shalehudin |
- Mampuih la UMNO kali nie... kahkahkah...
- Mesti Hassan Ali kata ni pun pasai Anwar... kahkahkah...
- Bangsa UMNO mesti bangga gila ngan perangai dia...
- HOT: 122 ahli PKR sertai BN pasai nak bayar hutang PTPTN... kahkahkah...
- Betoi kata mamat nie, dia bodoh pasai didera AMNO... kahkahkah...
- TERHOT: Ni bukan pasai Najib... kahkahkah...
- Bob Kuman Meninggal Adalah Khabar Angin
- NGERI: Aktres Bollywood mati kena potong kepala
- PANAS: Pak Mentua Penerbit Video Seks, Menantu Kaki Betina... kahkahkah...
- 1Malaysia gerun bila dia nak saman... kahkahkah...
- TERHOT: Rupa manusia dua alam... kahkahkah...
Mampuih la UMNO kali nie... kahkahkah... Posted: 21 Apr 2012 11:00 AM PDT Puluhan ribu sertai ceramah Kadir Sheikh Fadzil BALING,- Puluhan ribu telah menyertai majlis ceramah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil malam tadi di Kupang, dekat sini. Turut serta di majlis itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak. Ini adalah majlis ceramah pertama yang dibuat oleh Tan Sri Kadir di atas pentas PAS selepas mengisytiharkan keluar dari Umno. Kadir ketika bertemu dengan Presiden dan pimpinan PAS yang lain di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut baru-baru ini telah bersetuju untuk berceramah di atas pentas PAS. Sebelum ini, Kadir telah mengumumkan keluar dari Umno ekoran tindakan pimpinan Umno mempertikaikan beberapa kenyataannya sebelum ini. Namun sehingga kini beliau belum mengisytiharkan untuk menyertai mana-mana parti. Ceramah yang sertainya malam tadi adalah sempena dengan kunjungan pimpinan PAS yang diketuai Ustaz Abdul Hadi ke Kedah. 14 April lepas, Abdul Hadi berkunjung ke Perlis sebelum berlepas ke Kedah dalam dalam siri kunjungan pimpinan PAS ke negeri-negeri. Sebelum ini, Abdul Hadi telah mengunjungi Johor, Terengganu dan Pahang. Ia diatur oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat. Satu lagi pasukan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Haji MOhamad Sabu. Semalam, kumpulan yang diketuai Mohamad Sabu melawat Perak dalam siri mempersiapkan jentera PAS sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya ke 13. -Harakahdaily |
Mesti Hassan Ali kata ni pun pasai Anwar... kahkahkah... Posted: 21 Apr 2012 10:28 AM PDT GEMPAR : Lagi Melayu Nikah Dengan Anak Bekas Perdana Menteri Di Gereja Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu. Gereja St James 'telah dipenuhi dengan bunga ros, lillies dan stephanotis yang dipilih oleh Cik Rein. |
Bangsa UMNO mesti bangga gila ngan perangai dia... Posted: 21 Apr 2012 07:00 AM PDT Skandal Gundik? : Sila Datuk Beri Penjelasan Segera.... Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal mempunyai masa kurang tujuh hari dari sekarang untuk memberi penjelasan mengenai skandal membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan 'hubungan intim' mereka. Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya tidak ada penjelasan daripada menteri terbabit, pihaknya akan membawa kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Kami sudah bersedia dengan segala bukti untuk mengheret beliau ke SPRM. Pemberi maklumat juga bersedia tampil untuk menjadi saksi. Kami akan dedahkan perkara ini secara berperingkat-perongkat. Sekarang ini kami tunggu penjelasan daripada beliau (Shafie Apdal)," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily hari ini. 18 April lalu, Ahli Parlimen Ampang itu mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada pelakon terkenal Zahida Rafik dalam tempoh empat bulan. Transaksi itu berlaku pada bulan Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000) Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Dalam pada itu, Zuraida sekali lagi menegaskan tidak mahu masuk campur mengenai hubungan intim mereka tetapi mahu menteri berkenaan tampil memberi penjelasan daripada manakah sumber kewangan untuk 'membiayai' seorang artis terkenal. "Sebagai menteri beliau harus bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida," katanya.- SK |
HOT: 122 ahli PKR sertai BN pasai nak bayar hutang PTPTN... kahkahkah... Posted: 21 Apr 2012 05:00 AM PDT 122 Anggota PKR Indera Mahkota Sertai BN KUANTAN: Seramai 122 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Indera Mahkota di sini bertindak keluar daripada parti itu pada Sabtu dengan beralih arah menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN). Daripada jumlah itu, 90 orang menyertai Umno manakala 32 lagi MIC. Bekas Pengerusi Tetap PKR Indera Mahkota Abdul Hamid Ibrahim berkata, beliau sendiri telah jemu dan muak dengan perjuangan yang ditunjukkan oleh parti berkenaan. "Kebanyakan yang mengikuti saya keluar daripada PKR bukan kerana pujuk rayu parti komponen BN tetapi dengan kerelaan hati masing-masing berdasarkan apa yang telah dinilai oleh mereka sendiri," katanya kepada pemberita. Beliau sebelum itu mewakili kumpulan berkenaan menyerahkan borang untuk menganggotai parti komponen BN yang diterima oleh Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Datuk Hazmi Yusof. Sementara itu, Hazmi berkata, penyertaan anggota baru daripada PKR itu merupakan kali kedua dengan yang pertama adalah pada 25 Mac 2010. - BERNAMA |
Betoi kata mamat nie, dia bodoh pasai didera AMNO... kahkahkah... Posted: 21 Apr 2012 03:50 AM PDT VIDEO nie adalah ucapan atau `amanat' MurSHIT Am `TIBAI' (TERBAIK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM). Ucapan di atas adalah rakaman sewaktu beliau belum `didera zahir dan batin'. Amat menyedihkan, kini beliau telah hilang ingatan dan menjadi kebodohan akibat didera. Alhamdulillah, beliau sempat memberikan wasiat dan amanahnya sewaktu beliau masih sihat dan waras. Bersamalah kita berdoa agar MurSHIT Am ini kembali pulih sebelum beliau dicabut nyawanya. - wfauzdin.blogspot.com |
TERHOT: Ni bukan pasai Najib... kahkahkah... Posted: 21 Apr 2012 02:09 AM PDT Malang tidak berbau! Inilah Proton Prevé yang pertama mengalami kemalangan jalan raya sebentar tadi. Kejadian berlaku di lebuhraya DUKE, dari Jalan Sentul menghala ke Gombak pada jam 4.45 petang. Menurut sumber dalaman Proton, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung. Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan kerosakan pada lower arm, bumper & fender. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat. -Funtastickodesign |
Bob Kuman Meninggal Adalah Khabar Angin Posted: 21 Apr 2012 12:05 AM PDT Berita Bob Kuman Meninggal Dunia Adalah Khabar Angin- Along Raja Lawak Baru sekejap tadi kecoh dalam dunia maya yang kononya Bob Lokman meninggal dunia. Penafian tentang ini dibuat oleh along raja lawak. Sekian dari admin.- KB |
NGERI: Aktres Bollywood mati kena potong kepala Posted: 20 Apr 2012 11:00 PM PDT Aktres diculik maut dipenggal ALLAHABAD- Seorang aktres Bollywood mati dibunuh dua rakan pelakon yang baru dikenalinya di lokasi penggambaran filem terbaru mereka, lapor media semalam. Meenakshi Thapa, 26, dilaporkan diculik dan dipancung Amit Jaiswal dan kekasihnya, Preeti Surin, bulan lalu. Menurut polis, motif di sebalik insiden itu adalah mahu mendapatkan wang tebusan. Sumber polis berkata, Meenakshi bertemu pasangan terbabit di set penggambaran filem terbaru arahan Madhur Bhandarkar berjudul Heroine. Dalam filem itu, Meenakshi diberi peranan kecil. Ibu Meenakshi dipercayai membayar 60,000 rupee (RM3,534) untuk membebaskannya tetapi wang berkenaan gagal mengembalikan aktres terbabit kepada keluarganya. Polis berkata, Meenakshi dicekik di hotel penginapan mereka dan mayatnya - kecuali bahagian kepala - dibuang dalam tangki air. Kepala Meenakshi pula dicampak dari sebuah bas yang dalam perjalanan dari Allahabad ke Mumbai. Penyiasat daripada Bahagian Jenayah Polis Mumbai menemui mayat Meenakshi di rumah disewa Preeti di Allahabad, Rabu lalu. Sumber berkata, Amit dan Preeti mengaku membunuh Meenakshi kerana yakin dengan cerita mangsa yang mendakwa dia kononnya dibesarkan dalam keluarga berada. "Suspek percaya Meenakshi adalah anak orang kaya kerana gaya hidupnya yang mewah walaupun tidak mendapat peranan utama dalam sesebuah filem. "Meenakshi pula berjaya menyembunyikan hakikat bahawa dia sebenarnya datang dari keluarga sederhana," katanya. Sumber itu berkata, suspek menculik Meenakshi dan menuntut tebusan bernilai 1.5 juta rupee (RM88,372). Bagaimanapun, katanya, suspek memang tidak bercadang membebaskan Meenakshi kerana mangsa sepatutnya dibunuh sebaik saja bayaran dibuat. Setakat ini, Meenakshi belum pernah diberi kepercayaan membawa watak besar dalam filem. Dia diberi peranan kecil dalam filem seram, 404, tahun lalu, selain muncul beberapa kali sebagai model iklan. Polis berkata, ketika menuntut tebusan daripada ibu Meenakshi, Amit dan Preeti mengugut untuk menghasilkan filem lucah aktres berkenaan, selain mengambil kad bank mangsa. "Selepas ibu Meenakshi memasukkan sebahagian wang ke akaun Meenakshi, mereka membunuhnya. Pasangan itu menyangka mereka berjaya melupuskan semua bukti pembunuhan. Bagaimanapun, mereka melakukan kesilapan apabila Amit menyimpan kad SIM telefon bimbit Meenakshi. Polis berjaya mengesan mereka melalui kad berkenaan. - DM |
PANAS: Pak Mentua Penerbit Video Seks, Menantu Kaki Betina... kahkahkah... Posted: 20 Apr 2012 09:00 PM PDT Semua tertanya identiti menteri dan perempuan simpanan bernilai RM1.5 juta Ruang cyber negara kecoh seketika dalam spekulasi berkenaan menteri kabinet persekutuan yang didakwa membelanjakan RM1.5 juta untuk perempuan simpanan yang juga seorang aktres sejak 3 tahin lepas, menimbulkan persoalan bagaimana beliau mempu menjalani kehidupan mewah dengan gaji menteri. Pemimpin PKR R.Sivarasa dan Zuraid Kamaruddin yang mendedahkan skandal itu Rabu lalu enggan mengulas lanjut sebarang maklumat mengenai identiti menteri itu , dan memberi beliau 7 hari untuk menjelaskan perkara ini sebelum mereka terus mendesak secara terbuka berkenaan tuntutan untuk siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Walaupun demikian, ramai penganalisis politik menuding kepada Shafie Apdal, menteri pembangunan luar bandar dan wilayah dari sabah, dan Zahida Rafik, aktres berumur 37 tahun yang terkenal dalam filem Anak Mami The Movie. Kedua Shafie dan Zahida terdahulu telah menafikan khabar angin berkenaan hubungan mereka. Khabar2 ini sudah mula bertiup kencang lama dan carian di Google akan membawa kita kepada ribuan catatan. Sementara itu,Shafie yang tidak dapat dihubungi, enggan memberi sebarang komen dengan pendedahan terbaru ini. Tiada menteri lain yang tampil menafikan atau mengesahkan dakwaan PKR ini. Kaitan dengan shuaib lazim dari kumpulan Datuk T yang memalukan Shafie, beragama Islam , ialah MP bagi Semporna dan Timbalan Presiden parti Umno pimpinan Najib Razak. Shafie, 55 tahun, berkahwin dengan Shuryani bin Shuaib dan mempunyai 6 orang anak. Bapa mertua beliau,Shuaib Lazim ialah salah seorang dari trio Datuk T, yang menayangkan video DVD sex ketika kehangantan pilihanraya negeri Sarawak tahun 2011 dimana mereka menuduh pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim membayar seorang pelacur untuk khidmatnya. Samada ini satu kes balasan semula, Shafie sekarang dalam kesulitan. Kerana khabar tentang beliau dan Zahida bukan baru, malah sudah lama kedengaran, kini skandal ini telah diperkatakan secara rasmi, sudah tentu akan melibatkan masa depan karier politiknya yang akan terjejas. Pukulan hebat kepada aspirasi Shafie untuk menjadi KM Sabah Shafie disifatkan sebagai salah seorang menteri kegemaran Najib dan bakal menggantikan Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah. Musa yang kurang popular, dan abangnya Anifah, telah dituduh menggelapkan wang dan memperolehi kekayaan secara tidak wajar yang disimpan dalam akaun-akaun bank di Hongkong. Peguam Negara Gani Patail dituduh bersubahat melindungi kejahatan ini dan tidak mendakwa kedua mereka dengan tuduhan rasuah. Dengan tertangkapnya Shafie dalam skandal nya ini, rakyat Sabah terpaksa memikirkan calon baru tapi menurut pemerhati lama, keputusan bukan ditangan mereka atau Shafie-samada bersalah atau tidak- masih boleh menjejaskan kedudukan kerusi pimpinan tertinggi di Sabah. Tidak kira bagaimana keadaannya sekalipun, bagi Shafie, ada 7 hari untuk nya memberikan penjelasan di pihaknya Cari pemandu? Pemerhati Umno menjangkakan menteri itu –siapa pun identitinya- akan memusnahkan kredibilit pemandu yang membuat lapuran polis, memberikan maklumat terperinci kepada dakwaan skandal dengan aktres itu. Bagaimanapun, ia agak sukar kerana Zahida lah yang memulakn semuanya yang membawa kepada laporan polis pemandu tersebut (lihar artikel dibawah). Zahida mengadu kepada polis yang pemandu beliau hilang dengan wang RM200,000. Marah dengan tuduhan Zahida, Noor Azman Azemi, 37 tahun ke balai polis dan mendedahkan semuanya. " Saya rasa peguam Umno sekarang sedang menasihati dan memberi panduan kepada menteri tersebut, siapa pun dia akan didedahkan oleh Zuraida dan Siva minggu depan. Umno mungkin cuba membuatkan pemandu itu menarik balik kenyataannya. Dan kemudian ia menjadi hanya satu spekulasi. Sudah tentulah semua orang ada pendapat berkenaan samada ia benar atau tidak tapi ia akan membuka jalan kepada menteri tersebut mendapat mempertahankan karier politiknya dan dengan cara yang menenangkan ulama," seorang pemerhati Umno memberitahu Malaysia Chronicle. "Itulah jawaban yang Umno akan beri kepada ahlinya. Jika Najib boleh terlepas dengan skandal NFC dan Sharizat Jalil, apalah sangat kes hubungan sulit ini. Pemimpin2 besar dalam Umno sudah terkenal dengan sikap hipokrit mereka, mereka tidak akan berhenti atas dasar berkesedaran.Malah, mereka akan menyalahkan Pakatan Rakyat yang konon nya membawa berita-berita palsu ini." Malaysia Chronicle |
1Malaysia gerun bila dia nak saman... kahkahkah... Posted: 20 Apr 2012 07:30 PM PDT Bayaran RM1.5 juta: Artis ancam tindakan mahkamah Pelakon wanita terkenal Zahida Rafik mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menerima wang RM1.5 juta daripada menteri Umno yang didakwa mempunyai "hubungan intim" dengannya. Menjawab soalan peminat di Twitter, Zahida menafikan dakwaan itu dan berkata peguamnya sedang meneliti kes itu. "Saya tidak lakukan apa-apa berkenaan perkaran itu. Peguam saya sedang menyelesaikan perkara itu sekarang! Jadi biarkan mereka (lakukannya), OK! "Tunggu saja berita baik,OK!" katanya dalam laman blog mikro itu. PKR kelmarin mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka. Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000. Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu. Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.- Malaysiakini |
TERHOT: Rupa manusia dua alam... kahkahkah... Posted: 20 Apr 2012 07:02 PM PDT Cibai (Tibai) la luu... kahkahkah... Selepas angpau putih, Ibrahim Ali kini bersedia untuk melancarkan 'TIBAI' Dengan cara kasar yang kini telah menjadi tandanya, Presiden Perkasa Ibrahim Ali akan merasmikan pelancaran sebuah badan NGO baru yang dikenali sebagai TIBAI untuk mengecam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad ini di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur. TIBAI bermaksud Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim. Ia juga perkataan Melayu dari loghat utara yang bermaksud pukul atau hentak. Walau bagaimanapun, penganalisis politik ramai mengesyaki Ibrahim Ali yang anti-Cina juga mungkin menggunakan perkataan buruk Kantonis yang pada dasarnya bermaksud punggung atau belakang seseorang. MP Pasir Mas tersebut semasa perayaan Tahun Baru Cina pada bulan Januari telah menyerahkan wang tunai dalam sampul surat putih kepada warga emas. Wang didalam sampul surat putih menandakan pak kam atau sumbangan tunai yang dibuat oleh kawan-kawan kepada keluarga berkabung pada pengebumian. Kesilapan itu menyebabkan kacau-bilau yang amat besar terutamanya apabila kemudiannya didapati bahawa MCA telah bekerjasama dalam kejadian yang tidak menyenangkan itu. Bekas Timbalan Ketua Pemuda PKR Sementara itu, TIBAI diasaskan oleh bekas timbalan ketua pemuda PKR Muhammad Zahid Arip, yang telah berpaling tadah, kepada jurang politik Umno . Matlamatnya adalah mudah - untuk menjalankan kempen anti-Anwar menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan pada pertengahan Jun. "Kami akan pergi ke kawasan pilihan raya yang dimenangi oleh PKR dan yang akan ditandingi oleh parti itu dalam menjalankan agenda kita untuk menyedarkan rakyat siapa Anwar sebenarnya," Zahid berkata pada satu sidang akhbar pada hari Rabu. "Sejak penubuhan PKR, 28 pemimpin tertinggi telah meninggalkan parti, dengan itu saya boleh membuat kesimpulan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam PKR. Kami telah melihat dalam ceramah beliau bahawa Anwar telah kehabisan idea dan ucapan beliau kurang kandungan kecuali mengutuk kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak." Orang Melayu di persimpangan Sesungguhnya, masyarakat Melayu kini berada di persimpangan kritikal. Najib, yang juga Presiden Umno, telah gagal untuk mengekang kejatuhan dalam parti yang mendominasi politik Malaysia dan Melayu untuk 5 dekad yang lalu. Rasuah kini endemik dan pemimpin Umno berani secara terbuka mempertahankan rakan sekerja yang ditangkap dalam aktiviti yang salah. Oleh itu keperluan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar. Lelaki berusia 64-tahun-bekas timbalan perdana menteri adalah mungkin pemimpin Melayu yang paling terkenal di dunia hari ini. Beliau dilihat sebagai ikon reformasi dan dikaitkan dengan perubahan positif. Manakala Najib telah menghina dirinya dengan kesilapan di peringkat antarabangsa dan kini banyak dibabitkan dalam perbicaraan di Perancis mengenai skandal rasuah Scorpene. Pada usia 58 tahun, Najib juga perdana menteri Melayu pertama yang pernah dikenali sebagai "juara dua kata" oleh Washington Post yang berpengaruh. Menurut pembangkang, bertentangan dengan dakwaan Zahid, ramai dalam masyarakat Melayu mempunyai pegangan berkaitan arah mana angin bertiup dan berpindah kepada jurang Pakatan Rakyat. Penghijrahan keluar dari Umno telah pun bermula dan pemimpin PKR telah berkata ini akan meningkat tinggi sebaik PU-13 diumumkan. Malaysia Chronicle |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan