Khamis, 19 April 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Pakatan Persoalkan Pemansuhan Barung Panas !

Posted: 19 Apr 2012 05:54 AM PDT

Gabungan NGO 'Gerakan Selamatkan Felda' Anjur Konvensyen Di UNISEL Selangor Pada 22 April Ini!

Posted: 19 Apr 2012 04:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 April - Gabungan NGO "Gerakan Selamatkan Felda" akan mengadakan Konvensyen Halatuju Felda di Dewan Serbaguna UNISEL Shah Alam Selangor pada 22 April ini. Program itu akan membariskan ramai tokoh-tokoh penting negara sebagai tetamu khas. Sementara itu Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto) berkata program itu akan dirasmikan oleh Ybhg Tan Sri Abd Kadir Syeikh Fadil, bekas Menteri Kabinet Malaysia. Sementara majlis penutupan rasmi akan disempurnakan oleh Dato' Husam Musa, Naib Presiden PAS dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan. "Program ini adalah anjuran bersana NGO seperti ANAK, BAPA, BANGKIT, KERABAT, WARIS, TERAS, SAMM, SMM, ABIM, JIM dan GAMIS. Tujuan Konvensyen ini diadakan adalah untuk berkongsi pandangan mengenai isu-isu penting seperti penyenaraian Felda Global Venture di Bursa Malaysia, Masadepan Generasi ke 2 dan 3 Felda, Transformasi Felda, penambahbaikan KPF dan Anak Syarikat Felda serta kepincangan Tanam Semula Felda", katanya. Sesuatu yang menarik mengenai Konvensyen ini ialah cadangan beberapa tawaran penting dikemukakan bagi memintas propaganda 'Durian Runtuh' yang diiklankan setiap hari oleh Kerajaan BN. Antaranya pemberian tanah Felda Plantation dan perumahan untuk Generasi Ke-2, Universiti Felda, pelupusan hutang tanam semula peneroka dan penambahan saham pencarum Koperasi Permodalan Felda (KPF). Antara yang mengambil bahagian ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Dato' Arif Sabri, Dr Rosli Yaakob, Rafizi Ramli, Peguam Hj Haris Abdullah, Dr Kamari Kasan dan ramai lagi.


Antara yang ambil bahagian seperti Dato' Ariff Sabri, Datuk A.Samad Said,
Peguam Mohd Harris Abdulah dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli

Ia dijangka dihadiri seribu peserta daripada seluruh negara. Sehingga hari ini telah lebih 400 orang daripada Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor mengesahkan penyertaan dan datang dengan beberapa buah bas. Beberapa orang Peneroka Felda daripada Gugusan Sahabat dan Umas Sabah juga telah menghubungi urusetia Konvensyen untuk turut serta. Berdasarkan maklum balas sehingga jam 6 petang 18 April; penyertaan sangat menggalakkan dan dijangka melebihi jangkaan seribu orang pada hari konvensyen. "Bukan sahaja Warga Felda, penganjur juga menerima penyertaan memberangsangkan daripada tokoh2 politik, NGO, bekas pegawai Tinggi Kerajaan dan bekas Pegawai Kanan Felda. Ini mungkin faktor isu penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia yang sedang hangat dibicarakan di sana sini mendorong minat orangramai yang ingin tahu atau mengambil bahagian semasa sesi perbahasan", kata Mazlan lagi.

[Satu program yang cukup baik untuk memberikan kesedaran kepada warga Felda tentang halatuju dan masa depan agensi itu. Para peneroka perlu hadir dan mengambil bahagian dalam program ini agar mereka lebih memahami tanggungjawab untuk menyedarkan rakan-rakan yang lain agar tidak terpengaruh dengan janji-janji manis dan durian runtuh yang akan diberikan oleh Felda sebagai "gula-gula" untuk mereka terus menyokong UMNO BN pada PIlihanraya Umum ke-13 nanti. Justeru, kepada mereka yang berminat untuk menyertai bolehlah menghubungi pihak urusetia berikut untuk pengesahan kehadiran mereka. Sila hubungi Nasaie Ismail (0199624114), Yohanis Ahmad (0133039913) dan Muthanna Shaari (0192676625). Semoga program ini akan berjaya memberi input yang berguna kepada para peneroka agar mereka lebih memahami tanggungjawab dan hak mereka selama ini. Jom, sertai program ini nanti].

FB Galeri: Gempar, Kepulan Awan Berupa Ombak Tsunami Tiba-Tiba Landa Bandar Segamat Johor!

Posted: 19 Apr 2012 03:11 AM PDT



Foto ini dirakamkan oleh rakan Facebook PDO di Segamat Johor. Kepulan awan yang seolah-olah ombak Tsunami melanda bandar terbabit. Ramai yang terkejut dan takut melihat fenomena ini. Apapun, segalanya adalah kuasa Allah dan semoga apa yang terjadi ini dapat dijadikan ikhtibar oleh semua. Foto seterusnya menyusul. fbgaleri2012

Nurul Izzah: Jangan Biar Masa Depan Tergadai !!

Posted: 19 Apr 2012 02:36 AM PDT

Panas: 'Dakwaan Salah Guna Kuasa', MB Di Harap Agar Pantau Pengurus Kewangan Yayasan Pahang

Posted: 19 Apr 2012 01:20 AM PDT

KUANTAN, 19 April - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob selaku salah seorang pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang di harap memantau serta mengambil tindakan terhadap seorang pegawai kanan Yayasan Pahang yang dipercayai telah menyalahgunakan kuasanya Mac baru-baru ini. Berdasarkan maklumat, pegawai yang dikenali sebagai Norhishamuddin Yaacob (foto) bertugas di bahagian kewangan agensi terbabit telah menggunakan kuasanya untuk membawa kumpulan bermotor "Pahang Bikers" ke Cameron Highlands bagi menjalankan acara mereka. Sedangkan program Yayasan Pahang ketika itu ialah acara sumbangan "beg sekolah" kepada para pelajar di situ. Masalahnya yang berlaku ialah program tersebut hanya dikhaskan kepada beberapa orang kakitangan Yayasan Pahang yang bertugas sebagai urusetia sahaja, namun tindakan pegawai terbabit membawa bersama rakan-rakan beliau yang berjumlah lebih dari 30 orang itu amatlah dikesali. Walau pun alasan yang diberikan ialah kumpulan "bikers" terbabit bagi membantu program berkenaan. Namun, dari laporan yang diperolehi mereka hanya hadir sebagai permerhati sahaja. Hishamuddin dipercayai telah menggunakan duit Yayasan Pahang untuk menbiayai perjalanan, penginapan, makan minum dan aktiviti yang melimatkan kumpulan terbabit. Ini jelas satu tindakan salahguna kuasa dan wajar diambil tindakan tegas oleh Adnan selaku salah seorang Pengerusi Yayasan Pahang. Difahamkan, pegawai terbabit sewenangnya menggunakan kuasa untuk menggunakan sumber kewangan agensi itu untuk kepentingan peribadinya.

[Sebenarnya, apa yang berlaku ini tidak lah terlalu mengejutkan. Ini kerana sebelum ini MB Pahang sendiri juga dipercayai telah menggunakan kewangan Yayasan Pahang untuk membawa "puak gerabak" beliau bersama ketika beliau membuat lawatan ke Timur Tengah baru-baru ini. Bukan setakat, orang pejabatnya tetapi termasuk juga pemandu dan lain-lain. Justeru, tidak hairanlah amalan ini diteruskan pula oleh pegawai-pegawai bawahan termasuk dalam kes yang berlaku ini. Difahamkan, kerja-kerja yang dilakukan oleh Pengurus Kewangan Yayasan Pahang ini memang diketahui oleh Pengurus Besarnya, Dato' Hjh Sariah Saad (foto), namun tiada tindakan diambil atas segala yang berlaku selama ini. Maka itulah, akhirnya perkara ini terpaksa didedahkan kepada umum. Banyak lagi salah laku yang berlaku di anak-anak syarikat Kerajaan Negeri akan didedahkan oleh Pahang Daily Online selepas ini. Jom, Kempen Selamatkan Pahang!].

Selangor Tiada Pilihan Raya Selagi Daftar Kotor !!

Posted: 18 Apr 2012 09:58 PM PDT

Video: Panas, Serangan "Samseng" Terhadap Para Mahasiswa Yang Berkhemah Di Dataran Merdeka !

Posted: 18 Apr 2012 05:19 AM PDT


Mahasiswa akan tetap berkampung di Dataran Merdeka selagi kerajaan tidak
mengemukakan satu kaedah yang jelas berhubung tuntutan memansuhkan
pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), VIDEO


Tiada ulasan: