Rabu, 23 Mei 2012

Addin

Addin


Kerajaan Saman 10 AJK Bersih 3.0, Tuntut Ganti Rugi Khas RM122 Ribu

Posted: 23 May 2012 10:39 AM PDT

Kerajaan Persekutuan telah memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu BERSIH, S. Ambiga dan 9 orang jawatankuasa pemandu yang lain, menuntut ganti rugi khas sejumlah RM122 ribu, lantaran daripada kerosakan harta benda yang ditanggung kerajaan Malaysia. S Ambiga bersama 9 orang AJK Pemandu yang lain dituduh mengingkari tugas dan tanggungjawab statutori di bawah seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 serta cuai menjalankan tugas mereka sehingga menyebabkan kerosakan harta benda Plaintif, iaitu kerajaan Malaysia.

Senarai AJK yang disaman termasuklah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah b. Mohamed, K.Arumugam, Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Ahmad Farouk, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.  Bagaimanapun, Pengerusi Bersama BERSIH, iaitu A.Samad, dan seorang lagi AJK Hishamuddin Rais, tidak disenaraikan sebagai defenden.

Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah agar kesemua defenden menghadirkan diri dalam tempoh 12 hari selepas penyampaian writ ini ke atas mereka (termasuk hari penyampaian).

Menurut writ saman yang dikeluarkan, "perhimpunan tersebut (BERSIH 3.0 pada 28 April 2012) menjadi tidak aman kerana peserta-peserta perhimpunan tersebut telah merempuh halangan/sekatan dan telah menyebabkan kerosakan harta benda".

Plaintif, iaitu pihak kerajaan persekutuan Malaysia memetik seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), bahawa defenden mempunyai tanggungjawab antara lainnya untuk memastikan bahawa perhimpunan yang diadakan tidak akan menyebabkan kerosakan harta benda.  

Plaintif menegaskan bahawa defenden-defenden telah gagal untuk melaksanakan tugas dan/atau tanggungjawab statutori tersebut apabila perhimpunan tersebut menjadi tidak terkawal dan bertukar menjadi rusuhan dan menyebabkan kerosakan kepada kenderaan-kenderaan milik plaintif.

Writ saman tersebut seterusnya menyenaraikan 15 butiran kos kerosakan kenderaan plaintif, dengan tuntutan ganti rugi khas sejumlah RM122,000, ditafsir oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).  Selain itu, plaintif juga menuntut agar defenden membuat satu deklarasi bahawa defenden sebagai penganjur telah mengingkari seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012, ganti rugi am, faedah dan ganti rugi khas atas kadar 4% setahun dikira daripada tarikh saman dan pernyataan tuntutan difailkan sehingga tarikh penghakiman dan sebagainya.

Butiran kecuaian defenden yang disenaraikan termasuklah:-

1.Membawa peserta perhimpunan yang terlalu ramai tetapi gagal untuk mewujudkan/mengadakan kawalan yang efektif dan secukupnya;

2. Gagal mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman; dan

3. Gagal melantik bilangan orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur.


Kenyataan Sawan Mustapha Mohamed Apabila Ramai Bekas Penjawat Awam Menyertai PAS

Posted: 23 May 2012 09:16 AM PDT

KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim atau badan agama yang lain.

"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui PAS...boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam tadi.

Mustapa berkata penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan.

"Bukan sahaja mereka dibela ketika bekerja malah ketika pencen hidup mereka jauh lebih selesa kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini tidak pernah mengabaikan mereka," katanya.

Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan menghormati pendirian mereka untuk menyertai pembangkang kerana negara mengamalkan konsep demokrasi.

"Ini negara demokrasi dan kita menghargai pendirian. Bagi saya penjawat awam itu janganlah lupa jasa kerajaan sehingga pencen pun tetap mendapat perhatian," katanya.

Mustapa berkata tidak ada negara lain seperti Malaysia yang melakukan segala yang terbaik agar penjawat awamnya hidup selesa sehingga mereka pencen. ~sinarharian

Addin :

Janganlah nak memperbodohkan rakyat, kalau nak bodoh biar menteri-menteri Umno je yang bodoh dan bangang..


(Video & Gambar) Nah!! Ini Bukti Perkasa Serang Adun DAP

Posted: 23 May 2012 07:00 AM PDT

Gelagat dalam membuktikan UMNO dan PERKASA seronok berpesta merosakkan harta benda awam dan pihak polis hanya menyaksikan sahaja serta membiarkan sahaja acara membaling telur dan batu ke arah kenderaan orang awam. Kenapa pihak polis tidak agresif seperti kejadian BERSIH 3.0? Walhal keganasan yang dilakukan bermula daripada PERKASA dan UMNO dan berlaku betul-betul dihadapan pihak polis.

Adakah pihak keselamatan seperti dalam filem hindustan yang hanya patuh kepada pemerintah politik tertentu dan bukannya menjaga ketenteraman awam?

UMNO dan PERKASA berseronok namun tiada sebarang tindakan dari polis. Jika ini berlaku kepada peserta BERSIH 3.0, nescaya habis berdarah kepala-kepala yang buat ganas tetapi lain pula yang berlaku di Merlimau dan seakan-akan polis tiada kuasa berbuat demikian.


Malaysia sudah menjadi negara yang aman dan dikawal oleh UMNO dan PERKASA. Kuasa keselamatan akan berfungsi sekiranya mendapat arahan 'orang atas' seperti kebanyakkan skrip yang selalu digunakan. Mereka bertindak bukan ikut prosedur sebaliknya orang atas akan memberikan arahan.


Siapakah orang atas? Orang atas biasanya orang-orang politik. Pihak polis tidak sepatutnya terlibat dalam kancah politik sebaliknya bebas mengawal keselamatan. Jika pihak keselamatan mahu berpolitik, masuklah komponen Barisan Nasional. Harap pihak berkuasa pandai menilai yang mana soal keselamatan dan soal politik.



~kijang59


Mari Kita Kenali Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR Lebih Dekat

Posted: 23 May 2012 04:07 AM PDT


Debat PTPTN yang diadakan semalam menjadi pencetus ruang politik baru kepada rakyat Malaysia. Debat secara terbuka dan menganjurkan ide-ide baru adalah baik kepada perkembangan sihat politik tanahair.

Debat semalam juga menampakkan 'political will' kerajaan United Malays Natioanal Organisation sekirannya ingin menghapuskan PTPTN. Namun pelbagai lasan di beri untuk menghalalkan PTPTN. Mari kita kenali jaguh debat semalam, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli..

Tempat Lahir: Besut, Terengganu

Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)

Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan
Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison's Academy, Scotland (1995 – 1996)

Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas
Orkestra Morrison's Academy
Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)

Lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia
PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)

Pengurus Kanan termuda semasa dilantik

Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)

Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion
Pharmaniaga Berhad (2009)

Pengurus Besar
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – sekarang )

Ketua Eksekutif

Dia juga salah seorang Bekas Presiden Pelajar Sedunia sewaktu di UK yang telah membatalkan Rancangan Tony Blair untuk mengenakan Yuran belajar sebanyak USD 1k setahun untuk setiap pelajar. Beliau amat dihormati di UK

(Video Penuh) Debat PTPTN : Hujah Bernas Rafizi Berjaya Mematahkan Dakwaan Khairy

Posted: 22 May 2012 10:13 PM PDT

SHAH ALAM - Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat. Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.

Rafizi menekankan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan semata-mata untuk menghapuskan hutang tetapi lebih kepada keadaan ekonomi negara.

Namun, Khairy menegaskan walaupun penilaian semula model pendidikan tinggi negara sedang dibuat, ia perlu dilakukan secara realistik dan bukan hanya berdasarkan 'idea yang dipetik dari awangan'.

Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah.

Sepanjang debat, Rafizi banyak memberikan contoh keadaan negara lain, seperti Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi masalah bebanan hutang pendidikan tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pelajar sehingga menjejaskan ekonomi negara itu.

"Kita kena rujuk kepada pengalaman negara lain yang berdepan masalah hutang pelajar. Di AS, hutang pelajar mencecah AS$2.6 trilion sehingga menjejaskan ekonomi negara."

Khairy pula dilihat banyak memberi angka-angka untuk mematahkan hujah Rafizi, termasuk memberikan jumlah besar sebanyak RM185 bilion setahun untuk pembiayaan semua janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan memberi pendidikan percuma secara adil kepada semua pihak.

Sebelum itu, debat dimulakan dengan Rafizi mengingatkan penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.

"Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?" soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.

Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.

"Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar."

Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.

Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.

Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor. ~sinarharian

Lihat video di sini.



Tiada ulasan: