Selasa, 24 April 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KLIP WAJIB TONTON - MARI KITA BERSAMA MEMBUAT SEJARAH

Posted: 24 Apr 2012 06:50 PM PDT




INI KLIP SEJARAH


ini adalah klip terbaik
ini adalah klip wajib tonton
ini adalah klip kerja seni yang jadi contoh
ini adalah seni yang kahwin dengan perjuangan

inilah contoh terbaik
satu kerja seni
dimana isi dan bingkai
sama indah

salut utuk pembuat klip ini
salut untuk anak muda yang berani





DBKL : IALAH DUDUK BANTAH KUALA LUMPUR

Posted: 24 Apr 2012 06:11 PM PDT





BETUL KE INI ANGGOTA DBKL?






KOMENTAR TUKAR TIUB

najib obses nak dilihat demokratik
najib obses hendak jadi popular
najib obses hendak dilihat baik

caranya macam mana?

najib outsource kerja jahat:
1 - geromboln tidak lagi bersuara
yang besuara hanya zul nordi
2 - yang bersuara ibrahim ali
3 - yang bersuara nala kurap pan
4 - mat buntal zahid mat arif
5 - mat peguam tak laku roslan kassim

najib guna orang luar buat kerja samseng:
1 - mat gemok samseng jalan kebun
2 - mamak gelap pulau pinang


TERBARU GUNA DBKL
anak anak muda dan mahsiswa
telah melihat bahawa sb dan polis
mula pakai baju dbkl

cara cekik leher itu
ialah cara polis

malah dua tiga sb yang sudah dikenali
telah dilihat memakai baju dbkl
telah menjadi pekerja dbkl

semua kerja jahat ini
adalah kerja najib dan rosmah

MENGUNAKAN ORANG LUAR
menggunakan orang luar ini
adalah cara israel
adalah cara zionis
lihat bagaimna amerika
gubnakan rakyat latin yang nak jadi warganegra
kalau pergi perang ke iraq
dengan serta merta jadi amerikan

NOTA:
najib lupa
dbkl ialah - duduk bantah kuala lumpur
kah kah kah


TENGOK BETUL BETUL SIAPA MEREKA





DBKL SERBU LAGI DATRAN, KOTAK DERMA DIRAMPAS
- mkini

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa merampas dua kotak derma yang berisi kira-kira RM200 dalam satu lagi serbuan ke atas perkhemahan peserta protes di Dataran Merdeka selepas tengah malam tadi.

Menurut peguam Fadiah Nadwa Fikri, DBKL juga merampas bekalan makanan mereka dalam serbuan pada kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Ia adalah serbuan ketiga DBKL ke atas perkhemahan tersebut dalam tempoh kurang 24 jam. Aktivis yang berkumpul di situ enggan berganjak walaupun ada usaha mengusir mereka dan khemah serta bekalan mereka dirampas.

"Kami tiba selepas mendapatkan pembebasan empat pelajar (yang ditahan dalam serbuan sebelumnya) dari balai polis Dang Wangi dan mendapati berlaku kekecohan.

"Peserta protes itu kecewa kerana wang tersebut baru dikumpulkan hari ini. Mereka menganggarkan jumlahnya RM200 hingga RM300," katanya.

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/




SABTU 28 APRIL IBU SEGALA DEMO

Posted: 24 Apr 2012 11:40 AM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB


sabtu 28 april ini
adalah ibu segala demo
500 ribu warga akan turun berdemo

500 ribu ini adalah amaran
satu amaran untuk najib dan suaminya rosmah

500 ribu adalah amaran jangan menipu
500 ribu adalah jangan tipu undi
500 ribu adalah tekad hati rakyat

NOTA:
semua yang akan datang
sila datang awal
terutama dari pantai timur
jangan tersangkut dalam jam
jangan lambat sampai kenduri sudah selesai









NIK AZIZ: HADIR BERSIH WAJIB - mkini

Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hadir ke perhimpunan BERSIH pada 28 April ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.

"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya kepada akhbar rasmi PAS Harakah di pejabatnya di Kota Baharu hari ini.

Setiausaha akhbar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hari ini berkata, pemimpin nombor satu dalam parti Islam itu akan turun bersama dalam perhimpunan pada Sabtu ini.


http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/



PILIHAN RAYA KE 13 - PILIHAN RAYA TIPU?

Posted: 24 Apr 2012 10:46 AM PDT












NOTA:
ini amaran rakyat
jangan nanti kata
tak beri tahu
jangan nanti tak sedar
bahawa rakyat telah benci





KOMENTAR TUKAR TIUB


mengikut maklumat yb mahfuz
ada task force
yang bekerja untuk memberikan
kad pengenalan kepada pendatang asing

task force ini dianggotai
oleh pegawai pegawai tinggi
oleh pegawai pendaftran
oleh pegawai spr
oleh pegawai keselaman negara
oleh pegawai kementerian dalam negeri


tujuan:
untuk memastikan gerombolan menang
untul menipu di pru13
untuk merampas selangor

maka
sebelum rancangan jahat ini berjay
mari kita ramai berkumpul
mari kita ramai ramai berdemo
mari kita ramai membantah

ini kerja jahat spr
ini kerja jahat kabatan pendaftra

semua kerja jahat ini
adalah arahan najib razak

najib razak bertangung jawab
najib razak yang beri arahan

maka yang wajib kita guddam
ialah najib razak!


MOHON AGONG JANGAN PERKENAN BUBAR PARLIMEN
- harakah daily

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) hari ini menunut agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan permohonan pembubaran Parlimen selagi penyiasatan berhubung isu task force pemberian IC tidak selesai.

"Kita menunut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," katan pengerusinya Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum serta semua bukti berhubung dakwaan wujudnya task force IC itu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Selain itu Mahfuz juga turut memohon agar Tuanku menitahkan penggantungan tugas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam task force itu.
.
Terdahulu Mahfuz mengetuai penyerahan memorandum dan bukti itu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Jalan Bukit Petaling di sini.

Selain melampirkan nama-nama mereka yang menganggotai task force itu, turut diserahkan hari ini sebahagian daripada 175,388 nama pemilih di seluruh negara yang tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Turut dikemukakan juga sebanyak 17,000 nama yang mempunyai nombor kod kelahiran 71 yang bukan berbangsa Melayu, Cina mahupun India.

Selain itu sejumlah nama yang ada dalam daftar pemilih yang didakwa terdiri daripada warga Nepal, Myanmar dan Filipina turut diserahkan.

Menurut Mahfuz, dengan penyerahan bukti-bukti itu, Majlis Raja-Raja dan juga Yang di-Pertuan Agong diharap berkenan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu.

"Kita juga turut mencadangkan Tuanku melantik Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Kamil Awang untuk mengetuai suruhanjaya ini berdasarkan pengalaman dan keberanian beliau, atau mana-mana individu yang diyakini oleh Sri Paduka Baginda," katanya lagi.

Turut serta dalam penyerahan dan pertemuan sebelum itu adalah pimpinan serta ahli parlimen PAS termasuk Salahudin Ayub, Datuk Kamaruddin Jaffar, Dr Siti Mariah Mahmud, Mohd Firdaus Jaafar, Adram Musa serta dua orang peguam yang menganggotai jawatankuasa API.


http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/


RABU – RADIO BANGSAR UTAMA

rabu ialah stesen radio internet
rabu ialah stesen radio melawan
rabu ialah stesen radio melanggar
rabu ialah stesen radio cool
rabu ialah stesen radio chic
rabu ialah stesen radio radikal


layari sekarang:
www.radiobangsarutama.blogspot.com

pada minggu ini
setiap malam dari jam 9.00 malam
siaran terus menerus

dari rabu akan dapat didengari:
berita bersih
berita menghasut
berita terkini

dari rabu akan berkumnadang:
lagu punk rock
lagu rock klasik
lagu rock kapak
lagu metal
lagu perjuangan
lagu melawan
lagu sosialis
lagu komunis
lagu lagu perjuangan dari seluruh dunia

jadi cool jadi kawan rabu
BE COOL – BE DARE







DARI DATARAN MERDEKA - SILA TERUS BERI SOKONGAN

Posted: 24 Apr 2012 02:32 AM PDT




KAWASAN TELAH DI PAGARI






NOTA:


najib razak telah mengarahkan dbkl
untuk buat kerja jahat

dbkl telah jadi subkontrektor
untuk najib razak


INI BERITA BERGAMBAR









INI GAMBAR PENANGKAPAN



NOTA:
perkhemahan diteruskan
diminta warga kota kuala lumpur
datang malam ini untuk bersetia kawan

datang untuk beri sokongan
datang untuk melihat sejarah sedang di buat!


MALAM INI JAM 9.00 - TEMU BUAL - SIARAN LANGSUNG

Posted: 24 Apr 2012 01:45 AM PDT



MALAM INI DARI RADIO BANGSAR UTAMA

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/


MALAM INI JAM 9.00 PASTILAH RADIO BANGSAR UTAMA!

PROGRAM RADIO BANGSAR UTAMA MALAM INI

RADIO BANGSAR UTAMA - RABU

TEMU BUAL MALAM INI DI RABU


Malam ini di Radio Bangsar Utama akan menemubual tokoh aktivis masyarakat dan NGO. Tamu jemputan ialah :

1 - Hasni Abas - Setiausaha PAKSI (Seniman Paksi Rakyat), Aktivis Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Bekas Presiden Kelab Pekerja Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

2 - Amin Iskandar (Black UBU) - Penulis, pemuzik, aktivis, Penasihat NIEI (National Institute for Electoral Integrity)


Topik perbincangan ialah mengenai peranan seniman dan karyawan dalam memaknai proses hala tuju politik negara bersempena himpunan Bersih 3.0.

Sila add facebook Radio Bangsar Utama. Add Radio Bangsar Utama.

Sila komen. Ini radio rakyat, bukan Rais Yatim yang punya.

kah kah kah

www.facebook.com/pages/Radio-Bangsar-Utama

"Berikan aku satu Radio Bangsar Utama, nescaya kugoncangkan seluuuruh Malaysia"

RABU akan membawakan berita-berita perkembangan terkini Himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka 28 April nanti.

RABU akan melaporkan lokasi-lokasi terkini Bersih 3.0 International dari bandar yang menganjurkan himpunan di seluruh dunia.

MALAM INI JAM 9.00 RADIO BANGSAR UTAMA

Berita-berita bersih
Berita-berita melawan



MALAM ESOK

sila layari maalam esok radio bangsar utama:

temubuah : pak samad dengan hishamuddin rais



MALAM ESOK DI RABU



NOTA:
pak samad di temu bual
terus menerus oleh hishamuddian rais
tentang bersih
tentang duduk bantah
tentang sajak sebagai senjata

jangan lupa malam esok jam 9.00 malam

BERITA BAIK UNTUK YANG AKAN TURUN BERDEMO

Posted: 24 Apr 2012 01:13 AM PDT



PROGRAM MELAWAN ESOK MALAM







KOMENTAR TUKAR TIUB


semua pemimpin pakatan akan turun berdemo
semua ahli dan penyokong pakatan rakyat
akan turut berdemo

bersih telah difahamkan:

50,000 dari kelantan
50,000 dari terangganu
25,000 dari pkr
20,000 dari pkr
20,000 himpunan hijau
5,000 komuniti jalan sultan

kita perlu menjemput ramai lagi
kita perlu mengajak ramai lagi

NOTA :
sila datang awal
sila datang awal
untuk elak berasak-asak
untuk tidak tersangkut



NOTA:
sila ikuti tukat tiub
untuk pengumuman terkini tentang bersih

sila layari radio bangsar utama
untuk maklumat terkini




PRESIDEN PAS AKAN TURUN DEMO BERSIH
- mkini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turun bersama dalam perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

"Parti juga telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli untuk turun beramai-ramai ke himpunan tersebut," kata setiausaha akhbarnya Nasaie Ismail.

Selain Hadi, pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka mengumumkan kehadirannya ke perhimpunan "duduk bantah" itu dalam masa terdekat.

Dalam kenyataannya hari ini, Nasaie berkata, PAS juga mendesak anggota polis bertindak rasional dengan mengawal dengan baik perhimpunan tersebut.

"Mereka perlu ambil pengajaran (daripada perhimpunan) BERSIH 2.0 yang diprovokasi berlebihan sehingga mendatangkan suasana kecoh yang bukan timbul daripada peserta," katanya.


SUMPAH ANAK MUDA



KENAPA NAJIB TERUS CUBA MENIPU?

Posted: 23 Apr 2012 10:23 PM PDT




KENAPA NAJIB TERUS BERBOHONG?





NAJIB DAN SHAHRIZAT


Walaupun Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan, hakikatnya keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil masih lagi mendapat bayaran bulanan yang lumayan dari harta-harta yang dibeli menggunakan dana NFC.

Selain dari pelbagai kondominium yang telah didedahkan kini, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil juga mendapat kutipan sewa dari hartanah-hartanah yang dibeli dengan dana NFC dan kemudiannya disewakan kembali kepada NFC dan syarikat-syarikat bersekutu yang lain.

Bukti yang paling kukuh ialah dua premis utama operasi NFC iaitu pejabatnya di alamat L-3A, No. 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara dan restoran mewah Meatworks di alamat 2G 3A, Jalan Solaris 5, Solaris Month Kiara.

KEADILAN berjaya mendapatkan rekod hakmilik dan nilaian kedua-dua hartanah dari carian rasmi dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (sila rujuk dokumen carian harta JPPH yang disertakan bersama).

4 unit ruang pejabat yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutu di Tingkat 3A, Jalan Solaris dimiliki bersama oleh Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Izanur Izran. Salah satu unit iaitu Unit L-3A-3A berjaya dipadankan dengan carian harta di JPPH atas nama Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail yang dibeli pada harga RM814,550.

Semakan pembayaran dari rekod kewangan NFC pula menunjukkan bahawa pada setiap bulan, NFC akan membuat dua pembayaran sewa pejabat seperti berikut:

RM28,000 setiap bulan kepada Wan Shahinur Izran
RM8,240 setiap bulan kepada Dato' Seri Mohamad Salleh

Ini menimbulkan beberapa kesimpulan dan persoalan besar seperti berikut:

1. 1) Dua orang pengarah NFC telah menyalahgunakan wang syarikat dengan mendapatkan pinjaman bank bagi hartanah yang kemudiannya disewakan kembali kepada syarikat;

2. 2) Adakah urusniaga pembelian hartanah atas nama peribadi tetapi dibayar menggunakan kutipan sewa dari NFC dan syarikat bersekutu ini mendapat kelulusan Lembaga Pengarah? Jika tidak, Dato' Seri Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran perlu disiasat atas kemungkinan pecah amanah wang syarikat;

3. 3) Bayaran sewa yang dikutip oleh Dato' Seri Salleh Ismail iaitu RM8,240 sebulan bagi ruang pejabat bernilai RM814,550 adalah terlalu tinggi. Jika pembelian ini dibiayai dengan pinjaman selama 25 tahun pada kadar faedah semasa, bayaran bulanan dianggarkan sekitar RM4,800 sebulan. Ini bermakna Dato' Seri Salleh Ismail membuat keuntungan 72% setiap bulan; iaitu kadar keuntungan yang terlalu tinggi dari wang rakyat.

4. 4) Jika ini keadaannya dengan unit L-3A-3A yang dimiliki oleh Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail, sudah tentu kadar keuntungan serupa juga dibayar oleh NFC kepada Wan Shahinur Izran bagi ruang-ruang pejabat lain yang dimiliki beliau.


Kaedah membeli hartanah atas milikan peribadi dan dibiayai oleh bayaran sewa oleh NFC dan syarikat bersekutu turut digunapakai dalam hartanah-hartanah lain.

Ruang niaga restoran yang disewa oleh RFC bagi operasi Meatworks di Mont Kiara pula dimiliki oleh Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Carian rasmi di JPPH menunjukkan beliau mempunyai dua ruang kedai iaitu unit 2 dan 3. Unit 2 berharga RM8.4 juta sementara unit 2 berharga RM5.7 juta. Ruang ini disewakan kepada RFC yang membayar sewa bulanan kepada Wan Shahinur Izran menggunakan dana RM250 juta yang dibiayai oleh rakyat.

Walaupun saya tidak mempunyai rekod kewangan terperinci bagi RFC dan syarikat-syarikat bersekutu yang lain, saya percaya Wan Shahinur Izran turut mendapat bayaran sewa yang lumayan dari dua ruang restoran yang dimilikinya. Saya menganggarkan beliau memperolehi pendapatan sewa RM150,000 sebulan dari dua unit hartanah bernilai RM14.1 juta ini, mengambil kira kadar keuntungan sama yang diperolehi Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail.

Ini membuktikan sekali lagi bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan penyelewengan wang rakyat walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat. Beliau berharap dengan pengunduran sementara Dato' Seri Shahrizat Jalil dari jawatan kabinet, skandal ini akan reda sementara beliau membiarkan keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil terus bermewah dengan wang rakyat sebanyak RM250 juta.

KEADILAN akan membuat laporan polis susulan berikutan pendedahan ini agar Wan Shahinur Izran dan Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail disiasat atas kemungkinan pecah amanah dalam urusan sewa beli hartanah-hartanah yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutunya di Mont Kiara.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
24 APRIL 2012


http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/




BERSIH 3.0 TETAP DI DATARAN MERDEKA!

Posted: 23 Apr 2012 08:07 PM PDT




TURUN JANGAN TIDAK TURUN





KENYATAAN AKHBAR BERSIH 2.0 - 24 APRIL 2012



Malam kelmarin badan-badan NGO yang berpayung dibawah BERSIH 2.0 telah mengadakan mesyuarat tergempar. Mesyuarat ini dengan sebulat suara telah membuat keputusan untuk meneruskan DUDUK BANTAH BERSIH 3.0 – di Dataran Merdeka.

Mesyuarat tergempar ini dipanggil untuk menilai kenyataan Menteri Dalam Negeri yang dikeluarkan pada Ahad 22 April yang lalu. Kenyataan ini telah menawarkan kepada Bersih 2.0 Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil sebagai gantian tempat Duduk Bantah.

Dalam masa yang sama Datuk Bandar dengan penuh kontradiksi telah mempelawa Bersih 2.0 untuk menerima Stadium Cheras dan Titiwangsa.

BERSIH 2.0 amat-amat kesal dengan strateji kerajaan yang berulang-ulang menawarkan pelbagai tempat yang berasingan dan memberi jawapan yang bercelaru terhadap rancangan Duduk Bantah. Kenyaatan yang bersimpang siur ini mengingatkan kita semua tentang apa yang telah berlaku tahun lalu. Amat-amat mengecewakan ialah kerajaan hari ini telah gagal untuk bersuara dengan satu nada. Kerajaan telah membenarkan, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis terus memasang perangkap untuk menggagalkan Duduk Bantah.

Pada 4 April 2012 BERSIH 2.0 telah mengumumkan DUDUK BANTAH yang akan dijalankan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012. Pada 16 April 2012 satu surat telah di fax ke DBKL dan pihak polis untuk memberi tahu duduk pekara. Pihak DBKL berkata mereka tidak menerima fax tersebut. Justeru, ini telah disusul dengan surat yang disampaikan dengan tangan kepada DBKL dan polis. Adalah tidak benar apabila Datuk Bandar berkata pada 18 April 2012 bahawa DBKL tidak pernah dihubungi.

Pada 19 April 2012 dan sekali lagi pada 22 April 2012 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin berkata Duduk Bantah tidak memudaratkan keselamatan negara dan tidak menarik minat orang ramai.

Kelmarin pada 23 April 2012 , polis telah memberikan jawapan menolak penggunaan Dataran Merdeka.

Keputusan BERSIH 2.0 untuk terus ke Dataran Merdeka berasakan pelbagai sebab.

Pertama, Dataran Merdeka boleh didatangi dengan pengangkutan awam seperti LRT ( Masjid Jamek, Pasar Seni) Komuter (KTM station ), Monorail ( Maharajalela) dan bus ( Puduraya, Bangkok Bank dan Pasar Seni). Tidak ada tempat lain diluar pusat kota yang memiliki keselesaan sedemikian.

Kedua, Dataran Merdeka adalah tanda negara bangsa dan kebebasan anak semua bangsa. Dataran ini amat tepat dan sesuai sebagai kawasan umum dimana warga boleh menunjukkan semangat patriotik menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Ketiga, adalah hak warga negara untuk berhimpun di kawasan awam. Hak untuk berhimpun ini dijamin oleh perlembagaan. Hak ini tidak boleh dijual beli. Duduk Bantah ini adalah gerakan yang berpaksikan warga anak semua bangsa. Ianya bersifat nasional dan juga global. Duduk Bantah tidak mengancam keselamatan negara.

Kami percaya pihak polis akan menjaga keselamatan Duduk Bantah. Kerjasama polis ini terbukti pada 26 Febuarari 2012 di Himpuan Hijau dan pada 18 March 2012 di Wanita Suara Perubahan. Orang awam boleh berhimpuan secara aman jika pihak polis dan majlis tempatan bekerja sama dengan penganjur.

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/





Tiada ulasan: