Pahang Daily Online |
- Panas: Adik MB Pahang Bekas Chairman IAEA 2010, Apakah Wajar Rakyat Percaya Kepada Agensi Itu !
- Gempa Bumi Di 'Utara Sumatra', Amaran Tsunami Di Keluarkan Beberapa Negara Lewat Petang Tadi !
- Fuziah Salleh: Lynas, Fakta Atau Mainan Politik !!
- MB Pahang Semakin "Gila Meroyan", Rakyat Perlu Selamatkan Negeri Ini Demi Generasi Akan Datang
- Ku Li Dan "Bekas Ketua Pemuda" UMNO Kelantan Sokong "Himpunan Bersih 3.0" Pada 28 April Ini !
- Hebat: Nenek "Vogue" Empat Cucu Kini Kelihatan Muda Dari Usianya Selepas Amalkan Produk Evo8
Panas: Adik MB Pahang Bekas Chairman IAEA 2010, Apakah Wajar Rakyat Percaya Kepada Agensi Itu ! Posted: 11 Apr 2012 05:50 AM PDT Orang ramai kini wajar mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) yang membuat dakawan kononnya pengawasan sebarang standard keselamatan bagi projek nadir bumi Lynas di Gebeng, perlu dilakukan oleh badan yang dipercayai orang ramai iaitu Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Katanya, "Kesihatan dan keselamatan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan," kata beliau dalam wawancara 90 minit, "Chat Time With Najib" yang disiarkan secara langsung di NTV7 malam semalam. Malah Najib dengan bangganya mengatakan Lynas telah mematuhi piawaian yang diperlukan untuk projek berkenaan, walaupun Jawatankuasa Eropah mengenai Risiko Radiasi (ECRR) menyatakan mengenai kesan pengekalan torium dalam tubuh manusia namun IAEA katanya bertanggungjawab memantau projek ini akan melihat bahawa standard sentiasa ketat, untuk memberi keyakinan kepada rakyat. "Kita juga perlu memberi jaminan kepada mereka, dari segi pelaksanaan," kata Najib. Persoalan yang timbul, apakah benar IAEA itu boleh dipercayai?. Ini kerana terdapat beberapa maklumat panas yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia tentang siapakah yang berada di belakang IAEA ketika projek ini dibawa masuk dulu. Malah terdapat rekod yang menunjukkan dua orang Board Of Govenor IAEA adalah terdiri daripada rakyat Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya. Mereka ialah Dato' Mohd Arshad Hussain, Duta Besar Malaysia ke Austria dan seorang lagi ialah Dato' Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Duta Besar Malaysia ke Qatar. Kedua-dua mereka menjadi Board Od Gavenor IAEA pada tahun 2009 hingga 2010. Ini bermakna, kedua-dua mereka memainkan peranan penting untuk membawa masuk Lynas ke Malaysia. Tambahan pula ketika itulah isu Lynas ini sedang hangat diperkatakan olerh rakyat Kuantan. Masih kita ingat sebelum ini dalam satu wawancara khas isu Lynas dengan seorang rakyat Australia, Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob juga pernah berkata demikian. Beliau yakin dan mahu rakyat percaya kepada IAEA yang kononnya sebuah badan profesional untuk memantau Lynas. Dalam satu kenyataan Adnan berkata "Kali ini pihak yang bertanggungjawab sendiri, iaitu yang paling berwibawa iaitu IAEA (International Automic Eenergy Agency). Kita telah panggil, oleh Kerajaan Persekutuan untuk buat kajian... dan pihak IAEA telah pun mengeluarkan beberapa panduan supaya diikuti oleh Lynas untuk menjadikan projek ini satu kenyataan. Kalau misalannya syarat-sayart itu tidakk dipenuhi maka projek ini tidak boleh diluluskan... dan pihak yang bertanggungjawab di Malaysia ni iaitu AELB (Automic Energy Licency Board) untuk memantau dan memastikan supaya Lynas mematuhi segala arahan .... tetapi masih lagi, selepas kita adakan penerangan dan sebagainya, mereka masih lagi menimbulkan (mereka ini ialah mereka yang menentang).. menimbulkan isu-isu yang tidak relevan. Sebagai contoh mereka mempertikai IAEA itu... Kalau bukan IAEA yang memberikan pandangan daripada badan yang kita anggap ada authority ... siapa lagi kalau bukan IAEA .... Sekarang ni IAEA telah memberikan pandangan mereka dan projek ni boleh diteruskan tetapi mereka yang menentang masih belum menerimanya", kata beliau. Persoalannya sekarang, daripada siasatan yang dijalankan membuktikan salah seorang Board Of Goverment: Chairman IAEA 2010 ialah adik bongsu kepada Menteri Besar Pahang sendiri iaitu Dato' Muhammad Shahrul Ikram Yaakob. Jika ini keadaannya, apakah rakyat boleh percaya kemasukan Lynas ke Malaysia tidak mempunyai kaitan hubungan "adik beradik". Apakah hubungan "adik beradik" ini tiada kaitan kaitan langsung kenapa IAEA amat menyokong penuh kemasukan kilang proses rare earth Lynas ke Pahang |
Gempa Bumi Di 'Utara Sumatra', Amaran Tsunami Di Keluarkan Beberapa Negara Lewat Petang Tadi ! Posted: 11 Apr 2012 05:07 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 April - Amaran tsunami dikeluarkan selepas satu gempa bumi kuat magnitud 8.6 melanda perairan utara Sumatra petang tadi, menurut jabatan kajian geologi Amerika Syarikat (USGS). Pusat gempa bumi pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431 km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962 km di barat Kuala Lumpur. Kawasan gempa itu dalam lingkungan kawasan gempa sama yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang mengorbankan kira-kira 170,000 nyawa di Sumatra akibat tsunami yang melanda selepas gempa berkenaan. Gempa itu juga mengorbankan kira-kira 230,000 orang di 13 negara sekitar Laut Hindi termasuk Thailand, Sri Lanka dan India. Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak. Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang. Beliau berkata pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima maklumat dari orang ramai. Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak. Di Kangar, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu. Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit. Gegaran turut dirasai di Kampung Behor Lateh serta di Kuala Perlis. [Foto-foto menunjukkan warga Acheh mula panik dan takut dengan amaran Tsunami akibat gempa yang melanda itu. Namun, kemungkinan besar amaran tersebut akan ditarik balik selepas lebih dua jam gempa berlaku dan suasana mula terkawal. Presiden Indonesia, Bambang sendiri mengakui situasi di Indonesia kini terkawal, namun mereka masih tetap bersiap siaga seandainya Tsunami berlaku. Umum maih ingat dengan kejadian Tsunami dasyat yang melanda republik itu pada tahun 2004 dulu. Kini, apakah ia akan berlaku kembali agaknya. Apapun, diharapakan agar kejadian yang sama tidak berulang kembali. Semoga semua akan selamat hendaknya, kerana mereka di sana adalah saudara mara kita juga. Doakan yang terbaik untuk mereka, kerana mereka itu adalah sebahagian dari kita sebenarnya]. |
Fuziah Salleh: Lynas, Fakta Atau Mainan Politik !! Posted: 11 Apr 2012 04:04 AM PDT |
MB Pahang Semakin "Gila Meroyan", Rakyat Perlu Selamatkan Negeri Ini Demi Generasi Akan Datang Posted: 11 Apr 2012 01:18 AM PDT Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Pahang?. Semakin hari beliau kelihatan semakin mengganas. Malah, habis rakyat Pahang ini seolah-seolahnya mahu dibahamnya. Itulah istilah yang boleh digambarkan terhadap sikap sebenarnya MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) sekarang ini. Sebelum ini, sudah banyak adengan memalukan yang ditonjolkan oleh Adnan kepada rakyat negeri ini. Tindakan biadap dan kurang ajar, malah berlagak samseng kini sudah menjadi satu tabiat hakiki beliau. Entah apa agaknya, hanya dia saja yang tahu. Mungkin dek kerana gusar namanya tidak lagi naik sebagai MB selepas Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang, maka kini Adnan semakin "gila meroyan". Habis rakyat mahu dimarahnya dan dijadikan mangsa. Adnan seolah-olah merasakan beliau saja yang betul dalam membuat apa jua keputusan. Baik keputusan itu menguntungkan atau pun merugikan, Adnan tetap mengatakan "aku betul". Kenyataan itu disokong pula oleh juak-juak UMNO yang terus "mengipas" beliau untuk kepentingan peribadi masing-masing. Tidak ada lagi mana-mana pemimpin dalam UMNO Pahang yang berani bersuara untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh Adnan. Bagi mereka Adnan yang merupakan bekas seorang guru lebih hebat dari mana-mana pihak dalam negeri Pahang. Apa saja kata Adnan akan diterima bulat-bulat hatta ketika semakin banyak anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang yang terlingkup dibuat dek Adnan. Siapa tak tahu dengan nama-nama seperti Dato' Zabidi Yaakob dan Dato' Hasnul Hisyam Yaakob serta lain-lain lagi ahli keluarga Adnan. Negeri Pahang kini dihimpin dengan masalah hutang piutang yang melambung tinggi, malah Adnan senantiasa membentang bajet defisit sejak mentadbir negeri ini. Namun, dalam masa yang sama ahli keluarga beliau dipercayai kaya-raya menikmati berbagai faedah termasuk hasil mahsul di negeri Pahang ini. Adnan mengagihkan harta kekayaan dan khazanah negeri kepada ahli keluarga dan proksi-proksi yang boleh dipercayai menyokong beliau sepenuhnya. Mana-mana yang cuba melawan atau menegur pasti akan dipancas oleh beliau dengan sewenang-wenangnya. Hatta terhadap mereka yang mempunyai potensi besar untuk menjadi pemimpin berwibawa di negeri ini. Adnan juga terus memelihara orang-orang lama (pencen) untuk mentadbir anak-anak syarikat dan agensi berkaitan kerajaan. Ia bagi memudahkan beliau menutup mulut masing-masing supaya akur dengan apa yang dilakukannya. Jika pemimpin baru dilantik, maka sudah pasti banyak rahsia akan terbongkar selepas ini. Lantaran itulah ramai Pengarah Urusan (CEO) anak syarikat kerajaan terus dikekalkan, walau pun ia tidak memberi keuntungan kepada Kerajaan Negeri Pahang sendiri. MB rela memelihara mereka demi menutup kebobrokan yang dilakukannya. [Justeru, sudah tiba masanya rakyat Pahang melakukan perubahan pada Pilihanraya Umum akan datang. Usah dibiarkan Menteri Besar dan kroni-korninya terus merompak hasil mahsul negeri ini. Balak, sawit, emas, bijih besi, pasir, tanah dan sebagainya, kini menjadi habuan mereka. Adnan menghalang rakyat mahu menjual tanah, tapi dalam masa yang sama rakus menjual tanah dan ladang-ladang UMNO kepada orang asing terutamanya dari Singapura. Kami mempunyai banyak fail dan dokumen yang berkenaan untuk didedah kepada rakyat Pahang. Setelah sekian lama menyimpan fail-fail tersebut, maka sudah tiba masanya Pahang Daily Online (PDO) kembali ke landasan asal untuk terus membongkarkan segala penyelewengan yang dilakukan oleh Adnan dan proksi-proksinya. Inilah amalan yang ditentang oleh pejuang Melayu Pahang terdahulu seperti Mat Kilau, Bahaman, Tok Gajah dan ramai lagi. Mereka menghalang kemasukan residen British ke Pahang kerana mereka tahu pihak terbbait akam merompak hasil khazanah negeri untuk dibawa pulang ke negara mereka. Kini, amalan itu diteruskan oleh pemimpin UMNO di Pahang. Rakyat didahulukan untuk tujuan-tujuan tertentu sahaja, sebaliknya yang lain-lain mereka rompak sepenuhnya]. |
Ku Li Dan "Bekas Ketua Pemuda" UMNO Kelantan Sokong "Himpunan Bersih 3.0" Pada 28 April Ini ! Posted: 11 Apr 2012 12:31 AM PDT KOTA BHARU, 11 April - Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (foto) dan bekas Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh secara terbuka menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan telus. "Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas. "Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka. Jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini," kata Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi. Program itu anjuran bersama www.uttv.biz turut diadakan pelancaran Amanah peringkat negeri Kelantan. Dr Zayadi dilantik sebagai pengerusi Amanah Kelantan. Bekas veteran UMNO Ketereh, Sabri Shafei bertindak sebagai moderator. Turut hadir veteran UMNO, Datuk Mazlan Harun dan Tamrin Ghaffar. Dewan konvensyen penuh dengan gabungan antara penyokong UMNO, PAS dan PKR. Malah ramai yang datang dari Gua Musang. Perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan pada 28 April ini ekoran banyak pihak tidak berpuas hati terhadap tuntutan Bersih 2.0 tak diterima kerajaan sepenuhnya biar pun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diwujudkan bagi tujuan tersebut. Seorang penonton tiba-tiba meneriakkan Tengku hendak pergi ke.. Ku Li menjawab itu terpulang kepada ambo hendak pergi atau tidak pada perhimpunan tersebut. Program Biacara UT6 sendat dengan pelbagai isu menarik yang berlaku sekarang. Seorang anak muda mengajukan soalan agak panas dengan menanyakan bilakah Ku Li dan Dr Zayadi mahu meninggalkan UMNO memandangkan parti itu didedah mereka sarat pelbagai penyelewengan. Dr Zayadi yang pernah dilucut jawatan sebagai Exco UMNO Malaysia selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan sokongan padu terhadap usaha Bersih 3.0. "Siapa yang takut kepada Bersih bermakna dia itu kotor. Begitu juga kalau ada orang takut kepada Amanah dia itu khianat. Jadi tidak ada sebab untuk tidak sokong Bersih 3.0," ujar beliau lagi. [Kenyataan yang dibuat oleh Ku Li, sudah pasti akan menimbulkan kemarahan yang membuak-buak dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sebenarnya. Namu, jelas dapat dilihat kini siapakah yang benar-benar jujur dalam perjuangan. Himpunan Bersih 3.0 terpaksa diadakan selepas rakyat melihat begitu banyak penyelewengan dan penipuan terus mahu dilakukan oleh kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi. Penipuan dari segi daftar pemilih dan begitu banyak nama-nama meragukan serta warga asing yang diberi hak untuk mengundi adalah satu strategi untuk SPR menipu biarpun dakwat kekal digunakan. Tindakan ini jelas mencabuli hak rakyat Malaysia dan khianat kepada tanggungjawab mereka itu sendiri. Justeru, tindakan Ku Li menyokong Bersih 3.0 amatlah baik untuk menjamin perubahan besar pada PRU-13 ini nanti. SPR harus disedarkan dari terus dijadikan talibarut UMNO BN. Ayuh lakukan perubahan mulai sekarang!]. |
Hebat: Nenek "Vogue" Empat Cucu Kini Kelihatan Muda Dari Usianya Selepas Amalkan Produk Evo8 Posted: 10 Apr 2012 08:55 PM PDT Bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke Kedai Emas Nonni yang terletak di Jalan Mahkota, Kuantan (berhadapan dengan pejabat UMNO) pasti akan terpegun melihat penampilan Kak Noni @ Wanie (foto). Beliau yang sudah hampir 17 tahun menjalankan perniagaan emasnya, kini nampak muda dari umur sebenarnya yang melebihi 50an itu. Semuanya gara-gara mengamalkan produk EVO8 keluaran Evo Freedom International. Beliau yang kini mempunyai empat orang cucu, bolehlah digelar "Nenek Vogue" kerana ramai yang pasti akan terpegun melihatnya. Menurut Kak Wanie, beliau mempelawa para wanita di seluruh Malaysia yang mahu kelihatan anggun dan menawan tanpa mengeluarkan belanja yang besar, bolehlah mencuba produk EVO8 yang sedang diamalkannya sekarang. "Kini, hidup saya begitu ceria dan terasa muda kembali selepas menggunakan produk ini. Sudah banyak produk lain yang saya gunakan selama ini, namun dengan EVO8 ia ternyata berbeza. Keremajaan saya kembali semula dan kasih sayang suami isteri kini terjalin kembali umpama awal-awal perkahwinan kami", katanya. Beliau kini menjalankan perniagaan EVO secara sambilan bersama sumianya, walau pun masih membuka kedai emasnya. "Kami baru saja membuka Pusat Jualan Evo Pantai Timur di sebelah kedai emas saya di sini (Jalan Mahkota). Saya pelawa orang ramai yang mahu mencuba produk ini boleh terus hubungi saya ditalian 012-9878255 atau datang ke kedai (centter) kami", tambahnya beliau. Pusat Jualan EVO Pantai Timur, terletak di Jalan Mahkota milik Kak Noni Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan produk ini dan seterusnya menjadi agen berdaftar, sila hubungi talian yang tertera: KUANTAN; Kak Wanie (012-9878255), KERTEH; Kak Yus (016-9369424), PAKA; Rubiah (013-9127610) RAUB; Nurul (017-9198280), ROMPIN; Kak Mas (017-9240851), SELANCAR; Hafizah (019-7955854), INDERA MAHKOTA; Lin (017-9606176), TERUNTUM; Linda (014-8115125), CHINI; Suzie (013-9408746), TEMERLOH; Ina (013-9399372), MENTAKAB; Ju (013-9822820), BT.SAGU; Wanie (014-8051901), JENGKA; Hamisah (017-7969750), KEMAMAN; Kak Wan (019-9833209), KUALA KRAI; Jue (013-9537220), SHAH ALAM; Tini (013-9526634), N.SEMBILAN; Roha (017-8828214), J.BAHRU; Yanie (019-9737772) NARATIWAT,THAILAND; Kameerayah (017-9522995). Pengedar diperlukan. Info, klik DI SINI. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan