Jumaat, 27 April 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Bersih 3.0: Penganjur Akan Cuba Hampiri Dataran

Posted: 27 Apr 2012 07:19 AM PDT


Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan duduk bantah esok, tetapi akan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka. "Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," kata pengerusi bersamanya, Datuk S Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini. Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka. Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Perintah itu dipohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Bersih 3.0: Enam Lokasi Awal Sebelum Ke Dataran

Posted: 27 Apr 2012 02:26 AM PDT


Penganjur perhimpunan Bersih 3.0 memaklumkan enam lokasi awal sebelum peserta menuju ke Dataran Merdeka, 28 April ini. Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, Maria Chin Abdullah berkata enam lokasi tersebut terdiri daripada Pasar Seni, Masjid Negara, KLCC, Brickfields, Jalan Sultan dan Masjid India. Keenam-enam lokasi itu, katanya merupakan lokasi awal sebelum para peserta berkumpul di Dataran Merdeka pada himpunan Duduk Bantah itu nanti. [Sebarkan]

Panas: PKR Dedah Butiran Keahlian "Orang Kuat" Suruhanjaya Pilihan Raya Di Dalam Parti UMNO !!

Posted: 27 Apr 2012 01:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan butiran keahlian UMNO dua pemimpin paling penting dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail (foto) mendakwa, Abdul Aziz menjadi anggota cawangan Sri Ampang Baru (bahagian Ampang) manakala Wan Ahmad pula di cawangan Kubang Bunggor (Pasir Mas) di Kelantan. Nombor keahlian keanggotaan turut disertakan dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini. "Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan 'non-partisan'. "Ternyata pengerusi dan timbalan pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno...," kata Saifuddin. Saifuddin semalam dilaporkan mencabar kedua-dua orang kuat SPR itu supaya menafikan menganggotai parti UMNO atau beliau akan mendedahkan butiran keanggotaan mereka hari ini. Katanya, anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak. Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga menegaskan bahawa kepercayaan awam syarat tonggak dalam kriteria pelantikan seseorang anggota dalam SPR. "Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihanraya umum ke-13 ini ialah segera meletak jawatan," tambah beliau lagi.


Laporan muka depan Sinar Harian tentang penafian oleh orang kuat SPR itu


[Senario yang berlaku ini sememangnya amat memalukan seluruh rakyat Malaysia. Belum pernah terjadi dalam sejarah tiba-tiba orang kuat SPR berdaftar sebagai ahli mana-mana parti politik. Patutlah selama ini amalan "double standard" terus disajikan buat rakyat. Jika Pengerusi dan Timbalan SPR ahli UMNO, maka apakah yang boleh diharapkan oleh rakyat lagi agaknya. Sudah pasti kita akan terus berhadapan dengan pilihanraya yang jelas kotor dan menyelewengan. SPR yang sepatutnya bebas kini menjadi tali barut UMNO untuk memastikan kemenangan BN dalam setiap kali pilihanraya. Jika ini keadaanny, maka sia-sia sahaja kita adakan pilihanraya dan lebih baik SPR terus menangkan BN untuk selamanya walau pun majoriti rakyat menolak parti karat itu. Kini rakyat harus bangkit menentang kedurjanaan SPR ini dengan turun beramai-ramai ke Bersih 3].

Video: Felda Perdaya Peneroka 'Sign' Surat Bank !

Posted: 26 Apr 2012 08:31 PM PDT

Panas: 'Chegubard' Dakwa Bersih 3.0 Hanya Di KL Dan 'Tidak Ada Di Lokasi Lain' Di Seluruh Negara !

Posted: 26 Apr 2012 07:09 PM PDT

KUANTAN, 27 April - Selepas mendengar ceramah Chegubard (foto) di Markas PAS, Taman Mahkota Aman dekat sini malam tadi, ramai pihak yang menghubungi kami dan bertanyakan persoalan benarkah Bersih 3.0 juga akan diadakan di Kuantan atau hanya di Kuala Lumpur?. Ini berikutan penjelasan Chegubard bahawa Bersih 3.0 hanya akan diadakan di Dataran Merdeka sahaja dan tidak ditempat lain termasuk di Padang MPK Kemunting seperti yang diwar-warkan sebelum ini. PDO, ada melaporkan berkenaan sebuah NGO yang memperkenalkan diri mereka sebagai "Bersih 3.0 Kuantan" berhasrat untuk mengadakan himpunan berkenaan di sini pada 28 April ini. Baca di Sini. Susulan dengan itu, ramai pihak yang serba salah sama ada mahu ke Kuala Lumpur atau hanya "duduk bantah" dalam program yang diadakan di Kuantan itu. Menurut sumber program di Kuantan turut di sokong dan mendapat kerjasama daripada NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) yang dipimpin oleh Tan Bun Teat. Malah, dalam sidang media mereka baru-baru ini turut mengatakan akan menghimpun seramai mungkin rakyat Kuantan untuk bersama dalam himpunan yang dijadualkan di adakan di tapak Himpunan Hijau 2.0 itu dulu. Sementara itu dalam ceramahnya malam tadi, Chegubard berkata Himpunan Bersih 3.0 hanya akan diadakan di Dataran Merdeka. "Saya dengan ini menegaskan, tidak ada mana-mana lokasi Bersih 3.0 melainkan Dataran Merdeka. Semua lokasi lain di seluruh negara termasuk di Kuantan adalah ditaja oleh tali barut UMNO yang bertujuan untuk memecahkan penyokong Bersih 3.0 kepada dia kumpulan. Ia juga bertujuan untuk kurangkan jumlah rakyat yang akan hadir ke KL sebenarnya", kata beliau. Chegubard turut tegaskan agar rakyat berhati-hati dengan pihak yang sengaja mahu menggugat kejayaan Bersih 3.0 itu.


Gelombang Bersih sebenarnya lebih hangat dan panas jika di Kuala Lumpur,
namun masing-masing punyai hak untuk berhimpun di mana mereka suka


[Walau apa pun dan dimana sekali himpunan Bersih 3.0 ini diadakan, ia diharap dapat memberi kesedaran kepada seluruh rakyat tentang perubahan besar yang harus mereka lakukan dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang ini. Rakyat punyai hak untuk buat di mana-mana yang mereka suka, cuma bagi yang mempunyai masa dan ruang boleh bersama dalam himpunan tersebut di Kuala Lumpur. Namun, bagi yang agak sibuk dan tidak mempunyai masa mereka bolehlah hadir ke lokasi-lokasi yang berdekatan sebenarnya. Apapun, lebih ramai yang mahu turun ke Kuala Lumpur kerana gelombang yang akan dihadapai lebih menyeronokkan daripada di Kuantan ini. Justeru, masing-masing punyai hak untuk membuat tindakan dan memilih mana yang sesuai untuk diri mereka. Jika ke Kuala Lumpur maka mereka akan berhadapan dengan berbagai risiko jika ada tindakan tegas oleh pihak polis agaknya. Apapun, Bersih 3.0 semakin hampir dan sama-sama kita mulakan kebangkitan suara rakyat].

Panas: 'Duriah Runtuh', Lagi 770 Peneroka Saman Felda Isu "Kadar Perahan Gred (KPG)" Di Pahang !

Posted: 26 Apr 2012 05:52 PM PDT

KUANTAN, 27 April - Seramai 770 peneroka dari Gugusan Felda Chini menfailkan saman terjadap Felda berhubung dengan isu penipuan dan penyelewengan itu Kadar Perahan Gred (KPG) . Saman difailkan melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Kuantan di sini semalam. Dalam saman tersebut, peneroka terbabit telah menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan dan mendakwa kedua-dua pihak menggredkan hasil minyak sawit lebih rendah daripada sepatutnya sejak 17 tahun lalu. Mereka mendakwa ditipu dalam kadar perahan minyak kelapa sawit. Peguam R Sivarasa berkata, kadar perahan digredkan secara purata 18.5 peratus ketika Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mencadangkan kadar sekurang-kurangnya 22 peratus. Peneroka daripada lapan tanah rancangan di Pahang menyaman Felda atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah yang dikatakan melibatkan nilai sehingga RM433 juta. Turut hadir di mahkamah semalam, ialah Hj.Suhaimi Said (Ketua Biro Masyarakat Felda dan Orang Asli PKR Pusat, merangkap Ketua Cabang PKR Kuala Krau), Peguam Lateefa Koya dan yang lain-lainnya.





Lagi berita selanjutnya sila klik 770 Peneroka Dari Pekan Saman Felda

[Dalam sibuk-sibuk Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak mahu menhulurkan duit "durian runtuh" kepada peneroka Felda tiba-tiba hadiah ini yang diberikan oleh peneroka Chini kepada PM. Harus diingat, Chini terletak dalam parlimen Pekan yang diwakili oleh Najib sendiri. Ini bermakna, para peneroka yang sedar mereka akan ditipu tidak langsung terpengaruh dengan tawaran yang akan dibuat oleh Najib pada 8 Mei 2012 ini sebenarnya. Mereka akhirnya bertindak mengemukakan saman terhadap Felda yang telah sekian lama menipu mereka "hidup hidup". Maknanya, durian runtuh yang dijanjikan itu juga adalah duit penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Felda terhadap peneroka sejak sekian lama dulu. Justeru, berhati-hati dalam membuat tindakan dan jangan terperangkap dengan permainan mereka yang jelas cuba untuk memperdayakan masyarakat peneroka sejak sekian lama itu sebenarnya].

Tiada ulasan: