Isnin, 30 April 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Bersih 3.0: Kebangkitan Rakyat Di Seluruh Dunia !

Posted: 30 Apr 2012 05:31 AM PDT

Bersih 3.0: Lagi Video Mangsa Keganasan Polis !!

Posted: 30 Apr 2012 05:27 AM PDT

Bersih 3.0: Lagi Video Mangsa Keganasan Polis !!

Posted: 30 Apr 2012 05:27 AM PDT

Bersih 3.0: Kebangkitan Anak Muda Kini Bermula!

Posted: 30 Apr 2012 04:50 AM PDT

Bersih 3.0: Polis Ganas, Najib Perlu Minta Maaf !!

Posted: 30 Apr 2012 04:32 AM PDT

Bersih 3.0: Kebangkitan Rakyat Di Seluruh Dunia !

Posted: 30 Apr 2012 04:24 AM PDT

Bersih 3.0: Ganas, Lagi Bukti Polis Buat Provokasi

Posted: 30 Apr 2012 02:40 AM PDT


[Nampaknya, semakin media memainkan isu kononnya peserta Bersih 3.0 ganas, kini semakin banyak gambar-gambar bukti jelas memang ada unsur-unsur provokasi oleh pihak polis dalam adengan ganas yang berlaku. Gambar ini tersiar di laman sembang sosial Facebook dan ia jelas sekali membuktikan memang ada perancangan pihak polis untuk menimbulkan provokasi agar peserta dituduh ganas, walhal mereka yang memulakan segalanya. Cuba lihat "glove" dan "gelang kuning" pada tangan-tangan individu di dalam gambar diatas. Ia jelas menunjukkan kepada kita memang ia adalah kerja terancang pihak polis untuk menjatuhkan imeh Bersih 3.0. Semua ini memang sudah boleh dibaca sejak awal lagi. Kini, satu persatu pembongkaran terus dilakukan untuk menyedarkan rakyat bahawa ini memang satu tindakan jahat pihak berkenaan. Bersih 3.0 itu adalah himpunan aman dan kenapa perlu adanya provokasi cukup melampau itu. Berdsarkan gambar di atas, di kanan memang gambar polis sedang memasang kawad duri menghalang peserta masuk ke Dataran Merdeka. Tetapi di kiri, macam mana glove yang dipakai itu boleh kelihatan sama dengan polis pasang kawad duri. Bukankah ini bermakna, dua-dua adalah polis sebenarnya. Rahsia terbongkar jua, rupanya mereka memulakannya].

Video: Panas, Peserta Bersih 3.0 Cedera Di Tembak

Posted: 29 Apr 2012 07:03 PM PDT

Bersih 3.0: Provokasi Langgar, Siapa Lelaki Misteri Yang Menjadi "Pelakon Lagak Ngeri" Itu Agaknya !

Posted: 29 Apr 2012 06:16 PM PDT

Ramai yang keliru dan tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang memulakan provokasi hingga menyebabkan berlaku keganasan pada Himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Malah, dalam insiden kereta polis langgar peserta di hadapan Komplek Sogo juga ia menimbulkan kemusykilan, kerana ada individu "misteri" dipercayai memulakan adengan ini. Cuba lihat pada gambar-gambar yang disiarkan ini. Ini analisa tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam kes cermin kereta polis di serang itu. Apa yang penting di sini ialah tiada polis yang memandu kereta peronda di dunia ini yang memakai "helmet" mat motor sebagai status seorang polis. Dalam kes ini kemungkinan besar ada dua orang "provokator" yang menjadi pelakon "stuntman" untuk membuat adengan "lagak ngeri" terbabit. Buktinya, cuba lihat pada bulatan merah, di mana ada seorang lelaki yang sudah bersiap sedia untuk menyerang kereta polis tersebut. Nampaknya seperti beliau ditugaskan untuk menghentakkan batu ke cermin kereta polis berkenaan. Keduanya, sila lihat pada bulatan biru di mana pemandu "stuntman" ditugaskan memandu ke lokasi tersebut sambil bersedia menunggu cermin keretanya dipecahkan. Mungkin dek kerana itu sejak awal-awal lagi beliau sudah memakai topi keledar untuk melindungi dirinyer dari serpihan kaca akibat hentakan itu. Kesan daripada insiden tersebut makanya, si pemandu di dapati dengan sengaja merempuh orang ramai yang berada di situ. Ia bagi menampakkan "keganasan" kepada peserta himpunan Bersih 3.0 agaknya. Dek kerana itu orang ramai terpaksa membelasah "lelaki yang memakai helmet", sebaliknya membantu pegawai polis yang tersepit di dalam kereta yang terbabas itu. Apapun, ini hanyala analisa sahaja berdasarkan bukti gambar-gambar ini.



[Berdasarkan gambar dan adengan ini maka hanya pembaca sahaja yang boleh mengesahkan semua ini. Apa yang kami dedahkan ini hanyala analisa atas kejadian tersebut dan berdasarkan kepada maklumat beberapa orang saksi yang ditemui di lokasi kejadian berkenaan. Apapun, kini banyak yang menjadi tanda tanya dalam hal ini. Media arus perdana terus memainkan isu kononnya peserta bertindak ganas, namun kini banyak bukti-bukti yang diperolehi mengesahkan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mungkin telah diupah dan dibayar untuk melakukan provokasi ini sebenarnya. Biarlah rakyat menilai dan membuat tafsiran sendiri terhadap pendedahan ini. Kami akan paparkan lebih banyak bukti sebagai rujukan dan hebahan untuk mereka yang musykil dengan kejadian tersebut. Maka, fikirkanlah!].

Bersih 3.0: Provokasi Pecah Dan Rempuh Pagar Polis, Siapakah Lelaki Misteri Yang Di Cari Ini !!

Posted: 29 Apr 2012 06:06 PM PDT



[Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh mendakwa "Kumpulan berkenaan terus bergerak untuk memasuki Dataran Merdeka, pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang kemaraan peserta perhimpunan".. Sekarang timbul persoalan "siapa sebenarnya: yang membuka benteng polis itu? Dari gambar yang tersiar, kelihatan beberapa "pemuda berjaket" merempuh dan mengalihkan sekatan. Seperti kata blogger bloglispolitik, mengapa mereka tidak memakai baju kuning BERSIH jika mereka peserta BERSIH 3.0? Insiden itu menjelaskan lagi bahawa ada provokasi melampau untuk "menjustifikasikan" tembakan gas pemedi mata oleh pihak polis. Maka itu, siapakah lelaki misteri di dalam gambar ini. Kepada sahabat dan semua pembaca yang kenal beliau, bolehlah memaklumkan segera kepada kami untuk kita dedahkan segera!!]. sumber

Tiada ulasan: