Khamis, 26 April 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


530 Peneroka Chini Saman Felda Isu KPG Pagi Ini !

Posted: 25 Apr 2012 12:31 PM PDT

KUANTAN, 26 April - Seramai 530 orang peneroka di Gugusan Chini, Pekan akan menfailkan saman bagi menuntut gantirugi KPG di Mahkamah Tinggi Kuantan jam 10.00 pagi ini. Orang ramai di jemput hadir untuk bersama-sama memberi sokongan.

Kompilasi: Demi Sebuah Pilihanraya Adil & Bersih

Posted: 25 Apr 2012 12:20 PM PDT

Blogger Puji Tindakan Cekap Pihak Polis, Dan Nafi Jadi Batu Api Perbalahan Isu Bendera Di Kuantan

Posted: 25 Apr 2012 12:04 PM PDT

KUANTAN, 26 April - Blogger Cucumatkilau (foto) hari ini tampil menjawab tuduhan kononnya beliau yang telah mengapi-apikan penyokong UMNO dan PAS agar berlaku perbalahan di Jalan Bank (Jalan Mahkota) dekat sini baru-baru ini. Beberapa buah akhbar dan blog pro UMNO menuduh beliau yang menjadi punca perbalahan tersebut. Dalam kejadian itu, dua kumpulan yang terdiri daripada penyokong kedua-dua parti terbabit berbalah hingga mencetuskan pergaduhan akibat isu bendera. Penyokong PAS dipercayai cuba memasang bendera parti itu di pokok-pokok dan tiang lampu yang menempatkan bendera UMNO BN. Mereka tidak berpuas hati dengan sikap Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang dilihat "double standard" dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan yang dibuat. Terdahulu, Yang DiPertua MPK, Dato' Zulkifli Yaakob dipercayai mengeluarkan kenyataan untuk menurunkan semua bendera, kain rentang atau apa jua lambang parti politik yang terdapat di seluruh bandar ini. Namun anehnya, hanya bendera parti pembangkang sahaja yang lebih diutamakan namun bendera UMNO BN seolah-olah dipandang sebelah mata oleh pihak terbabit. Lantaran itulah pemuda PAS membuat operasi memasang bendera parti itu di pokok berkenaan. Namun, perbuatan itu mendapat kecaman daripada penyokong UMNO hingga menyebabkan perbalahan berlaku. Walau bagaimana pun, mujurlah tidak ada kejadian yang serius berlaku selepas kedua-dua pihak didamaikan oleh pihak polis. Sementara itu, menurut blogger terbabit beliau hanya menegur tindakan penyokong UMNO membuang bendera PAS pada pokok terbabit. "Saya katakan biar MPK yang berbuat demikian. Namun, alasan itu menimbulkan kemarahan seorang penyokong UMNO yang meluru ke arah saya dengan kasar hingga menyebabkan beberapa orang penyokong PAS terpaksa masuk campur. Bukan saya mahu api-apikan mereka, cuma keadilan perlu ada dalam melaksanakan peraturan. Jika MPK mahu turunkan, maka mereka perlu buat menyeluruh dan bukan tertumpu kepada parti pembangkang semata-mata", kata blogger terbabit.


Sebahagian daripada babak kekecohan yang berlaku di depan HSBC malam itu

Beliau turut memuji tindakan pihak polis yang cepat bertindak, bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku. "Saya difahamkan OCPD Kuantan, juga turut hadir pada malam itu untuk memantau. Jika tidak ada pihak polis.. pasti perkara lebih buruk berlaku", kata beliau. Sementara itu sebagai Aktivis Rakyat, beliau juga menegur sebilangan penyokong PAS yang bertindak kasar pada malam itu. "Bagi saya, mereka tidak perlu terlalu marah dengan apa yang terjadi. Tindakan UMNO BN meletakkan bendera mereka pada pokok berkenaan mungkin itu hak mereka. Maka, PAS juga boleh memasang bendera mereka ditempat lain, walau pun sudah diturunkan oleh MPK sendiri. Malah, selama ini bertahun-tahun saya lihat penyokong UMNO tidak pernah bertindak kasar dengan mengoyakkan poster-poster ceramah PAS yang ditampal pada pokok-pokok sekitar bandar terutamanya di lokasi terbabit (Jalan Bank). Maka itu, usahlah kita berbalah hanya kerana isu bendera seperti ini", katanya lagi.

[Difahamkan, kini PAS juga sudah mula memasang bendera-bendera mereka pada lokasi yang strategik selepas kejadian itu. Malah, bendera PAS yang diletakkan pada pokok di hadapan Hongkong & Shanghai Bank (HSBC) juga masih kelihatan sehingga artikel ini ditulis. Ini menunjukkan bahawa perbalahan yang berlaku pada malam itu tidak menimbulkan kesan mendalam di hati kedua-dua pihak sebenarnya. Justeru, amatlah diharapkan agar kedua-dua pihak tidak terbawa-bawa isu ini hingga bermusuhan antara satu sama lain. Terkadang didalam UMNO dan PAS itu sendiri ada saudara mara dan sahabat handai mereka sendiri. Amat memalukan kepada kaum lain jika senario ini berterusan. Jalan yang terbaik adalah berdamai dan lebih saling hormat menghormati antara satu sama lain pada masa akan datang. Jadikanlah politik di Malaysia lebih bersih dalam menyuburkan amalan demokrasi itu sendiri hendaknya. Bersama-samalah kita membawa harapan baru buat generasi akan datang].

Tiada ulasan: