Ahad, 29 April 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Bersih 3.0: Antara Foto-Foto Peserta Yang Berani Mati Semasa Berhadapan Dengan Polis Semalam

Posted: 29 Apr 2012 02:54 AM PDT


[Sungguh terkejut melihat aksi-aksi mereka ini. Kerana memperjuangkan kebenaran mereka sanggup melakukan apa saja bahkan rela nyawa terancam. Jika inilah keadannnya, maka ternyata rakyat kini sudah semakin berani untuk melakukan perubahan walau dalam apa jua cara sekali pun. Namun, akhirnya mereka dituduh sebagai "pengganas" gara-gara tindakan biadap beberapa orang anggota polis. Kini, apakah rakyat harus berdiam diri berhadapan dengan situasi yang penuh mencabar ini agaknya. Mereka dituduh ganas apabila pertahankan diri daripada keganasan yang dimulakan oleh pihak polis. Bayangkan perasaan anda bila melihat sepuluh orang polis memukul seorang peserta yang juga rakan anda?. Bukankah ia akan menimbulkan satu perasaan yang teramat murka melihat semua ini. Itulah yang berlaku kepada rakyat terutamanya para peserta itu semalam].

Bersih 3.0: Dr.Asri, Berdosa Dan Haram Memukul, Kerajaan Juga Tiada Hak Hendak Halang Rakyat

Posted: 29 Apr 2012 02:30 AM PDT

Bersih 3.0: "Peserta Ganas" Atau Polis Mengganas, Media Arus Perdana Di Gesa Hentikan Putar Belit !

Posted: 29 Apr 2012 01:07 AM PDT

Nampaknya, ramai pihak yang keliru dengan laporan media arus perdana hari ini. Rata-rata mendakwa peserta himpunan Bersih 3.0 ganas terhadap pihak polis dan melakukan berbagai tindakan hingga menyebabkan mereka tercedera. Namun, pernahkah mereka ini sedar bahawa hakikat sebenar yang berlaku bukanlah peserta ganas, tetapi pihak polis yang telah mengganas dan menggasak para peserta sesuka hati mereka. Malah, dalam banyak kejadian peserta bukan dibelasah oleh seorang dua anggota polis tetapi lebih dari lima orang malah mencecah sepuluh orang. Jika ikut laporan media arus perdana memang hanya polis sahaja yang betul, sebaliknya peserta himpunan tidak betul. Tetapi mereka juga harus sedar para peserta terpaksa mempertahankan diri mereka apabila pihak polis mula mengganas. Inilah hakikat yang sebenarnya berlaku dan sengaja diputar belit oleh media arus perdana. Namun, mujurlah ini zaman internet dan era siber. Maklumat lebih cepat diperolehi oleh rakyat tentang sesuatu kejadian itu. Malah, bagi mereka yang tidak ke Kuala Lumpur semalam juga boleh mendapatkan maklumat yang cepat dan tepat tentang kejadian ini sebenarnya. Oleh itu, usahlah terlalu percaya dengan laporan media perdana yang kerjanya hanya untuk mengampu dan menjadi alat pencacai UMNO Barisan Nasional semata-mata. Justeru, suba lihat foto-foto dan video yang kami paparkan di bawah ini dan fahami benar-benar siapa yang ganas dan siapa yang mengganas agaknya. Sebarkan kepada semua, agar mereka terus berdiri teguh menyokong perubahan pada pilihanraya umum akan datang ini hendaknya.


Flying Kick, apakah ini caranya pihak polis hulurkan salam kepada rakyat

Di belasah cukup-cukup, sambil rambut peserta ini ditarik oleh pihak polis

Bukti, cuba bayangkan siapa yang mengganas dalam insiden ini agaknya

[Soalnya sekarang, siapakah yang mengarahkan agar pihak polis menunjukkan perilaku sebegini agaknya. Selama ini kita hanya melihat kejadian serupa ini berlaku di kaca TV terutamanya bila berita-berita kezaliman tentera Israel terahadap umat Islam di Palestin. Kini, apa yang disajikan kepada kita "saling tak tumpah" seperti apa yang dilakukan oleh Zionis itu. Apakah semua cara ini mendapat ilham dari APCO yang dipercayai syarikat Yahudi yang berkerjasama dengan pemimpin negara kita?. Kini semakin terserlah, pihak polis semakin mengganas dan menjadi rakyat sebagai musuh. Sedangkan mereka sepatutnya menjaga dan mengawal keselamatan rakyat. Amat jelas sekali mereka kini dilatih untuk menggempur dan memperlakukan sesuka hati kepada rakyat yang mahu menuntuk keadilan dalam sistem pilihanraya yang kotor di Malaysia hari ini. Apakah amalan sebegini dihalalkan oleh mereka. Menggasak, mengganyang dan memukul rakyat yang mahu menegakkan kebenaran. Masanya sudah tiba untuk rakyat membuat perubahan pada PRU-13 nanti].

Posted: 29 Apr 2012 01:00 AM PDT

Bersih 3.0: Bukti Ribuan Rakyat Hadir Menyokong

Posted: 28 Apr 2012 11:58 PM PDT


[Foto ini dirakamkan di Jalan Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka. Cuba lihat sndiri, jika di sini pun sudah begitu ramai yang hadir untuk sertai Bersih 3.0, maka apakah kerajaan boleh mempersoalkan untuk tidak melayan terhadap tuntutan rakyat terhadap sebuah pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini?. Seperti biasa, alasan yang diberikan peserta ganas dan himpunan haram ganggu perniagaan dan jejaskan ekonomi. Walhal, mereka yang keluarkan arahan supaya semua pihak tidak membuka perniagaan masing-masing pada hari semalam. Kini terbukti bahawa rakyat sudah muak dengan penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO BN dalam setiap kali pilihanraya di negara ini. Kerjasama mereka dengan SPR dan JPN haruslah dibenteras sehingga ke akar umbi. Apa guna kita berhadapan dengan sebuah pilihanraya yang penuh dengan penipuan seperti ini. Soalnya, kenapa mereka takut?. Kerana mereka mahu terus tipu rakyat. Maka itulah mereka takut berhadapan dengan pilihanraya bersih].

Bersih 3.0: Reformasi Rakyat Kini Bermula Semula Untuk Bangkit Semangat Perjuangan Anak Muda !!

Posted: 28 Apr 2012 11:41 PM PDT



[Susulan Perhimpunan Bersih 3.0 yang berakhir semalam, kini jelas membuktikan kepada kita bahawa gerakan "Reformasi 98" kini nampaknya bermula semula. Semuanya gara-gara rakyat sudah tidak mahu lagi ditipu oleh pemerintah dan mereka mahu melakukan perubahan. Namun, hasrat tersebut terbatas apabila kerajaan UMNO BN dengan kerjasama SPR iaitu agensi yang bertanggungjawab memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia itu bersih dan adil tiba-tiba bersikap "double standard" dan rupanya bekerja untuk mereka. Apalah ertinya pilihanraya jika gelanggang yang dibuka itu berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan yang memerintah. Semua ini menjurus kepada gelombang kebangkitan rakyat dan ini harus diteruskan bagi kita menegakkan semua kebenaran dan keadilan di atas muka bumi ini. Reformasi 98 kini perlu dibangkitkan semula untuk membangkitkan semangat anak-anak muda supaya terus berjuang demi masa depan negara tercinta ini. Teruskanlah perjuangan !!].

Bersih 3.0: Polis Bertindak Ganas Kepada Peserta

Posted: 28 Apr 2012 09:00 PM PDT



[Video-video panas ini dipaparkan bagi membolehkan semua pihak melihat sendiri kenapa peserta Himpunan Bersih 3.0 menjadi ganas. Semuanya gara-gara mereka kecewa dan geram dengan sikap polis yang bertindak ganas terhadap rakan-rakan mereka yang ditangkap. Justeru, jangan terlalu terpedaya dan terpengaruh dengan laporan oleh media arus perdana kononnya peserta yang bertindak ganas terhadap anggota polis. Soalnya kenapa perlu polis mengganas di tempat lain, sedangkan mereka hanya perlu halang rakyat masuk ke Dataran Merdeka dan bukannya di lokasi lain. Tapi atas arahan pihak atasa bahawa Bersih 3.0 itu "HARAM" maka pihak polis seolah-olah mendapat lesen besar untuk membelasah siapa sahaja yang ditangkap oleh mereka. Anehnya, mereka tidak membelasah pula mana-mana pemimpin UMNO BN yang makan duit "HARAM" selama ini. Soalnya, polis bekerja untuk siapa?. Dalam situasi begini mereka bertindak seolah-olah untuk berperang terus dengan rakyat. Jika ini keadaannya, apakah kita dapat saksikan sebuah pilihanraya yang adil dan saksama berlaku di negara kita selepas ini?. Ia kerana pihak polis juga akan diberi tanggungjawab menjaga perjalanan pilihanraya tersebut. Jika ini sikap polis, maka sudah pasti kita akan berhadapan dengan satu situasi yang lebih meragukan dan mengecewakan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya].

Tiada ulasan: