Rabu, 16 Mei 2012

Addin

Addin


Gambar Kemewahan Rumah Pemimpin PAS.. Umno Pun Kalah

Posted: 16 May 2012 09:30 AM PDT


Gambar kat atas nih ialah rumah Menteri Di JPM, Jamil Khir Baharom, punyalah besar rumah siap ada kubah dan ada rumah pengawal. Inilah menteri United Malays National Organisation (Umno).. baru jadi menteri beberapa penggal rumah bagai istana.

Manakala gambar kat bawah nih adalah rumah kediaman yang menjadi lambang kemewahan pimpinan PAS ketika menyandang jawatan Menteri Besar .

Tuan Guru Nik Aziz - Menteri Besar Kelantan, 1990 - Hingga Kini
Tuan Guru Haji Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu 1999- 2004
Ust. Azizan Razak, Menteri Besar Kedah, 2008 - Hingga Kini.

Dikala pemimpin PAS sibuk membangunkan Ummah,pemimpin United Malays National Organisation (Umno) membangunkan Rumah.





Gambar Kemewahan Rumah Pemimpin PAS.. Umno Pun Kalah

Posted: 16 May 2012 08:42 AM PDT


Gambar kat atas nih ialah rumah Menteri Di JPM, Jamil Khir Baharom, punyalah besar rumah siap ada kubah dan ada rumah pengawal. Inilah menteri United Malays National Organisation (Umno).. baru jadi menteri beberapa penggal rumah bagai istana.

Manakala gambar kat bawah nih adalah rumah kediaman yang menjadi lambang kemewahan pimpinan PAS ketika menyandang jawatan Menteri Besar .

Tuan Guru Nik Aziz - Menteri Besar Kelantan, 1990 - Hingga Kini
Tuan Guru Haji Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu 1999- 2004
Ust. Azizan Razak, Menteri Besar Kedah, 2008 - Hingga Kini.

Dikala pemimpin PAS sibuk membangunkan Ummah,pemimpin United Malays National Organisation (Umno) membangunkan Rumah.





Petanda Najib Bakal Tersungkur Di Parlimen Pekan.. Gambar Nih Buktinya

Posted: 16 May 2012 01:55 AM PDT

Walaupun Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak kelihatan begitu gembira dengan sambutan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat 11 Mei, namun lain pula cerita yang dialami Presiden Umno itu di kampungnya, kawasan Parlimen Pekan. Pada Sabtu 12 Mei, Najib pulang tergesa-gesa apabila Majlis perasmian Karnival Belia Pekan (Youth Of Pekan - YO Pekan) yang dirasmikannnya gagal mendapat sambutan. Sasaran kehadiran seramai 10,000 orang meleset apabila hanya kira-kira 5,000 orang hadir ke Majlis tersebut yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Menurut saksi seorang pegawai tinggi swasta, Najib meninggalkan majlis sebelum sempat menjamah hidangan jamuan petang yang diadakan di dewan Majlis Daerah Pekan.

"Majlis bermula jam 3 pm dijangkakan kehadiran 10 ribu (orang) tapi yang hadir kurang lebih 5 ribu (orang sahaja).

"Selepas perasmian dan penyampaian hadiah PM sepatutnya bersama ke jamuan petang (yang diadakan) di dewan Majlis Daeran Pekan, tapi PM berangkat pulang (dengan tergesa-gesa),"ujarnya yang tidak mahu dikenali.

Sehubungan itu, beliau kesal kerana berpuluh-puluh meja yang disediakan untuk minum petang bersama Najib akhirnya hanya tiga meja sahaja dipenuhi.

Majlis Najib yang tidak dapat sambutan

"Apa jadi jamuan yang di sediakan berpuluh puluh meja (akhirnya) cuma 3 meja penuh iaitu satu (meja) YAB MB (Adnan Yaakob) , satu meja orangg awam , (dan) satu (meja lagi untuk) pemberita,

"Yang lain kosong dan yang luar dewan juga kosong,"jelasnya yang menambah, kedua majlis penyerahan tajaan Karnival tersebut kepada Najib juga terpaksa di batalkan.

Beliau menyifatkan ia adalah satu pembaziran akibat Najib meninggalkan majlis jamuan tersebut dan mungkin satu petanda BN akan tersungkur pada pilihanraya umum akan datang. ~blogpolitikus

Addin :

Addin sebagai pengundi parlimen Pekan paling teruja sekali jika Najib kalah di kampung halamannya sendiri. Kepada sahabat-sahabat Addin yang berada di parlimen Pekan harus bekerja keras dari sekarang. Kemenangan sudah hampir kepada kita.. kemenangan Pakatan Rakyat di parlimen Pekan cukup signifikan.

Presiden 'Senaman Punggung' Pernah Guna Gelaran Dato' Palsu.. Ini Buktinya

Posted: 15 May 2012 07:30 PM PDT

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) iaitu Mohd Ali Baharom pernah menggunakan gelaran Datuk palsu dan tidak di perakukan pada tahun 2011 yang lalu. Nama Persatuan Veteran Tentera Melayu timbul apabila membuat 'senaman punggung' di hadapan rumah Pengerusi BERSIH 3.0 iaitu Ambiga. 'Senaman punggung' bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga. 

Tindakan PVTM tersebut di kecam hebat sesetengah pihak kerana amat memalukan dan dipercayai didalangi oleh United Malays National Organisation (Umno). 


Aktiviti senaman punggung oleh PVTM



(Gambar) Ribuan Hadir Ceramah Anwar Di Masjid Tanah W'pun Di Ganggu Oleh Umno

Posted: 15 May 2012 06:00 PM PDT


Beribu rakyat hadir menyaksikan ceramah Pakatan Rakyat yang di adakan di Kg. Paku, Masjid Tanah, Melaka. Dalam ceramah ini telah menampilkan beberapa tokoh Pakatan Rakyat termasuklah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap bakal Perdana Menteri YB Anwar Ibrahim.

Di anggarkan seramai 4000 orang mendengar ceramah ini seperti di dalam gambar. Selain itu wujud ganguan yang cuba di adakan oleh pihak UMNO BN dengan membuka kaset ceramah Hasan Ali akan tetapi jumlah mereka yang amatlah sedikit mengakibatkan mereka tenggelam dalam ribuan penyokong Pakatan Rakyat. 

Selain itu bekalan elektrik ke khemah mereka telah di potong oleh pihak tuan rumah akibat kebiadapan Umno dalam berhujah menyebabkan pihak tuan rumah tidak membenarkan mereka mengunakan eletrik.

Selain itu seluruh penduduk kampung juga memboikot Umno dengan tidak memberi mahu pun menyewakan sumber elektrik kepada mereka. 

Ini membuktikan mood rakyat yang ingin kan perubahan dan menyokong pakatan rakyat tidak dapat di bendung .Turut hadi ialah Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Masjid Tanah Ust Jualsapiyah bin Kassim.







Sumber 

Tiada ulasan: