, Wayang Kulit, Gasing dan sebagainya.

Lebih meriah lagi sekiranya kunjungan ke Kelantan bertepatan dengan hari atau sewaktu temasya itu diadakan . Kelantan meraikan pesta wau atau layang-layang peringkat antara bangsa disetiap tahun. Meriah kerana peserta dari Jepun, China dan lain-lain turut menyertainya.

Itu adalah antara perkara yang menarik mengenai Kelantan yang dibangunkan bersama Islam kerana negeri itu diketuai oleh seorang Ulama - Tuan Guru Nik Aziz.

Kalau di Bawean, ia juga ada keistimewaannya tersendiri. Pencak silat orang Bawean adalah sangat istimewa dan bisa boleh menarik pelancungan asing jika dipersembahkan dengan lebih kemas dan tersusun rapi untuk dijadikan persembahan komersial - pakaian dan muziknya perlu dinaik taraf dan khusus.

Jika dikaji terdapat beratus-ratus jenis aliran seni silat di Indonesia. Masing-masing mempunyai nama yang unik dan gaya persilatan yang hebat. Kalau Bawean bisa mengadakan pesta persilatan dengan menjemput kumpulan persilatan dari daerah – daerah lain di Indonesia, tentu ianya akan menarik dan dapat menjadi tumpuan ramai.

Mengapa tidak mulakan dengan daerah-daerah dari kalangan Bawean sendiri dan dijadikan satu karnival setiap tahun? Kenapa tidak?

Selain itu, makanan tempatan juga perlu ada ciri-ciri yang tersendiri seperti 'Roti Boyan'. Saya sendiri menggemarinya kerana waktu kecil dulu selalu dibuatkan oleh kakak saya. Kini nampaknya sudah ada variasi versi 'Roti Boyan kalau anda google di sini . Generasi selepas saya kalau di Malaysia ini ramai yang mungkin hanya mendengar namanya saja.

Roti Boyan ini perlu di pelbagaikan lagi rasanya. Selain Ubi Kentang dan telur bagaimana rasanya kalau dicampur daging atau ayam, atau udang...? Tentu menambat selera kalau kena gayanya.

Saya tidak berapa pasti mengenai makanan-makanan orang Bawean selain.Tentunya ada yang lain selain 'Roti Boyan' ini.

Perusahaan tempatan perlu ditingkatkan penghasilannya. Kelantan tidak mensesiakan hasil tangkapan lautnya begitu sahaja. Ikan dijadikan keropok dan menjadi makanan kegemaran rakyat. Sangat popular ialah Keropok Lekor. Hanya dua negeri yang terkenal dengan keropok ini. Selain Kelantan, jirannya iaitu Trengganu.

Bawean kelilingnya adalah laut maka sewajarnya kaya dengan penghasilan tangkapan ikannya.Tekniknya perlu ditingkatkan supaya hasil bertambah lumayan.

Satu-satunya kemahiran yang patut ditonjolkan oleh Bawean adalah hasil tangan anyaman tikar mengkuangnya. Ini yang paling istimewa kerana tidak kedapatan di mana-mana selain Baweann tikar bawean ini.

Kelantan maju kerana kraftangannya yang ada macam-macam dan berkualiti tinggi. Mereka ada perusahaan Batik dan Songket. Ada perusahaan Perak dan Tembaga. Ramai ke Kelantan dan membawa pulang barangan ini sebagai oleh-oleh.

Tempat seperti Maqam WaliyuLlah Zainab juga amat menarik untuk dikunjungi tetapi untuk lebih maju perlu disediakan prasarana yang lebih menarik - kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan, perhubungan, bekalan listrik dan lain-lain yang perlu bagi pembangunan dan kemajuan.

Sewaktu saya kesana dua tahun lalu, saya lihat lokasinya sangat sesuai kerana berhampiran dengan pantai dan ianya boleh dijadikan sebagai tempat rekreasi yang amat menarik.

Tiada ulasan: