Khamis, 19 April 2012

SOKONG PAKATAN RAKYAT

SOKONG PAKATAN RAKYAT


MEMAHAMI BAHASA ISYARAT

Posted: 18 Apr 2012 05:04 PM PDT

Orang politik kena cerdik, kena peka, dan dan kena respon  kepada persekitaran.  Jangan buat "degil' sahaja kepada perubahan persekitaran. 

Mengikut prosidur, Pas Kawasan  akan mengangkat nama bakal calon ke Pas Negeri dan Pas Pusat. Jika di peringkat kawasan pun sudah ada lebih lima nama yang dicadangkan sebagai calon  bersama dengan nama calon lama, ianya membayangkan calon lama sudah tidak menjadi pilihan utama lagi  oleh majoriti ahli parti. Kena faham bahasa isyarat ini.

Jika jentera pilihan raya pun masih tidak ghairah bergerak sehingga  kini yang telah berada   diperingkat akhir pembubaran parlimen,  lantaran protes dengan pencalonan calon lama  sebagai calon pilihan raya, maka empunya tuboh wajar menarik diri dicalonkan sebagai calon. Kena faham bahasa isyarat.

Apabila akar umbi telah menunjuk bahasa protes  terhadap calon lama, tentunya  akar umbi sedar kepentingan calon alternatif yang lain pula. Malah jika ahli  akar  umbi sampai ke tahap tidak mahu memberi kerjasama kepada jentera pilihan raya, sang bakal calon kena "menarik diri" segera sebagai calon. Janganlah sampai menunggu keputusan Pas Pusat kerana keputusan Pas Pusat hanya akan dibuat menjelang hari penamaan calon dan ini dikira sudah terlalu lewat.

Anggota parti masih "beradab", tidak menyebut kekurangan dan kelemahan seseorang.   Mereka hanya mencadangkan nama lain sebagai alternatif. Itulah bahasa isyarat orang tak  mahu kita dah sebagai calon....Jika mereka menyebut satu persatu kelemahan dan kekurangan kita, payah kita dibuatnya. Ha ha.

Posisi kita sebagai pemimpin parti di kawasan tidak sama dengan posisi kita sebagai calon  pilihan raya. Pemimpin parti dipilih  oleh anggota parti sahaja. Tetapi calon pilihan raya dipilih orang ramai (pengundi).  Apabila pengundi memilih calon,  maka mereka menggunakan pelbagai ukuran  sebagai asas pemilihan.  Latarbelakang akademik, pengalaman kerjaya, karektor personaliti, hubungan dengan masyarakat dan lain-lain akan diambil kira.  Setakat menjadi pemimpin parti belum dianggap sebagai  pilihan  utama  para pengundi. Kini, para pengundi peka dengan taraf pendidikan orang yang mereka pilih sebagai calon. Walau pun taraf pendidikan  bukan menjamin  prestasi seseorang  ADUN atau MP, tetapi itulah asas pertama yang dinilai oleh para pengundi.  Namun tetap  ada pengundi  "fanatik" yang akan mengundi calon parti mereka  sendiri  walau siapa pun calon partinya.....

Tak payahlah saya mengatakan menjadi calon pilihan raya bukanlah sebagai matlamat kita berada di dalam parti  tetapi itulah kadang-kadangnya yang berlaku - seolah-olah menjadi calon sebagai hidup atau mati  kita dalam parti, sehingga kita gagal memahami bahasa isyarat  di sekeliling kita. Rupa-rupanya  payah nak jadi Hanipa Maidin, tak hairan nak jadi calon pun. Fasal itu dia "lanyak" semua orang. Penyakit "tak mahu berundur" walaupun sudah tidak popular memang penyakit orang politik. Kekadang penyakit akan diubat dengan memotong mana-mana satu organ dari tubuh kita. Janganlah sampai ke tahap itu. Woooo.

Fahamilah bahasa isyarat!!!!!


Tiada ulasan: