Jumaat, 4 Mei 2012

Addin

Addin


Gambar 2 Adun DAP Ziarah Tuan Guru Nik Aziz Di Masjid Pulau Melaka

Posted: 04 May 2012 10:20 AM PDT


YB Nga Kor Ming dan YB Ngeh Koo Ham dari Perak menziarahi Tuan Guru Nik Aziz di Masjid Pulau Melaka semalam. Malah dikhabarkan mereka berdua turut menghadiri Kuliah Tuan Guru di Dataran Ilmu, Kota Bharu pagi Jumaat.

 Adun DAP yang non muslim pun tahu untuk menghormati seorang tokoh ulamak tetapi United Malays National Organisation (Umno) yang kononnya memperjuangkan Islam terus menerus biadap pada ulamak. Ulamak hanya digunakan bila masa tersepit dan waktu-waktu terdesak sahaja.


Rupa-Rupanya Sebab Ini Media Pencacai Berani Siar Gambar Lucah

Posted: 04 May 2012 09:15 AM PDT

Media pencacai paling tidak bermoral
Media kawalan Umno yang begitu bernafsu menyiar fitnah terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi lampu hijau. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, budaya fitnah yang diamal Umno BN jauh daripada pendekatan wasatiyyah yang dilaungkan Najib selama ini. "KEADILAN mendesak Najib bertanggungjawab dan tidak lagi bersikap 'baling batu sembunyi tangan'."Hakikat bahawa media kawalan Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang begitu bernafsu menyambung fitnah terhadap Mohamed Azmin Ali sekadar mengesahkan peranan Najib," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azmin menjadi mangsa terbaru fitnah bloger Umno kononnya beliau melakukan adegan seks dalam tandas hingga menjadi berita muka depan akhbar propaganda Umno.

Bagaimanapun, Azmin mengecam sekeras-kerasnya fitnah itu yang mengaibkan beliau dan keluarganya.

Sambil mengutuk keras fitnah itu, Saifuddin menggesa rakyat mengambil iktibar peristiwa menimpa isteri kesayangan Nabi Muhamad s.a.w, Aisyah r.a yang difitnah berbuat jahat dengan seorang sahabat Baginda.

Beliau berkata, peristiwa itu mendedahkan peranan golongan munafik yang mencipta dan menjaja fitnah tersebut.

"Golongan ini wajib ditolak dan ditentang habis-habisan. Peristiwa ini juga memberi pengajaran bahawa membanteras perbuatan fitnah menjadi tugas dan kewajipan sesama muslim demi melindungi dan memelihara maruah saudara seagama," katanya.

Saifuddin berkata, fitnah yang dicipta itu menunjukkan Umno terdesak ekoran kebangkitan rakyat pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

"Harapan Umno agar rakyat dapat melupakan perbuatan ganas polis ke atas rakyat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanipulasikan pilihan raya," katanya. ~keadilandaily


Dunia Kutuk Malaysia Kerana Ugut Pelajarnya Di UK Dan AS

Posted: 03 May 2012 06:03 PM PDT

Sarawak Report telah mendapat salinan-salinan email ugutan yang telah dikirimkan oleh seorang pegawai dari Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia di Washington kepada semua pelajar Malaysia yang menerima geran-geran pengajian di Amerika Syarikat. Email itu yang ditulis dan ditujukan kepada para pelajar bahawa jika mereka "bersemangat" menyertai perhimpunan-perhimpunan Bersih esok bagi menuntut pilihanraya Bebas dan Adil maka mereka akan menerima "padahnya" dan berkemungkinan akan dilucutkan bantuan biasiswa pengajian mereka.

Email itu mencerminkan banyak ugutan secara lisan sebagai mana yang telah dihamburkan sejak beberapa hari yang lalu terhadap para pelajar Malaysia termasuk mereka yang menuntut di UK.

Kini ramai di kalangan pelajar Malaysia memilih untuk membeli topeng muka, agar mereka dapat menyertai perhimpunan aman itu tanpa dapat dikenali oleh berpuluh-puluh orang pegawai dari Cawangan Khas Malaysia yang dijangka akan memantau dan mengambil gambar semasa perhimpunan itu nanti. Sementara pelajar-pelajar yang lain pula masih merasa takut menyertai perhimpunan itu.

Taktik itu, yang digunakan untuk menyerang asasi kebebasan manusia di negara-negara tempat pelajar-pelajar Malaysia menuntut telah mencetuskan provokasi di kalangan ahli akademik dan orang-orang politik di Britain dan juga di Amerika Syarikat. Pada hari ini, MP Tom Greatrex, seorang ahli Kumpulan All-Party Parliamentary ke atas Malaysia, berkata:

"Cubaan Malaysia untuk mengugut para pelajarnya secara terang-terang tidak dapat diterima akal.

Hak untuk mengadakan dan menyertai bantahan secara aman merupakan asas dalam mana-mana sistem demokrasi, begitu juga pilihanraya yang bebas dan adil, dan mereka tidak seharusnya diugut sedemikian rupa dan cara.

William Hague seharusnya bertindak segera bagi pihak kerajaan Malaysia bagi mempastikan bahawa ugutan terhadap para pelajarnya dihentikan."

Jenayah Mengugut di 'Bumi Kebebasan'!

Email yang bernada keras dan kasar, yang ditujukan kepada semua pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), telah dihantar pada hari Khamis 26hb April oleh seorang yang bernama Mohd Nazrol Marzuke, seorang penasihat pendidikan dan latihan dalam Jabatan Perkhidmatan Awam di Kedutaan Malaysia.

Dihantar dua hari menjelang perhimpunan Bersih, Mohd Nazrol Marzuke menjelaskan bahawa emailnya itu sebagai "peringatan bernasihat" untuk "mengingatkan dan mencergaskan semula para pelajar terhadap tanggungjawab-tanggungjawab mereka". Namun, email itu langsung tidak menyentuh tentang hak kebebasan bersuara, yang dijamin oleh Perlembagaan negara tempat mereka menuntut, Amerika Syarikat.

Amaran rasmi itu turut disisipkan sesalinan Perjanjian Biasiswa Persekutuan untuk "perhatian" para penerima email itu dan bersempena 'isu-isu semasa yang berkembang itu' menuntut agar para pelajar "memberikan perhatian khusus" pada Perenggan 5.4 dan 5.5 yang berkaitan dengan pemberian yuran-yuran pengajian mereka.
Dengan nada emailnya yang amat serius Mohd Nazrol Marzuke menuntut:

"Sila berikan perhatian penuh pada Perengan 5.4 dan 5.5 dan fahami makna penuh klausa-klausa yang ditulis dalam huruf halus itu".

Dia seterusnya menjelaskan bahawa klausa-klausa yang menghalang para pelajar untuk terlibat "secara langsung atau tidak dalam apa jua kegiatan yang difikirkan boleh menjejaskan nama baik kerajaan dan negara".

Dan pengertian yang kurang jelas itu pula dihakimi oleh "Kerajaan" Malaysia sendiri! Siapa di dalam "Kerajaan" tidak pula dinyatakan secara spesifik. Namun, kata-kata yang kurang jelas mengenai tatakelakuan boleh menyebabkan para pelajar menjadi mangsa politik parti BN yang memerintah. Isi kandungan email itu seterusnya menyebut:

Sebarang siapa yang bertindak sebaliknya dan melanggari kandungan klausa itu, Kerajaan tidak akan teragak-agak menarikbalik dan menamatkan prosedur seperti yang terdapat dalam Perenggan 7.

Amaran rasmi itu cuba diakhiri dengan salam yang bernada mesra, sebagaimana yang cuba diucapkan oleh Mohd Nazrol Marzuke untuk kejayaan para pelajar dalam peperiksaan akhir semester mereka. Namun, dia kelihatan kekurangan bahasa yang lebih halus yang digunakannya untuk memperkuatkan peringatannya yang bernada ugutan itu.

Amaran yang bernada keras itu dilihat sebagai melanggari hak asasi para pelajar untuk mengemukakan pandangan dan pendapat mereka secara aman.

Pada hari ini, cawangan Kumpulan Hak Asasi Manusia Malaysia (SUARAM) di London telah membuat kenyataan bagi memberikan keyakinan pada para pelajar dan penunjuk perasaan yang telah diugut itu:

"SUARAM merayu pada pihak polis dan kerajaan untuk menghentikan sebarang bentuk ugutan ke atas sesiapa yang ingin menyuarakan hak-hak kebebasan. SUARAM menyeru pada kerajaan untuk melayan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0 tanpa menafikan kebebasan mereka bersuara dan berhimpun. Jika Perdana Menteri Najib jujur dan ikhlas mendengar suara rakyatnya dan mempraktikkan laungan slogan "Rakyat Didahulukan", maka beliau tidak seharusnya menyekat hak-hak dan kebebasan mereka.

Kami menyeru pada kerajaan, yang menjadi anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk menghentikan sama sekali ugutan dan mengamalkan prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia di dalam semua undang-undang dan dasarnya.

Sementara itu, pengelola Bersih 3.0, Ambiga Sreenevasan, yang baru-baru ini telah dianugerahkan gelaran Wanita Waja oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hilary Clinton, telah mengutuskan mesej peribadinya sebagai tanda bersyukur pada kesepaduan rakyat Malaysia yang menyokong perhimpunannya di peringkat antarabangsa.

Adalah dipercayai bahawa lebih dari 70 buah perhimpunan akan dianjurkan di bandaraya-bandaraya di seluruh dunia – suatu perhimpunan yang cuba dihalang oleh BN dengan cara mengugut sesiapa yang akan menyertainya.

Para penasihat undang-undang turut mencadangkan bahawa Kedutaan Malaysia mungkin telah bertindak melampaui status diplomatiknya dalam negara tempat ianya bernaung, dan ianya telah dilihat sebagai melakukan jenayah mengugut rakyatnya sendiri di mana mereka mencari mana-mana negara untuk menyuarakan hak-hak asasi mereka.

Kenyataan-kenyataan menerusi email dari beberapa universiti di Amerika Syarikat di mana para pelajarnya yang terjejas dijangka akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi. ~sarawakreport



Edit Berita : Astro Berdepan Tindakan Tegas BBC

Posted: 03 May 2012 05:44 PM PDT

Stesen TV terkemuka di Timur Tengah, Al Jazeera, telah memberikan reaksinya setelah ia mendapati liputan ke atas perarakan Bersih 3.0 pada hari Sabtu lalu telah ditapis oleh stesen TV satelit Malaysia, Astro. Dalam kenyataannya yang tidak berkompromi pada hari ini jurucakap Al Jazeera mengumumkan: "Kami belum pernah ditapis dan disunting sebegini dalam mana-mana platfom penyiaran di dunia sebelum ini."

Kenyataan itu adalah pertambahan kepada kemarahan masyarakat akhbar dunia ke atas peraturan-peraturan penapisan di Malaysia yang bercorak autoritarian, dalam sebuah negara yang kononnya menyanjung dan mengagung-agungkan demokrasi.

Pihak BBC, yang telah mendapati laporannya mengenai kejadian itu telah disunting semula, telahpun melancarkan inkuiri bereditorial dan secara perundangan dan akan mengambil tindakan serius ke atas perkara itu, menurut suatu sumber dalaman.

Penyamaran

Dalam pada itu Al Jazeera, yang beribupejabat di Qatar itu, kini mempunyai sebab untuk percaya bahawa liputan menyeluruhnya mengenai perarakan Bersih itu juga telah diganggu.

Pada hari perarakan itu dilancarkan, Al Jazeera telah menghantar pemberita berbahasa Inggerisnya, Harry Fawcett, ke KL, untuk membuat liputan dan juga mengadakan temu-temuramah spontan.

Kebanyakan bahan yang diperolehinya adalah dramatik dan menunjukkan beberapa kes penggunaan kekerasan dan kekasar oleh pihak polis terhadap para penunjuk perasaan.

Semasa dia bercakap di hadapan kamera, anggota-anggota polis kelihatan mundar-mandir di belakangnya dan seterusnya dia melaporkan bahawa peralatannya dimusnahkan – salah satu serangan yang dilaporkan terhadap para pemberita oleh pihak polis.

Laporan Fawcett telah merumuskan, dengan mencadangkan bahawa ke dua belah pihak mempunyai perkara yang boleh dikesali. Namun stesen itu dipercayai telah menerima maklumat dari beberapa sumber bahawa Astro telah menapis dan menyunting semula liputan itu.

Pada hari ini jurucakap berbahasa Inggeris bagi Al Jazeera telah mengeluarkan kenyataan rasminya yang berbunyi:

"Pihak kami akan memohon penjelasan daripada Astro kenapakah laporan Harry Fawcett mengenai perarakan itu ditapis. Jika Astro mengatakan ianya telah melanggar "peraturan penyiaran tempatan", mereka seharusnya menggariskan dengan tepat apakah elemen-elemen dalam bahan yang dikatakan telah dilanggari itu. Seperti yang kami ketahui, penapisan itu tidak dijelaskan kepada para penonton kenapa ianya dilakukan sedemikian.

Kami juga tidak dihubungi oleh Astro kenapa babak-babak dalam liputan kami itu ditapis. Laporan berita kami adalah fakta semata-mata, dan sebarang pengolahan terhadap bahan liputan kami adalah tidak wajar. Kami belum pernah mengalami penapisan sebegini di mana-mana platfom penyiaran di dunia ini."

Pencerobohan apa?

Tuduhan Al Jazeera bahawa sistem penapisan Malaysia adalah bersifat autoritarian yang telah mereka alami dicetuskan oleh sebuah rejim yang telah membelanjakan beratus juta ringgit untuk membersihkan imejnya di peringkat antarabangsa. Sebenarnya organisasi yang pro-kerajaan sahaja akan mendapat lesen penyiaran dan penerbitan di Malaysia dan mereka ini dikekendaki memiliki pendirian pro-kerajaan dalam setiap isu yang timbul.

Astro sendiri dikendalikan oleh seorang kroni pro-BN, Ananda Krishnan, dan diberikan hak penyiaran secara eksklusif dari kerajaan untuk bertindak selaku platfom penyiaran tunggal menyiarkan saluran berita sepanjang 24 jam bagi stesen TV seperti BBC, CNN dan Al Jazeera kepada penonton di Malaysia.

Sebagai mempertahankan pendiriannya pada minggu ini Astro mengakui bahawa ianya dibenarkan beroperasi berlandaskan "Peraturan Penyiaran Kebangsaan", di mana organisasi-oraganisasi media seharusnya mengamal 'penapisan-sendiri'.

Dalam kenyataannya Al Jazeera menuntut untuk mengetahui apakah isi kandungan peraturan penyiaran dan bagaimana pelanggaran peraturan itu dilanggari. Al Jazeera marah pada sikap Astro yang berhak menapis laporan berita tanpa memberitahu penyumbang berita ataupun para penontonnya!

"Pengawal Berita"

Sarawak Report kini dapat mendedahkan buat pertama kalinya bagaimana amalan penapisan berita dilakukan di Astro. Pemberi maklumat kami telah mendedahkan bahawa stesen TV satelit itu mengupah orang-orang untuk bekerja sepanjang masa sebagai "Pengawal Berita".
Para "Pengawal Berita" di Astro bertanggungjawab menapis dan menyunting semula apa sahaja bahan yang bercanggah dengan peraturan-peraturan penapisan Kementerian Dalam Negerinya!

"Mereka bekerja dalam empat shif, mengawal segala berita yang diterima khasnya dari CNN, BBC dan Al Jazeera, dan memutuskan apa yang patut dan yang tidak patut diterbitkan", kata pemberi maklumat kami.

Bagi stesen penyiaran yang bereputasi seperti Al Jazeera, ini bermakna laporan-laporan berobjektif boleh bertukar menjadi berita yang berat sebelah, tetapi para penonton di Malaysia akan mengatakan bahawa itulah pandangan stesen-stesen berita antarabangsa.
Jika BBC dan Al Jazeera telah secara sedar memeterai perjanjian-perjanjian yang membenarkan penapisan sedemikian rupa, maka isu-isu bereputasi mungkin boleh menjadi sesuatu yang merosakkan.
Namun akhirnya pihak autoritarian Malaysia yang bertindak secara rahsia akan terdedah juga rahsia mereka.

Pada hari ini MP Tom Greatrex dari Britain, salah seorang ahli All-Parliamentary Group ke atas Malaysia telah membuat kenyataannya sendiri mengenai rasa kesalannya ke atas penapisan berita BBC oleh Malaysia:
"Kebebasan bersuara merupakan perkara penting dalam mana-mana sistem demokrasi. Bagi komuniti antarabangsa, BBC World Service adalah nadi dalam mencari kebenaran. William Hague [Setiausaha Luar] harus menegaskan bahawa Malaysia tidak sepatutnya melakukan penapisan sedemikian."

Peraturan Penyiaran

Sepanjang hari ini Sarawak Report telah gagal menghubungi pegawai-pegawai perhubungan saluran Astro. Kami telah meminta sesalinan Peraturan Penyiaran Kebangsaan yang dijadikan panduan mereka dan untuk meneliti apakah criteria yang mereka gunakan untuk menapis bahan berita.

Di kebanyakan negara penapisan bahan-bahan berita dianggap sebagai perkara yang serius.

Namun, dokumen-dokumen yang kami perolehi adalah sekadar peraturan-peraturan Penapisan Filem dari Kementerian Dalam Negeri, dengan memberikan gambaran bahawa penapisan-penapisan adalah luas dan dilakukan ke atas apa saja yang mungkin bercanggah dengan kehendak rejim politik yang memerintah!
Kategori utama yang pertama merangkumi 4 bidang penapisan yang digariskan oleh Kerajaan merujuk kepada 'pekara-perkara mengenai aspek keselamatan dan peraturan awam'.

Senarai kesalahan-kesalahan menjelaskan bahawa sesuatu yang mengkritik atau menunjukkan bahawa Kerajaan atau agen-agennya tidak baik sepatutnya ditapis. Dengan bermaksud tidak baik yang dilakukan oleh anggota-anggota polis sempena perarakan Bersih yang lalu juga perlu ditapis!

Di bawah peraturan-peraturan ini, jelaslah penapisan sepatutnya merangkumi sebarang pendedahan ke atas amalan rasuah, kedaifan atau sikap buruk yang diamalkan oleh kerajaan BN atau sesiapa saja yang bekerja untuk mereka.

Maka jelaslah bahawa Malaysia, yang kononnya sedang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, mempunyai undang-undang penapisan yang sesuai dengan sebuah negara paling autoritarian dan didaktorial di dunia.

Haruskah Al Jazeera dan BBC dan juga CNN membenarkan penapisan dilakukan ke atas bahan-bahan berita mereka tanpa mereka terlebih dahulu diberitahu bilakah peraturan-peraturan itu digunakan? ~sarawakreport

"Ini Semua Anjing Anwar Ibrahim" Ejek Polis Kepada Prof. Aziz Bari

Posted: 03 May 2012 04:53 PM PDT

Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL. "Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."

Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"

Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

Macam samseng

Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.

Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal."

Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.

Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.

Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.

Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.

Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".

Gambaran kebodohan dan ketakutan

Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.

Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.

Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.

Pesta pukul orang

Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."

Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.

Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.

Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.

Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.

Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.

Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini. ~malaysiakini


Tiada ulasan: