Khamis, 26 April 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BERSIH 3.0 - DAP MALANG DAPAT SENATOR PENAKUT INI

Posted: 26 Apr 2012 01:32 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS


MASIH ada rupanya pemimpin di dalam PR yang masih suka berjuang dengan cara mudah dan selesa.  Aku mahu merujuk kepada kenyataan Naib Pengerusi DAP, yang telah dapat Senator dan mungkin merasa selesa dengan jawatan itu maka tidak sanggup bersama rakyat marhaen bersusah payah untuk menegakkan keadilan.

Malaysiakini melaporkan, Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan tidak menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.  "Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?



Pertamanya, beliau sendiri akui perhimpunan akan bermula dengan aman.  Ertinya peserta Himpunan BERSIH sememangnya mahukan kepada keamanan.  Tetapi beliau tidak menyebut mengapa perhimpunan itu berakhir dengan keganasan.  Soalan paling bodoh daripada Senator ini adalah "siapa yang bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?".

Mengapa perhimpunan yang sememangnya aman berakhir dengan keganasan?  Siapa boleh nafikan bahawa perhimpunan aman bertukar menjadi kecuh kerana adanya provokasi dari pihak keselamatan itu sendiri?  Contoh, sewaktu perhimpunan 901 di hadapan mahkamah sewaktu mahkamah akan membuat keputusan ke atas kes Liwat II melibatkan DS Anwar, tiada provokasi dari pihak keselamatan.  Adakah terdapat sebarang keganasan?  Benar, terdapat beberapa letupan kedengaran dari bahan letupan yang diletakkan di bawah Kon.  Siapa meletakkannya sedangkan semua tahu perkarangan mahkamah sehari sebelum hari keputusan dibacakan telah dikawal ketat?  Ini bermakna letupan itu `sengaja' diadakan.

Senator Tunku Abdul Aziz sebenarnya bukan seorang pejuang yang sanggup bersusah payah demi rakyat.  Beliau mungkin telah merasa senang dengan jawatannya itu sehinggakan buta mata untuk melihat berbagai salah laku dan penyelewengan di dalam amalam demokrasi di negara ini.  Paling bangsat sekali, beliau boleh merasa yakin bahawa pihak pemerintah akan melayani permintaan rakyat sekiranya rakyat berhimpun di dalam stadium.  Berhadapan dengan kerajaan zalim dan penipu ini, usahkan di dalam stadium, jika berhimpun di dalam masjid sekalipun puak zalim ini tetap akan terus menipu.

Tiada pilihan lain.  Dataran Merdeka adalah tempat paling selamat untuk menyuarakan bantahan.  Dataran Merdeka mungkin menjadi tidak selamat lagi sekiranya pihak tertentu sememangnya hadir untuk melihat kekecuhan atau keganasan.

Buat Senator penakut ini, lebih baik letak jawatan atau menyertai Umno, MCA mahu pun Gerakan kerana parti-parti itu sahaja yang layak buat manusia yang bacul dan penakut./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: