Rabu, 18 April 2012

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


NAIKKAN BENDERA PAS, PKR DAN DAP DI STESYEN KOMUTER

Posted: 18 Apr 2012 09:37 AM PDT




Harakahdaily, 18 Apr 2012

KUALA LUMPUR, 18 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh penyokong dan ahli Pakatan Rakyat untuk menaikkan bendera parti komponen Pakatan Rakyat di seluruh stesen komuter di Selangor.
 



Menurut ketua penerangannya Riduan Mohamad Nor, ini berikutan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah membenarkan Barisan Nasional (BN) menaikkan bendera mereka di kebanyakan stesen komuter di negeri itu.

"Bagi membuktikan pihak pentadbiran KTMB bersikap terbuka dalam ruang demokrasi di negara ini, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat perlu mengambil peluang ini untuk mengibarkan bendera di stesen yang sama. 
 
 


"Dalam pada pihak KTMB memastikan bendera BN terus berkibar, bendera parti komponen PR juga perlu terus dikibarkan sama dan jangan ada tindakan sabotaj dibuat terhadap bendera milik parti komponen Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, Stesen Komuter KTMB adalah milik awam dan tidak wajar hanya bendera BN sahaja dibenarkan dipasang, sebaliknya bendera Pakatan Rakyat ditegah.

Stesen komuter juga ujarnya perlu dijadikan kawasan yang bebas kepada mana-mana parti politik untuk menggantung bendera masing-masing.

DPPM juga ujarnya mengajak kakitangan KTMB yang menyokong Pakatan Rakyat agar jangan takut dalam menyatakan sokongan terbuka, kerana itu adalah hak mereka masing-masing.

"Mereka juga diajak untuk turut sama menggantung bendera parti komponen Pakatan Rakyat di stesen komuter di sekitar Selangor tanpa rasa takut.

"Jika mereka dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan KTMB atas tindakan mereka itu, ini membuktikan KTMB masih dikawal oleh pengaruh BN yang mengongkong kakitangannya daripada menyatakan sokongan politik kepada mana-mana pihak," katanya./Harakahdaily

Tiada ulasan: