Addin |
- Gambar Nih Tak Wujud Jika Umno Perintah Kelantan
- Amy Search Di Beli Individu Dalam Umno?
- Rupa-Rupanya Pejabat Umno Nih Di Bina Atas Tanah Rezab Sekolah Agama
- (Video) Bidasan Pedas Dr. Asri Zainal Abidin Mengenai No. Plat WWW1
- (Gambar) Wow!! Ceramah Pencacai Nih Menarik Jutaan Hadirin
Gambar Nih Tak Wujud Jika Umno Perintah Kelantan Posted: 31 May 2012 09:16 AM PDT |
Amy Search Di Beli Individu Dalam Umno? Posted: 31 May 2012 12:32 AM PDT Penyanyi lagenda rock, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman dari Kumpulan Search hari ini telah menyertai UMNO dan menyerahkan borang kehlian. Turut mengikut jejak langkah beliau termasuklah Mus (May), Radhi OAG dan Ibno Reza juga turut bersama-sama Amy menyerahkan borang keahlian. Amy memberi alasan kemasukan ke dalam parti ini kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara. Apabila diajukan soalan berkaitan soal ada pihak dalam UMNO membeli Amy lantas beliau terus menafikan kenyataan tersebut. " Tidak langsung dan tidak sama sekali. Bagi saya, saya tidak menjual maruah saya sendiri, apa yang saya lihat untuk bangsa saya sendiri." Menurutnya lagi yang masih teringatkan kata-kata aruah bapanya, orang dulu-dulu berjuang untuk merdeka. "Lihat zaman kau susah dahulu macam mana, kita susah kalu kita tidak pandai menghargai kemerdekaan itu sendiri,"katanya. Sementara itu, Mus (May) memberitahu beliau menyertai UMNO selepas beliau menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah. Menurut penyanyi Vokalis kumpulan May ini, UMNO sudah matang dan sudah lama memerintah negara dan sudah banyak yang dilakukan oleh kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia. Kesemua borang keahlian artis ini telah diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh dan ketiga-tiga mereka akan duduk di bawah Cawangan Umno Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang. Datuk Abdul Rauf menegaskan, kedatangan artis-artis ini adalah atas sifat kesedaran bahawa perpaduan dan keamanan ini mesti ditentukan ke arah satu perpaduan yang dibawa oleh UMNO. ~klpos |
Rupa-Rupanya Pejabat Umno Nih Di Bina Atas Tanah Rezab Sekolah Agama Posted: 30 May 2012 11:04 PM PDT SHAH ALAM, 31 MEI - Kerajaan Negeri Selangor digesa menyiasat status bangunan Pejabat Umno Ampang yang didakwa dibina di atas tanah yang dikhaskan untuk Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang. Demikian menurut Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Razali Ramli ketika dihubungi TVS hari ini. Menurut Razali, satu siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk mengetahui kronologi dan keadaan sebenar tanah yang melibatkan kepentingan masyarakat di situ. "Jika dapat dibuat dengan bantuan Pejabat Tanah, saya percaya kita dapat leraikan isu ini. "Meskipun saya tak dapat berikan jawapan samada adakah benar tapak bangunan Pejabat Umno yang ada didirikan atas tanah rizab sekolah agama, tetapi saya yakin memang ada sesuatu luar biasa di situ," katanya. Razali mendakwa mungkin bangunan pejabat Umno terbabit dibina melebihi hingga ke tapak tanah sekolah, oleh itu Kerajaan Negeri perlu melantik juru ukur bertauliah untuk tentukan sempadan terlebih dahulu. Beliau juga hairan bagaimana Ahli Majlis ketika itu boleh meluluskan pelan pembinaannya dalam keadaan status tanah tersebut diragui. "Walaupun rata-rata penduduk setempat memang tahu kawasan itu dikhaskan untuk tapak sekolah, tetapi masalahnya saya percaya Kerajaan Negeri dahulu tidak pernah mewartakan dengan rasmi bahawa tanah tersebut adalah rizab untuk sekolah. "Kerajaan Negeri perlu segera jalankan siasatan dengan mendalam dan perlu mengambil tindakan segera untuk mewartakan mana-mana tanah yang diperuntukan untuk masjid, sekolah, perkuburan dan lain-lain," kata beliau lagi. Sebelum ini dalam isu yang sama, Adun Lembah Jaya, Khasim Abd Aziz memberitahu TVS, tanah yang menempatkan bangunan Pejabat Umno di Jalan Ampang adalah tanah rizab sekolah. "Tetapi ketika BN mentadbir negeri Selangor, tanah itu telah diracik-racik dan sebahagiannya diberikan kepada Umno dan sebahagian lagi diperuntukkan untuk pembinaan sekolah. "Lebih malang lagi, Umno diberikan di sebelah hadapan yang lebih strategik, tetapi tapak sekolah di sebelah belakang," ujar Khasim. Menurut Khasim, walaupun penduduk di kawasan itu pernah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi menghalang tanah tersebut diambil oleh Umno, tetapi ia tidak berjaya disebabkan ketika itu Umno-BN terlalu berkuasa. TVS difahamkan Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang siap dibina sekitar tahun 2006 manakala pembinaan Pejabat Umno Ampang pula siap dibina kira-kira setahun selepas projek pembinaannya terhenti beberapa kali. ~selangorku |
(Video) Bidasan Pedas Dr. Asri Zainal Abidin Mengenai No. Plat WWW1 Posted: 30 May 2012 10:16 PM PDT Apa yang berlaku ke atas DS Nizar , Addin amat simpati kerana tiada cuba membela atau mempertahankan kenyataan DS Nizar. Addin secara peribadi menyokong apa yang di cetuskan oleh DS Nizar. Sudah tentu kita sebagai rakyat terasa terkesan dengan tindakan segelintir pemimpin sekiranya berkelakuan begitu. Bagi Addin, ianya rasa kurang perlu kerana DS Nizar bukannya menghina tetapi sekadar menegur. Kita sebagai manusia harus sentiasa di tegur dan nasihat menasihati supaya tidak tergelincir dari landasannya yang sebenar. Mujurlah ada seorang pendakwah bebas, bekas mufti Perlis yang memberi pandangan berkenaan isu ini yang agak keras tetapi mengenai sasarannya. Mungkin boleh di jadikan iktibar, golongan pencacai elok menonton video nih.. kredit video ~ manjungmari |
(Gambar) Wow!! Ceramah Pencacai Nih Menarik Jutaan Hadirin Posted: 30 May 2012 07:39 PM PDT Hampir 4 juta orang hadir mendengar ceramah BN yang penuh dengan ayat-ayat Quran... kalu sebelum nie agak mustahil nak dengar ayat Quran dalam ceramah-ceramah BN... Tapi sejak wujudnya insan yang kononnya dulu ketua Penerangan Pas Selangor (2001-2003), Hasan Basri yang telah keluar dari Pas mengikut ketuanya Hasan Ali, maka terus mendapat tempat dihati pimpinan BN untuk memanggil puak-puak ini berceramah atas pentas mereka kononnya atas dasar amal maarof dan cegah segala kefasikan dalam negara.... Umno yang mula berjinak-jinak dengan ceramah agama kalu sebelum ini hanya dengar bacaan ayat Quran time khutbah Jumaat sahaja... tapi berjaya menjemput Hasan Basri untuk berceramah di Wakaf Bharu, jajahan Tumpat... Tapi kehadiran Hasan Basri yang dibuang dari Selangor ke Kelantan semalam kurang mendapat perhatian daripada masyarakat tempat... kehadiran dalam 200 orang sahaja... tak padan dengan poster dan banner yang digantung sekitar Wakaf Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Pekan, Pengkalan Kubur... tapi yang hadir sebahagian besar orang-orang Pas turut hadir nak dengar ucapan orang Pas sendiri diatas pentas BN... .... apapun sebotol air mineral hadiah buat tetamu yang hadir dari jauh nak dengar ucapan orang yang kononnya pejuang Pas satu ketika dulu.... apapun ok le tue... |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan