Isnin, 28 Mei 2012

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Gila nombor

Posted: 28 May 2012 06:41 AM PDT

Gila nombor ni pekerjaan ularma dan seltan jer. pas12 la.. pas17 la.. semua ada dalam kitab. Sebab kitab gua yang tulis. Khaahhkk ptuih!


Beza aktivis dan politis

Posted: 27 May 2012 10:49 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Istilah politis tu betul ke tak dari tatabahasa, gua belasah jer la. N3 ni gua nak kongsi pendapat beza di antara aktivis dan politis.

Ramai politis hari ini lahir dari aktivis. Kemudian, apabila memegang amanah yang berat, peratus aktivis secara tenaga menurun. Namun, gua percaya, jiwa aktivis mereka masih wujud. Melalui bantuan, tunjuk ajar kepada aktivis lain, terutama pelapis baru.

[2]
Ramai juga aktivis yang segan menjadi politis. Sejak Allah memaksa gua keluar melalui asbab Sultan Johor, gua belajar dari banyak pergaulan. Untuk tajuk [2] ini, gua nak share satu kisah.

Ada satu parti politik yang menguruskan kerajaan sedang mengadakan sebuah program. Gua dan beberapa rakan gua, aktivis Palestine, terbabit secara tidak langsung. Sementara program bermula secara rasmi, rakan dari parti politik mengajak gua lepak dalam bilik meeting. Ada aircond, air minum. Gua setuju. Pasal niat gua nak tido kejap.

So, gua tak ambil port la apa situasi pun. 15 minit tido2 chiken, gua tgk2, VIP dah ramai. Salam2, gua keluarlah. Cari member aktivis gua ni takda. Rupa2nya duduk kat tempat hadirin. Bila ditanya, jawabnya, dia tak selesa seolah2 tepek jual muka kat area VIP. Gua pun tak selesa gak. Tapi kalau gua dah tetap prioriti tido, gua tak ambil port.

Di sini gua belajar. Maybe ramai aktivis yang mcm member gua nih. Apakah pro dan kontranya? Bagaimana kalau sikap seperti ini menyebabkan politik negara diisi oleh orang2 yang salah?

[3]
Sebelum majlis bermula, ditakdirkan Allah, di tangga naik pentas utama ada seorang kanak-kanak perempuan comot sekitar 14 tahun tidur atas tanah. Remaja itu dikerumi oleh beberapa petugas parti.

Ketika ditanya kenapa, remaja itu menunjukkan perutnya yang sedikit buncit. Maybe lapar. Maybe mengandung.

"Adik tak boleh tidur sini. Nanti VIP nak naik tangga ni." Lafaz seorang petugas politik berbaju batik. Sampai sekarang gua ingat wajahnya. Dialog mengikut dialek tempatan. Tapi gua terjemah ikut standard blog ni la.

"Jangan tidur sini, kang ustaz panggil polis kang." Seorang lagi petugas politik yang membahasakan dirinya ustaz pula menambah.

Gua nak masuk campur, teringat member gua si aktivis Palestine tadi. Kang nampak macam gua tepek diri plak. Gua nak pancing dengan duit kang, ahli2 parti ni tuduh gua bawa budaya sesat pulak. Dah banyak dah tuduhan macam tu. Tujuannya, suruh dia chow jauh sikit jer. Pastu gua folow la dia tanya masalah dia. Kalau betul dia pregnant, gua kenal Aina Sayuti. Atau Wati, isteri Syauqey yang ada NGO untuk remaja macam ni.

Sekali ustaz tadi hulur RM5. Barulah remaja tersebut setuju untuk beredar. Gua follow dia. Bila jauh sikit gua pun panggil la. Bila dia tahu dirinya dipanggil, dia pun lari. Ceh.. mcm la muka gua ni muka perogol.

[4]
Semasa perjalan pulang dari projek hasutan di Bukit Jalil, gua terserempak dengan bangkai kucing berupa harimau. Nama kampung dia gua tak tahu. Maybe Kucing Batu. Maybe Harimau Akar. Gua hentikan Hilux dan undur. Ambil gambar untuk bahan blog.

Ini juga berkaitan dengan aktivis vs politis. Gua teringat member gua. Pemuda PAS. Yie Bulan Purnama. Dia pernah berkongsi pendapat peribadinya mengenai Malaysia tidak memerlukan hutan kekal. Tebang semua, wujudkan hutan yang mendatangkan hasil. Hutan kelapa sawit dan hutan getah misalnya.

Oksigen pun dapat. Tadahan air pun dapat. Masalah binatang liar tengok kat zoo sahaja. Sedikit duit untung dari hutan hasil tersebut, berikan kepada NGO pejuang hutan di negara berdekatan Malaysia. Suruh dia kekalkan hutan. Kita boleh tumpang. Ha.. hambek. Idealogi yang menarik dari Yie Bulan Pernama. Memang dia peniaga pun.

Gua rasa mujur Yie kongsi idealogi dengan gua yang sifar aktivis tajuk alam sekitar. Kalau dia kongsi idealogi dengan MSK atau Pak Din Mountdeweller, gua rasa suasana penghujahan memang panas dan menarik. Pertembungan orang berjiwa alam dengan orang berjiwa duit.

Ketika perjalanan pulang ke Kota Bharu. sebelum Bukit 7. Comel kan? Kesian dia mati kena langgar. Menatang apa gua pun tak tahu. Kalau lah boleh bela..

Tiada ulasan: