Isnin, 9 April 2012

shalehudin

shalehudin


PANAS: Rafizi Ramli nak buat hal lagi... kahkahkah...

Posted: 09 Apr 2012 10:00 AM PDT

KEADILAN beri Najib seminggu siasat skandal balak RM400 juta

KUALA LUMPUR 9 April: KEADILAN memberikan masa seminggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan terhadap skandal balak melibatkan penyelewengan lebih RM400 juta.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberi amaran itu hari ini susulan pendedahan Sarawak Report yang mendakwa Menteri Luar, Anifah Aman menerima lesen balak yang lumayan yang diberikan adiknya, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Menurut Rafizi, KEADILAN menubuhkan satu pasukan khas bagi mengumpul maklumat dan dokumen berhubung skandal itu yang turut melibatkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail – yang enggan mengheret Anifah dan Musa Aman ke muka pengadilan berhubung kes itu.

Pasukan khas itu, menurutnya, diketuai peguam Darell Leiking yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Agung dan Ketua Cabang Penampang, Sabah.

"Beliau (Darell) menemu ramah ramai saksi yang terbabit dan sedang mengumpulkan dokumen penuh setakat ini. Kami boleh dedahkan kepada media bahawa dokumen itu mempunyai beribu-ribu muka surat, termasuk salinan penyata bank yang menunjukkan pelbagai urusniaga dan pemindahan berlaku," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Menurut Rafizi, KEADILAN yakin bukti-bukti yang dikumpulkan itu mampu mensabitkan ketiga-tiga tokoh dalam skandal yang jumlahnya lebih besar daripada penyelewengan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Beliau berkata, bukti-bukti itu akan didedahkan secara berperingkat sehinggalah kesemua yang bertanggungjawab diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Beberapa tahun lalu Sarawak Report melaporkan Anifah Aman merupakan pewaris rahsia lesen pembalakan lumayan yang mengeksploitasi hutan simpan di Sabah. Konsesi itu diperolehi dari saudaranya sendiri, Musa Aman.

Sarawak Report turut mendedahkan dokumen-dokumen berkenaan menunjukkan penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa Ketua Menteri Sabah melakukan rasuah dengan menganugerahkan lesen pembalakan di negeri Sabah bernilai puluhan juta ringgit kepada saudaranya sendiri.

Namun, siasatan itu disekat pada peringkat tertinggi dan segala penemuan dalam siasatan itu dirahsiakan, sehingga kini.- KD

Pucat bibir merah Najib... kahkahkah...

Posted: 09 Apr 2012 08:30 AM PDT

Husam: Hutang PTPTN RM28b, bukan RM43b

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi angka mengelirukan berhubung jumlah keseluruhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah dikeluarkan kerajaan kepada pelajar.

Husam berkata angka RM43 bilion yang disebut Najib itu juga mungkin sengaja disebut perdana menteri untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Dengan jumlah peminjam seramai 1.9 juta orang, jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sejak ia mula dikeluarkan sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja. Bukan RM43 bilion seperti disebut.

"Mengapa PM sanggup memberikan angka yang silap? Adakah sengaja untuk mengeliru dan menakutkan rakyat jelata?," kata Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan.

Katanya lagi, kenyataan perdana menteri bahawa negara tidak mampu menjelaskan hutang RM43 bilion itu juga menunjukkan bahawa Najib tidak memahami mekanisme kewangan yang lazim diamalkan – termasuk dalam soal memberi perjanjian dan menjadual semula pinjaman.

Husam mengulas kenyataan Najib sebelum ini bahawa kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika ingin memansuhkan pinjaman melalui PTPTN.

Dalam kenyataannya, Husam – yang berkelulusan bidang ekonomi dari Universiti Malaya – turut menjelaskan kaedah yang boleh diambil Pakatan Rakyat untuk melunaskan jumlah hutang RM28 bilion itu, sekiranya membentuk kerajaan.

Katanya, jumlah berkenaan tidak semestinya dilunaskan secara keseluruhan, serta merta.

Tambahnya, Pakatan juga boleh mengambil alih pinjaman tersebut atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan kepada institusi kewangan yang memberi pembiayaan kepada PTPTN.

"Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengambil alih pinjaman PTPTN atau memberikan jaminan pembiayaan tahunan sama jumlah dengan tanggungan PTPTN kepada institusi kewangan yang memberikan pembiayaan kepada PTPTN.

"Dengan itu kos tahunan kepada kerajaan adalah masih dalam tahap kemampuan kerajaan pusat sebagaimana PTPTN mempunyai jadual pembayaran tahunan yang tertentu," katanya.- M'kini

HAMLAU? Hamlau tu macam Najib laa... kahkahkah...

Posted: 09 Apr 2012 07:00 AM PDT

Kenyataan paling 'hamlau' dari seorang PM

Mohd Sayuti Omar,

Perdana Menteri anda Ha Najib Razak telah membuat keputusan tribunal khas untuk menyiasat peguam negara Ghani Petail dan bekas ketua polis negara Musa Hasan yang dikatakan terlibat memerangkap seorang pegawai tinggi polis sehingga dia dipecat tidak akan ditubuhkan.

Mengumumkan demikian selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi Najib memberi alasan untuk tidak menubuh tribunal itu kerana ia dakwaan yang bukan sah. Maksudnya apa yang dikatakan ke atas Ghani dan Musa itu hanya dakwaan yang kena disahkan.

Mungkin keputusan dan alasan Najib itu tidak pelik baginya; dakwaan kena disahkan dulu. Tetapi bagi orang lain termasuk saya merasa pelik bahkan bengong dengan kata-kata perdana menteri itu. Apakah sesuatu dakwaan itu kena disahkan dan siapa yang perlu mengesahkannya. Perdana Menteri kah?

Dakwaan atau tuduhan mestilah sesuatu yang bersifat tidak sahih. Makanya ia perlu disiasat untuk mengetahui akan kesahihan itu. Bengong? Kalau ianya sudah sah tidak perlu kepada penubuhan tribunal dan penyiasatan lagi.

Saya rasa inilah kenyataan seorang perdana menteri yang paling bengong dan hamprak di dunia ini dan tidak masuk akal. Kalau Najib tidak mahu ditubuhkan tribunal itu carilah alasan yang lebih cerdik sikit seperti negara ketiadaan wang atau pun isteri saya tidak membenarkannya.

Tujuan tribul itu ditubuhkan ialah untuk menyiasat dakwaan itu. Bukankah sudah ada beberapa saksi untuk memberi keterangan terhadap dakwaan itu? Tidak cukup lagikah dengan saksi itu? Najib nampaknya telah menjatuhi hukum sebelum dibicarakan.

Najib nampaknya hendak melindungi gajah di sebalik kuman. Dia mungkin bimbang kalau tribunal itu ditubuhkan dan siasatan berjalan lebih banyak lagi angkara buruk akan terdedah. Apakah ada yang membabitkan dengan dirinya juga? Mungkin...

Elok rasanya kuasa menubuh tribunal khas ini harus diletak kuasa penubuhan kepada Yang Dipertuan Agong. Wajar kalau perlembagaan negera untuk memberi kuasa penubuhan tribunal itu kepada Agong agar ia bebas. Kalau terus berada ditangan perdana menteri, membolehkan perdana menteri bebas melindungi sesiapa saja yang dia sukai menerusi kuasa agar tribunal tidak ditubuhkan.

Kalau siasatan dalam tribunal itu nanti tidak terbabit dengan Najib, apa lagi kalau terbabit dengan pihak pembangkang, saya kira Najib akan cepat bersetuju. Rakyat memahami keadaan ini dan helah ini. Hamlau... mana transformasi yang dilaung-laungkan? - MSO

Polis Malaysia, Polis Kanada... kahkahkah...

Posted: 09 Apr 2012 05:05 AM PDT

Inilah beza polis Malaysia dengan Kanada

Nak rasa water canon jom turun Bersih 3.0...Setakat water canon jer xder hal....Perjuangan bukan sekadar kata2 betul tak.....

HOT: Guru Melayu nie Pemalas...

Posted: 09 Apr 2012 02:30 AM PDT

Guru Melayu Pemalas, Jumud Antara Punca Cina & Dong Zong Tak Suka Sekolah Kebangsaan

TAHNIAH kita ucapkan kepada Dong Zong kerana berjaya sekali lagi menekan kerajaan sehingga memaksa guru-guru diimport dengan segera dari Negara China bagi memenuhi keperluan Bahasa Mandarin di sekolah-sekolah Cina.

Walau bagaimanapun penulis tidak melihat apakah pentingnya Bahasa Mandarin diperjuangkan sebegitu hebat di sebuah negara yang Bahasa Kebangsaannya adalah Bahasa Melayu.

Seperti yang pernah dibangkitkan oleh laman ini suatu ketika dahulu, tindakan Dong Zong ini memperlihatkan sikap rasis pertubuhan itu. Maka, adalah wajar bagi Pakatan Rakyat untuk menjauhkan diri dari Dong Zong kerana sebarang kaitan dengan Dong Zong akan menyebabkan pengundi Melayu lari dari Pakatan Rakyat.

Pun begitu, tidak seharusnya sikap Dong Zong ini dilihat dari satu sudut semata-mata. Mungkin kita juga perlu mendengar alasan tentang kenapa Dong Zong enggan anak-anak mereka belajar di sekolah kebangsaan.


Kita tahu ramai kaum Cina tidak berani menyatakan sebabnya dengan jelas kerana bimbang ia akan menimbulkan kemarahan kaum Melayu. Tetapi jika kita tidak membincangkan perkara ini secara bersemuka, bagaimana kita akan menyelesaikan masalah ini untuk kesekian kalinya?

Sebenarnya, sikap 'memusuhi' sekolah kebangsaan yang diambil oleh Dong Zong ini ada asasnya. Kita perlu mengakui hakikat sebenar walaupun pahit mengenai kualiti sekolah atau lebih tepat guru-guru di sekolah kebangsaan. Walaupun bukan melibatkan semua guru-guru, tetapi majoritinya guru-guru Melayu kita tidak mempunyai komitmen dan dedikasi yang tinggi berbanding dua tiga kerat guru-guru Cina atau India yang ada.

Bukan sedikit rungutan didengar mengenai sikap guru-guru yang kurang sensitif dan tidak bijak menggunakan pendekatan psikologi dalam menangani masalah murid-murid. Tidak kurang juga dengan rungutan mengenai guru-guru yang gemar menggunakan kata-kata kesat, 'membunuh' keyakinan diri murid-murid, tidak berminat untuk mengenali sikap murid-murid sendiri, malas serta seringkali lambat memeriksa buku atau kertas-kertas ujian dan sering 'hilang' dari kelas. Alasan guru-guru ini ialah mereka terlalu sibuk dengan urusan ko-kurikulum serta urusan-urusan sekolah yang diluar akademik termasuk berbagai-bagai jenis mesyuarat dan kursus.

Pelik sekali, kerana guru-guru Cina dan India di sekolah yang sama, sempat pula menyiapkan semakan buku dan kertas ujian tanpa perlu 'ponteng' kelas. Kalaupun mereka terpaksa tidak menghadiri kelas, mereka selalunya memastikan murid-murid mereka tidak ketinggalan silabus dengan memberi kerja dengan lebih awal dan sebagainya.

Guru Cina dan India juga lebih pantas berfikir di luar kotak dalam mencari cara paling menarik untuk mengajar anak-anak murid mereka. Program Hari Terbuka misalnya diguna sepenuhnya untuk mendedahkan murid-murid untuk belajar berniaga dengan menerangkan tentang modal, untung dan sebagainya. Tetapi guru-guru Melayu selalunya mengambil program seperti ini untuk mencari keuntungan sendiri atau untuk PIBG semata-mata tanpa melihatnya sebagai satu bentuk pembelajaran kepada murid-murid.

Selain itu, guru-guru Melayu suka mengambil sikap mudah. Dalam kes yang melibatkan kecederaan murid-murid, jarang sekali mereka menelefon ibubapa murid. Sebaliknya menganggap ia perkara kecil dan dibiarkan begitu saja. Sedangkan, walaupun sedikit kecederaan, mereka seharusnya memaklumkan kepada ibubapa atas dasar ketanggungjawaban. Lihat sahaja berapa banyak kes pergaduhan di sekolah, atau kes sakit teruk di asrama di mana guru-guru gagal mengambil langkah awal untuk menanganinya sehingga keadaan menjadi buruk.

Walaupun perkara ini perit untuk diakui, dan pastinya guru-guru seluruh negara akan menyinga dengan artikel ini tetapi hakikatnya, kes seperti ini bukan kes terasing.

Lebih buruk lagi jika guru-guru di sekolah kebangsaan ini punya anak yang belajar di sekolah yang sama. Semua murid sedia maklum bahawa anak guru selalunya akan mendapat layanan istimewa. Contohnya, walaupun tidak layak, anak mereka tetap akan dilantik menjadi pengawas, atau mewakili sekolah dalam sukan dan sebagainya sekali gus meminggirkan murid-murid yang berhak.

Selalunya ibubapa tidak akan merungut atau membangkitkan perkara ini dalam Mesyuarat PIBG mahupun secara peribadi, kerana takut anak mereka menjadi mangsa 'lepas geram' guru terbabit. Tidak mustahil, semua guru-guru sekolah tersebut akan bersatu sebagai memberi sokongan kepada rakan mereka dan menjadikan murid yang terlibat sebagai sasaran.

Penulis melihat masalah sikap guru-guru ini bermula dari latarbelakang dan niat guru-guru tersebut dalam menjalankan pekerjaan mereka. Umum sedia maklum bahawa, majoriti guru-guru adalah dari kampung kerana secara semulajadinya orang-orang bandar punya lebih banyak pilihan dalam pekerjaan berbanding orang kampung.

Budak-budak kampung selalunya kurang keyakinan diri untuk menceburkan diri dalam dunia yang 'tidak dikenali mereka'. Mereka seringkali mempunyai masalah bersosial dan berkomunikasi dengan baik dengan dunia luar apatah lagi dunia korporat. Oleh itu, mereka selalunya akan memilih untuk menjadi guru sama ada kerana gagal mendapat kerja lain atau kerana sememangnya takut untuk bersaing di dunia yang serba canggih dan pantas.

Sifat kekampungan yang suka bersantai, tidak perlu bergegas serta tidak suka pada cabaran menyebabkan kerjaya sebagai guru kelihatan menarik di mata mereka di mana mereka boleh pulang dari kerja seawal 2 atau 3 petang.

Kerana itulah, apabila kerja mereka bertambah, mereka menjadi amat marah kepada kerajaan kerana mereka memilih kerjaya guru semata-mata agar dapat berehat separuh hari sehingga ke malam dan bukannya untuk bekerja dan bukan juga kerana minat mengajar atau sukakan kanak-kanak.

Inilah antara faktor menjadikan sekolah kebangsaan tidak mendapat 'penghormatan' yang sepatutnya apatah lagi, di mata kaum Cina. Kaum Cina pantas menyedari segala kelemahan ini sedangkan kaum Melayu walaupun ada yang menyedarinya, masih ramai yang berada dalam penafian terhadap sikap buruk bangsa sendiri.

Selain itu, faktor-faktor lain seperti kurangnya keprihatinan terhadap keselamatan murid dan sikap tidak ambil berat pihak sekolah menyebabkan sekolah kebangsaan dilihat sebagai lekeh dan rendah kedudukannya. Misalnya, sekolah Cina amat menitikberatkan keselamatan murid, di mana murid-murid dilarang keluar dari pagar sekolah di waktu tamat sekolah dengan jaga yang bertugas dilatih agar bersikap tegas dan cekap. Sedangkan di sekolah-sekolah kebangsaan, kita boleh melihat murid-murid tahun 1 atau 2 dibiarkan menunggu bas di luar pagar sekolah sendirian walaupun ketika sekolah sudah mula lengang. Jaga sekolah juga buat tidak tahu sahaja.

Benar, bukan semua sekolah kebangsaan sebegini teruk rupanya. Dan bukan semua ibubapa Melayu menganggap perkara yang dibentangkan di atas sebagai sesuatu yang besar, terutamanya ibubapa di kampung yang bermentaliti sama dengan guru-guru tersebut.

Tetapi, inilah yang dinilai oleh kaum Cina apabila bercakap mengenai sekolah kebangsaan.

Benar juga bukan semua kaum Cina suka anak mereka ke sekolah Cina, tetapi mereka tidak punya pilihan. Hakikatnya, jika tergolong dari golongan kaya, kaum Cina mahupun Melayu lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah swasta.

Justeru, jika benar kita ingin mengatasi masalah rasis dan chauvinis Dong Zong, kita juga perlu mengatasi masalah kualiti guru-guru Melayu di sekolah kebangsaan. Jika kualiti guru-guru di sekolah kebangsaan dapat ditingkatkan, pastinya kaum Cina juga akan menolak sekolah-sekolah Cina.

Mungkinkah kita melihat masalah di tempat yang salah iaitu di sekolah, sedangkan masalah ini bermula di Maktab-maktab perguruan? Dan bagi penulis, amat wajar sebilangan besar guru Melayu yang pemalas dan jumud ini dibuang dengan segera dari perkhidmatan awam seperti mana yang disebutkan oleh Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Untuk memastikan pembuangan ini berjaya, rakyat wajar memastikan Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya dalam PRU 13 akan datang.- SPR

Woit... orang Mustapa rupanya yang nak lompat tue...

Posted: 08 Apr 2012 11:00 PM PDT

Orang rapat Mustapa Mohamed akan sertai PAS?

7 April: Umno Kelantan lagi sekali akan dikejutkan dengan tindakan bekas pegawai tinggi kerajaan yang kini sedang bersiap sedia untuk mengumumkan menyertai PAS.

Pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan itu dikatakan rapat dengan Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed, tulis Mohd Sayuti Omar di dalam blognya, http://www.msomelayu.blogspot.com

"Beliau kini baru bersara dan mengambil tindakan demikian kerana bosan dengan politiking di dalam Umno serta kesal dengan tindak tanduk UBN yang menekan pegawai kerajaan supaya menyokong parti itu," tulis Sayuti lagi.

Menurutnya, tindakan Umno Kelantan yang mengeksploitasi pegawai kerajaan supaya meramaikan majlis-majlis politik terutamanya semasa kunjungan presiden Umno ke Kelantan juga menjadi punca kenapa ramai bekas pegawai kerajaan bosan dengan Umno.

Satu sumber memberi tahu pegwai itu akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Persuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Penyertaan bekas pegawai yang baru pencen itu akan memeranjatkan UBN kerana beliau disebut-sebut untuk dicalonkan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang," kata sumber itu enggan mendedahkan identiti pegawai berkenaan.

Kata sumber itu lagi satu majlis kemasukan dalam PAS dan kesyukuran akan diadakan.- Harakahdaily

Malu besaq woo kalau kena tibai ngan pompuan... kahkahkah...

Posted: 08 Apr 2012 09:00 PM PDT

Khir Toyo, tak tahu tanya - jangan bodoh sombong!

Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar. Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil.

Khir Toyo sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku. Dua sebab saya katakan sedemikian;

Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya. Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset. Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya.




Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong. Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong menuduh orang lain menipu. Sikap Khir yang suka ponteng Dewan, menjadikannya begitu naïf dengan program-program yang berada dalam ruang lingkup Geran Selangorku. Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya. Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari tersebut, tidak ada satu patah perkataanpun yang dikeluarkannya di dalam Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas. Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila Adunnya hanya mampu bermonolog di blog.

Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk belia, wanita termasuklah program keusahawanan. Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat.

Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, Dato' Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor. Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus.

Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali. Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya.

Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB, tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan. Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan. Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir. Bagaimana JPS mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan.

Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat.

FAEKAH HUSIN IALAH SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Adun Umno Sabah Ditangkap Khalwat... hehe...

Posted: 08 Apr 2012 07:00 PM PDT

KETIKA tengah sibuk menyiapkan artikel 'MADU TIGA' dalam episod ke empat berhubung Skandal Seks Datuk S dan 'Tiga Datinnya', Paparazzi menerima panggilan telefon daripada beberapa orang kanan politik, termasuk seorang Mantan Menteri Kabinet, Ketua Pemuda dan beberapa orang tokoh politik berhubung perkembangan terbaru Datuk S; kononnya beliau ditangkap khalwat dengan pasangannya di Hyyatt Kinabalu, malam semalam.

Menurut pemanggil, mereka bertanyakan pengesahan berita berkenaan daripada Paparazzi yang kebetulan sedang makan bersama kawan; tetapi tidak menyedari bahawa Hotel Hyyat Kinabalu yang menjadi 'Istana Hinggap' Datuk S telah diserbu oleh Pasukan Pencegah Maksiat.

"Mungkin kerja pengikut beliau sendiri atau musuh politik beliau kerana semua tahu sifat Datuk S. Kali ini baru kena buku dengan ruas kerana selama ini dia dakwa dilindungi orang kenamaan," ujar seorang Ketua Pemuda yang meminta agar namanya dirahsiakan.

Paparazzi telah menjalankan siasatan dan daripada maklumat seorang Pengawal Keselamatan Hyyatt Kinabalu, Paparazzi mendapati berita tersebut benar kerana beliau yang mengiringi Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ketika membuat serbuan.

"Pihak JHEAINS dan polis membawa mereka (Datuk S dan pasangan) pergi ikut pintu belakang bersama barang bukti bagi mengelakkan kes tersebut menjadi tumpuan ramai," akui Pengawal Keselamatan tersebut yang menjelaskan beliau hanya menjalankan tugas dan enggan memberikan sebarang komen lanjut.

Bagaimanapun Paparazzi tidak dapat mengenalpasti sama ada pasangannya ketika ditangkap adalah Sofea @ Pia Binti Dahlan atau wanita lain yang sering menjadi teman asmaradananya.

Beberapa orang rakan Paparazzi memberitahu bahawa Toyota Rush SAB599A milik Pia kelihatan di tempat letak kereta di Hadapan Hyyat Kinabalu, tetapi gagal mengenal pasti apakah Pia yang dicekup bersama Datuk S dalam Skandal Seks songsang mereka.

Menurut maklumat yang Paparazzi terima daripada seorang tokoh politik veteran, rakan khalwat Datuk S ialah Sofea yang berasal dari Purto, Puteri Pulau Phalawan, Filipina yang datang ke Sabah 9 tahun lalu dan berjaya mendapat kad pengenalan projeknya dengan bantuan Datuk S yang menjadikannya Gundik Seumur Hidup!

(NOTA: Paparazzi cuba menghubungi Penguatkuasa JHEAINS dan Pesuruhjaya Polis Sabah, tetapi gagal, namun rombongan yang ikut serta mengadakan serbuan mengesahkan Datuk S ditahan untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin).

-sabahkini.net

TERHOT!! Dayangku Intan SAH Sertai PKR...

Posted: 08 Apr 2012 05:00 PM PDT

TERKINI!!

Di celah-celah kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang berlangsung di Genting Highlands, penyanyi yang popular dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang", Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi.

Borang permohonan menyertai salah satu parti dalam komponen Pakatan Rakyat itu diterima sendiri oleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada satu majlis makan malam "Senandung Reformasi" di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.

Dayang atau nama sebenarnya Dayangku Intan binti Tengku Abdul Hamid pernah menggemparkan negara dengan memfailkan saman ganti rugi RM3.9 juta terhadap Menteri Pelancongan dan Kerajaan Malaysia kerana memungkiri perjanjian kontrak.

Dayangku Intan yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat InMan Production (M) Sdn Bhd dan Pengarah Urusannya, Rosman Yahil, 45, memfailkan saman itu kerana defendan memungkiri kontrak Pertunjukan dan Pertandingan Bunga Api Merdeka Antarabangsa Sedunia.

Mereka memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, 20 Julai 2007, melalui Tetuan Karpal Singh & Co.

Plaintif mendakwa defendan gagal menunaikan janji dengan memberikan kontrak itu kepada Global 2000 Sdn Bhd (pihak ketiga) sedangkan cadangan dan kertas kerja asal mengenai konsep itu disediakan InMan Production.- Jalan Pulang

Berat dah negara 1Malaysia nie...

Posted: 08 Apr 2012 03:00 PM PDT

Purata Dua Orang Dilaporkan Hilang Setiap Hari

Oleh STEVEN DANIEL
KUALA LUMPUR: Bilangan kes melibatkan orang hilang semakin meningkat ke tahap yang membimbangkan, dengan purata seramai dua orang dilaporkan hilang setiap hari di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, dari 2008 dan tahun lepas, sejumlah 7,662 orang dilaporkan hilang di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, amat mengejutkan apabila seramai 3,226 orang yang hilang adalah remaja berusia antara 14 dan 17 tahun.

"Pecahan terperinci mendedahkan bahawa 1,202 mereka adalah gadis," katanya dalam satu temu bual di Grand Dorsett hotel di Subang Jaya, Selasa.

Mohd Bakri mendedahkan daripada 3,226 kes itu, seramai 1,742 remaja sudah pulang manakala 1,484 lagi diklasifikasikan sebagai hilang.

Beliau berkata, statistik terkini menunjukkan sejak tahun lepas, sejumlah 1,097 kes orang hilang dilaporkan di seluruh negara tetapi hanya 406 dianggap selesai selepas mereka dijumpai atau pulang.

Beliau percaya terdapat kes di mana orang yang hilang sudah pulang tetapi pihak polis tidak dimaklumkan mengenainya menyebabkan kes itu masih dianggap sebagai "di bawah siasatan".

Mohd Bakri berkata, siasatan polis mendedahkan bahawa kebanyakan orang yang paling hilang apabila mereka "hilang" melarikan diri bersama kekasih, dipengaruhi rakan-rakan, atau mahu kebebasan daripada ibu bapa mereka.

Tiada ulasan: