Pahang Daily Online |
- Panas: Bapa Altantunya Dakwa, Pernah Lihat Foto Anak Beliau Bersama PM Najib Dan Razak Baginda
- Panas: 'Menang Atau Kalah', Calon BN Di DUN dan Parlimen Di Janjikan Imbuhan Jutawan PRU Ini !!
- Himpunan 13 April 'Isyarat Buat Rakyat' Tolak PSC Lynas, 11 Lokasi Seluruh Negara Adakan Serentak !
- PRU: Nak Pertahan Melayu Bukan Dengan Tipu !!
- Hishamuddin: Kerajaan Tiada Masalah, Benarkan Himpunan Bersih 3.0 Di Dataran Merdeka 28 April
- Video: Santai Bersama Zuar XPDC & Mel Wings !!
- Panas: Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak, Pusat Pekan Jaya Fasa II "Nafi Dakwaan" ADUN Dan PM Tidak Bela Nasib Pembeli Projek Terbengkalai Itu !
- Ceramah Azmin Di Kuala Pahang Parlimen Pekan
- Panas: Apa Sudah Jadi.. Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota 'Tawar Jadi Calon DAP' Pada PRU-13 Ini !!
Panas: Bapa Altantunya Dakwa, Pernah Lihat Foto Anak Beliau Bersama PM Najib Dan Razak Baginda Posted: 10 Apr 2012 05:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 April - Sungguh mengejutkan, untuk pertama kalinya sejak perbicaraan kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2007, bapa wanita tersebut, Setev Shaariibuu (foto) mendakwa pernah melihat gambar Altantuya diambil bersama Datuk Seri Najib Razak. Dalam sidang media bersama NGO hak asasi manusia Suaram semalam, Setev mendakwa, Altantuya ada menunjukkan gambar yang diambil bersama dua lelaki. Setev mendakwa, dua lelaki berkenaan kemudian disedarinya sebagai Najib dan Abdul Razak Baginda. Melalui penterjemah, Setev mendakwa, Altantuya memberitahunya sebelum bertolak ke Malaysia pada Oktober 2006 bahawa anaknya itu akan bertemu Razak untuk mendapatkan bayaran yang dijanjikan bagi kerja penterjemahan untuk "beberapa syarikat". Razak didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya, tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Altantuya yang juga merupakan penterjemah dalam urusniaga pembelian kapal selam Malaysia (KD Altantuya) berkunjung ke Malaysia semata-mata hanya kerana mahu menemui Najib kata bapanya. Dr Setev Shaariibu berkata apabila ditanya anaknya yang telah dibunuh itu beberapa tahun yang lalu apakan tujuannya untuk datang ke Malaysia, anaknya menyatakan "untuk berjumpa orang penting". "Saya bertanya kepadanya (Altantuya) apa tujuannya hendak berkunjung ke Malaysia, Altantuya menunjukkan kepada saya sekeping gambar yang telah dirakam di Paris, terdapat tiga orang di dalam gambar itu iaitu Abdul Razak Baginda, Najib dan Altantuya sendiri. "Altantuya berkata 'saya perlu berjumpa dengan orang penting' dan menunjukkan kepada gambar Najib" beritahu bapa Altantuya kepada wartawan melalui penterjemahnya Tsoggerel Och. Dr Setev berkata beliau tidak kenal siapa Najib apabila melihat gambar itu beberapa tahun dulu."Altantuya beritahu saya dia ada perkara yang perlu ditentukan dengan Najib. Saya beritahu dia ianya tidak berbaloi malangnya dia terus berlalu…", tambah Dr.Setev lagi. |
Panas: 'Menang Atau Kalah', Calon BN Di DUN dan Parlimen Di Janjikan Imbuhan Jutawan PRU Ini !! Posted: 10 Apr 2012 05:15 AM PDT Pilihanraya umum ke-13 kini semakin terasa bahangnya. Kini heboh diperkatakan soal siapakah calon yang akan bertanding untuk parti masing-masing. Namun, dalam kehangatan tersebut kami mendapat laporan panas berkaitan BN akan tawarkan RM2 juta kepada calon parlimen dan RM1 juta kepada calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Wang tersebut adalah khas untuk memastikan semua calon mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan kemenangan BN pada Pilihanraya Umum kali ini. Jika ini keadaannya, maka sudah pasti calon-calon BN akan berlumba-lumba untuk memastikan nama mereka "sangkut" sebagai calon. Jika tidak harapan untuk mereka menjadi jutawan pasti akan berkecai. Tawaran ganjaran yang cukup lumayan ini boleh menelan belanja ratusan juta ringgit sebenarnya. Soalnya, dari mana kerajaan akan mengambil wang tersebut untuk diagih-agihkan kepada calon-calon mereka. Jika "duit kopi" pun jumlahnya sudah sebegitu tinggi, maka bagaimana pula dengan duit yang akan ditaburkan kepada rakyat seperti PRU sebelumnya. Inilah yang merisaukan kita. Dek kerana mahu menang, BN sanggup lakukan apa saja asalnya kuasa terus berada di tangan mereka. Jika benar dakwaan ini, maka bertuah sungguh siapa yang akan jadi calon BN nanti. Kalah atau pun menang mereka tetap bergelar jutawan. [Senario ini membuktikan BN semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat. Lantaran itu mereka sanggup lakukan apa saja hatta menabur wang dalam jumlah yang besar untuk memastikan calon-calon mereka boleh mendapatkan undi yang banyak dari rakyat. Melihat kepada apa yang berlaku ini, maka calon-calon BN pasti sanggup berbuat apa saja untuk memastikan mereka lebih layak dari yang lain. Pasti lebih banyak insiden tidak diingini akan berlaku sekiranya masing-masing fikirkan mereka lebih layak jadi calon. Paling penting, pasti undi protes akan diperolehi dengan lebih banyak apabila ada calon yang kecewa nama mereka tidak dipilih nanti. Justeru, pastikan rakyat terus bersedia untuk lakukan perubahan]. |
Himpunan 13 April 'Isyarat Buat Rakyat' Tolak PSC Lynas, 11 Lokasi Seluruh Negara Adakan Serentak ! Posted: 10 Apr 2012 03:03 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 April - Himpunan aman besar-besaran yang akan diadakan serentak di 11 lokasi seluruh negara selepas solat Jumaat, 13 April ini bakal menjadi isyarat jelas menunjukkan pendirian tegas rakyat Malaysia menolak penubuhan PSC Lynas sebagai tipu helah untuk melengah-lengahkan pembatalan projek Lynas. Menurut Gabungan Solidariti Hijau SeMalaysia- Stop Lynas (SHS-SL) lokasi-lokasi yang disenaraikan antaranya Dataran Shah Alam (Selangor dan Kuala Lumpur), Masjid Al-Fatah, Batu 3 Kuantan (Pahang), Tapak Kilang Are bukit Merak (Perak), Masjid Permatatng Janggus, Permatang Pauh (Pulau Pinang), Masjid Pengadang Baru Kuala Terengganu (Terengganu), Masjid Al-Azim (Melaka), Masjid Daerah Batu Pahat (Johor), Dataran Jam Besar, Sungai Petani (Kedah), Taman Tasik Seremban Hadapan Masjid Negeri (Negeri Sembilan), Dataran Ilmu Kota Bharu (Kelantan) dan Masjid At Takwa, Miri (Sarawak). Himpunan di Kelantan akan dimulakan selepas kuliah mingguan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.30 pagi. Jurucakap SHS-SL, Zulkefly Mohamad Omar (foto) berkata, pehimpunan aman ini bertujuan mematahkan putar belit pihak tertentu yang cuba memomokkan bahawa kempen hentikan Lynas ini cuma sekadar isu terpencil yang hanya melibatkan masalah tempatan penduduk Kuantan semata-mata. Tambahanya, kerajaan cuba menyekat kemarahan rakyat dengan mewujudkan PSC, walhal jawatankuasa itu bertujuan mengalihkan tumpuan, kritikan dan perhatian terhadap isu berkenaan. "Dari pusat kuasa pemutus di Putrajaya ke arah mewujudkan jawatankuasa lemah dan tanpa kuasa dengan matlamat utama menyediakan ruang (kononya saluran sah) bersuara supaya dapat meredakan penentangan lantas menyejukkan kemarahan rakyat," katanya dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS. Beliau turut mempersoalkan mengapa hanya setelah projek itu hampir 95 peratus selesai dan setelah syarikat Lynas dianugerahkan Temporary Operating Licence (TOL) baru ditubuhkan jawatankuasa yang kononya mengkaji kes ini? Himpunan itu juga sebagai membina momentum dan sokongan menjelang Himpunan Hijau 3.0 dan Bersih 3.0 yang akan diadakan serentak pada 28 April 2012 nanti. Beliau turut meminta orang ramai turun beramai-ramai bagi menyertai himpunan aman tersebut sebagai satu langkah sokongan terhadap usaha membantah pembinaan Lynas dan projek-projek lan seumpamanya di negara ini. Zulkefly turut menangkis dakwaan beberapa pemimpin BN yang mengatakan isu Lynas ini merupakan isu penduduk Pahang dan orang Cina. "Ini bukan isu orang Cina, jika inilah dakwaan mereka ia satu yang mendukacitakan. Rakyat Kuantan 90 peratus adalah Melayu sudah tentulah ianya adalah berkaitan dengan orang Melayu, apa yang penting isu ini adalah isu bersama semua terlibat kerana ia membabitkan soal kesihatan rakyat negara ini," katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia, AP Raja Retinam berkata, Gabungan Solidariti SeMalaysia ini tidak takut dengan gertakan oleh mana-mana pihak yang cuba menghalang tindakan mereka. Malah beliau turut dimaklumkan pihak Lynas Coporation mendesak NGO yang terlibat membantah projeknya, memohon maaf kepada Lynas kerana menyifatkan tindakan NGO terbabit tidak betul. "Kita harus bersatu, kita minta NGO lain terus bersama-sama dengan kita. Kita tidak gentar dengan ugutan Lynas itu, " katanya. Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, hampir 90 peratus penduduk tempatan tidak bersetuju dengan adanya kilang Lynas di kawasan mereka. "Pihak kami ada membuat tinjauan dan berjumpa dengan hampir setiap penduduk di situ rata-rata mereka kecewa dengan kerajaan yang meluluskan pembinaan dan operasi kilang Lynas, " katanya. SHS-SL adalah gabungan daripada 23 Ngo di seluruh negara antaranya, Badan Bertindak Anti-Rare Earth (BADAR), Stop Lynas Coalition (SLC), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Asalkan Bukan Umno (ABU), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Himpunan Hijau dan Green Clean World. Pada 26 Feb lalu, satu himpunan besar-besaran berjaya diadakan di Padang MPK, Kuantan dengan penyertaan puluhan ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum. Selain di Kuantan, bantahan tersebut juga diadakan serentak di Pulau Pinang, Sarawak, Perak dan juga Kuala Lumpur. |
PRU: Nak Pertahan Melayu Bukan Dengan Tipu !! Posted: 10 Apr 2012 02:52 AM PDT |
Hishamuddin: Kerajaan Tiada Masalah, Benarkan Himpunan Bersih 3.0 Di Dataran Merdeka 28 April Posted: 09 Apr 2012 10:56 PM PDT KUALA LUMPUR, 10 April - Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (foto) berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya. Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini enggan mengulas berhubung perhimpunan "duduk bantah" di Dataran Merdeka pada 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. "Saya tidak akan buat apa-apa komen. Belum sampai masanya. Saya akan komen bila masa sepatutnya," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis hari ini. Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga enggan mendedahkan butiran persediaan polis bagi menghadapi perhimpunan itu. Difahamkan pihak polis hanya akan mengulasnya seminggu sebelum tarikh ia dijadualkan. Sementara itu, Mohmad juga berkata, pihak polis bersedia terhadap sebarang kemungkinan ekoran perhimpunan kumpulan mahasiswa Sabtu ini bagi menuntut penghapusan Perbadanan Tabung Pendikan Tinggi Nasional (PTPTN). Katanya, mereka sentiasa bersiap sedia walaupun perhimpunan itu belum dimaklumkan secara rasmi. [Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Hishamuddin ini nampaknya bakal menyuntik semangat rakyat untuk datang berama-ramai bagi menyertai himpunan tersebut. Walau bagaimana pun, segala keputusan masih terlalu awal kerana kita tahu pasti akan ada banyak laporan polis dibuat oleh juak-juak UMNO BN bagi menghalang rakyat turun pada 28 April ini. Dengan laporan itu nanti ia akan menjadi alasan kepada pihak polis untuk menghalangnya. Bahkan, berbagai tindakan tegas akan diambil terhadap para peserta yang kononnya melanggang undang-undang negara dengan menyertai perhimpunan haram. Justeru, usahlah kita terlalu yakin kerajaan akan berkompromi dalam isu ini, kerana mereka memang tidak mahu menurut kehendak rakyat untuk melihat sebuah pilihanraya yang adil dan telus berlaku pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Jika ini terjadi, apakah kita yakin perubahan dapat terlaksana seperti diharapkan?]. |
Video: Santai Bersama Zuar XPDC & Mel Wings !! Posted: 09 Apr 2012 10:43 PM PDT |
Posted: 09 Apr 2012 09:28 PM PDT PEKAN, 10 April - Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pusat Pekan Jaya Fasa 2, Mohd Shamsuzani Md Nor (foto) hari ini menafikan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Peramu Jaya, Ibrahim Awang dan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak gagal membela nasib para pembeli perumahan Taman Rendang Azalea yang terbengkalai dekat sini. Beliau berkata demikian dalam posting terbarunya pada artikel Pahang Daily Online (PDO) yang bertajuk Projek Terbengkalai '150 Meter' Dari Rumah Najib, Pembeli Kecewa Sikap ADUN Dan Perdana Menteri yang disiarkan pada 4 April 2012 yang lalu. Dalam kenyataan tersebut beliau mengatakan bahawa video yang ditayangkan pada artikel itu adalah benar. "Selain daripada itu, yang mengatakan bahawa YB Ibrahim dan PM, memberikan jawapan tunggu dan dan lihat adalah tidak benar sama sekali. Begitu juga dengan kenyataan PM melayan warga asing dengan baik tidak benar, anak melayu dipinggirkan dan ianya bukanlah keluar daripada mulut saya. Ianya merupakan manipulasi pihak pembangkang untuk menjatuhkan YB Ibrahim dan PM. Saya mempunyai mempunyai dua orang saksi yang ada semasa temubual dijalankan. YB Ibrahim telah berusaha sedaya upaya untuk menolong kami dengan membawa isu kami ke mesyuarat exco. Di samping beliau telah menguruskan hal ini dengan pihak Kementerian dan Kerajaan Tempatan Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek (Wilayah Timur Pahang) dan dengan Pihak Pihak KPKT di Putrajaya" kata beliau. "Pada hemah saya tidak timbul soal dianaktirikan malah YB perihatin dan mengambil berat, disamping mudah untuk berjumpa dengan YB Ibrahim. PM pula saya rasa berbangga mempunyai PM seperti Dato Seri Najib yang berjiwa, dimana saya telah berjaya memberikan surat berkaitan perumahan kami semasa pemberian BR1M di Pekan.YB dan PM telah cuba buat yang terbaik untuk menyelesaikannya. Saya ingin memuji sikap YB Ibrahim yang berjiwa rakyat dimana senang untuk berjumpa dengan beliau.Pada dasarnya mereka mengatakan bahawa mereka merupakan satu badan NGO untuk menolong rakyat, tetapi mereka sebenarnya mempergunakan rakyat yang didalam kesusahan untuk kepentingan politik murahan mereka.Malah mengusutkan lagi keadaan. Maklumat yang diberikan telah diputarbelitkan untuk kepentingan politik mereka. Apa yang saya nyatakan disini, tidak didesak oleh mana-mana pihak, malah ianya lahir dari hati nurani saya sebagai pengerusi Jawatankuasa bertindak Pusat Pekan Jaya Fasa 2. Ianya meruapakan atas dasar rasa tanggungjawab yang tinggi dan tidak mahu digula-gulakan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka", kata kenyataan beliau pada ruangan komen di artikel terbabit. Majlis dialog isu projek terbengkalai berkenaan di tapak tersebut Ahad lalu Syed Ali (MTRK) dan Mohd Shukri (PJV) antara NGO yang cuba membantu Shamsuzaini juga turut hadir semasa majlis dialog dengan NGO 8 April lalu [Justeru kami dengan bangganya menarik balik segala artikel berkenaan yang telah disiarkan sebelum ini. Harapan kami, semoga jalan penyelesaian terbaik dapat dicapai antara kedua belah pihak. Bukan tujuan kami untuk mengatakan pihak berkenaan tidak membantu, cuma itulah luahan hati yang diterima daripada sebahagian daripada mereka yang hadir bertemu dengan wakil kami di Kuantan sebelum ini. Kami amat terkilan bila dikatakan bantuan dan kerjasama yang kami hulurkan untuk mengeluarkan isu ini di blog Pahang Daily Online (PDO) dianggap untuk kepentingan politik semata-mata, sedangkan PDO tidak bernaung dibawah mana-mana parti politik sebenarnya. Justeru kenyataan yang mengaitkan kami dengan dakwaan tersebut amatlah mengecewakan. Tambahan pula, PDO hanya bertindak mamaparkan permasalahan rakyat untuk diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan. Malah, dengan tersiarnya artikel berkenaan juga menyebabkan ADUN kawasan terbabit melenting dan berjanji untuk memberi perhatian serius terhadap permasalahan yang dihadapi mereka. Sepatutnya pihak pembeli berterima kasih dengan pendedahan PDO, jika tidak siapa lagi yang mahu memberi perhatian terhadap kes yang mereka tanggung sejak sekian lamanya itu. Selamat berjuang dan semoga berjaya!]. |
Ceramah Azmin Di Kuala Pahang Parlimen Pekan Posted: 09 Apr 2012 09:31 AM PDT |
Panas: Apa Sudah Jadi.. Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota 'Tawar Jadi Calon DAP' Pada PRU-13 Ini !! Posted: 09 Apr 2012 09:25 AM PDT Ramai pihak terutamanya pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat terkejut dengan kenyataan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail (foto) yang sedia bertanding atas tiket DAP jika parti itu memberi laluan kepadanya berbuat demikian pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Azan bercakap demikian dihadapan orang ramai ketika hadir ke program anjuran parti itu di Restoran Sekilau Seafood, Jalan Hj.Ahmad dekat sini Sabtu lalu. Menurut seorang pemimpin politik setempat yang tidak mahu namanya disiarkan, tindakan Azan itu jelas membuktikan beliau kini sudah semakin terdesak untuk mencari kerusi pada PRU-13 ini. Populariti Azan semakin merudum bila kehadirannya yang mahu memantapkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Terengganu akhirnya dipandang sinis oleh kepimpinan PAS di sana. Ia ditambah lagi dengan tindakan Azan yang mahukan PKR bertanding di tiga kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu. Tindakan Azan itu cukup tidak disenangi oleh kepimpinan PAS Terengganu. Malah ada yang mahu PKR "cermin diri" dulu sebelum berangan-angan untuk bertanding sebegitu banyak kerusi di negeri tersebut. Ada yang mendakwa, tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar Azan ke Terengganu adalah satu kesilapan besar buat PKR. Azan bukan sahaja ditolak oleh majoriti pimpinan PKR Cabang di negeri itu, malahan juga oleh PAS sendiri. Maknanya, Azan gagal membuat perubahan terhadap PKR Terengganu selepas dia dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) itu. Tindakan Azan menerima jawatan tersebut sedangkan dia adalah Ahli Parlimen dan Ketua Cabang Indera Mahkota sungguh mengejutkan ramai pihak. Tambahan pula, sejak Azan menerima jawatan tersebut jarang sekali dilihat kelibatnya di Indera Mahkota. Hingga ada yang meramalkan kerusi parlimen yang dimenangi beliau itu akan jatuh semula ke tangan BN pada PRU-13 ini nanti. Semuanya gara-gara Azan Ismail yang dilihat jarang sekali "turun padang" selepas kembali ke negeri kelahirannya itu. Azan hanya dilihat popular di parlimen terutamanya bila membangkitkan isu-isu ekonomi dan hal ehwa kewangan. Namun, di peringkat akar umbi beliau dilihat gagal untuk membela rakyat di kawasannya. Hatta, dalam isu Lynas sekali pun Azan jelas sekali dilihat tidak berpihak kepada rakyat sedangkan kilang tersebut berada dalam kawasan parlimennya. Soalnya sekarang, benarkah Azan sudah tiada tempat lagi untuk bertanding sebagai calon PKR pada kali ini?. Sebelum ini terdengar desas-desus beliau mahu kembali ke Indera Mahkota, namun ia tidak disenangi oleh pemimpin lain yang sudah buat kerja di situ. Malah, PKR juga khabarnya sudah ada calon lain yang lebih berwibawa untuk menggantikan tempat Azan pada PRU-13 ini. Jika ini berlaku, Azan tiada ruang lagi untuk bergelar Wakil Rakyat di parlimen itu nampaknya. Inilah yang amat merisaukan beliau sekarang ini agaknya. [Justeru, itulah sebabnya Azan terpaksa menyerahkan nasibnya kepada DAP. Beliau memuji-muji DAP dihadapan Presidennya Lim Kit Siang Sabtu lalu. Beliau menganggap DAP kini adalah sebuah keluarga besar dan bukan lagi parti untuk satu kaum sahaja. Malah, ramai orang Melayu kini sudah bersama DAP. Maka Azan tawarkan diri untuk menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 kali ini. Soalnya, apakah DAP akan memberi ruang kepada Azan?. Parti itu sememangnya sedang mencari seramai mungkin calon Melayu untuk bertanding bagi mewakili mereka pada PRU-13 ini. Apakah Azan ada harapan untuk bertanding atas tiket parti itu. Nasib Azan kini "umpama telur dihujung tanduk". Jika tersilap langkah maka riwayat politik Azan pasti akan berakhir kali ini. Azan punyai dua pilihan. Terus kekal dalam PKR atau menyahut seruan rakan-rakan lamanya untuk sertai UMNO. Segalanya terletak ditangan beliau sekarang. Namun, apa yang paling penting beliau sendiri perlu berubah sebelum bercita-cita mahu bawa perubahan yang besar kepada rakyat selepas ini]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan