WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Bersih: Berhimpun di 6 lokasi sebelum ke Dataran Merdeka Posted: 26 Apr 2012 04:31 AM PDT Peserta perhimpunan Aman Bersih 3.0 pada Sabtu ini diarah berhimpun di 6 lokasi sebelum berarak ke Dataran Merdeka. Enam lokasi ialah Central Market, Masjid Negara, KLCC, Brieckfield, Jalan Sultan dan Masjid India. Demikian dijelaskan Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, Maria Chin Abdullah. Selain itu, katanya, perhimpunan Hijau di KLCC juga akan menyertai Duduk Bantah Bersih 3.0. Menurut beliau, Himpunan Hijau tidak terpisah dengan Perhimpunan Aman Bersih 3.0 kerana kesemua mereka yang menyertai kedua-dua perhimpunan itu mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihan raya dengan bersih, adil dan telus di negara ini. "Mengikut perancangan, Perhimpunan Aman Bersih 3.0 akan diadakan di Dataran Merdeka. Enam tempat berkenaan adalah tempat perhimpunan awal sebelum para peserta menuju ke Dataran Merdeka. "Tetapi kalau orang ramai tak dapat sampai ke Dataran Merdeka, mereka hendaklah berkumpul dengan duduk bantah di enam tempat itu yang sekali gus menjadikannya sebagai tempat alternatif," katanya dipetik harakahdaily. Pada himpunan Bersih 2.0 tiga tempat dijadikan kawasan alternatif; Sogo, Masjid Negara dan Masjid Kampung Baru. Bagaimanapun semua lokasi tersebut disekat polis pada pagi 9 Julai. Bersih menukar lokasi pada saat akhir menyaksikan ia bermula di KL Sentral dan disekat oleh FRU Sementara di tengah-tengah kota bermula di stesen LRT Masjid Jamek dan bergerak ke Menara Maybank serta Pudu Sentral. Himpunan Bersih 2.0 menyaksikan 100,000 peserta. Sekiranya peserta lebih ramai kali ini maka wajarlah lokasi berhimpun ditambah. |
BERSIH 3: Lara Jiwa Merangkul Damba Sebuah Kebangkitan Posted: 26 Apr 2012 04:25 AM PDT Aiman Athirah Al Jundi pada rasa nan sendu pada hati nan pilu pada lidah yang keluh pada pasrah yang patuh pada mata nan sayu pada jiwa-jiwa yang luluh pada hati budi yang lumpuh…. dalam kemilaunya kebangkitan malam ini intropeksi 5 dekad kemerdekaan Malaysia dalam kalutnya para warga menongkah arus deras kehidupan dalam kalutnya para warga usaha melakar wajah manis sebuah perjalanan yang penuh gerimis luka, duka dan suka…silih nan berganti ketika kekayaan kini hanya menjadi milik para elit kuasa ketika kesenangan ini hanya layak buat para proksi kapitalis derhaka ketika kemewahan kini menjadi saudara kembar para bangsawan dan negarawan yang lahir daripada sistem PEMILU yang tempang ketika mereka kini usai membina segala gedung hatta mahligai daripada kerahan keringat, airmata dan darah rakyat marhaen yang ada kalanya lupa bahawa mereka itulah jagoan dan juragan yang sebenarnya…. dalam kemilaunya kebangkitan malam ini demi maruah negara yang sedang digugat demi hak bersuara yang sedang diikat demi hak berhimpun yang sedang dihambat Nah…. buat adik-adik kami generasi pewaris legasi ummat tanah air tercinta… ayuh! kita teruskan mara dan ammarah ini.. 28 APRIL - Ini derap dan langkah kita 28 APRIL - Ini tarikan dan hembusan nafas kita malam ini bersaksilah segala kegelapan malam ini bersaksilah segala keinginan, kemahuan dan keberanian kuninglah walau di mana-mana kuninglah dan bersihlah kita buangkan rasa takut, buangkan peribadi pengecut kita adalah wira-wira baru kita adalah wira-wira rakyat yang berani bangkit menyatakan KAMI MAHU BERUBAH KAMI MAHU BERSIHKAN PILIHANRAYA! TUNAIKAN 8 TUNTUTAN BARULAH PRU13!!! duhai generasi pewaris legasi ummat… hulurkan tangan memalu genta…kelangsungan merdeka rapatkan soff keramat berbekal azimat muafakat segera cantaskan pucuk-pucuk angkuh – rusuh - layu dengan minda mereka yang rapuh…poyo… bangkitlah generasi pewaris legasi ummat jadilah sejarah tempahi namamu agar bisa dilakar mekar menjadi sebahagian daripada nama-nama para pejuang tegar dan segar melakar tuntas dan pantas kebangkitan baru pada zaman yang sangat butuh, pada zaman yang sudah sangat perlu bangkitlah generasi pewaris legasi ummat kita sulam iltizam kedaulatan negara, keindahan dan ketinggian islam pada neraca kewajaran hatta kewajipannya… bersatu menyusun azam - memakmurkan rakyat berpadu menggenggam tekad - solidariti ummat. kita mulakan langkah baru mengisi visi tak terbatas mewarnai reformasi yang jangan sampai culas dari mata jiwa seorang pejuang, wira-wira pembebas dari mata jiwa seorang pejuang, srikandi tak terbatas demi tanah tumpah darah ini… kita dukung misi ke martabat tertinggi dunia dengan tapak yang teguh perpaduan, persaudaraan, kasih sayang dipandang hormat kawan dan lawan…. 28 APRIL….Ini tugas kita hasrat membina kebangkitan baru kita kembalikan keadilan, kebenaran, kewarasan, kejujuran kita kembalikan keamanan, keselamatan ketenangan para warga kita kembalikan kebersihan dalam sistem dan segala perjalanan kita bersihkan segala kekotoran, pengkhianatan, jijik rasuah dan salah guna kuasa bersih dan terus kita bersihkan dengan kudrat pengalaman keberkatan yang terhimpun lama azam tak terpadam semangat hangat panas membara… demi masa depan kita dan anak cucu kita Nah… jika masih ada lagi manusia waras yang bertanya MENGAPA BERSIH 3? jawapan kita mudah… warga asing tidak boleh merampas hak kita, rakyat tempatan untuk tentukan masa depan negara! adik-adikku…generasi pewaris legasi ummat… bangkitlah… bangkit itu..tidak ada … tidak ada kata menyerah tidak ada kata putus asa bangkit dan kebangkitan itu…adalah kita… harapan baru untuk Malaysia! *Puisi oleh Aiman Athirah Al Jundi selaku Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, akan dideklamasikan pada malam satira politik, Dataran Shah Alam. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan