Rabu, 18 April 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


MB ini layan sendiri tetamu

Posted: 18 Apr 2012 01:35 AM PDT



http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/580937_345956922120543_310631758986393_900003_1483261485_n.jpg

TGNA sewaktu melayan tetamu dari Indonesia, malam ni di rumahnya.


Sabda Nabi Muhammad S.A.W bermaksud: Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

PRU 13 ..Tan Sri Kadir pun akan berubah

Posted: 17 Apr 2012 06:20 PM PDT

kebelakangan ini kecoh pemimpin umno berbicara isu YDP majlis agama islam Pulau Pinang.Pemimpin PAS sendiri pun tak sibuk dengan isu itu. rasa ganjil pula bila UMNO yang lebih sudu dari kuah.bila PAS bercakap tentang HUDUD melenting habis pemimpin UMNO ini...tapi sekarang sibuk pula nak jaga tepi kain orang. nak menjuarai islam konon. Pasal rasuah dan penyelewngan tak pula diambil kisah oleh puak-puak ini. kalau betul-betul nak jadi juara, berbahas lah isu NFC. sebab dalam islam rasuah dan penyelewengan isu merupakan dosa. malah pemimpin yang tidak amanh pun dianggap melakukan satu dosa.


bagi kita yang mempunyai akal yang waras yang masih boleh berfikir pasti tertanya-tanya, apakah sebabnya masih ada orang yang begitu fanatik menyokong UMNO? dengan segala kepincangan, salah laku,penyelewengan dan pengkhianatan kepada rakyat dan negara yang jelas berlaku dan terbukti, tapi masih menyokong UMNO.

isu NFC merupakan satu contoh nyata penyelewengan dilakukan, Pemberian IC kepada warga asing merupakan pengkhianatan kepada negara. sampai ke saat ini masih tiada penafian di buat oleh PM atau TPM terhadap pembongkaran isu ini yang dikatakan didalangi pejabat perdana menteri sendiri. suruhan diraja yang dituntut untuk menyiasat isu ini sebaliknya dicadangkan untuk isu MP menghina sultan yang tiada bukti kukuh untuk alasan penubuhannya.malah tuduhan itu dibuat oleh petugas kesihatan yang disangsikan kehadirannya didalam dewan berlakunya istiadat tersebut, malah tuduhan berlakunya sindiran terhadap sultan kelantan lebih pantas berjalan berbanding TGNA(yang tidak hadir pada majlis tersebut) menambahkan kesangsian tuduhan.


isu LYNAS pula, seperti kata sasterawan negara datuk A samad said, kenapa dibawa bahaya kepada rakyat. kesan di bukit merah sudah cukup untuk menceritakan segalanya, 20 tahun berlalu namun kesan radioaktif masih ada sampai ke hari ini. kerajaan australia sendiri pun tidak membenarkan projek ini dibuat di bumi australia tapi kenapa kerajaan kita sanggup untuk membenarkannya. dengan pengecualian cukai selama 15 tahun dari kerajaan untuk LYNAS apa yang kerajaan dan rakyat dapat?. mungkin CIMB mendapat untuk yang banyak kerana segala sumber kewangan datang dari mereka tapi memadaikah buat rakyat untuk menerima kesan radiasi yang akan berlaku?

wahai rakyat malaysia yang masih menyokong UMNO , fikirkanlah apa yang berlaku, cuba renungkan janji PR yang terkandung dalam buku jingga, dan lihatlah apa yang berlaku pada negeri dibawah PR. air percuma,bantuan pendidikan, jumlah pelaburan luar tertinggi, pendapatan negeri bertambah, tiada rasuah, tiada penyelewengan(semuanya dibuktikan oleh lapuran audit negara) berubahlah......jika PR gagal menunaikan janji-janjinya, menurunkan harga minyak, mengambilalih tol-tol, pendidikan percuma ke peringkat tertinggi, dan lain-lain lagi, tukarlah balik selepas satu penggal. fikirkan lah apa yang kita dapat jika menyokong UMNO.

Tiada ulasan: