Isnin, 23 April 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Warta Pahang: OCPD Kuantan Gesa Orang Ramai Tingkatkan Tahap Keselamatan Bagi Elak Jenayah

Posted: 22 Apr 2012 10:11 PM PDT

KUANTAN 23 April - Orang ramai di sekitar bandar ini diingatkan agar sentiasa meningkatkan tahap keselamatan di rumah dan kenderaan masing-masing kerana jenayah pecah rumah dan kecurian kenderaan semakin kerap dilaporkan kebelakangan ini. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kosmisioner Mohd. Jasmani Yusof (foto) berkata, penduduk di daerah ini juga diminta memaklumkan kepada pihak polis melalui bilik gerakan sekiranya mahu meninggalkan rumah dalam tempoh yang agak lama. "Selain itu, penduduk boleh memberitahu jiran masing-masing selain meningkatkan keselamatan seperti berhenti melanggan surat khabar, memasang lampu di luar rumah dan sentiasa memastikan pintu rumah dikunci dengan baik. "Banyak kes kecurian motosikal turut dilaporkan berlaku di pekarangan rumah selain di pusat membeli-belah," katanya. Kata Mohd. Jasmani, kebanyakan kes kecurian dan pecah rumah terbabit dilakukan oleh golongan remaja dan penagih dadah. "Kita percaya mereka menjual motosikal yang dicuri sebagai alat ganti dengan mengambil komponen tertentu pada harga semurah RM200 hingga RM300 sahaja," katanya lagi. Tambahnya, walaupun pihak polis kerap menjalankan rondaan dan membuat pemantauan namun kerjasama daripada masyarakat dalam membantu mengurangkan kadar kes jenayah.

[Kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi terkadang menakutkan orang ramai. Malah, ada sebahagian daripada mereka yang ditimpa kejadian yang berulang-ulang akibat kecuaian tersebut. Justeru, saranan OCPD Kuantan itu haruslah diambil perhatian secara positif bagi menggelakkan kejadian yang sama berlaku ke atas harta benda kita. Terkadang, rakyat perlu berterimakasih kepada pihak polis yang bertungkus lumus menjaga keselamatan mereka biarpun mereka terpaksa berhadapan dengan segala rintangan dan masalah sebenarnya. Maka, semua pihak digesa berkerjasama dan memberi sokongan sepenuhnya kepada pihak polis agar kesemalatan mereka juga akan lebih terjamin pada masa yang akan datang].

Protes Lynas Di Pintu Masuk Kilang Itu Di Gebeng

Posted: 22 Apr 2012 09:17 AM PDT

'Bersih 3.0' Turut Akan Menganjurkan Himpunan Tersebut Di Padang Kemunting Pada 28 April Ini !!

Posted: 22 Apr 2012 07:43 AM PDT

KUANTAN, 22 April - Satu perhimpunan Bersih 3.0 juga akan diadakan di sini pada 28 April ini. Himpunan anjuran NGO Bersih 3.0 Kuantan itu bakal diadakan di Padang MPK 4 (Kemunting) iaitu tapak Himpunan Hijau 2.o bulan Februari lalu. Program akan bermula jam 2.00 petang iaitu serentak dengan Himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada hari yang sama. Menurut Pengerusi Bersih 3.0 Kuantan, Mohd Suhaimi Ismail (foto) program itu didadakan di Kuantan bagi menyahut seruan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan yang mahu ia diadakan serentak di seluruh negara. "Pilihanraya yang bersih, adil dan telus adalah asas kepada sebuah kerajaan yang dikehendaki oleh rakyat serta melambangkan erti demokrasi. Banyak negara di dunia memilih dan mengekalkan pemerintahan berdemokrasi adalah kerana ia memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih pemerintahnya dan sekaligus menentukan arah pembangunan negara. Tiada sesiapa pun yang boleh menentukan nasib rakyat, jika ia dibenarkan, maka ia tidak melambangkan erti demokrasi", kata Suhaimi. "Demokrasi mesti dikaitkan dengan perkataan BERSIH kerana perkataaan BERSIH melambangkan kesucian, keharmonian dan kebebasan. BERSIH 3.0 melambangkan hasrat rakyat seperti kami ini, di mana kami ingin menyeru pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk menjalankan tugas mereka yang diamanahkan oleh rakyat untuk memastikan pilihanraya dilakukan secara bersih, adil dan telus", kata beliau.


Suhaimi bergambar bersama Ahli Jawatankuasa beliau yang baru ditubuh

Suhaimi turut menegaskan pihaknya hanya akan mengunakan rangkaian sosial seperti Facebook, risalah-risalah, halaman rasmi BERSIH 3.0 dan lain-lain untuk menyebarkan hasrat tersebut. Malah mereka juga tidak akan mengunakan sistem pesanan ringkas atau SMS untuk mewar-warkan aktiviti berkenaan. Beliau turut menasihatkan kepada mana-mana pihak yang terima SMS tersebut, maka dinasihatkan supaya abaikan SMS berkenaan kerana ia bukanlah dari mereka.

[Himpunan Bersih 3.0 kini nampaknya mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk NGO yang berkaitan. Jika ini keadaannya, maka pasti ramai juga yang akan turun berhimpun di Padang MPK 4 (Kemunting) pada 28 April ini terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai masa dan kesempatan untuk bersama yang lainnya di Dataran Merdeka. Namun, ada juga timbul persoalan apa akan terjadi kepada Himpunan Bersih 3.0 di KL nanti jika semua negeri mengadakan perhimpunan masing-masing. Akhirnya hanya segelintir pihak sahaja yang akan turun ke sana dan ini akan menyebabkan kehadiran sudah pasti berkurangan daripada apa yang dijangkakan. Inilah yang pasti akan timbulkan kemusyikalan. Apapun, di mana saja himpunan ini dijalankan sudah pasti ia tetap dapat sambutan].

Tiada ulasan: