Isnin, 28 Mei 2012

Addin

Addin


Gambar Cara Pemimpin Umno Berjihad.. Syok Beb!!

Posted: 28 May 2012 09:44 AM PDT


Inilah cara United Malays National Organisation (Umno) berjihad.. buat konsert.. buat tari menari sambil bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Inilah bila hidup tiada pedoman, tau nak berseronok je.

Jikalau hidup macam nih takde beza macam binatang yang meragut di tengah padang. Sudah puas meragut, duduk di bawah pokok sambil menghadam makanan. 

Budaya hedonisme menjadi barah dalam masyarakat, puncanya apabila pemimpin yang di angkat adalah pemimpin yang mengamalkan hedonisme, macam dalam gambar nih..


Berita Nih Pasti Buat Najib Tersentak

Posted: 28 May 2012 08:30 AM PDT


Najib pasti tersentak sekiranya beliau membaca berita nih. Apa tidaknya, mungkin di syok sendiri imuniti yang dimilikinya di sini laku di negara luar.

Dengan kehilangan imuniti ini Najib bakal di panggil ke mahkamah Perancis tidak lama lagi. Hubungan diplomatik kedua-dua buah negara tidak menghalang  Najib sebagai saksi dalam perbicaraan kes ini. 


Imuniti tidak halang Najib dibicarakan di Perancis

KUALA LUMPUR 28 Mei - Memiliki imuniti sebagai Perdana Menteri tidak dapat menghalang Datuk Seri Najib Razak daripada dibicarakan di Perancis atas penglibatannya dalam skandal rasuah Scorpene.

Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, Najib merupakan saksi penting kerana terlibat dalam pembelian kapal selam itu ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002. "Imuniti bukan sesuatu yang mutlak. Ia bergantung kepada asas jenayah yang dilakukan.

Ia perkara yang sangat subjektif," katanya pada taklimat kes berkenaan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya semalam.

Beliau mengulas soal imuniti Perdana Menteri dan hubungan kedaulatan antara kedua negara yang dikatakan bakal menghalang Najib sebagai saksi di Tribunal Paris Grande de Instance.

Mengulas bidang kuasa Mahkamah Perancis, Cynthia berkata, mahkamah negara itu akan mengeluarkan sapina kepada saksi sebelum mengeluarkan waran tangkap di Kesatuan Eropah.

Beliau berkata, pihaknya percaya Abdul Razak Baginda – kenalan rapat Najib dan pemilik Perimekar Sdn Bhd akan dipanggil sebagai saksi pertama selewat-lewatnya Jun atau Julai ini.

"Berdasarkan siasatan, Abdul Razak akan menjadi saksi utama. Perbicaraan terhadap saksi akan dilakukan di perbicaraan terbuka," katanya.

Beliau turut menambah, selain komisyen kepada Perimekar sebanyak Euro 114 juta (RM540 juta), Mahkamah Perancis juga mendapati dua penemuan baru.

Ia direkodkan sebagai Doc 87 iaitu tuntutan bayaran yang dibuat Najib bernilai RM3 bilion daripada DCNS- syarikat pembuat kapal selam berkenaan.

Manakala dokumen kedua direkodkan sebagai Doc 97, yang disalurkan kepada Terasasi Sdn Bhd, milik Abdul Razak, di Hong Kong bernilai Euro36 juta (RM114 juta). ~keadilandaily


PRU13 Di Jangka September Ini.. Berita Nih Buktinya

Posted: 28 May 2012 01:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mei - Barisan Nasional (BN), sedang meneliti kemungkinan pilihan raya dijalankan pada Sepetember ini sebagai tarikh terawal dengan kerajaan mula menggerakkan jenteranya supaya memperolehi kemenangan besar dan Datuk Seri Najib Razak, menyemak senarai nama calon bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 negeri dengan meletakkan calon yang sesuai, kata sumber.

The Malaysian Insider telah melaporkan sebelum ini kemungkinan PRU akan diadakan seawal bulan Julai sebelum Ramadan bermula tetapi sumber BN berkata sebahagian kaji selidik menunjukkan BN perlu bekerja keras untuk kemenangan besar lebih-lebih lagi dengan 2.2 juta pengundi berdaftar akan mengundi buat kali pertama. Pilihan raya kali ini perlu diadakan sebelum April 2013 apabila mandat BN berakhir.

Difahamkan berdasarkan beberapa kaji selidik menunjukkan BN boleh memenangi sehingga 146 kerusi Parlimen dengan sekurang-sekurangnya 80 kerusi sudah pasti menang, lebih 140 yang dimenangi pada PRU 2008.

"Datuk Seri Najib Razak seorang yang amat berhati-hati dan beliau menyemak setiap senarai calon dan jumlah penyokong. Beliau akan mengarahkan kaji selidik untuk memastikan sokongan untuk pengundi baru," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Sumber itu berkata, kaji selidik itu akan siap pada Jun dan strategi BN akan dibuat ketika Ramadan dan Syawal.

"Ramadan dijangka bermula pada 21 Julai dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Tarikh yang paling sesuai untuk pilihan raya adalah pada September sebelum musim Haji," kata sumber lain.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan pentadbiran Najib akan membentangkan bajet tahun hadapan dan kemudiannya membubarkan Parlimen. " Semua kemungkinan boleh berlaku tapi pilihan raya mungkin tidak berlaku sekarang," tambahnya.

Sumber telah mengesahkan kepada The Malaysian Insider pilihan raya pada Julai ada kemungkinan kerana barang-barang untuk tujuan itu sudah pun diimport dan disimpan di dalam gudang menunggu masa diedarkan. Beberapa Umno cawangan juga mula meletakkan bendera di pusat bandar di seluruh negara, menjangkakan pilihan raya mengejut. Parti itu menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan semua negeri kecuali empat negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Najib sendiri berkata kepada belia sewaktu perhimpunan di Putrajaya hujung minggu lalu bahawa BN adalah pilihan terbaik. Himpunan Jutaan Belia yang berlangsung selama tiga hari itu menarik kehadiran ribuan termasuk ucapan politik diselang-seli dengan konsert, aktiviti sukan, serta perlumbaan drag.

Pentadbiran Najib memfokuskan terhadap pelbagai demografi namun cadangan pemansuhan bantuan pinjaman oleh pembangkang memungkinkan sokongan terhadap belia berubah, kunci utama daftar pemilih yang terdiri daripada 20 peratus daripada 12 juta pengundi. Hampir 60 peratus daripada pengundi baru adalah pengundi Melayu, majoriti dominan di negara ini.

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April menuntut pulihan raya adil dan bersih turut mengurangkan jumlah sokongan terhadap kerajaan dengan hampir 200,000 orang menyertai perhimpunan duduk bantah di ibu negara.

Najib pada 4 Mei telah menafikan spekulasi kononnya pilihan raya mungkin dilewatkan kerana Bersih 3.0, dan menegaskan tarikh pilihan raya akan ditentukan rakyat. "Tarikh pilihan raya bergantung kepada itu," katanya.

"Ia terpulang kepada rakyat. Kami akan memutuskan berdasarkan pengamatan rakyat terhadap kerajaan," tambah Najib.

Bersih, gabungan 84 NGO telah menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan sistem daftar pemilih untuk ketiga-tiga perhimpunan mereka pada 2007, dengan yang terakhir pada 28 April lalu yang mana ribuan peserta merempuh ke kawasan Dataran Merdeka yang telah diharamkan pihak berkuasa.

Pentadbiran Najib telah membentuk panel khas Parlimen selepas Bersih 2.0 dan telah mengemukkan 22 syor namun ditolak Bersih.

SPR semalam menafikan kaji selidik yang menunjukkan hampir separuh responden tidak mempercayai kredibiliti daftar pengundi, dengan menegaskan saiz sample terlalu "kecil" dan "rawak" untuk mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.

Kaji selidik yang diumumkan Jumaat lalu oleh Merdeka Centre mendapati 92 peratus pengundi mahu daftar pemilih dibersihkan, dengan 48 peratus barsetuju data daftar pemilih tidak lengkap dan tepat. ~malaysianinsider


Umno Gagal Bela Penjawat Awam, 60% Tidak Mampu Miliki Rumah Sendiri

Posted: 27 May 2012 11:41 PM PDT

MACHANG - Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri. Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.

"Kadar faedah pinjaman perumahan empat peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus," katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan penjawat awam yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan hanya mampu menyewa atau memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Jaapar yang juga Pengerusi Cuepacs Selangor berkata, saranan supaya kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan itu adalah antara tuntutan yang pernah dikemukakan kongres itu kepada kerajaan sebelum ini.

"Walaupun ia bukan merupakan tuntutan utama Cuepacs, namun ia akan terus diperjuangkan oleh penjawat awam melalui kongres itu," katanya .

Kongres itu juga sedang melancarkan gerakan mengesan penjawat awam yang belum memiliki rumah di seluruh negara untuk dijadikan garis panduan untuk tindakan yang akan diambil demi kebajikan anggotanya.

Sementara itu, beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan mempercepatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri 8 Mac lepas.

Kongres juga akan terus mengadakan gerakan penerangan kepada anggotanya ke seluruh negara mengenai peluang yang dinikmati mereka melalui penambahbaikan Skim Saraan Baru (SSB). ~bernama

Umno Kedah Bakal Berkubur Pada PRU13.. Ini Buktinya

Posted: 27 May 2012 10:20 PM PDT

Desas-desus Mukhriz akan menjadi calon Utama MB Kedah telah bertiup kencang dan dari sumber dipercayai beliau telah mengatur strategi untuk bertanding di DUN Kuah. Banyak aktiviti dan program telah diatur dikawasan Dun Kuah semenjak akhir ini dan dibantu oleh Tun Mahathir. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah bimbang isu calon Menteri Besar daripada Barisan Nasional Kedah akan menimbulkan pepecahan di kalangan anggota parti.Sambil berharap persoalan siapa bakal calon Menteri Besar itu ditamatkan, beliau berkata sudah wujud suasana ketegangan yang tidak perlu akibat daripada timbulnya isu berkenaan beberapa hari lepas.

"Saya bimbang sekiranya isu berkenaan terus dimainkan ia akan menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti. Harus kita ingat UMNO dibina berdasarkan pasukan iaitu kesepaduan kesemua pemimpin, Kita bergerak sebagai satu pasukan, bukan secara individu,".

"Maka apabila ada pihak tertentu cuba cetus persoalan calon Menteri Besar, ia boleh menyebabkan rantaian tindakan yang boleh menjejaskan kesepaduan parti terutama kita sudah hampir pada pilihan raya," katanya."Saya amat berharap isu itu ditamatkan. Ia tidak membantu parti malahan merosakkan imej parti, parti pembangkang akan berkata tengok BN, belum menang negeri sudah berebut dikalangan mereka untuk menjadi Menteri Besar,".

"Saya ingin nyatakan biar kita menang dahulu, kemudian kita serahkan kepada Perdana Menteri untuk tentukan calon Menteri Besar dan siapa sahaja yang dipilih akan disokong semua pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Persiapan Pilihan Raya kepada Pengerusi Unit Pilihan Raya Parlimen Alor Setar di sini, hari ini.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi BN Kedah berkata, sekiranya BN menang kelak, semua calon daripada UMNO yang menang pada pillihan raya nanti layak menjadi Menteri Besar

TERLALU AWAL BERCAKAP SOAL CALON MB 
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata terlalu awal untuk berbincang siapa calon Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional menguasai Kedah pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata cerita-cerita menyebut beliau adalah calon Menteri Besar Kedah juga berupa satu khabar angin semata-mata."Ia berupa spekulasi semata-mata dan juga terlalu awal. Soal pelantikan menteri besar hanya boleh ditentukan selepas pilihan raya," jelasnya.

Mukhriz berkata beliau bersedia bertanding di mana-mana kerusi.

"Saya tidak fikir ia sudah diputuskan sama ada saya bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)...dari segi persediaan, saya sudah umumkan bahawa saya tidak bermasalah dengan mana-mana keputusan."Sekiranya pucuk pimpinan BN berasa saya perlu kembali untuk bertanding kerusi DUN di Kedah, saya tidak bermasalah dengan itu. Sekiranya mereka kata saya perlu duduk di peringkat persekutuan, saya juga tidak bermasalah.

Media memetik seorang sumber dalaman parti sebagai berkata Mukhriz dipercayai merupakan calon terbaik untuk jawatan menteri besar kerana beliau popular di kalangan pengundi berusia bawah 50 tahun.Bagaimanapun, Mukhriz berkata, kajian terbaru menunjukkan faktor belia bukan menjadi kriteria utama untuk dipilih sebagai calon.Katanya, pengundi muda inginkan calon yang mempunyai kriteria mudah didekati dan mampu menyelesaikan masalah mereka sama ada di bandar atau kawasan luar bandar.

Bagaimanapun, katanya pembangkang tidak boleh lagi memerintah kerajaan negeri Kedah dan mereka tidak menyelesaikan semua masalah malah menimbulkan lebih banyak masalah.

UMNO KEDAH UMNO RECYCLE- Pandangan Ahli Biasa UMNO

UMNO KEDAH MERUPAKAN PARTI UMNO YANG TIDAK MEMPUNYAI MUKA-MUKA BARU UNTUK DIKETENGAHKAN DALAM PRU 13. Ini kerana sudah menjadi budaya UMNO Kedah supaya pemimpin pelapis baru tidak mempunyai tempat di dalam UMNO Negeri.

Ini terbukti bila UMNO KEDAH dan UMNO Bahagian mencalunkan semua muka-muka "RECYCLE" yang sudah ditolak oleh rakyat pada PRU 12. Muka-muka recycle ini tidak tahu malu dan masih lagi ingin menjadi calun sedangkan PILIHANRAYA sekarang bukang seperti pilihanraya dulu. Kalau letak monyet, monyet akan menang asalkan guna logo BN.

Tetapi kini rakyat sudah celik dan bukan senang untuk menang sekadar guna logo BN. logo BN pula kini ibarat logo yang tidak disukai rakyat kerana dikaitkan dengan Barang Naik.

UMNO Kedah pula asyik suka sangat kepada pemimpin yang sudak ditolak rakyat namun masih lagi ingin berkuasa di negeri kedah. Almaklumlah itulah budaya UMNO ... UMNO untuk TUO-TUO saja. Budak dan remaja cari parti lain.

Bila ramai remaja mula menjadi Pemimpin di DUN dan Parlimen kerana sikap Parti Keadilan, DAP dan PAS membuktikan bahawa PAKATAN RAKYAT adalah parti yang lebih sesuai untuk remaja.

UMNO cuma adalah sebuah parti yang lebih suka bagi RM 50 sekali sekala untuk menjadi PENCACAI dan PELAWAK. Bayangkan setiausaha Politik Pemimpin Pakatan ramai yang berkelulusan Diploma dan Ijazah. Tetapi di dalam UMNO, lebih-lebih lagi UMNO Kedah, kebanyakkan mereka cuma kelulusan SRP, LCE dan SPM. ~kedahkini


Tiada ulasan: