Selasa, 17 April 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Bicara Saman 'Husam Musa' Terhadap Kickdefella Kini Di Pindahkan Ke Mahkamah Tinggi Kuantan !

Posted: 17 Apr 2012 04:37 AM PDT

KUANTAN, 17 April - Kes saman fitnah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) kini dikendalikan di Mahkamah Tinggi Kuantan. Ini berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan. Ekoran itu Hakim Besar Malaya mengarahkan kes tersebut didengar di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini. Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, kes itu masih di peringkat untuk mendengar permohonan Syed Azidi mahu memindahkan kes ke Kuala Lumpur. "Selain itu permohonan injunksi Husam ke atas Syed Azidi daripada menulis apa apa mengenai dirinya," katanya dihubungi di sini. Pada 19 September lalu Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM5 juta ekoran penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap plaintif. Rencana tersebut bertajuk 'Husam telah menipu rakyat dan sahabat' diterbit pada 27 Januari 2011, kedua, 'Sebelum kita lupa Normala Sudirman' (3 Februari 2011) dan artikel 'Husam itu pembohong' (3 Julai 2011). Pada writ saman juga Husam menuntut Syed Azizi memohon maaf secara bertulis tanpa syarat, memadam rencana terbabit dalam laman blog defendan dan mengiklankan permohonan maaf beliau di dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu.

Bagaimanapun pada 9 Oktober lalu Syed Azidi memohon Mahkamah Tinggi memindahkan perbicaraan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dalam afidavitnya itu beliau mendakwa aspek keselamatan diambil kira dalam permohonan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Disebut juga beliau kini berada di bawah jagaan pihak polis. Pada prosiding 18 Disember lalu Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah menarik diri daripada mengendalikan kes saman fitnah tersebut. Keputusan menarik diri dibuat dengan mengambil kira beliau mengenali kakak Syed Azidi dan juga kenal Husam ketika menuntut di Universiti Malaya. Hisham berkata, kedua-dua hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah menarik diri daripada dengar kes berkenaan. Pada pendengaran kes hari ini Husam turut diwakili peguam Zainal Abidin Mustapha dan Rusilawati Zakaria, manakala Kickdefella diwakili Datuk Firuz Hussein Jamaludin dan Nurnatasya Amelia Yean. Hakim menetapkan 25 Mei ini bagi klarifikasi kes itu. harakahdaily

[Sebelum ini Husam Musa sendiri menafikan dakwaan kononnya beliau ada bertemu dengan pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang lebih mesra dikenali sebagai "Kickdefella" bagi mendapatkan bantuannya berkempen pada pemilihan PAS pusat yang berlangsung tahun lalu. Malah kata Husam, beliau juga tidak mendapatkan bantuannya menghadapi pemilihan parti kali ini. Syed Azidi meletakkan jawatan pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhir 2009. Kes ini agak menarik untuk diperkatakan, tambahan pula Syed Azidi dikatakan begitu rapat dengan Husam Musa satu ketika dulu. Ramai yang mendakwa beliau dibayar untuk membuat tuduhan palsu terhadap Husam. Namun, semua ini masih dalam siasatan dan sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini].

Video: Dakwa Hina Raja, Dr. Mariah Akan Saman

Posted: 17 Apr 2012 04:30 AM PDT

Panas: Gara-Gara Kes "Saman Parking", Seorang Suami "Sanggup Bunuh Isterinya" Di Kuantan !!

Posted: 17 Apr 2012 12:35 AM PDT


KUANTAN, 17 April - Sungguh mengejutkan bila membaca muka depan akhbar Sinar Harian (Edisi Pahang) hari ini yang melaporkan artikel "Bunuh Isteri Kerana Saman". Menurut laporan artikel tersebut gara-gara berang dengan leteran si isteri, seorang bekas pekerja kedai percetakan terpaksa menanggung padah meringkuk dalam penjara selama 12 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam menyebabkan kematian kepada mangsa. Malah, tertuduh dipercayai sanggup mencekik leher isterinya dan menyebabkan kematian sebelum menyimpan mayat mangsa dalam stor rumah mereka di Taman Klasik, dekat sini. Hakim Datuk Mariana Yahya menjatuhkan hukuman itu ke atas Lee Kim Fook, 52, atas kesalahan­ membunuh Yap Kwee Yin, 53, Jun tahun lalu. Sebelum itu, peguam bela Bob Arumugam merayu hukuman ringan terhadap tertuduh berikutan Kim Fook sedang menunggu kelahiran cucu pertamanya. Namun, Mariana memberitahu keseimbangan hukuman­ perlu dilakukan kerana tertuduh telah bertindak kejam dan sepatutnya seorang isteri perlu dikasihani. Hukuman dilaksanakan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 28 Jun lalu. Berdasarkan pertuduhan, Kim Fook telah menyebabkan kematian isterinya dengan niat mencederakan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematian pada 28 Jun tahun lalu di sebuah rumah nombor 13, Lorong Seri Setali, Taman Klasik, kira-kira jam 7 hingga 10 pagi. Mengikut fakta kes, kejadian­ disedari selepas adik mangsa bersama suaminya ke rumah tersebut kerana si mati tidak datang ke rumah atau ke kedai ubat miliknya seperti biasa. Sesampai di rumah tersebut, mereka mencari dan akhirnya terjumpa mayat dalam keadaan terlentang di bahagian stor rumah tersebut dengan keadaan pergelangan tangan kiri dan kanan mempunyai kesan lebam serta bahagian kiri muka sedikit bengkak. Terdapat juga kesan luka di dagu dan hidung si mati. Sebelum itu, jiran mangsa ada mendengar tertuduh dan si mati bergaduh mengenai saman Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) namun tidak terdengar sebarang bunyi bising lagi selepas dua jam.


Isu Saman Parking MPK sememangnya menghantui rakyat Kuantan sekarang
memorandum rakyat yang dihantar kepada YDP hingga kini tiada tindakan
Selepas kejadian tersebut, tertuduh memberitahu adiknya bahawa dirinya telah menyebabkan kematian memandangkan si mati meleterinya pada pagi tersebut berkaitan saman yang diterima. Kejadian tersebut mengakibatkan tertuduh hilang sabar dan berang lalu menolak si mati ke dinding, menghempap dan menindih badan dengan lutut sambil mencekik lehernya. Tertuduh dijatuhkan hukuman­ di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperu­ntukkan­ penjara sehingga 30 tahun dan dikenakan denda. Manakala pendakwaan kes itu telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salim Hamid.

[Kejadian yang berlaku ini sungguh memilukan dan amat menyedihkan semua pihak. Tambahan pula pembunuhan itu terjadi berpunca daripada perbalahan isu saman parking MPK. Sebenarnya, isu ini memang sedang menghantui sebahagian besar rakyat Kuantan. Malah, pada penghujung tahun 2010 dulu, sebuah NGO telah menghantar memorandum bantahan kepada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) agar perkara ini ditangani secara adil dan saksama. Namun, selepas beberapa bulan berlalu hingga sekarang tidak ada majlis Dialog Rakyat tentang isu ini seperti yang diharap-harapkan. Di fahamkan, protes isu saman parking MPK ini akan diteruskan semula awal bulan Mei ini bagi mendesak MPK membatalkan satu sistem jahiliah yang penuh dengan unsur riba untuk mendera rakyat Kuantan. Susulan kejadian yang berlaku ini, maka ia mengesahkan lagi isu berkenaan telah pun menimbulkan banyak masalah sejak ia diperkenalkan].

Hj.Hadi Dedah Taktik BN Tawan Trengganu 2004

Posted: 17 Apr 2012 12:26 AM PDT

Hampir '20 Tahun Jadi Wakil Rakyat', ADUN Dong Baru Sedar Kawasan Beliau Tiada Pusat Kesihatan

Posted: 16 Apr 2012 11:48 PM PDT

RAUB 17 April - Sunggu memalukan, selepas beberapa penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, rupa-rupanya Dato' Shahiruddin Ab. Moin (foto) baru sedar ketiadaan pusat kesihatan di kawasannya. Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan "Bina Segera Pusat Kesihatan Di Felda Sungai Klau". Bagi menunjukkan beliau prihatin terhadap rakyat menjelang Pilihanraya Umum tidak lama lagi Shahiruddin dengan bangga menggesa Kementerian Kesihatan membina sebuah pusat kesihatan di Felda Sungai Klau yang tertangguh sebelum ini ekoran projek pembinaaan Empangan Klau sebelum ini. Pembinaan itu katanya sebagai pembinaan pusat kesihatan itu menjadi keperluan kepada kira-kira 4,000 penduduk di kawasan tersebut. Menurut beliau lagi, kemudahan kesihatan itu juga menjadi keperluan penduduk di Kampung Baru Sungai Klau, Sungai Chalet dan berpuluh buah kampung tradisional sekitarnya. Difahamkan, kerajaan telah meluluskan RM10 juta untuk pembinaan klinik tersebut sejak tiga tahun lalu, tetapi pembinaannya terpaksa ditangguhkan berikutan masalah tanah ekoran projek Empangan Klau. Kini, masalah empangan telah pun selesai, tapak pembinaan pusat kesihatan tidak termasuk dalam kawasan projek empangan dan penduduk berharap kerajaan dapat melaksanakan pembinaan pusat kesihatan dengan segera.

[Persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang Shahiruddin sedar kawasan terabit tidak punyai pusat kesihatan?. Tambahan pula menjelang PRU-13 yang kian hampir sekarang ini. Apakah selama beberapa penggal beliau menjadi Wakil Rakyat, beliau langsung tidak sedar akan senario ini agaknya. Malah, apa yang mengejutkan Menteri Kesihatan, Liow Tong Lai adalah Ahli Parlimen Bentong yang begitu hampir dengan kawasan beliau sendiri. Kenapa selama beberapa tahun beliau menjadi wakil rakyat, beliau tidak cakna dengan situasi ini. Menang menjadi tradisi pemimpin UMNO BN, mahu turun padang dan menayang muka kononnya prihatin terhadap rakyat ketika musim pilihanraya begitu hampir sekarang. Apapun, rakyat diingatkan agar sedar dengan permainan ini. Sudah berpenggal-penggal Shahiruddin jadi ADUN, masakan isu sebegini gagal ditangani dengan baik?. Jika sekarang beliau berjanji, bermakna semuanya adalah untuk memancing undi PRU. Oleh itu berhati-hati dengan pemimpin seperti ini].

Anwar: Akta Ganti ISA Tidak Seperti Di War-War !!

Posted: 16 Apr 2012 10:35 PM PDT

Tiada ulasan: