Addin |
- Sah!! NGO TIBAI Ada Kaitan Dengan Umno?
- Gambar Khairy Jamaluddin Di Majlis Perkahwinan Anak Ustaz Nasha
- Gambar Kontroversi Di Sebalik Buku Kontroversi
- Program Ambiga Di Merlimau Di Batalkan, Samseng Umno Mengamuk Baling Batu Dan Telur
- Gambar Penyokong Kelantan Solat Berjemaah Di Luar Stadium Sebelum Final Piala FA
Sah!! NGO TIBAI Ada Kaitan Dengan Umno? Posted: 20 May 2012 10:15 AM PDT Ini e-mel yang Addin terima dari pembaca blog Addin. Bak kata penghantar e-mel nih, mungkin ada yang dah tau cerita nih.. mungkin tidak. Bagi Addin, memang tak pernah dengar lagi cerita versi nih. Ramai yang beranggapan, banyak NGO yang timbul seperti "cendawan lepas hujan" nih adalah kerana United Malays National Organisation (Umno) sudah semakin nazak. Demi menerus kelangsungan survival politik mereka, pelbagai NGO ditubuhkan bagi menarik kembali masyarakat untuk menyokong perjuangan lapuk mereka. Sebenarnya penubuhan NGO berwajah United Malays National Organisation (Umno) seperti PERKASA, JATI dan bermacam-macam lagi, tidak lain dan tidak bukan makin memburukkan lagi sokongan rakyat kepada United Malays National Organisation (Umno) dan sekutu-sekutunya.. Ikuti pendedahan dari e-mel ini.. Salam,
topik bertukar kepada tajuk 'TIBAI'. Sebuah ngo yg ditubuhkan untuk menceritakan pasal keburukan Anuar klu tidak silap saya. rupa2 nya TIBAI adalah perancangan umno. dlm perbincangan mereka jamil khir diberikan tugas untuk melaksanakan segala aktiviti TIBAI di kedah. mereka akan mula bermesyuarat ujung bln ini utk melaksanakan aktiviti TIBAI inii.. dan aktiviti TIBAI akan bermula pada awal bln 6 ini dan seterusnya. setiap seorang akan dibayar rm300. antara tempat yg akan dibuat TIBAI ini seperti baling,sik,kulim dan beberapa daerah lg yg saya kurang pasti. riz524@gmail.com |
Gambar Khairy Jamaluddin Di Majlis Perkahwinan Anak Ustaz Nasha Posted: 20 May 2012 08:00 AM PDT |
Gambar Kontroversi Di Sebalik Buku Kontroversi Posted: 20 May 2012 12:06 AM PDT Penulis kontroversi beserta buku kontroversinya berjudul "Allah, Kebebasan Dan Cinta" telah dilancarkan dengan aman tanpa ada kekecohan. Setelah JKM dan KDN mengharamkan sebarang program berkenaan LGBT di negara ini. Tetapi tanpa tindakan yang konkrit daripada pihak berkuasa, pelancaran buku kontroversi ini masih dapat di teruskan.Di mana silapnya? Adakah pihak berkuasa hanya sekadar bertindak seperti melepas batuk di tangga dalam menangani serangan akidah terhadap umat Islam di negara ini. Ataupun lebih berminat dalam isu yang menjaga kepentingan pemerintah sahaja.. Disebalik kontroversi, 'Allah, Kebebasan dan Cinta' dilancarkan dengan aman KUALA LUMPUR, 19 Mei - Walaupun menerima kecaman dan kritikan yang berterusan dari pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa agama di negara ini, buku karya penulis kontroversi Kanada, Irshad Manji dilancarkan tanpa sebarang insiden provokasi hari ini. Penulis berusia 48 tahun anak kelahiran pelarian Uganda itu tetap hadir melancarkan buku terbarunya "Allah, Kebebasan dan Cinta" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCH) di sini dalam keadaan aman dengan kehadiran sekitar 30 peminatnya di negara ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini mengharamkan sebarang program yang melibatkan sokongan terhadap gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) diadakan di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan meminta semua jabatan agama di setiap negeri menghalang sebarang program melibatkan wanita itu daripada berlangsung. Beliau berkata buku berkenaan dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian. Irshad bagaimanapun menjelaskan "apa yang diharamkan? Adakah ia dilihat seperti diharamkan kepada saya?" soalnya apabila ditanya berkenaan kemungkinan pengharaman buku terbarunya itu. Buku 388 muka surat yang menggunakan kulit berwarna merah itu menggunakan dua burung merpati putih berada di luar sangkar yang mempunyai simbol bulan sabit di atasnya sebagai simbolik kebebasan telah di alih bahasa kepada Bahasa Melayu mula dijual di negara ini dengan harga RM50. Menurut penerbit buku berkenaan, IZ Publisher, pihaknya menyerahkan kepada KDN untuk tindakan lanjut berhubung kemungkinan pengharaman buku tersebut. "Kami hanya serahkan kepada budi bicara KDN untuk menentukan apa yang terbaik," kata Pengarah Iz Publisher, Ezra Zaid, kepada pemberita selepas pelancaran buku tersebut. "Kami telah cuba mengadakan tiga majlis untuk pelancaran buku ini termasuk di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kedai buku Borders di pusat membeli belah The Gardens, serta di Universiti Monash, bagaimanapun, kesemuanya di batalkan di saat-saat akhir. "Kami bernasib baik dapat mengadakan majlis pelancaran di sini (KLSCH) di saat-saat akhir. Walaupun mengejut tapi masih ada peminat yang dapat hadir," kata anak kepada Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim. Selepas majlis pelancaran pertama buku tersebut hari ini, Irshad akan terus berlepas pulang ke New York. Jamil Khir menjelaskan, ideologi yang dibawa Irshad jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat. Beliau berkata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut dianggotai Malaysia menolak orientasi seksual songsang yang mendukung LGBT sebagaimana yang ditegaskan dalam persidangan Sesi ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac lepas di Geneva, Switzerland. Justeru, beliau menyeru umat Islam di negara ini sentiasa peka dan berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan fahaman ideologi yang dibawa oleh kumpulan dan individu tersebut. Ini kerana beliau khuatir ia akan menyentuh sensitiviti agama serta menjadi provokasi serius terhadap umat Islam secara harmoni di bawah naungan institusi Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara ini. Irshad merupakan seorang wanita muslim berfahaman liberalismie, pluralisme dan feminisme dan dia merupakan pendukung LGBT di peringkat antarabangsa. Beliau pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk "Permasalahan Dengan Islam Hari Ini" ("The Trouble With Islam Today") yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel "The Satanic Verses", Salman Rushdie. |
Program Ambiga Di Merlimau Di Batalkan, Samseng Umno Mengamuk Baling Batu Dan Telur Posted: 19 May 2012 07:00 PM PDT Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga dihadiri sekumpulan pemarah yang tidak berpuas hati. ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong berkata kumpulan pengacau itu menyerangnya dan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew apabila mereka meninggalkan tempat acara itu. "Batu dan telur mengenai kereta kami. Cermin depan anggota kami turut pecah," katanya. Salah satu daripada tayar kenderaan Tey juga dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu. Beliau membuat laporan polis di balai polis Merlimau. ~malaysiakini |
Gambar Penyokong Kelantan Solat Berjemaah Di Luar Stadium Sebelum Final Piala FA Posted: 19 May 2012 06:00 PM PDT Inilah kesan tarbiah Tuan Guru Nik Aziz serta PAS dalam memerintah negeri Serambi Mekah selama 20 tahun. Syiar Islam dapat dilihat di mana sahaja hinggakan di padang bola sepak, syabas buat rakyat Kelantan. Kita doakan semoga PAS terus cemerlang memerintah Kelantan dalam menuju keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan