Rabu, 18 April 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Terbongkar: Rupanya 'Bekas Orang Kanan' MARA Juga Jadi Proksi Adnan Punggah Kekayaan Negeri

Posted: 18 Apr 2012 05:08 AM PDT

KUANTAN, 18 April - Orang ramai kini mula tertanya-tanya, siapakah bekas orang kanan MARA yang dikatakan menjadi proksi Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) yang menyebabkan ekonomi negeri ini merudum sejak beliau menjadi Menteri Besar Pahang. Berita panas yang tersebar di media arus perdana beberapa hari lalu berkenaan seorang bekas Ketua Eksekutif (CEO) dan seorang pengurus Yayasan Pelajaran MARA (YPM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terbabit dengan rasuah sungguh mengejutkan kita semua. Namun, rupanya di Pahang senario yang sama juga telah dan akan berlaku. Ekonomi negeri Pahang senantiasa merudum, sebaliknya Adnan dan proksinya ini "kaya raya" meraihkan yang "orang UMNO" sendiri tidak tahu sebenarnya. Kini, masing-masing cuba mencari-cari siapakah individu terbabit sebenarnya. PDO tidak akan mendedahkan nama dan siapakah individu terbabit, cuma kami akan pastikan seluruh rakyat Pahang tahu bahawa selama ini Adnan selaku Menteri Besar begitu taksub dan mempercayai individu berkenaan sebagai penasihatnya hingga menyebabkan banyak anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang terjual ke tangan orang asing. Malah, umum masih ingat bagaimana Pahang Cement yang milik kerajaan negeri yang didirikan dengan megahnya di zaman Menteri Besar, Tun Khalil Yaakob akhirnya terjual ke tangan YTL Corporation Berhad. Semua ini bukan berlaku secara tidak sengaja, tetapi terdapat jelas unsur campurtangan individu terbabit dalam merencanakan semua ini. Kini difahamka beliau masih menjadi sebahagian orang kuat Pahang Cement selepas sahamnya dibeli oleh YTL. Permainan licik individu berkenaan sudah tidak boleh dimaafkan lagi. Selama ini rakyat Pahang tertipu dengan pentadbiran Adnan Yaakob yang rupanya mendapat khidmat nasihat secara "halus" dari individu berkenaan. Justeru, PDO sedang mengumpulkan maklumat lengkap untuk pendedahan panas ini supaya seluruh rakyat Pahang seantero dunia sedar bahawa mereka telah ditipu oleh Cikgu Adnan Bin Yaakob selama ini.


Tinggal kenangan, syarikat Pahang Cement yang berdiri megah di zaman
Tun Khalil Yaakob kini tergadai dek kelicikan Adnan dan proksinya itu


[Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Inilah perumpamaan yang boleh diberikan kepada MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob. Selama ini, memang ramai pemimpin UMNO Pahang malah Exco Kerajaan Negeri yang sedar akan senario ini. Namun, mereka tidak berani dan gusar untuk membuka mulut dan takut diambil tindakan oleh Adnan. Namun, akhirnya berbagai fail panas sudah diperolehi dan ianya disalurkan oleh beberapa orang pemimpin UMNO Pahang sendiri yang sudah tidak tahan dengan permainan politik Adnan untuk terus menipu rakyat. Dengan terbongkarnya pendedahan ini, lebih banyak lagi kebobrokan Adnan akan didedahkan terutamanya penyalahgunaan kuasa beliau menggunakan kuasanya untuk meluluskan projek kepada adik beradiknya. Adnan sebenarnya telah begitu banyak merompak harta kekayaan negeri Pahang sejak mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan negeri daripada Tun Khalil Yaakob. Apa yang dilakukan Adnan ini lebih teruk dari zaman Tun Khalil dulu sebenarnya. Banyak lagi fail panas kini sudah dikeluarkan daripada pejabat-pejabat anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang untuk membongkarkan semua ini. Individu terbabit rupanya adalah penasihat ekonomi Adnan Yaakob, dan Adnan hanya akan mendengar pandangan beliau dalam menerima segala macam pelaburan yang akan masuk ke Pahang. Namun, beliau juga terlibat dalam penjualan beberapa buah anak syarikat kerajaan negeri sejak Adnan memerintah. Soalnya siapakah individu terbabit?, nantikan pendedahan panas seterusnya selepas ini].

Turun Bendera, "Majlis Perbandaran Kuantan" Di Gesa Tidak "Double Standard" Jalankan Tindakan

Posted: 18 Apr 2012 12:02 AM PDT

KUANTAN, 18 April - Susulan kenyataan Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Dzulkifli Yaakob (foto) semalam yang menegaskan pihaknya akan menurunkan kain rentang, poster dan bendera parti-parti politik yang di pasang di beberapa kawasan penempatan dan jalan raya sekitar bandar ini. Maka, PDO amatlah berharap agar MPK tidak "double standard" dalam tindakan mereka. Oleh kerana tindakan itu diambil bagi memastikan pemasangan poster dan kain rentang itu tidak mengganggu lalu lintas dan membahayakan pengguna jalan raya, maka MPK sepatutnya menfokuskan lokasi di kawasan pusat bandar terlebih dahulu sebelum ke pinggir-pinggir bandar. Berdasarkan kepada kenyataan Yang DiPertua MPK itu, antara kawasan yang dikenalpasti dipasang dengan bendera, kain rentang dan poster ialah di Jalan Beserah, Jalan Air Putih dan di kawasan-kawasan perumahan semata-mata. Sedangkan MPK sepatutnya menumpukan lokasi di pusat bandar terutamanya berhampiran Pejabat UMNO Kuantan, di Jalan Mahkota dekat sini. Tinjauan PDO mendapati, bendera UMNO dan Barisan Nasional dipasang sewenang-wenangnya pada pokok-pokok yang terdapat di sekitar kawasan terbabit iaitu berhampran Masjid Negeri, Sultan Hj.Ahmad Shah I sehinga ke kawasan berhadapan Pejabat Pos Negeri. Malah, bendera yang tersebut bukan hanya dilekatkan begitu saja, malah pihak berkenaan memaku kayu bendera pada pokok-pokok berkenaan. Bukakah itu boleh merosakkan pokok terbabit sebenarnya. Malah, ada diantara bendera tersebut betul dipacakkan hingga menghalang lalu lintas. Itu belum termasuk yang jatuh menyembah bumi lagi. Maka, itu, Dzulkifli digesa mengarahka anak buahnya membuat rondaan di kawaan terbabit terlebih dahulu sebelm menfokuskan kawasan lain. Memang benar ada banyak bendera yang dipasangkan di taman-taman perumahan dan lokasi-lokasi tertentu. Cuma, MPK perlulah adil dalam membuat tindakan. Jangan hanya bendera parti pembangkang sahaja yang diutamakan, sebaliknya mereka tidak berani membuang bendera yang dipasang oleh parti UMNO.


Penguatkuasa MPK sanggup memanjat pokok hanya untuk buang bendera PAS

Musykil, kenapa bendera UMNO BN dibiarkan pula oleh MPK tanpa tindakan

Aneh, macam mana bendera UMNO BN dalam bandar ini tidak disedari MPK
[Semalam, YDP Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu juga berkata semua parti politik yang ingin menggantung kain rentang, poster dan bendera masing-masing semasa pilihan raya nanti perlu memohon permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), bukannya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Soalnya, jika mengantung bendera dan banner pun mahu dirujuk kepada pihak polis, maka apa tugas MPK sebenarnya?. Bukankah semua itu adalah tugas MPK?. Nampak benar MPK cuba melepaskan tanggungjawab tersebut kepada pihak polis yang sudah terlalu banyak tugas yang lebih utama untuk mereka jaga. Usahlah dibebankan lagi pihak polis dengan kerja-kerja hakiki MPK. Cukuplah dengan kerja polis meluluskan permit ceramah dan sebagainya. Tindakan ini, seolah-olah ingin menyusahkan lagi parti politik terutamanya pembangkang pada PRU-13 ini sebenarnya. Justeru, MPK digesa melakukan tugas dengan profesional dan tidak terikut-ikut dengan arahan politik kerana semua rakyat tidak kira penyokong kerajaan atau pun pembangkang adalah pembayar cukai kepada pihak berkuasa tempatan terbabit. Maka, itu bertindak adillah kepada seluruh rakyat Kuantan jikalau majlis tempatan itu ingin agensi terbabit terus dihormati].

Panas: Fitnah Cium Anwar, Blogger Cucumatkilau Rayu Bantuan Dana Teruskan Saman Utusan !

Posted: 17 Apr 2012 08:17 PM PDT

KUANTAN, 18 April - Orang ramai terutamanya pembaca setia Pahang Daily Online (PDO) yang prihatin dipelawa menyumbangkan derma kepada salah seorang krew kami iaitu Blogger Cucumatkilau atau nama sebenarnya Mohd Shukri Mohd Ramli (foto). Ia bagi mengisi tabung dana untuk beliau berhadapan dengan kes saman terhadap akhbar arus perdana Utusan Malaysia berhubung dengan fitnah "cium Anwar" pada 2010 yang lalu. Menurut blogger terbabit, beliau amat mengharapkan sumbangan daripada para pembaca PDO bagi menampung kos-kos yang berkaitan termasuk urusan guaman dan sebagainya. Beliau yang cukup sinonim dengan beberapa artikel panas di PDO, khabarnya akan menfailkan saman terhadap akhbar terbabit di Mahkamah Tinggi Kuantan dalam masa terdekat ini. "Saya telah berbincang dengan peguam baru, selepas peguam terdahulu menarik diri kes ini. Saman lebih tinggi daripada yang asal (RM5 juta) akan dituntut selepas berbincang dengan peguam. Jika tiada aral melintang, kes akan didengar selewat-lewatnya akhir bulan ini atau awal bulan depan", kata Shukri. Difahamkan, beliau kini melantik The Law Office Of Mohd Harris untuk mengendalikan kes itu. "Sebelum ini notis sudah pun dihantar kepada Utusan Malaysia tentang perkara ini. Kini tiba masanya prosiding mahkamah dimulakan bagi membuktikan apa yang dilaporkan oleh akhbar terbabit pada 27 November 2011 itu adalah tidak benar sama sekali", dakwa blogger terbabit.


Keratan laporan akhbar Utusan Malaysia pada 27 November 2010


Bukti, blog UMNO menyerang dan siarkan foto palsu dia cium Anwar

Lagi bukti, blog yang fitnah beliau selepas laporan Utusan Malaysia itu

Beliau yang juga merupakan bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi DUN Kemayan (Parlimen Bera) PRU12 lalu, telah meninggalkan parti itu pada 11 Februari 2011 untuk bergeras sebagai Aktivis Bebas yang Pro Rakyat. Namun, laporan Utusan Malaysia pada 27 November 2010 telah melaporkan tajuk "Cucu Mat Kilau Keluar PKR", malah tidak cukup dengan itu artikel berkenaan turut memaparkan kenyataan "Dulu Pernah Cium Anwar, Kini Tidak Sanggup Lagi Tipu Diri Sendiri". Susulan penyiaran artikel dan kenyataan terbabit, maka beliau telah diserang bertalu-talu oleh blogger-blogger UMNO. Malah gambar-gambar kononnya beliau membuat ciuman berahi terhadap Anwar telah disebarkan. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menuduh beliau adalah "mangsa liwat ketiga" pemimpin pembangkang itu selepas Saiful Bukhari Azlan. "Gara-gara kenyataan Utusan itu, saya difitnah dengan berbagai-bagai tuduhan. Permohonan saya untuk sertai parti-parti politik juga telah ditolak gara-gara laporan dan gambar-gambar yang disebarkan. Malah, harapan untuk saya bertanding pada PRU13 kali ini atas platform parti politik juga berkecai kerana masing-masing tidak percaya dan yakin dengan saya lagi. Justeru itulah, saman ini terpaksa diteruskan bagi membersihkan semula imej dan maruah saya. Saya bersumpah, gambar-gambar yang dipaparkan itu bukanlah saya sebenarnya. Malah saya difahamkan individu terbabit kini masih wujud dan tinggal di Lembah Kelang. Sokongan semua amatlah saya harapkan demi mengajar Utusan Malaysia supaya lebih berintegriti dan berhati-hati lagi dalam melaporkan berita mereka selepas ini", tambah Shukri lagi.

[Cium orang yang lebih tua memang tidak menjadi maslaah sebenarnya. Tetapi, apabila foto ciuman yang dilihat agak berahi kemudian disebarkan seolah-olah ianya benar maka ia menjadi kesalahan. Malah, pihak akhbar Utusan Malaysia sepatutnya tidak melaporkan berita berkenaan tanpa usul periksa terlebih dahulu. Inilah jadinya apabila ada wartawan yang cuba memandai-mandai dalam melaporkan sesuatu isu. Difahamkan Peguam beliau Harris Abdullah (foto) akan mengemukakan tuntutan baru dengan jumlah memcecah RM30 juta terhadap Utusan Malaysia. Tambahan pula, gara-gara laporan berkenaan blogger terbabit kini gagal bertanding atas tiket parti politik pada PRU-13 nanti. Justeru, memangdangkan rakyat sememangnya benci dan memprotes akhbar Utusan maka eloklah masing-masing menghulurkan dana bagi membantu perjuangan beliau dalam kes ini. Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan ikhlas bolehlah menyalurkannya ke akaun CIMB 06-10000-1938-208 atas nama Mohd Shukri Mohd Ramli atau menghubungi beliau ditalian 012-385 4400 untuk ketahui info lanjut tentang kes ini. Semoga kebenaran tertegak jua].

Tiada ulasan: