Isnin, 30 April 2012

shalehudin

shalehudin


Kantoi mantoi, SB yang TIBAI Polis trafik...

Posted: 30 Apr 2012 11:00 AM PDT

TERDEDAH !!! Bukti bergambar SB Polis belasah polis trafik , bolehkah polis nak nafi lagi?

Satu ketika dia peserta demo belasah polis trafik, ketika lain dia anggota polis menangkap peserta BERSIH

Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana. Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis!



Ulasan GB

Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan.Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. Petikan doa yang selalu GB siarkan:

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Tulis Datuk Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak (Sang Kelembai) dalam facebooknya:

Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini..

Kini, orang UMNO sendiri mendedahkan pihak polis menyamar sebagai anggota BERSIH.

POLIS MERUSUH- provokasi polis kantoi,,, beliau memakai getah kuning, penanda bagi setiap Polis berpakaian preman (SB)

Selain itu Datuk Zaharin juga meminta Menteri KDN dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab dan meletakkan jawatan disebabkan anggota polis yang cedera. Siap panggil mereka "monyet" lagi!

Apa lagi pencacai UMNO yang lain mahu cakap? Lu mau hantam dalam komen blog GB apa bikin? Pergilah hantam Datuk Zaharin di Wall FBnya... bingai...

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Mesti Najib dah tengok dulu video nih... hehe...

Posted: 30 Apr 2012 10:00 AM PDT

Mesti Najib dah tengok dulu video nih kan....
Mesti dah approve by Rosmah dan boleh ditayangkan pada umum kan...
Mesti dah guranteed by Hishamuddin video ni boleh bagi killer punch to Pakatan kan...
Mesti dah fully edited by your IT group before ready to publish kankankan...




*******************************



Tayang Rakaman Video Demonstrasi Bersih 3.0 - PM

KUALA LUMPUR: Rakaman video demonstrasi Bersih 3.0 akan disiarkan untuk tontonan umum bagi memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian terhadap insiden yang berlaku di ibu negara Sabtu lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata langkah berkenaan bagi mengelak insiden itu dieksploitasi oleh pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pendapat awam terutama berhubung kekecohan yang berlaku di perhimpunan tersebut.

"Rakyat menuntut kepada ketelusan, jadi kita akan tunjukkan rakaman bagi membolehkan mereka membuat penilaian terhadap apa yang berlaku pada hari tersebut.

"Penting bagi polis untuk paparkan apa sebenarnya berlaku. Polis tidak akan tutup ada apa-apa termasuk jika ada salah laku yang dilakukan oleh anggota polis sendiri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, Ahad malam.

Dalam pada itu Najib yang juga Presiden Umno turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan liar sebahagian peserta demonstrasi Bersih 3.0 termasuk serangan ke atas anggota polis.

"Mungkin bukan semua tapi kesudahannya adalah satu keadaan yang sedikit sebanyak mencalar imej negara...polis menjadi mangsa, telah dipukul dan sebagainya," katanya.

Malah Najib turut memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung sebarang tindakan keterlaluan terhadap orang awam termasuk pengamal media yang turut tercedera.

"Saya prihatin untung nasib wartawan yang jalankan tugas. Kena siasat, tak boleh semberono... mesti siasatan adil dan objektif.

"Peguam Negara kena buat keputusan berdasarkan fakta dan bukan emosi dari cerita tersebar sebab ia tak betul sama sekali," katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada demonstrasi itu akan menimbulkan keraguan untuk membubarkan Parlimen seterusnya melewatkan Pilihan Raya Umum ke-13, Najib berkata "Saya tak ragu-ragu. Saya tak tahu, kita tengoklah."- mStar

Lawak BERSIH yang paling tak boleh blah... kahkahkah...

Posted: 30 Apr 2012 08:20 AM PDT

Demo Bersih gagal, tak sampai 4,000 yang berdemo... kahkahkah...

Wartawan utusan malaysia yang mengekori tunjuk perasan bersih 3.0
mendapati bahawa demo ini telah gagal
hanya 3547 orang peserta telah turun berdemo
heboh heboh tentang ibu segala demo ini telah meleset
kebanyakan yang datang berdemo diupah
dan diberi nasi bungkus
mereka yang datang berdemo

mengikut laporan polis dan dbkl

ialah 2000 orang lelaki china
1000 lelaki india
500 lelaki melayu
40 orang wanita melayu yang telah disewa
7 orang lagi ttidak diketahui jantan atau betina

-Tukar Tiub

TERHOT: Orang Umno jugak yang pecah lobang... kahkahkah...

Posted: 30 Apr 2012 06:16 AM PDT

Nak tahu siapa rempuh pagar dan sekatan Polis? Baca apa SU UMNO tulis diwall FBnya ini...

Gambar yang disiarkan oleh Jeebond dari Blogpolitik mempersoalkan sipakah lelaki-lelaki yang tidak memakai 'T' Shirt BERSIH tetapi mengenakan jacket yang membuka halangan yang telah didirikan oleh pihak DBKL di sekitar Dataran Merdeka.

Tindakan mereka yang mengalihkan atau membuka halangan tersebut telah menyebabkan para Peserta BERSIH 3.0 memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Akibatnya tindakan dari Pihak Polis bermula maka berbagai berita yang buruk tentang Himpunan BERSIH 3.0 disiarkan oleh Media yang dikawal pihak UMNO/BN.


Antaranya adalah berita seperti di bawah..

KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.

Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas.

Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.

Tindakan ganas kumpulan itu bermula apabila mereka merempuh benteng pasukan polis yang berbaris di depan pusat beli-belah KLCC kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga mengakibatkan beberapa anggota polis mengalami kecederaan – Lidah Rasmi UMNO

Dalam ramai dari kita yang tertanya-tanya.. tiba-tiba muncul Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak yang juga dikenali sebagai Sang Kelembai membuka cerita..

Bacalah apa yang di tulisnya dalam wall FB miliknya ini…

Dalam mengatakan orang lain bodoh.. dia sendiri mempamirkan kebodohannya kerana terlalu bangga untuk menceritakan rahsia yang sepatutnya dirahsiakan beliau mendedahkannya kepada umum..

Patutlah Mahathir kata hanya orang bodoh kini bersama UMNO... benar rupanya..

Ini pula satu dari contoh yang dinyatakan oleh SU UMNO kat atas tu..

Gambar ni aku dapat dari Edyes

ASD


WAJIB TENGOK: Penjilat Umno punya kerja...

Posted: 30 Apr 2012 03:08 AM PDT

LIHAT BAGAIMANA PENIPUAN BERITA DI JALANKAN

NOTA:
kalau berita demo pun tipu
ingat pilihanraya nanti tak tipu

bersih empat nanti ialah demo rakyat
sesudah ditipu di pru13

ini amaran
jangan tipu
di pru13

amy bangla
mat indon
mat myamar
jangan mengundi
mereka bukan rakyat malaysia

ini amaran
jangan tipu
di pru13


Brader Tukar Tiub

Tebai betoi kulit muka mangkok-mangkok nie... kahkahkah...

Posted: 29 Apr 2012 11:25 PM PDT

SATU AMARAN KEPADA PENGERUSI SPR DAN TIMBALAN SPR - BERAMBUS!

KOMENTAR TUKAR TIUB

pengerusi spr dan timbalannya
tidak ada pilihan
meliankan berundur
melainkan letak jawatan

mereka tidak dipercayai oleh orang ramai
mereka tidak di yakin sebagai ketua spr
mereka tidak boleh dipercayai akan berlaku adil

salah satu daru tuntutan bersih ialah
semua pegawai tinggi spr letak jatawan
terutama pengerusi dan timbalannya

mereka berdua ini tekah dibuktikan sebagai
ahli united Malays National Organisation

mereka bukan pengadil yang adil

baru sekarang kita sedar
mengapa pelbagai undang undang di wujudkan
undang undang baru bertujuan untuk memastikan
united malays national organisation menang

baru sekarang kita sedar
kenapa spr tidak mahu lupuskan pengundi hantu

baru sekarang kita sedar
kenapa spr tidak mahu gunkan dakwat kekal

baru sekarang kita sedar
kenapa spr tak beri pekerja parti pereksa kad pengenalan

baru sekarang kita sedar
kenapa spr tak mahu panjangkan masa berkempen

rupa-rupanya pengerusi spr
dan timbalan pengerusi spr
ialah ahli united malays national organisation

NOTA:
untuk piliharaya yang adil
dua malaoan ini wajib beramboos
ini satu amaran!

MASANYA TELAH SAMPAI-BERAMBUSLAH

PAS BERI 30 HARI PENGERUSI SPR , TIMBALAN LETAK JAWATAN- minsider

KUALA LUMPUR, 30 April — PAS memberi masa 30 hari untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan selepas terdedah keahlian mereka dengan Umno.

"Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan. Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan 'pengadil' dalam sesebuah pilihan raya," tegas Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi semalam.

Harakahdaily melapurakn beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.

Katanya, sebagai seorang 'pengadil', adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana 'pemain'."Sama macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City, mana boleh pengadil dari Manchester United. Mana boleh Selangor lawan Kelantan, pengadilnya Selangor. Teruklah Kelantan," kata beliau.

INI INDUSTRI - DEMO TOURISM

nota:
satu industri baru
dipanggil industri
pelancungan demo

amat lumayan
sewa bas
sewa hotel
beli tiket keretapi
ujung minggu di kuala lumpur
meriah dan gah!

Letih sangat ka bang... hehe...

Posted: 29 Apr 2012 10:49 PM PDT

Ramai yang letih, kalau hampa letih... peserta demo juga letih. Besa la nama pun manusia... kankankan...

Tapi letih juga ada balasannya...
Peserta demo letih kerana membela kebenaran, tapi kamu letih kerana membela kebatilan.
Keletihan kamu dibayar oleh manusia, keletihan peserta Bersih dibayar oleh ALLAH s.w.t...
Keletihan kamu dibalas dengan wang ringgit, keletihan pejuang kebenaran dibalasi pahala.

Moga ALLAH s.w.t memberi petunjuk dan hidayah pada kita semua, sewaktu di dunia untuk sama-sama menjadi pengajaran... insyaallah....

AJAIB: Lawyer glemer jadi orang gaji... kahkahkah...

Posted: 29 Apr 2012 09:05 PM PDT

Scorpenes dan wakil peguam hebat: Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Najib dan Rosmah?

Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghantar wakil tertinggi peguam Umno ke Eropah untuk beberapa aktiviti berani yang terlampau dan secara senyap?

Setakat ini, dua versi telah melanda portal berita. Pertama, Shafee Abdullah berada di Australia menghadiri persidangan undang-undang antarabangsa seperti mana-mana peguam yang rajin dan baik akan lakukan. Kedua, dia kini berada di Eropah, besar kemungkinan Paris, di mana beliau telah ditugaskan untuk menjaga kepentingan PM Malaysia dan isterinya Rosmah Mansor berkaitan dengan skandal rasuah RM7.3bilion Scorpene.

Yang mana satu pun, Shafee hanyalah semata-mata bantuan yang disewa – orang gaji. Yang menariknya ialah, apakah perkara busuk yang Najib dan Rosmah ada dalam almari mereka yang tidak boleh disiarkan kepada umum?


Kenapa bukan Anifah atau Muhyiddin ...


Seperti kata pepatah, tiada asap tanpa api. Tiada tindak balas tanpa tindakan. Oleh yang demikian, disekeliling anda banyak tindak balas. Mengapa Najib perlu menghantar seseorang bagi tugasan yang agak pelik ini? Ia benar-benar seperti misi "James Bond" tetapi tanpa aksi, pistol dan gadis cantik dalam bikini dan garis leher yang panjang. Atau sebaliknya, bukan sejak pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Penterjemah Mongolia berusia 28 tahun itu mempunyai kecantikan yang menakjubkan, itu pasti, dan dia entah bagaimana terlibat dengan kes Scorpene seperti yang bakal didedahkan oleh ayahnya Shaariibuu Setev kepada mahkamah Perancis tidak lama lagi.

Pada zaman dahulu, tugasan seperti ini akan dilihat seperti Genghis Khan menghantar jeneral yang dipercayai untuk menyerang negara seterusnya yang beliau merancang untuk menakluk. Atau Henry VIII menghantar orang kepercayaannya untuk memeriksa prospek kejayaan mendapat isteri baru. Tetapi kerana nama Rosmah juga telah disebut oleh pemimpin PKR apabila mereka memberikan tugasan kepada Shafee, maka ia mestilah sesuatu di antara itu.

Kerana Malaysia tidak layak untuk menakluk mana-mana negara, tugasan yang dikatakan itu mesti berkaitan dengan sesuatu perkara yang sangat peribadi. Kebetulan, rakyat Malaysia, baru-baru ini ditipu untuk membayar bagi tetamu Najib semasa majlis pertunangan anak perempuannya, harus lebih berhati-hati dengan serangan yang besar kepada tabung simpanan mereka.

Jika ia adalah misi diplomasi, tentu Najib akan berpaling kepada Anifah Aman, Menteri Luar. Jika ia berkenaan politik, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri harus pergi.

Oleh kerana tiada berita berita ancaman terhadap Najib, anak-anaknya ataupun isterinya yang tidak popular, 'tugasan' tersebut tidak akan melibatkan hal peribadi mereka, keluarga atau keselamatan negara.Terdapat juga orang yang tertanya-tanya jika ia adalah'masalah kesihatan', tetapi melihat bagaimana montel dan baiknya kesihatan Najib dan Rosmah, itu tidak mungkin.

Jelas sekali hal peribadi yang sangat sensitif...


Mungkin petunjuk itu terletak pada hakikat bahawa Shafee adalah seorang peguam. Ya, seperti yang disaksikan oleh kebanyakan rakyat Malaysia, rahsia sudah dibongkar. Perbicaraan Scorpene Perancis akhirnya bermula. Najib, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Razak Baginda adalah saksi utama yang akan dipanggil untuk berdiri atas sama ada penjual senjata Perancis DCN telah dibayar "wang khusus" sogokan haram pegawai-pegawai Malaysia bagi perjanjian kerajaan Malaysia untuk membeli 2 kapal selam Scorpene berharga RM7.3bilion.

Jadi jelas sekali Najib dan Rosmah mahu peguam mereka untuk mewakili mereka -seseorang yang diamanahkanuntuk menjawab semua soalan berkaitan bagi pihak mereka dan juga untuk membuat penafian yang perlu. Kerana ini melibatkan seorang ketua kerajaan, serangan ke atas Najib akan dilakukan dalam mahkamah tertutup dan sudah tentu, tiada apa yang akan dibuat awam. Seorang peguam berpengalaman seperti Shafee akan menetapkan ini sebagai satu syarat terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk mengambil bahagian.

Tetapi mengapa Najib bersetuju dengan permintaan itu daripada mahkamah Perancis? Lihatlah cara yang angkuh di mana beliau dan Rosmah menunjukkan penghinaan terhadap proses di Malaysia apabila mereka menolak permintaan untuk mengambil pendirian saksi dalam perbicaraan Anwar Ibrahim.

Tiada daya tarikan di Perancis


Ah!Itulah secara ringkasnya, intipati bagaimana elit Umno melihat kehidupan. Mereka mempunyai dua perspektif. Di Malaysia, segala-galanya di bawah kawalan mereka, dari pihak polis, ke mahkamah dan media. Perasan tak, tiada bunyi dari Utusan, The Star atau media arus perdana yang lain tentang Shafee mengelilingi dunia mahupun mahkamah Perancis bersetuju dengan NGO Malaysia SUARAM bahawa ada alasan untuk menyiasat tuduhan rasuah dan sogokan.

Tetapi di Perancis, jika Najib mengabaikan panggilan untuk menjawab soalan berhubung dengan jualan DCN di mana beliau sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 2002 telah mempersetujui, ia dengan segera akan menimbulkan tanda tanya. Syarikat diplomatik sudahpun berbisik tentang ketamakan dan kebodohan beliau. Ia pasti tidak lakukan untuk secara rasmi direkodkan bahawa Najib - PM Malaysia -gagal untuk bertindak balas kepada permintaan normal bahawa mana-mana orang yang BERTANGGUNGJAWAB, apa lagi seorang pemimpin, sanggup perlu bersetuju dengannya.

Tambahan lagi, apakah tujuan perbicaraan Perancis selain untuk mencari kebenaran atas nama ketelusan dan keadilan bagi masyarakat - dalam kes ini rakyat Malaysia - yang mungkin telah ditipu wang hasil titik peluh mereka dengan sebuah komplot yang tidak bertanggungjawab oleh pencuri besar-besaran.

Sudah tentu, mahkamah boleh menjadikan Najib 'tidak bersalah'. Tetapi memandangkan beliau adalah orang utama disebalik pembelian tersebut, peluang adalah tipis. Adakah askar atau jeneral beliau akan mendapat rasuah RM570juta untuk membeli kapal selam? Adakah seorang askar akan mempunyai keupayaan untuk meluluskan pembelian tersebut pun?Jawapannya jelas.

Siapakah Najib bagi Sarkozy atau seluruh dunia?


Tetapi mengapa Najib tidak mendapatkan bantuan kerajaan Perancis. Presiden Nicholas Sarkozy sendiri telah dikaitkan dalam tawaran senjata DCN yang lain. Tambahan lagi, Najib adalah raja perniagaan "saya garu belakang anda, anda garu belakang saya". Pengundi di pilihanraya kecil di Malaysia pun, Najib tanpa segan silu boleh mengatakan perkara-yang sama, jadi mengapa tidak meminta tolong Sarkozy nun Perancis yang sudah pasti memahami tekanan rakan sejawatnya dari Malaysia disebabkan pengalaman beliau sendiri baru-baru ini.

Terdapat beberapa jawapan kepada soalan ini. Pertama, Sarkozy tidak mahu dicemari lagi dengan kotoran DCN. Konglomerat Perancis telah terlibat dalam tawaran gelap yang terlalu banyak. Kematian misteri telah berlaku kerana saiz daripada rasuah yang ditawarkan adalah begitu besar, orang-orang yang menerima kemurahan hati itu akan melakukan 'apa saja' untuk bergantung ke atas kekayaan mereka yang baru tetapi kotor.

Sarkozy telah pun ditampar di pergelangan tangan dan jika dia mahu terus menjadi presiden Perancis, yang sudah tentu dia mahu, mengapa dia harus melibatkan diri? Lebih-lebih lagi siapa itu Najib? Sarkozy tidak akan membuang masa dan reputasi kepada orang yang dia tidak berapa kenal dan yang sama sekali tidak mempunyai reputasi di arena antarabangsa.

Mengapa terlalu berahsia jika tidak bersalah?


Tidak kira berapa banyak wang rakyat Malaysia Najib belanjakan atas perunding awam antarabangsa, dia tidak mungkin setaraf lawannya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikenali jauh dan luas dan dihormati sebagai reformis. Malah Nelson Mandela mengirim salam dan jemputan peribadi kepada Anwar dan keluarganya apabila pemimpin Malaysia tersebut dibebaskan dari pemenjaraan pada tahun 2004 yang dikenakan oleh bekas bosnya Mahathir Mohamad.

Masalahnya, jika Najib benar-benar tidak bersalah dan mahkamahPerancis tidak mempunyai sebarang bukti kerana orang bawahannya yang terdesak sebarkan ke koridor Putrajaya - mengapa tidak Najib umumkan kepada dunia bahawa dia sedang menghanta rseorang peguam untuk menjelaskan perkara itu? Mengapa tidak Perdana Menteri Malaysia membuat pengisytiharan awam bahawa beliau tidak bersalah dan perkara sebenar akan dibuat jelas dalam perbicaraan Perancis itu?

Itulah protokol yang betul dan dia akan dihormati kerana mempunyai integriti moral untuk berdiri di atas kebenaran. Sebaliknya, Najib Razak berahsia menghantar peguam "James Bond" pada misi misteri. Jika Najib tidak bersalah, dia tidak perlu takut kerana dia tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan.

Jadi, sedih untuk dikatakan, ini adalah satu lagi keterangan terhadap perdana menteri Malaysia dan isterinya. Tingkah laku dan ketakutan jelas mereka sendiri sudah menunjuk kepada mereka.

Duit, duit, duit


Akhir sekali, mengapa ianya dinyatakan dalam laporan berita bahawa peguam Umno akan pergi ke beberapa bandar termasuk New York, London, Dubai, Paris dan Basel? Sekarang, ini adalah MENARIK. Anda lihat, New York, London dan Dubai adalah pusat kewangan dunia dan Basel terletak di mana sempadan Switzerland, Perancis dan Jerman bertemu.

Mungkinkah Najib terlibat dalam beberapa transaksi kewangan atau selain itu? Basel adalah 1 bandar yang agak strategik untuk peguam berada dalamnya. Sebagai contoh, peguam Najib sendiri boleh menghadiri mahkamah di Paris dan kemudian pergi kepada yang bank Switzerland untuk menyemak akaun anak guamnya - mungkin untuk mendapatkan beberapa wang tunai untuk membiayai perbelanjaannya.

Sesetengah ahli-ahli pembangkang telahpun mengesyaki Najib kerana cuba untuk menggunakan wang tunai untuk mendapatkan beberapa manfaat daripada pihak berkuasa Perancis, terutamanya pegawai DCN supaya tidak mengaitkan beliau dan rakan-rakannya seperti Razak Baginda.

Namun orang lain pula berfikir Najib cuba untuk berbaik dengan bapa Altantuya supaya bekas profesor university itu tidak mendedahkan perbuatan buruknya. Ingat, bapa Altantuya telah melihat gambar anak perempuannya dengan Najib dan Baginda. Beliau berkata bahawa dia telah datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan Najib sahaja. Dukacita dikatakan, dia telah dibunuh kerana dia didakwa terlalu untuk mendapatkan bahagiannya daripada rampasan Scorpene.

Ditahan!


Malah, terdapat beberapa tekaan liar bahawa Najib sedang menimbangkan untuk pergi ke luar negara bagi mengasingkan diri. Tetapi ini tidak masuk akal kerana pada masa ini, beliau bebas untuk pergi ke mana-mana di dunia. Hanya letakkan jawatan dan pergi. Tiada siapa yang akan menghalangnya dan dia boleh pergi ke mana saja dia suka.

Apapun hasil percubaan Perancis terhadapnya, Najib dan keluarga dialu-alukan di Kazakhstan, yang diperintah oleh diktator yang bahkan lebih banyak skandal tercemar dan di mana keluarga Najib mempunyai saudara mara melalui perkahwinan.

Tetapi peluang yang besar ialah jika Najib pergi ke Perancis dan Mongolia, beliau mungkin akan ditangkap.

Malaysia Chronicle

GEMPAQ: Terkantoi-kantoi... kahkahkah...

Posted: 29 Apr 2012 05:00 PM PDT

PKR dedah nombor keahlian UMNO Pengerusi dan Timbalan SPR

Parti Keadilan Rakyat memandang serius perkara keterlibatan Pengerusi SPR Abd Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar yang sah menjadi ahli UMNO sementara masih memegang jawatan di dalam SPR.

Parti Keadilan Rakyat berpegang kepada prinsip bahawa kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan seseorang sebagai anggota di dalam SPR. Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan "non-partisan". Ternyata Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli UMNO sepertimana maklumat berikut:


Nama ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF
No KP 50012410xxxx
No KP Lama 2698xxx
No Keahlian UMNO 113804
Kod Cawangan 09920036=SRI AMPANG BARU
Kod DUN 09920=LEMBAH JAYA
Kod Bahagian 099 = AMPANG
Negeri SELANGOR

Nama WAN AHMAD BIN WAN OMAR
No KP 49010103xxxx
No KP Lama 2756xxx
No Keahlian UMNO 2374564
Kod Cawangan 02213049=KUBANG BUNGGOR
Kod DUN 02213= CHETOK
Kod Bahagian 022 = PASIR MAS
Negeri KELANTAN

Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang ialah segera meletak jawatan.

*Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.

Hensem jugak MB Pahang nie yerk... hehe...

Posted: 29 Apr 2012 03:00 PM PDT

Serious, memang hensem gila mamat nih... hehe...

Anyway, buat bang mamat yang hensem... yang gatai sangat nakkan Lynas kat negeri Pahang tue, gua tujukan satu lagu yang direka cipta khusus untuk mamat Pahang nih....

Kahkahkah.... good day to die.... kahkahkah....

TU DIAA... Bas hantam benteng lebuhraya kat Jepun

Posted: 29 Apr 2012 01:00 PM PDT

 
Para penyelamat sedang menjalankan operasi berhampiran bas yang musnah teruk di lebuh raya di Fujioka, wilayah Gunma, utara Tokyo pada Ahad. Polis berkata, bas yang membawa berpuluh-puluh pelawat yang sedang bercuti itu merempuh benteng lebuhraya sewaktu dalam perjalanan menuju ke Tokyo Disneyland, mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh penumpang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain. Foto AP

Tiada ulasan: