Jumaat, 27 April 2012

shalehudin

shalehudin


Mampuih la UMNO kali nih... kahkahkah...

Posted: 27 Apr 2012 11:00 AM PDT

Kita berjuang untuk hapuskan UMNO yang telah bangkrap idea dalam membangunkan rakyat dan negara...

Hodoh sungguh la perangai dia nie...

Posted: 27 Apr 2012 09:00 AM PDT

Hisham: Apa pun berlaku esok, tugas saya selesai

Menyifatkan perhimpunan BERSIH 3.0 esok sebagai hari negara akan diuji, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan telah melakukan segala-galanya untuk menghadapi apa jua yang akan berlaku.

"Kita akan diuji esok dan semua orang perlu bertanggungjawab. Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan secukupnya untuk menunjukkan beliau serius membawa pembaharuan?

"Esok adalah hari yang besar, tetapi hati nurani saya jelas. Saya telah lakukan semua yang saya boleh sebagai Menteri Dalam Negeri dan Najib telah melakukan semua yang beliau boleh untuk membawa pembaharuan," kata Hishammuddin dalam satu taklimat media khas di ibupejabat polis Bukit Aman petang ini.

Bercakap kepada kira-kira 30 editor akhbar, beliau berkata, apa-apa jua boleh berlaku esok dan NGO-NGO tulen yang mahu mendapat manfaat daripada pembaharuan yang dibawa oleh perdana menteri, akan rugi terutamanya jika ahli politik merampas perhimpunan BERSIH 3.0.

Tindakan polis esok, tambahnya, akan bergantung kepada apa yang penganjur BERSIH 3.0 putuskan pada hari protes dan bergantung kepada keadaan.

Hishammuddin berkata, beliau agak kecewa kerana menurutnya BERSIH nampaknya menolak setiap peluang yang telah diberikan kepada mereka.

Beliau merujuk lokasi alternatif yang ditawarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada BERSIH untuk mengadakan perhimpunannya esok.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan BERSIH 3.0 diadakan di Dataran Merdeka tetapi pihak penganjur perhimpunan itu bertegas untuk mengadakan perhimpunan duduk bantah di situ.

Bagaimanapun, berikutan perintah mahkamah yang diperolehi oleh pihak polis awal hari ini melarang semua pihak berkumpul di dataran bersejarah itu, maka penganjur BERSIH 3.0 berkata mereka akan mematuhinya tetapi akan cuba berada seberapa hampir yang mungkin ke Dataran Merdeka.- Malaysiakini

Patut la UMNO meluat sangat kat Nik Aziz... kahkahkah...

Posted: 27 Apr 2012 08:40 AM PDT

BR1M diguna beli lembu kenduri masuk PAS

KOTA BHARU: Belum pun Umno sempat menuai hasil daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ada penerima bantuan sudah membelanjakan wang yang diperolehi bagi menganjurkan kenduri kesyukuran menyertai PAS.

Baru-baru ini beberapa penduduk yang menerima BR1M berpakat menggunakan wang yang diperolehi untuk membeli lembu bagi majlis kesyukuran di Rantau Panjang.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, keadaan sebaliknya berlaku apabila habuan BR1M sebanyak RM500 yang diharap BN dapat memancing undi dijadikan modal untuk program PAS.

"Pada mulanya BR1M bertujuan memancing undi dengan harapan rakyat terus menyokong BN, namun lain pula jadinya di Bukit Tuku.

"Tak sangka pula ada penerima berpakat sesama mereka membeli lembu sempena majlis kesyukuran menyertai PAS," ujarnya pada perasmian penutup Ijtima' Almala' di Kota Darulnaim baru-baru ini.

Hampir 800 peserta menghadiri program berkenaan. Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed dan Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Kelantan, Ustaz Saibon Ismail.- Harakahdaily

GEMPAQ LAGI: Mampuih la UMNO kali nie... kahkahkah...

Posted: 27 Apr 2012 04:55 AM PDT

Tabur janji, dua kali pecah tanah mana hospital

BERA, 26 April: PAS Kawasan Bera mendesak kerajaan menyegerakan pembinaan hospital daerah ini berikutan keperluannya amat mendesak bagi kegunaan penduduk apa lagi peruntukannya sudah diluluskan kerajaan.

Selain daripada itu, sudah dua kali majlis pecah tanah pembinaan hospital berkenaan diadakan serta janji demi janji yang diuar-uarkan oleh Ahli Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Desakan tersebut terkandung dalam usul yang diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan di Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Bera kali ke-9 di Darul Ikhwan, Mengkarak baru-baru ini. Mesyuarat agung berkenaan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman. (Gambar)

Ketua Penerangan PAS Bera Yusof Che Din yang membawa usul berkenaan, berhujah Ismail Sabri sendiri yang mengumumkan Kerajaan Pusat sudah meluluskan peruntukan RM60 juta bagi pembinaan hospital berkenaan.

"Satu tapak di Bandar 34 dekat rancangan Felda Gugusan Triang telah diwartakan untuk pembinaan projek hospital berkenaan yang akan memberikan perkhidmatan kepada lebih 100,000 penduduk di daerah ini sedangkan pusat kesihatan yang ada tidak dapat menampung keperluan kerana bilangan penduduk yang semakin bertambah.

"Pada masa ini, sesetengah penduduk terpaksa mendapatkan perkhidmatan dan rawatan di Hospital Temerloh yang jaraknya lebih 70 kilometer dan Hospital Bahau, Negeri Sembilan yang jaraknya lebih 100 kilometer dari Bera.

"Jika berlaku sebarang kecemasan sudah tentu amat merumitkan kerana kedudukan kedua-dua hospital agak jauh, sedangkan dengan adanya sebuah hospital baru dan moden ia dapat memberikan perkhidmatan dan rawatan kepada penduduk sekali gus menjimatkan perbelanjaan untuk berulang," hujahnya.

Menurut Yusof, sudah dua kali dilakukan majlis pecah tanah di atas tapak tanah seluas 26 ekar yang dicadangkan melibatkan Sultan Pahang, Menteri Kesihatan, Menteri Besar Pahang serta Ahli Parlimen Bera sendiri iaitu pada 5 Januari 2008 dan 6 Februari 2009.

Tegas Yusof lagi, hospital yang dicadangkan itu merupakan salah satu projek pembinaan Hospital baru yang diluluskan oleh kerajaan semasa kajian semula Rancangan Malaysia Ke-9 dan sepatutnya siap tahun ini.

"Sesudah beberapa tahun, bukan saja Hospital Bera tidak wujud, malah tanda-tanda kerja-kerja awal projek pun belum bermula sehingga ke saat ini.

"Jadi janji Hospital Bera hampir pasti menjadi satu lagi daripada ribuan koleksi tunggakan janji pilihan raya Umno dan BN. Datuk Seri Ismail Sabri akan menganjurkan satu lagi upacara pecah tanah menjelang PRU13?" soalnya sambil diiringi tepukan gemuruh.

Usul tersebut kemudiannya diterima sebulat suara.- Harakahdaily

BERBULU nya aku... kahkahkah...

Posted: 27 Apr 2012 01:00 AM PDT

AMK selar Datuk Bandar KL 'pilih bulu'

KUALA LUMPUR: Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail diingatkan tidak bersikap angkuh dengan kenyataan yang hanya menunjukkan kegusaran mereka berhadapan ketidakpuasan hati rakyat.

Kenyataan Ahmad Fuad itu juga dilihat bersifat 'mala-fide', dalam keadaan beliau bersikap selektif dalam menentukan jenis program yang boleh dianjurkan di Dataran Merdeka.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Md. Akin (gambar), berkata Ahmad Fuad sebelum ini memberi alasan bahawa perhimpunan ini bukan bersifat nasional dan berteraskan politik.

"Sedangkan, Datuk Bandar 'terlupa' apabila pada 27 Jun 2009, Dataran Merdeka juga menjadi medan pelancaran logo 1Malaysia yang jelas merupakan kempen politik berterusan BN sehingga kini," tegas beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Selain menyelar kenyataan tersebut, Shamsul mendakwa ini jelas merupakan sekatan-sekatan politik yang dilakukan oleh BN, di mana kemungkinan 'suspek terbesar' ialah Menteri Wilayah Persekutuan dengan "memperkudakan" institusi Datuk Bandar Kuala Lumpur dan DBKL untuk menghalang dan mencetuskan provokasi awal ke atas Bersih 3.0.

Adalah amat malang, tambah Shamsul apabila agenda membersihkan sistem pilihan raya nasional daripada elemen penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan juga penggunaan pengundi-pengundi yang diragui statusnya dihalang kelancarannya.

Tindakan menghalang Bersih 3.0 itu, kata Shamsul hanya membuktikan bagaimana pihak ini sanggup menggunakan segenap kuasa yang mereka ada, termasuk menghalalkan penyelewengan pilihanraya demi memastikan BN terus berkuasa.

Sehubungan itu, AMK mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersikap jumud dengan menyalahgunakan agensi kerajaan seperti DBKL, sekiranya benar komited dengan agenda wassatiyyah.- Harakahdaily

Naib Pengerusi DAP wajib baca artikel nih...

Posted: 26 Apr 2012 11:00 PM PDT

Mengapa perlu demonstrasi di Dataran Merdeka

Oleh Amin Iskandar
BERSIH 2.0 mensasarkan 500,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Duduk dan bantah atau "sit in protest" yang dianjurkan oleh gabungan 84 NGO tersebut menuntut agar kerajaan Malaysia menerima lapan tuntutan yang dikemukakan oleh mereka.

Setakat ini hanya satu sahaja tuntutan BERSIH yang diterima iaitu penggunaan dakwat kekal. Itu pun banyak helahnya.

Masih ramai yang tidak percaya dakwat kekal akan digunakan berikutan penipuan kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum ke 12 apabila penggunaan dakwat kekal dibatalkan empat hari sebelum mengundi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kali ini digunakan untuk menghalang perhimpunan rakyat pada 28 April ini. Penganjur didesak untuk memindahkan lokasi perhimpunan ke dalam stadium.

Dalam ucapan pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said di Selayang baru-baru ini, dengan tegas menyatakan bahawa organisasi tersebut akan tetap duduk dan bantah di Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka simbol kemerdekaan negara. Perhimpunan menuntut pilihan raya BERSIH, bebas dan adil di Dataran Merdeka umpama menuntut kembali kemerdekaan, kali ini bukan dari penjajah tetapi dari sebuah kerajaan yang berusia lebih 54 tahun.

Dunia tahu Dataran 'dikuningkan'

Setiap kali menjelang demonstrasi rakyat, seringkali kerajaan meminta agar penganjur memindahkan program ke stadium.

Mengapa?

Kerana apabila perhimpunan berpindah ke stadium, ia tidak lagi menjadi demonstrasi, ia sudah menjadi seperti ceramah umum.

Kerajaan takut. Jika penganjur berjaya membawa 500,000 rakyat ke Dataran Merdeka, imej yang akan bermain dalam media asing akan kelihatan seperti apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir.

Jika itu berlaku, seluruh dunia akan tahu bahawa Dataran Merdeka 'dikuningkan' oleh kerana rakyat Malaysia mahukan reformasi sistem pilihan raya.

Pelabur asing akan mula berhati-hati. Ini kerana, sesebuah pilihan raya jika tidak dipercayai oleh majoriti besar rakyat, ertinya politik sesuatu negara tersebut tidak akan stabil.

Jika dibiarkan, sesebuah kerajaan yang dipilih tidak mempunyai legitimasi politik. Ini boleh mengundang kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan melalui pilihan jalan raya.

Amerika akan persoal

Duduk dan bantah ataupun "sit in protest" kaedah demonstrasi yang paling mudah akan tetapi memberikan impak yang besar.

Jika 500,000 rakyat duduk dan bantah di Dataran Merdeka, ia memberikan isyarat jelas kepada kerajaan agar tunaikan kesemua tuntutan BERSIH.

Kesanggupan 500,000 rakyat untuk bersama-sama ke Dataran Merdeka akan turut memberi tekanan kepada rakan-rakan Malaysia di peringkat antarabangsa.

ASEAN walaupun mempunyai dasar "tidak campurtangan" urusan dalaman negara anggota sudah pasti akan mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia masih mahu berdegil sedangkan Burma sudah mula membuka ruang demokrasi?

Amerika Syarikat yang menjadi "payung besar" kepada Malaysia sudah pasti akan mempersoalkan kepada Najib Razak mengapa tidak mahu pilihan raya bebas dan adil.

Pilihan raya bebas dan adil ini antara kempen "sheriff" dunia tersebut.

Dataran Merdeka simbol kebebasan

Dataran Merdeka simbol kepada kebebasan dan demokrasi. Ia milik kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia bukan milik DBKL. DBKL hanya bertugas untuk menguruskan tempat tersebut.


Apatah lagi pimpinan DBKL tidak dipilih oleh penduduk Kuala Lumpur. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak dipilih melalui proses demokrasi tetapi dilantik oleh kerajaan.

Sebab itu apabila beliau bersuara, rakyat tidak mahu dengar. Dataran Merdeka tetap menjadi destinasi utama perhimpunan tersebut. Melihat kepada pengalaman perhimpunan BERSIH 1 dan 2 lalu, jika Dataran Merdeka ditutup, Kuala Lumpur akan lumpuh.

Jika di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya masih mampu dikawal. Bayangkanlah jika 500,000 rakyat berselerak di merata Kuala Lumpur. Bukankah ia bakal menyebabkan perhimpunan di lebih banyak lokasi?

Jika Kuala Lumpur lumpuh tidak boleh bergerak, ia memberikan isyarat yang tidak baik kepada negara.

Serahkan kembali Dataran Merdeka kepada rakyat sebelum rakyat bangkit merampas.

TERHOT: Blogger, Facebooker bakal ditangkap

Posted: 26 Apr 2012 09:00 PM PDT

Ramai blogger dan Facebooker bakal ditangkap

Oleh: MSK

Aku bukan nak melawak atau saja-saja nak buat cerita sensasi. Aku pun mula-mula susah nak percaya, tapi bila seorang peguam yang menulis, dan selepas dibaca berulangkali..memang betul.

Evidence (Amendment) Bill 2012 adalah diantara beberapa Rang undang-undang yang diluluskan secara tergesa-gesa bersama-sama dengan Pindaan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Semua orang bertumpu kepada undang-undang pilihanraya, tapi tak ramai yang memerhatikan undang-undang Evidence Bill 2012.

Aku nak terjemah depenuhnya dalam BM pun susah sikit sebab aku bukan loyar. Jadi, mana-mana yang aku rasa susah nak terjemah, hangpa terjemah la sendiri.

Oleh kerana Bn kaki temberang, maka undang-undang pun dipinda dengan penuh temberang. Akta Perhimpunan Aman sepatutnya dipanggil Akta Perhimpunan Haram. Tapi oleh kerana nak sedap didengar dan boleh mengelirukan orang ramai, maka ianya dipanggil Akta Perhimpunan Aman.

Begitu juga dalam Evidence (Amendment) Bill 2012. Kalau sekali dengar, seolah-olah untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan internet, tapi bila dilihat secara lebih terperinci, ia juga boleh digunakan untuk memerangkap sesiapa saja.

Seksyen 114A diperkenalkan dalam Evidence Act 1950 untuk membuktikan mereka yang menyiarkan sesuatu dengan menggunakan nama samaran atau tanpa nama (anonymous).

Selalunya kita menggunakan nama samaran dalam internet ini. Tak kira sama ada blog atau facebook. Bukan setakat nama, malah gambar pun kita bubuh mana yang kita suka.

Dalam Seksyen 114A(1) yang baru diperkenalkan, ia menyebut, " Seseorang itu yang menggunakan nama, gambar atau anma samaran dalam mana-mana penerbitan menggambarkan dirinya sebagai pemilik, pentadbir, editor atau sub-editor atau terlibat dalam mana-mana penerbitan dianggap telah menerbitkan sesuatu kandungan itu kecuali ianya dapat dibuktikan sebaliknya." (Ayat asasl dalam Bahasa Inggeris dibawah).

(A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host , administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved".)

Dalam lain perkataan, kalau nama, gambar atau nama samaran kita digunakan dalam mana-mana penerbitan yang menggambarkan kita adalah orang yang dimaksudkan, maka kita dianggap telah menyiarkan kandungan tersebut. Sebagai contoh, kalau seseorang membuat sesuatu blog menggunakan nama kita, maka kita lah yang bertanggungjawab keculai kita boleh membuktikan sebaliknya. Kalau kita ada blog dan orang lain membuat komen, maka kita akan dianggap sebagai pemilik komen tersebut. Kalau ada orang lain komen dalam Facebook, maka kita juga kena bertanggungjawab terhadap komen tersebut.

Subseksyen (2) lagi teruk. Kalau sesuatu posting itu berasal dari akaun kita dengan mana-mana pembekal perkhidmatan macam Maxis, Celcom atau Digi, yang tu juga akan dianggap milik kita dan kita perlu dipertanggungjawabkan.

Contoh-contoh lain:

1. Kita pakai WiFi kat rumah sewa yang diduduki oleh ramai lagi kawan kita. Tapi kalau akaun WiFi tu milik kita. Maka kita akan dianggap pemilik sesuatu posting itu walaupun kawan kita yang tulis.

2. Kita pasang Wifi kat rumah, tapi ada jiran sebelah yang "curi" line kita…maka kita juga perlu bertanggungjawab terhadap apa yang jiran kita tulis, walaupun kita tak tau sebab IP kita punya.

3. Kalau la ada kawan kita datang kerumah dan tumpang broadband kita..yang tu juga kita kena bertanggungjawab.

Memang la..pindaan ini memudahkan kerja penguatkuasa sebab bukan mudah nak menjejak siapa yang menyalahgunakan internet walaupun bukan mustahil. Ramai yang dah kena cekup.

Secara keseluruhannya, pindaan ini bukan saja untuk memudahkan kerja penguatkuasa, tapi ia juga membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa. Pindaan baru ini memaksa mereka yang tidak bersalah membuktikan mereka bukan penyiar sesuatu posting itu. Kalau akaun kita kena hack dan orang lain menggunakannya..yang ni lagi teruk untuk kita membuktikan kita tak bersalah.

Apa yang jelas, prinsip "innocent until proven guilty" itu tak dipakai lagi. Sebaliknya seseorang itu akan didakwa bersalah kecuali dia dapat membuktikan dia tidak bersalah. Undang-undang di Malaysia dah terbalik.

Aku rasa orang yang pertama kena dakwa ialah Matsamankati. Cuba buka blog http://matsamankati.blogspot.com.

Aku mula menggunakan blog matsamankati.blogspot.com tahun 2007, Menjelang jun 2008, blog aku kena suspend dan sejak dari itu tak boleh diakses. Lepas itu aku tak pernah pakai blogspot, sebaliknya menggunakan perakexpress.com, ureka.asia, dan malaysiatimes.my.

Tiba-tiba, blog lama aku hidup balik dan kandungannya semua pro-umno dan anti-PR. Ada orang lain hijack URL blog tersebut dan menggunakannya seolah-olah blog tersebut aku yang punya.

Ini satu contoh macam mana kalau Umno nak pekena kita.Macam mana kalau depa hijack blog Cenangau, lepas seminggu depa buat posting yang maki hamun Sultan. Buta-buta saja Cenangau jadi orang kedua selepas Matsamankati kena cekup.

Naya la.

Walaubagaimanapun, pindaan ini belum berkuatkuasa lagi. Mintak-mintak Ahli Parlimen Pakatan tolong bawa benda ni dalam Parlimen.

Kalau Parlimen bubar, kita humban saja Umno…tak payah nak berdebat-debat lagi. Kemudian, hapuskan pindaan ini.

Terima kasih  Loyarburok.

TERHOT: Artis ni berjimat sejak dalam buaian... kahkahkah...

Posted: 26 Apr 2012 07:00 PM PDT

'Saya kerja keras utk wang saya' - pelakon dituduh menjadi perempuan simpanan Menteri

Masa semakin suntuk bagi tarikh akhir 7 hari bagi pelakon poular Malaysia Zahida Rafik apabila dia telah menafikan mendapat habuan sebanyak 1.5 juta daripada menteri Umno yang dikatakan mempunyai hubungan intim dengannya.

Dia bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap si pendakwa.

Minggu lepas, Ahli Parlimen Ampang PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Subang PKR Sivarasa Rasiah telah memberitahu sidang akhbar bahawa menteri itu telah membelanjakan RM1.5 juta untuk pelakon itu sepanjang tempoh 4 bulan.

Mereka menggesa menteri itu untuk menjelaskan kepada orang ramai tentang bagaimana dia mampu menyara gaya hidup mewah sebegitu dengan gaji sebagai menteri kabinet sahaja. Jika tidak, mereka akan mendedahkan identitinya. Walaupun pemimpin PKR tidak mendedahkan mana-mana nama lagi, urusan yang dikatakan telah menjadi rahsia terbuka selepas beberapa bulan apabila pemandu pelakon itu membuat laporan polis yang mendedahkan kedua-dua mereka.

Pemandu Zahida, Noor Azman Azemi, membuat aduan pada 13 Mac, berikutan tuduhan oleh pelakon itu bahawa dia telah melarikan diri dengan wang syarikat sebanyak RM200,000. Dia mendakwa bahawa menteri Umno, yang mengupah beliau, mempunyai "hubungan intim" dengan Zahida selama tiga tahun.

Takut tindak balas yang tidak diduga, saudara pemandu kemudian mendapatkan bantuan Zuraida dan memberikan satu salinan laporan itu. Dalam laporan polis, pemandu memanggil dirinya "orang tengah yang dipercayai " bagi membantu saluran dana ke dalam akaun peribadi pelakon itu.

Hanya Allah yang tahu

Semasa ditanya akan kes itu oleh peminatnya di akaun Twitter, Zahida membalas, "akak tk diam adik,my lawyers tengah settlekan hal ni actually! So let them ok! Tungu 4 the gud news ok!"

"Hubungan" dirinya dengan menteri telah berlangsung selama bertahun-tahun, tetapi Zahida sentiasa mengekalkan bahawa dia tidak bersalah.

Menjawab kepada tweet yang mengecam dirinya, dia berkata bahawa "hanya Allah sahaja yang tahu cerita sebenar dan semua yang lain tidak perlu membuat spekulasi".

"Maaf, saya bekerja keras untuk duit. Kalau anda tak ada duit, saya boleh derma sedikit."

"Tak mengapa, Allah tahu akan kebenarannya…kamu hanya cemburu…saya hanya akan senyum kerana Allah tahu segala-galanya."

Pemandu lari dengan duit


Dalam laporan polis, yang diedarkan kepada media oleh Zuraida, Noor Azman mendakwa bahawa amaun yang diterima oleh pelakon itu termasuk RM58, 000 pada bulan Oktober lalu, RM112, 000 pada bulan November, RM330, 000 pada bulan Disember, dan RM510, 000 pada Januari.

Dalam pertemuannya bersama menteri itu pada setiap minggu, dia juga mendakwa bahawa menteri telah mengarahkannya untuk memantau pelakon itu dan bahawa dia akan mengadakan pertemuan dengan pelakon tersebut di hotel sekitar Kuala Lumpur.

Pada setiap pertemuan, menteri akan menyerahkan dari RM100, 000 ke RM200, 000, dan Noor Azman akan menemani pelakon itu mengkreditkannya ke dalam akaun bank di Menara Perkeso, Jalan Ampang, dakwa pemandu dalam laporannya.

Namun Zahida mendakwa bahawa Noor Aman telah melarikan diri dengan dana syarikat yang berjumlah RM200, 000 dan telah membuat laporan polis mengenai kes itu pada bulan lepas.

Polis sedang menyiasat kedua-dua dakwaan mereka, menurut laporan itu.

Malaysia Chronicle

Pandai betoi Mat Sabu bukak cerita... kahkahkah...

Posted: 26 Apr 2012 05:00 PM PDT

'Filem Altantuya, Scorpene' dan 'kerjasama' Najib

KUALA LUMPUR: "Filem Altantuya" akan turut siap jika "kerjasama" Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan siapnya "filem Scorpene", kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Rasa takut yang ditunjukkan dengan begitu ketara oleh Najib dan kerajaannya terhadap perbicaraan mahkamah mengenai urusniaga kapal selam Scorpene hakikatnya adalah suatu "kerjasama" yang akan menyebabkan terbongkarnya pelbagai isu yang tersembunyi dari pengetahuan rakyat dalam pembelian kapal selam tersebut.

"Sikap Najib dan kerajaannya hakikatnya membantu menyiapkan 'filem Scorpene'," katanya.

Jika sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan "filem Scorpene" disiapkan, Mohamad yakin "filem Altantuya" juga akan turut disiapkan sekaligus.

"Saya pernah kata, kalau mahu 'filem Altantuya' yang tiada kesudahan itu disiapkan, pastikan Pakatan Rakyat (PR) menjadi kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

"Nampaknya mungkin filem itu akan siap lebih awal lagi dengan ketakutan luar biasa yang ditunjukkan oleh Najib dan kerajaan terhadap perbicaraan di mahkamah Perancis yang akan membicarakan kes bayaran komisen tidak sah dalam penjualan kapal selam itu.

"Jika PR dipilih menjadi kerajaan, saya percaya Najib akan menerima anugerah kerana kehebatan filem Altantuya itu," kata beliau.

Sebelum ini, banyak media luar negara yang mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan urusniaga kapal selam Scorpene.

Najib sebelum ini enggan menjawab soalan wartawan mengenai perbicaraan di mahkamah Perancis itu dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi pula berkeras tidak mahu hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan itu.

"Sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan rakyat sudah mula mempersoalkan apa yang mereka takut sangat sehingga seolah-olah lari lintang pukang dari kes yang dibicarakan itu," kata Mohamad.

Beliau yakin, jika tidak ada sebarang perkara yang ditakuti, sudah tentu "berdegar-degar" Najib menjawab panjang lebar soalan wartawan mengenai perkara itu seperti yang biasa dilakukannya dan menteri penggantinya di Kementerian Pertahanan pula tidaklah terlalu ketara mahu melarikan diri perbicaraan di mahkamah Perancis itu.

"Orang Melayu kata berani kerana benar, takut kerana salah," kata Mohamad.

Dalam laporannya, Malaysiakini mendakwa, siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia antara lain melibatkan transaksi dengan syarikat berpangkalan di Hong Kong, iaituTerasasi (Hong Kong) Ltd.

Antara pegawai penting syarikat tersebut ialah Abdul Razak Baginda, yang dilihat sebagai orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laporan itu juga mendakwa, siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) itu disalurkan melalui Terasasi kepada Najib, yang menjadi Menteri Pertahanan dan juga Timbalan Perdana Menteri ketika dua kapal selam Scorpene itu dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.- Harakahdaily

HEBAT: Jutawan Amerika Peluk Islam...

Posted: 26 Apr 2012 03:00 PM PDT

Patterson, jutawan Amerika peluk Islam

PENGISLAMAN individu dari Eropah dan Amerika Syarikat atau dikenali dengan masyarakat Barat, bukanlah perkara baru, ia telah berlangsung sejak sekian lama yang memperlihatkan bahawa terdapat manusia di sana amat merindui suasana kehidupan yang harmonis yang dicari-cari semua insan.

Antara tokoh terbaru memeluk Islam, adalah seorang hartawan, jutawan yang dianugerahkan Allah taufik dan hidayah-Nya untuk menjadi insan mulia dengan Islam. Beliau adalah Richard Patterson atau nama Islamnya Abdul Aziz. Kemasukan Abdul Aziz ke dalam Islam bukanlah satu bentuk paksaan, tetapi ia adalah takdir Allah yang menentukan segala-galanya.

Allah berfirman maksudnya: "Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki- Nya."(al-Baqarah: 272) Maka itu, tidak hairan jika hidayah Allah itu datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan kembara hidayah insan bernama Richard Patterson.

Abdul Aziz bukan sebarangan orang. Dia adalah seorang ahli perniagaan terkemuka warga Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang juruterbang. Namun, dia melakukan hijrah akidah selepas sebulan berada di bumi Arab Saudi.

Jutawan sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bantuan perawatan kritikal memiliki kekayaan berjumlah RM155 juta, dua pesawat peribadi dan dua helikopter yang khusus untuk penerbangan perubatan khas.

Abdul Aziz menjejakkan kaki di Arab Saudi atas urusan menandatangani kontrak perjanjian dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Saudi untuk melatih para pelajarnya menyediakan bantuan kecemasan ketika di udara.

Semasa tinggal di negara itu, Abdul Aziz keluar makan malam atas pelawaan tiga orang dari Kementerian Hal Ehwal Islam yang juga merupakan ahli kepada projek yang dikenali 'Guide Me to Islam'. Ketiga-tiganya bercerita dengan Abdul Aziz mengenai Islam dan intipati tentang kebenarannya.

"Tujuan saya datang ke Arab Saudi semata-mata berkaitan urusan perniagaan. Tetapi saya gembira dengan keputusan bijak dalam kehidupan saya ini iaitu bergelar Muslim," kata Abdul Aziz dalam satu majlis meraikan pengislaman itu.

Abdul Aziz memuji etika berpakaian orang Arab dan mengakui ia cukup selesa dan begitu cantik. Ketika berada di negara asal kelahirannya, Abdul Aziz selalu mendengar cerita-cerita negatif tentang Islam menerusi saluran-saluran media yang boleh dikatakan memburukkan imej Islam.

"Membaca tentang Islam semata-mata adalah tidak mencukupi untuk mengenali dan memahami Islam yang sebenar.

"Lantaran itu peluang bertemu dan berkenalan dengan umat Islam lebih membuatkan saya mengenali roh Islam dengan lebih jelas," katanya.

Abdul Aziz menganggap dirinya bertuah kerana mengenali Islam menerusi teman-teman Muslim yang bersama-samanya sepanjang berada di bumi Arab itu. Malah beliau turut mengakui Islam adalah agama yang benar dan penuh toleransi.

"Masyarakat Islam dan warga Arab Saudi sangat baik hati, merendah diri dan bersikap terbuka kepada orang luar," kata Abdul Aziz.

Beliau turut merasa mereka seperti keluarganya sendiri, kerana tidak pernah mengalami perasaan terasing atau dilayan dengan buruk sepanjang berada di Arab Saudi.

Bagi Abdul Aziz, apa yang paling menarik mengenai masyarakat Arab adalah mereka sangat beragama dan menjadikan agama Islam sebahagian daripada kehidupan.

Dia memang berharap untuk membawa rakanrakannya ke Arab Saudi untuk mengalami sendiri apa yang telah dilaluinya, sekali gus mengubah persepsi mereka tentang Islam. Abdul Aziz juga menyeru pengusaha Muslim untuk bekerja keras dan menarik pengusaha asing memeluk agama Islam. Ini kerana ada di antara usahawan Muslim tidak begitu serius dalam melakukan dakwah kepada rakan kongsi yang bukan beragama Islam. Beliau berpendapat, sikap begitu sebenarnya satu kerugian besar buat agama Islam itu sendiri.

"Kita boleh menyediakan buku-buku tentang Islam kepada delegasi semasa pertemuan urus niaga dijalankan. "Dengan cara ini ia dapat membantu menjernihkan imej Islam yang selama ini telah diburukkan oleh pihakpihak tertentu," tegas beliau.- Detikdaily

Malaysia tersenarai tempat latihan tentera AS?

Posted: 26 Apr 2012 01:00 PM PDT

6 negara Asia akan jadi tempat latihan tentera AS, Malaysia tersenarai

Selain di Timur Tengah, kini Amerika memperkuatkan pangkalannya di Asia pula. Hal ini disampaikan oleh menteri luar Clinton dan begitu juga yang dinyatakan oleh Obama beberapa bulan yang lepas ketika melawat ke beberapa negara di Asia.

Negara Amerika ingin memperluaskan pengaruh kepimpinannya dengan lebih mendalam di pelbagai pelusuk dunia, terutama sekali memfokuskan perhatiannya ke atas negara-negara Asia seperti China, bagi menguasai bidang ekonomi mahupun ketenteraan.

Selepas perang dunia kedua,Washington sudah pun menjajah di negara-negara rantau Asia, termasuk membina pangkalan tentera yang semakin besar dari tahun ketahun. Di Australia, Korea Selatan, Jepun dan Filiphina, yang banyak mendatangkan masalah dan menimbulkan penentangan dari penduduk sekitar itu.

Semakin pesatnya Amerika menjual pelbagai peralatan tentera di pelbagai Negara Asia, secara besar-besaran di Negara-negara penjajahan, penambahan ribuan anggota tentera di pelbagai pangkalan tentera dan juga latihan peperangan yang semakin meluas, adalah merupakan tanda-tanda akan berlakunya perang besar di Asia.

Para pemerhati tentera juga mengatakan, selain sebagai "show power" Amerika terhadap China dan Negara-negara Asia selaku aset dunia, juga memberikan beberapa aset syarikat penting Amerika yang sudah lama mengeksploitasi sumber alam di rantau Asia, terutama di Malaysia dan Indonesia.

Baru-baru ini, Amerika Syarikat dan Korea Selatan memulakan latihan perang bersama-sama. Laporan AFP, Senin (27/2/2012). Jurucakap tentera AS berkata, latihan perang Key Resolve merupakan latihan perang gabungan AS dan Korea Selatan yang akan berlangsung hingga 9 Mac akan datang. Sementara itu pada 1 Mac hingga 30 April, kedua-dua AS dan Korea Selatan akan mengadakan latihan ketenteraan lain yang berpangkalan di foal Eagle.

AS menempatkan 28,500 pasukannya di Korea Selatan, pesawat jet F-15 AS juga sudah berada dalam keadaan siap sedia untuk berperang. AS dan Korea Selatan juga sudah mempersiapkan pesawat pengintip serta meriam di kawasan sempadan Korea Selatan dan Korea Utara.

Pada hari Sabtu minggu lalu, Korea Utara sudah memberi amaran, bila ada peluru meriam dari Korea Selatan masuk ke perairan Korea Utara, Korea Utara akan terus menyerang dan menggagalkan latihan perang itu. Korea Utara pun berjanji akan melancarkan serangan balas ke Korea Selatan.

"Pasukan dan rakyat kami akan menggagalkan tindakan dari para pengkhianat (AS dan Korea Selatan) dan melancarkan perang ala Korea Utara," ujar pegawai Korea Utara.

Pertengahan Februari yang lalu enam negara Asia baru saja menyelesaikan latihan perang bersama Amerika. Komando Armada AS Asia Pasifik (US Pacific Command / USPACOM) 2012 memikirkan latihan perang Gabungan Bersama (Latgabma) dengan gelaran "Cobra Gold" 2012 di Thailand. Keenam buah negara tersebut adalah Thailand, Indonesia, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia.

Latihan dilaksanakan dalam dua tahap iaitu Geladi Posko dan Geladi Gelanggang. Delegasi Indonesia yang tergabung dalam Cobra Gold 2012, berjumlah 75 anggota, di-pimpin oleh Naib Ketua Pusat Kesihatan (Wakapuskes) TNI Brigjen TNI dr Daradjatun Moejiono.

Kadispenum Puspen TNI, Kolonel Cpl Minulyo Awang, menjelaskan, tujuan latihan ini adalah untuk melaksanakan kegiatan perancangan pasukan gabungan mengikut senario yang diperanggapkan dan menghasilkan cara bertindak (Course of Action) yang diluluskan untuk diputuskan dalam Geladi Posko (Command Post Exercise / CPX Cobra Gold 2012 ).

Selain itu, untuk meningkatkan kerja sama tentera pelbagai negara dalam rangka operasi tentera selain perang (OMSP) khususnya operasi keamanan dunia, dan bantuan kemanusiaan. Hal terpenting yang menjadi kriteria kejayaan pada akhir latihan, bukan terletak pada produk perancangan operasi yang akan diadakan dalam suatu negara yang secara rasmi meminta bantuan dunia antarabangsa, namun yang terpenting dalam kegiatan ini adalah usaha peningkatan hubungan persahabatan antara negara-negara yang terlibat dalam latihan, katanya.

Secara umumnya matlamat yang dibangunkan dalam latihan adalah penerapan mekanisme prosedur hubungan Komandan dan Staf (MDMP-M/Military Decision Making Process – Multinational), khususnya dalam perancangan kakitangan terhadap operasi keamanan dunia, yang melibatkan pasukan tertentu melalui pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan PBB Chapter VII dan proses peralihan kepelaksanaan Chapter VI.

Jurucakap TNI Laksamana Muda Iskandar Sitompul mengatakan, "TNI mengikuti dua jenis latihan iaitu bantuan kesihatan tentera dan kemampuan kompi zeni. Fokus dari latihan bersama kali ini adalah meningkatkan perkongsian dan tenaga antara tujuh buah negara yang bergabung dalam latihan itu," jelas Laksamana Muda Iskandar Sitompul, pada Isnin (6/2) lalu.

Menurut data Jabatan Pertahanan AS, latihan bersama kali ini juga memasukan bahan latihan komando yang menggunakan komputer, semasa latihan dan sesudah latihan. Latihan juga difokuskan pula pada latihan peningkatan operasi keamanan PBB, dan bantuan kemanusiaan.

Halim Islam Online

Tiada ulasan: