Rabu, 4 April 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


500 RIBU KITA TURUN KE DATARAN MERDEKA!

Posted: 04 Apr 2012 06:48 PM PDT




INI PATRIOT DARI REMBAU





TIADA LAGI SEBAB UNTUK DEMO , KATA KHAIRY
- mkini

MP Rembau, Khairy Jamaluddin berkata BERSIH 2.0 tiada sebab untuk mengadakan perhimpunan kerana kebanyakan tuntutan NGO itu telah ditangani oleh jawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC).

Katanya, tujuh daripada lapan tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil itu telahpun dimasukkan dalam syor PSC.

"Satu perkara yang tidak dimasukkan ialah tempoh kempen minimum 21 hari. Semua yang lain telah ditangani, termasuk penambahbaikan yang dijanjikan dalam penggal selepas ini," katanya ketika dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy mengulas pengumuman BERSIH 2.0 hari ini untuk mengadakan perhimpunan ketiga pada 28 April.

Beliau menyifatkan keputusan tersebut "tidak ikhlas" dan turut menuduh BERSIH 2.0 bersekongkol dengan pembangkang untuk menjadikan isu pilihan raya itu menjadi lebih rumit.

Khairy juga mendakwa perhimpunan itu merupakan satu usaha untuk memanipulasi isu pilihan raya adil untuk agenda lain.

SAORANG LAGI PATRIOT DARI DACCA




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...APA SUDAH JADI DENGAN AHLI DAN PENYOKONG PATRIOT?.... kah kah kah..

kah kah kah... SUDAH PULANG DACCA KE ? ... kah kah kah...

woit.. BAWA LAAA RIBU RIBU LAGI BANGLA... kah kah kah..

kah kah kah... TAKUT KE?.... kah kah kah......

woit...TUNJUK KAN LAAA SAMSENG...MACAM DI IJOK DULU.... kah kah kah..

kah kah kah...MEMANG KAMI ADA AJENDA LAIN.... kah kah kah..

kah kah kah...TAK KAN BARU INI TAHU.... kah kah kah....

woit.... KAH KAH KAH... KAH KAH KAH..... kah kah kah

INI ANGKA KERAMAT


NOTA:
anak muda pelajar dan siswa
mulakan gempur 14 haribulan ini


500 RIBU WAJIB TURUN KE DATARAN MERDEKA

Posted: 04 Apr 2012 11:33 AM PDT




NOTA:


ini adalah koleksi design
tentang demo bersih
yang baru sehari

ini adalah persediaan untuk
turun ke dataran merdeka

teruskan lagi!
kita kuningkan
seluruh alam maya !

SEMUA ADALAH KERJA SENI BERSIH































500 RIBU KE DATARAN MERDEKA

Posted: 04 Apr 2012 11:15 AM PDT




MAHASISWA DAN ANAK MUDA BAKAL TURUN HIMPUNAN MANSUH PTPTN dan BERSIH 3.0

Anak muda dan Mahasiswa inginkan keadilan. Justeru , kami berikrar akan turun ke Himpunan mansuh PTPTN dan Bersih 3.0 yang masing-masing akan diadakan pada 14 dan 28 April.

Walaupun terdapat tekanan daripada pihak kerajaan, anak muda dan mahasiswa akan tetap meneruskan himpunan bagi menggesa pihak kerajaan memansuhkan PTPTN dan menuntut disediakan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Himpunan ini akan diadakan di Dataran Merdeka – Jam 2 Petang – pada 14 April ini. Himpunan ini adalah sebagai persediaan atau "acara warming up" sebelum Bersih 3.0.

Sementara itu , berikutan laporan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa pilihan parlimen untuk penambahbaikan proses pilihan raya (PSC), gerakan pendesak reformasi pilihan raya Bersih 2.0 berasa kecewa kerana mereka tidak membawa lima tuntutan yang lepas. Rentetan daripada itu, pada hari ini Penganjur Bersih 3.0 bersama Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) , Datuk A. Samad Said mengumumkan bahawa perhimpunan seterusnya iaitu Bersih 3.0 akan diadakan pada penghujung bulan ini jam 2 petang – 28 April – di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dengan slogan "duduk bantah."

Kami melihat terdapat beberapa perkara dalam PSC yang sesuai untuk digunapakai. Namun begitu , terdapat juga banyak perkara yang tidak tencapai seperti yang diharapkan. Oleh itu, kami menggesa anak muda, dan mahasiswa supaya turun Bersih 3.0 bagi menuntut keadilan dan pilihan raya yang bersih untuk kali ini.

Tambahan pula, kami berharap supaya pilihan raya akan datang dapat dilaksanakan dengan telus bertepatan dengan lapan tuntutan BERSIH 3.0 bagi masa depan negara yang lebih baik.Kita tidak boleh begitu ghairah dengan menghalalkan cara yang buruk asalkan matlamat tercapai kerana apabila nilai menjadi terlalu relatif, orang ramai terutamanya anak muda akan berasa kecewa dan muak dengan gejala buruk dan politik yang jijik. Mereka akan bertanya adakah sudah tidak wujud lagi nilai baik dan salah dalam kamus politik kita ? Jadi, tidak hairanlah soal kepimpinan, politik dan hal ehwal semasa tidak dipedulikan oleh anak muda kerana politik jijik menjadi sanjungan. Kekecewaan generasi muda pada hari ini akan merugikan serta menghasilkan generasi muda yang lemah atau mediocre.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga menyeru supaya seluruh masyarakat termasuk pemimpin politik, NGO dan rakyat akan turut bersama menyertai himpunan mansuh PTPTN dan Bersih 3.0 bagi kesejahteraan negara pada masa akan datang. Kita percaya kepada sistem demokrasi yang telus serta mendukung Perlembagaan Negara yang menjadi undang-undang tertinggi dalam negara ini. Jadi , usah takut, usah gentar. Ayuh turun!

Muhamad Safwan Anang @ Talib;
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
0148408219



DEMO ADALAH BUDAYA KITA



NOTA:
sebelum ibu segala demo
di dataran merdeka 28 april ini
ada disediakan anak anak demo
untuk latihan untuk memcuna
sila pilih yang mana satu


500,000 WAJIB TURUN KE DATARAN MERDEKA

Posted: 03 Apr 2012 11:05 PM PDT








KENAPA 500 RIBU WAJIB KE DATARAN MERDEKA

Saya telah mengajukan slogan - sebelum ke pilihan raya kita ke jalan raya. Slogan ini pasti sarat dengan pelbagai persoalan. Pasti ramai pembaca akan bertanya kenapa dan apa yang wujud disebalik slogan ke jalan raya ini. Maka kali ini saya akan menyambung lagi tulisan tentang teori dan praktik politik jalan raya.

Para pembaca, anak anak muda dan bakal demonstran jangan tersilap faham. Jangan tersalah anggap. Tunjuk perasaan atau demonstrasi di jalan raya bukan untuk menjatuhkan kerajaan. Tidak ada kerajaan yang jatuh kerana demo di jalan raya. Sama juga : tidak ada kerajaan dalam negara dunia ke tiga yang akan mengundur kerana pilihan raya.

Anggapan bahawa Shah Reza Pazhlevi jatuh kerana tunjuk perasaan adalah pembacaan politik yang salah. Suharto jatuh kerana tunjuk perasaan juga adalah salah. Memang betul Ahmad Reza lari lintang pukang ke Mesir apabila beratus ribu warga Iran turun ke jalan raya pada tahun 1979 dahulu. Memang betul Suharto mengundur satelah anak muda dan mahasiswa turun ke jalan raya pada tahun 1998 dahulu.

Sekali baca kelihatan apa yang saya tulis diatas agak songsang. Atau dalam bahasa Inggerisnya kenyataan saya ini oxymoron. Kenyataan saya ini bercanggah. Kenyataan saya berkontradiksi antara satu sama lain. Kenyataan saya ini berputar belit.



Justeru, kenyatan saya ini juga akan menimbulkan persoalan. Jika dengan politik jalan raya rejim zalim tidak undur. Jika dengan politik pilihan raya juga rejim zalim tidak juga akan jatuh. Maka apa yang akan menjatuhkan kerajaan yang zalim seperti kerajaan United Malays National Orgnisation di Malaysia ini?

Untuk memahami ini para pembaca wajib kembali memahami teori apa itu daulah. Memahami apa itu kuasa. Sekali lagi saya nyatakan dalam tulisan ini bahawa politik ialah kuasa. Berpolitik bertujuan untuk mendapat kuasa. Semua parti politik bercita-cita untuk mendapat kuasa. Kuasa wajib dimiliki kerana sesiapa yang memiliki kuasa akan berhak ke atas harta kekayaan sesebuah negara.

Contohnya di Selangor dan Pulau Pinang - bawah pentabiran Pakatan Rakyat - maka kerajaan Pakatan ini akan menentukan siapa dapat projek dan siap mendapat dana. Jelas dibelakang kuasa ialah ekonomi. Justeru ekonomi menjadi asas utama untuk politik dan kuasa. Politik, kuasa dan ekonomi tidak dapat dipisah-pisahkan.

Tetapi awas dan wasapada! Ada satu lagi yang akan mengikat ketat politik, kuasa dan ekonomi ini. Pekara ini amat jarang ditimbulkan. Pekara ini amat jarang digarap. Di Malaysia pekara ini tenggelam seolah-olah ianya tidak wujud. Tetapi hakikatnya pekara ini amat penting. Pekara yang amat penting ini ialah kelas.

Kelaslah yang mengikat dan menyimpai politik, kuasa dan ekonomi. Jika kelas bagitu penting kenapa ianya tidak sering digarap untuk dibincangkan. Kenapa kelas tidak menjadi ajenda induk untuk perjuangan politik?

Jawabnya cukup senang. Ajenda kelas dalam politik dan ekonomi sengaja dipadamkan kerana ini adalah salah satu taktik dan strateji untuk membodohkan orang ramai. Warga yang memiliki kesedaran kelas adalah warga yang tidak dapat dibodohkan.


Sebagai ganti, agar orang ramai tidak memiliki kesedaran kelas telah disorong dan didorong ajenda bangsa, ajenda agama, ajenda bahasa, ajenda raja dan pelbagai ajenda sampah yang tidak fundumental. Jangan tersilap faham, munculnya ajenda-ajenda sampah yang tidak fundumental ini adalah hasil dari satu perancangan yang licik dari kelas yang berkuasa.

Kelas yang berkuasa adalah kelas yang memiliki harta kekayaan. Kelas ini juga yang mendominasi politik. Kelas yang berkuasa ini – sengaja menganjurkan ajenda bangsa, agama, raja untuk mengalihkan dan memadamkan kesedaran kelas orang ramai. Orang ramai tidak mahu disedarkan bahawa musuh mereka yang hakiki ialah kelas yang berkuasa. Kelas yang berkuasa adalah kelas yang memiliki harta kekayaan negara.


Dalam negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis kelas yang berkuasalah ialah kuam pemodal – para cukong. Kelas pemodal ini memiliki harta dan kekayan. Dengan harta dan kekayaan ini mereka memiliki kuasa. Kaum pemodal dengan duit dan harta kekayaan dapat membeli para politikus. Inilah hakikat politik dalam negara kita ini.

Untuk meyakinkan lagi hujah ini biar saya buktikan dengan politik Amerika. Dari statistik Urban Institute kita diberitahu bahawa 3.5 juta warga Amerika tidak berumah dan tidur merempat. Angka ini ialah 1% dari jumlah penduduk Amerika. Di New York sahaja ada 37,000 warga tidur merempat termasuk 16,000 kanak-kanak. Ini statistik resmi kerajaan.

Tetapi apa ajenda Presiden Obama? Barack Obama yang mewakili kelas berkuasa mengajak dunia bersama melawan keganasan dengan dasar ' war on terror'. Obama mengajukan perang keatas Iraq dan Afghanistan. Obama berpopaganda bahawa dunia diancam oleh Iran dan Korea Utara. Dunia hari ini mengikut propaganda Obama sedang diancam oleh gerakan fundumentalis Islam.

Ini samalah seperti ajenda United Malays National Organisation berpropaganda bahawa orang Melayu akan hilang kuasa politik. Bahawa Raja Raja Melayu akan hilang kuasa. Bahawa agama Orang Melayu akan hilang. Semua ini kerana wujudnya Pakatan Rakyat. Justeru Pakatan Rakyat ini di war war dan dipropagandakan sebagai musuh utama.


Jelas taktik kelas yang berkuasa di Amerika dan di Malaysia adalah sama. Untuk meneruskan kuasa, kelas berkuasa wajib menipu dan membodohkan rakyat. Proses pembodohan dan penipuan ini berjalan serentak. Warga yang bodoh amat senang untuk ditipu oleh kelas yang berkuasa. Mereka membodohkan orang ramai agar mereka akan terus berkuasa. Kenapa mereka ini gila sangat untuk terus mengekalkan kuasa?

Ha! Ha! United Malays National Organisation ingin terus berkuasa hingga dunia kiamat kerana dibelakang kuasa ini ada berbilion-bilion ringgit harta karun. Semua ini adalah harta kekayaan negara. Harta kekayaan inilah yang dipertahankan oleh kelas ini.


Bagaimana semua ini berhubung kait dengan politik jalan raya dan politkk pilihan raya? Memang ada hubungan rapat antara kelas dengan politik jalan raya.

Kita percaya bahawa jika pilihan raya dijalankan sekarang tanpa dibaiki, jika 8 Tuntutan Bersih tidak ditunaikan - maka PRU13 ini nanti adalah pilihan raya tipu. Ini rasa saya telah jelas dan telah difahami. Justeru kerana tidak mahu jadi bodoh dan ditipu kita turun ke jalan raya.

Apabila beribu-ribu rakyat mengampoh bergerak di jalan raya maka ombak ini akan mempengaruhi bakal pengundi yang tidak menyebelahi mana pihak. Sayugia diingatkan bahawa kumpulan tengah – Pak Cangkung - lebih ramai dari penyokong tegar gerombolan United Malays National Organisation dan penyokong Pakatan Rakyat.


Justeru, demo jalan raya ini kita tujukan khusus kepada mereka yang masih mencangkung diatas pagar. Apabila Pak Cangkung ini melihat ratusan ribu rakyat keluar di jalan raya pasti mereka akan terpengaruh. Apabila mereka melihat imej, apabila melihat gambar atau melihat klip di Youtube – lautan manusia berdemo dijalan raya – hati kesedaran mereka juga akan terusik. Imej-imej tunjuk perasaan ini dengan sepontan yang menjadi guru yang mendidik mereka.

Pak Cangkung ini sebenarnya adalah kumpulan opurtunis. Mereka dikatakan tidak menyebelahi mana mana pihak. Sifat dan watak oppotunis mereka akan memaksa mereka untuk bersama dengan kumpulan yang menang. Mereka tidak mahu dilihat dalam kumpulan kalah. Mereka tidak ingin dilihat ketinggalan. Mereka tidak ingin terkontang kanting kesaorangan. Justeru angka dan jumlah warga yang turun ke jalan raya ini amat penting. Lebih besar ombak dijalan raya maka lebih banyak undi Pak Cangkung yang dimenangi.

Harus disedari juga politik jalan raya kita ini juga diperhatikan oleh satu lagi kumpulan. Kumpulan ini amat penting tetapi mereka tidak muncul dikhalayak umum. Mereka inilah kaum pemodal besar dan para cukong.


Vincent Tan, Ananda Krishnan, Syed Mokhatar, Daim Zainuddin, Lim Kok Thay , Yeoh Tiong Lay - pada ketika ini adalah kuasa dibelakang United Malays National Organisation. Duit dan harta kekayaan mereka yang menaja para politikus.

Pada ketika ini para cukong melihat bahawa gerombolan yang mereka sokongan masih boleh diyakini. Tetapi apabila ribuan rakyat telah mula turun ke jalan raya - sama saperti Pak Cangkung – para Cukong ini juga berwatak oppurtunis. Mereka juga tidak ingin dilihat dalam tim yang kalah. Jika para cukong ini mengalihkan sokongan kerana takut melihat ombak rakyat di jalan raya maka inilah tanda hari hari akhir untuk United Malays National Ornagisation.

Dibelakang semua ini ada satu lagi kumpulan yang memerhatikan politik jalan raya. Mereka ini cukup halimuan tetapi paling berkuasa. Mereka ini mewakili kepentingan konomi dan politik kuasa imperial Anglo-Amerika. Sama seperti para cukong tempatan, kaum pemodal antarabangsa ini mahu perniagaan dan pelaburan mereka mendapat keuntungan maksima.


Mereka memilki kuasa untuk menurun dan menaikkan politikus diseluruh dunia. Politikus yang mereka naikkan akan memberi laba kepada pelaburan mereka. Politikus yang menghalang keuntungan mereka akan dijatuh dan diketepikan.

Kuasa imperial Anglo-Amerika sedang memerhati berapa ratus ribu warga Malaysia yang akan keluar didemo Bersih 3.0 nanti. Jumlah yang keluar berdemo ini amat penting untuk mempengaruhi mereka membuat keputusan siapa yang sebenarnya layak berkuasa d Malaysia.

Shah Iran dan Suharto jatuh bukan kerana penunjuk perasaan. Raja dan Jeneral ini jatuh kerana kuasa imperial Anglo-Amerika telah membuat keputusan untuk tidak lagi menyokong mereka. Keputusan ini dibuat satelah melihat ribuan rakyat turun ke jalan raya. Jumlah yang berdemo ini telah meyakinkan Rumah Puteh bahawa anak luar nikah CIA ini patut dihumbankan sebelum rakyat memiliki kesedaran kelas. END

500 RIBU KE DATARAN MERDEKA






NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45



PENGUMUAN UNTUK SEMUA - IBU SEGALA DEMO

Posted: 03 Apr 2012 09:00 PM PDT



SILA MULA KAN KEMPEN SIBER








PENGUMUMAN BERSIH 3.0 - IBU DAN AYAH SEGALA DEMO


dengan resminya diumumkan
demo bersih 3.0 akan diadakan
pada sabtu 28 april ini
tempat dataran meredeka
jam 2.00 petang
kita duduk dan kita bantah

demo ini akan juga
diadakan diseluruh negara
dan diseluruh dunia

SATU JUTA WAJIB TURUN
ini ibu segala demo
ini ibu segala bantahan
satu juta rakyat wajib turun
dari semua pekan
dari semua kampong
dari semua bandar
semua wajib keluar



500 RIBU KE DATARAN MERDEKA
500 ribu adalah target kita ke dataran merdeka
500 ribu di tempat-tempat lain di luar dataran






SEMUA DI JEMPUT KE DATARAN MERDEKA
sila buat persediaan awal
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket keretapi
sila tempat tiket kapal terbang
sila ambil cuti
sila buat apa yang perlu dibuat

rancang beramai ramai
untuk turun ke kuala lumpur
kongsi kongsi sewa bas
kongsi kongsi sewa kereta

sila tempat hotel
sila carai tempat penginapan
saudara mara di kuala lumpur
sila sediakan banyak toto


ANAK ANAK MUDA
sila ambil flyer ini
sila ambil butang ini
sila gunakan design ini
sila sebarkan ke seluruh dunia

sila gunakan internet
untuk menjemput turun
seramai yang mungkin



KUNINGKAN DUNIA SIBER
dalam masa satu minggu
butang bersih 3.0 wajib
menjadi terulung di dunia

dalam masa satu minggu facebook bersih
wajib melonjak berjuta juta




KENAPA KITA TURUN DUDUK BANTAH

kerana spr menipu
kerana pilihanraya yang akan datang menipu
maka kita tak mahu kena tipu
maka kita datang untuk membantah
kiat duduk dan bantah

BUKTI PENIPUAN
terlalu banyak
malas nak cakap
masa bercakap dah habis
masa melakukan sesuatu telah sampai

berbuih buih mulut menerangkan
ada undi hantu
ada undi pos
ada undi mat bangla
ada undi mat indon
ada penduduk tetap dapat kad pengenalan biru
ada pendatang haram jadi warga negara
ada satu alamat 100 orang tinggal
beratus ribu nama hilang
kawasan mengundi di alih
sempadan kawasan mengundi di ubah

semua ini rancangan untuk menipu
semua ini rancangan jahat
untuk menamatkan kerja jahat ini
kita turun ke dataran merdeka 28 april ini






ORANG RAMAI SUDAH LETIH
masanya telah tiba untuk keluar
menunjukkan marah

SEMUA NGO , SEMUA PERTUBUHAN DAN SEMUA NGI DI JEMPUT

jangan malu
jangan segan
mari kita buat sejarah
se juta kita berkumpul


IBU SEGALA DEMO - 500 RIBU DATARAN MERDEKA
















KENYATAAN AKHBAR BERSIH

Kelmarin BERSIH 2.0 telah mengeluarkan jawapan terhadap Laporan Jawatan Kuasa Pilihan Khas (JKPK) tentang penambahbaik pilihan raya.

Kenyatan ini dikeluarkan sebagai lanjutan terhadap laporan JKPK dan juga bersangkutan kes kes penipuan yang sedang berlaku.

Pada hemat BERSIH 2.0, ada beberapa perkara dalam laporan JKKP yang dianggap baik dan sesuai. Tetapi, banyak juga yang kami anggap tidak mencapai ke tahap yang kami harapkan. Kami berharap JKPK akan menjadi satu badan yang tegas untuk memastikan pilihan raya yang akan datang ini bebas dan adil. Banyak cadangan-cadangan yang telah diajukan JKPK dan juga lapan tuntutan BERSIH 2.0 boleh digunapakai sebelum PRU 13. Kesemua cadangan ini wajib ditunaikan. Sikap berdiam diri kerajaan dan tanpa janji serta komitmen kerajaan untuk menunaikan semua tuntutan ini sebelum PRU 13 cukup membingarkan telinga.

Jawatan Kuasa Pilihan Khas dan juga kerajaan telah tidak mengambil serius terhadap tuduhan-tuduhan penipuan. Warga Malaysia yang tinggal di luar negera juga telah dinafikan hak mengundi. Dan termasuk pelbagai hal penyelewengan yang telah ditimbulkan oleh warga negara kepada JKPK.
Kes-kes penipuan yang terus berlaku, seperti yang telah kami jelaskan membuktikan pada kami bahawa kerajaan hari ini tidak bercita-cita untuk mengadakan pilihan raya ini dengan bersih dan adil.

Semua ini meyakinkan kami bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi yang paling kotor. Suruhanjaya Pilihan raya telah gagal mendapat keyakinan rakyat. Dengan ini, BERSIH 2.0 menuntut ahli-ahli suruhanjaya meletakkan jawatan.

Rakyat akan terus menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap SPR. Rakyat juga akan terus meyuarakan bantahan mereka terhadap penipuan yang berterusan. Rakyat juga membantah kerana tidak ada komitmen untuk menambah baik sistem pilihan raya sebelum PRU 13.

Justeru, BERSIH 2.0 akan berkumpul – DUDUK BANTAH – secara aman di seluruh Negara dan di seluruh dunia. Ini bertujuan untuk menyatakan ketidakpuasan hati kami terhadap kerajaan yang terus menerus memanipulasi sistem pilihan raya untuk memastikan kemenangan parti yang memerintah.

Di Kuala Lumpur, kami akan DUDUK BANTAH di Dataran Merdeka pada Sabtu 28 April 2012 jam dua petang hingga empat petang. Duduk Bantah ini akan dijalankan di seluruh negara dan di seluruh dunia.

BERSIH 2.0 ialah kumpulan 84 Ngo menjemput semua warga negara yang cintakan negara ini untuk bersama-sama DUDUK BANTAH. Ahli-ahli parti politik dijemput untuk bersama sebagai warga negara.

Justeru, DUDUK BANTAH adalah saat dan masa untuk semua warga terutama yang berkuasa memikirkan apakah legasi dan masa depan yang akan kita tinggalkan kepada anak cucu cicit kita.

Ini adalah BERSIH 3.0. Terima Kasih.







BERSEDIA PENGUMUMAN JAM 12 HARI INI

Posted: 03 Apr 2012 08:35 PM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB


orang ramai wajib diberitahu
bahawa penipuan pilihan raya
telah diluluskan di parlimen

penipuan ini dilakukan secara resmi
tidak ada perbincangan


laporan jawatankuasa ini
diterima terus tanpa bincang

yb pakatan rakyat tidak dibenar
untuk mengeluarkan pandangan
dan laporan dan cadangan
tersendiri

kerana itu masanya telah tiba
satu juta rakyat turun ke jalan raya
satu juta rakyat berkumpul
satu juta rakyat duduk bantah

inilah dia bersih 3.0




PSC: TINDAKAN SPEAKER PEMANGKIN BERSIH 3.0

KUALA LUMPUR, 3 April: Penolakkan usul berkenaan laporan minoriti dan juga meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa perbahasan merupakan pemangkin kepada perlaksanaan himpunan Bersih 3.0.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub , Pakatan Rakyat mempunyai hujah serta bukti apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia meminta mereka mengemukakan bukti amalan laporan minoriti yang dilakukan di mana-mana negara Komanwel.

"Bila Speaker meminta kita kemukakan bukti amalan mana-mana negara komanwel yang melaksanakan laporan minoriti dalam Parlimen mereka.


SILA TEKA APA DIA 500 RIBU INI?




NOTA:
sila teka apa dia 500 ribu ini?
tunggu dan nanti!


Tiada ulasan: