Pahang Daily Online |
- Video: Wawancara, Dayang Ku Intan Masuk PKR !!
- Para "Pelajar IPT Di Benarkan Sertai Parti" Politik, Selepas Tiga Akta Di Pinda Lulus Di Dewan Rakyat!
- Anti ISA Protesters March To Parliament House !!
- Panas: Selepas Wartawan, 'Blogger' Cucumatkilau Pula Telah Di Halau Keluar Dari Majlis MB Pahang
- COE 'Lynas Malaysia' Dakwa Syarikat Itu Perlukan Lesen TOL Untuk Mula Operasi Kilang Berkenaan !
- Panas: Video, BN Buat Kacau Di Ceramah DAP !!
- Prof Dr.Maurice Bucaille, 'Saintis Perancis' Masuk Islam Selepas Mengkaji Penemuan 'Mayat Firaun'!
- Gusar Rakyat 'Berhimpun' Di Depan Pejabat PM Di Putrajaya, Akhirnya MB Sedia Berjumpa Hari Ini !!
- Ceramah 'Pembangkang' Di Taman Mahkota Aman Kuantan Berjaya Mendapat Sambutan Dari Rakyat
- Mat Sabu: Pro Paganda UMNO BN Semakin Gagal
- Panas: 'Pangku Jawatan Sharizat', Ternyata Najib Razak Takut Bayang Rosmah Mansor Sebenarnya!
Video: Wawancara, Dayang Ku Intan Masuk PKR !! Posted: 09 Apr 2012 05:55 AM PDT |
Posted: 09 Apr 2012 05:18 AM PDT KUALA LUMPUR 9 April - Pelajar institusi pengajian tinggi akan dibenarkan menyertai dan menganggotai mana-mana parti politik apabila pindaan pada tiga akta berkaitan dengan peruntukan itu diluluskan Dewan Rakyat kelak. Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan), Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) dan Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) dibentang buat kali pertama oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (foto) di persidangan Dewan Rakyat hari ini. Pindaan itu bagi menggantikan peruntukan sedia ada yang melarang pelajar universiti menjadi anggota parti politik. Namun, pindaan itu mencadangkan sekatan terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti parti politik di dalam kampus bagi mengekalkan keberkecualian di dalam kampus. Antaranya ialah subseksyen 15(2) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti, subseksyen 47(2) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan subseksyen 10(2) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) yang mencadangkan pelajar universiti tidak dibenar bertanding dalam pilihan raya kampus bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan universiti jika pelajar itu memegang jawatan dalam parti politik. Pelajar universiti juga tidak dibenar menjalankan aktiviti politik di dalam kampus, tidak dibenar menjadi ahli kepada mana-mana persatuan dan pertubuhan di dalam dan luar kampus yang menyalahi undang-undang. Pindaan pada ketiga-tiga rang undang-undang itu juga mencadangkan seseorang pelajar universiti tidak boleh dihalang daripada membuat kenyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya. Selain itu, pindaan pada seksyen 21 Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti juga mencadangkan supaya Jawatankuasa Aduan Pelajar ditubuh untuk menjalankan siasatan atau inkuiri ke atas apa-apa aduan yang dibuat pelajar mengikut cara yang ditetapkan oleh Statut. Jawatankuasa itu akan dianggotai Naib Canselor sebagai pengerusi, dua orang ahli yang dipilih Majlis Perwakilan Pelajar-pelajar, dua orang ahli yang dipilih oleh Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti dan dua orang pegawai lain universiti yang telah dilantik oleh Lembaga. [Ramai yang menganggap, pindaan AUKU seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan itu hanyalah satu omongan kosong untuk menarik sokongan generasi muda kepada mereka menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Amat yang pasti, memang kebenaran untuk berpolitik itu akan dikeluarkan namun ia hanya tertakluk kepada parti kerajaan sahaja dan tidak untuk sertai parti pembangkang. Inilah yang akan berlaku sebenarnya. Samalah juga dengan kebenaran kakitangan kerajaan menyertai politik. Hanya yang menyertai UMNO BN sahaja akan dilayan dengan baik, sebaliknya mereka yang menyertai pembangkang sudah pasti akan menerima tekanan demi tekanan apa ia dilaporkan kelak. Salah juga dengan golongan mahasiswa ini sebenarnya. Mereka yang menyertai parti pembangkang pasti akan berhadapan dengan berbagai tindakan yang akhirnya akan meranapkan masa depan mereka di IPT terbabit. Sudah pasti setiap gerak geri mereka akan dipantau dengan rapi dari masa ke semasa]. |
Anti ISA Protesters March To Parliament House !! Posted: 09 Apr 2012 05:10 AM PDT |
Panas: Selepas Wartawan, 'Blogger' Cucumatkilau Pula Telah Di Halau Keluar Dari Majlis MB Pahang Posted: 09 Apr 2012 04:43 AM PDT KUANTAN, 9 April - Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob agaknya?. Sebelum ini, beliau bertindak menghalau wartawan akhbar Cina ketika dia hadir untuk merasmikan satu pesta buku di sebuah hotel dekat sini. Namun hari ini beliau bertindak drastik dengan menghalau dan melarang pula blogger Cucumatkilau (foto) dari berada dalam Majlis Pertemuan Dan Dialog Penduduk Cameron Highland dengan beliau di Annexe Rest House petang tadi. "Wartawan China Press, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan yang lain semua boleh ada sini. Tapi blogger saya tak benarkan. Kalau CMK (blogger cucumatkilau) ada saya tak akan mulakan majlis hari ini", kata MB Pahang dihadapan lebih 30 orang penduduk Cameron Highland yang hadir. Program yang sepatutnya diadakan di Pejabat MB di Wisma Sri Pahang itu telah ditukarkan di saat-saat akhir ke lokasi berkenaan. Sementara itu, blogger Cucumatkilau ketika dihubungi menyatakan sungguh terkejut dengan tindakan MB Pahang itu. "Saya hadir untuk mendapatkan maklumat dan berita pertemuan khas beliau dengan penduduk Cameron Highland. Malah saya rasa sebagai salah seorang blogger (media baru) saya layak untuk mendengar majlis dialog berkenaan. Tambahan pula saya dijemput secara rasmi oleh pihak penganjur iaitu Suresh Kumar (Pengerusi Parti Sosialis Malaysia Cameron Hihgland)", kata CMK. Tindakan MB Pahang itu jelas sekali menafikan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat menerusi media baru sebenarnya. "Saya diarahkan oleh pihak polis (SB) agar tidak memasuki dewan selepas jamuan makan atas arahan MB. Mujurlah saya tidak tergamak menimbulkan kekecohan dan mengikut arahan beliau, demi memberi ruang kepada para penduduk Cameron Hihgland berdialog denganya dalam beberapa isu yang mereka bangkitkan. Apapun, saya ucapkan terima kasih kepada Dato' Sri Adnan Yaakob kerana tidak membenarkan saya membuat liputan majlis yang diadakan secara terbuka itu. Jika ia diadakan secara tertutup di pejabat beliau, mungkin menjadi kesalahan jika saya masuk. Tapi tempat itu terbuka dan ramai lagi orang awam yang turut berada di situ sebenarnya", kata blogger terbabit lagi. [Apa yang berlaku kepada blogger terbabit adalah satu lagi episod malang buang masa depan MB Pahang sebenarnya. Selama ini sudah berulang kali beliau mewar-warkan nama blogger terbabit kepada umum, bagi menunjukkan betapa marahnya kepada beliau atas banyak pendedahan panas yang dia lakukan terhadap isu-isu yang melibatkan Kerajaan Negeri Pahang. MB Pahang nampaknya semakin gusar dengan media baru yang dimonopoli oleh blogger-blogger pro rakyat terutamanta yang melibatkan beliau. Akibat ketakutan inilah yang menyebabkan MB Pahang akhirnya sanggup bertindak menghalau dan tidak membenarkan dia hadir dalam mana-mana program Kerajaan Negeri Pahang. Apapun, ia satu petanda jelas yang blogger kini semakin diberi penghormatan tinggi oleh pemimpin politik termasuk MB Pahang sendiri. Jika dulu blogger hanyalah satu kerja sukarela, namun dengan tindakan MB ini ia membuktikan pengaruh blogger dan media baru bakal menggugat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti]. |
COE 'Lynas Malaysia' Dakwa Syarikat Itu Perlukan Lesen TOL Untuk Mula Operasi Kilang Berkenaan ! Posted: 09 Apr 2012 03:05 AM PDT KUANTAN, 9 April - Lynas menegaskan keperluan Lesen Operasi Sementara (TOL) untuk memulakan operasi penapisan nadir bumi dan membuktikan bahawa ianya selamat, kata Pengarah Urusannya Datuk Mashal Ahmad (foto). Beliau berkata TOL itu akan membolehkan mereka menunjukkan bahawa angka operasi sebenar adalah sama seperti yang dikemukakan dalam permohonan Lynas untuk lesen tersebut. "Pendirian kami sangat jelas. Kita perlu lesen dikeluarkan secepat mungkin kerana tumbuhan ini sudah bersedia dalam tiga minggu sementara mengambil masa satu bulan untuk membawa masuk bijih nadir bumi, " kata Mashal Jumaat lalu. Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan berkata pengeluaran lesen itu telah digantung, sementara menunggu pendengaran rayuan dari sekumpulan penduduk oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 17 April ini. Rayuan itu dijadual didengar di Agensi Nuklear Malaysia di Bangi, di mana Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mendengar hujah daripada Pengerusi Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) Tan Bun Teet dan tiga yang lain. Mashal berkata sebarang kelewatan akan memberi kesan terhadap pembekal syarikat, 90 peratus daripada mereka adalah dari Malaysia. "Kelewatan itu bukan sahaja menjejaskan Lynas tetapi juga pembekal bahan mentah kami dan pelanggan, yang seterusnya akan memberi kesan kepada keseluruhan rantaian bekalan," katanya. [CEO Lynas berhak mengeluarkan apa jua kenyataan tentang kilang terbabit. Malah, dia juga layak untuk melaporkan perkara yang positif tentang kilang berkenaan. Namun, pernahkah dia terfikir apakah nasib rakyat dalam tempoh so atau 20 tahun akan datang?. Jika Lynas itu selamat kenapa ada kontraktor utama dari Belanda yang keluar dari kilang terbabit atas alasan faktor kesihatan dan keselematan baru-baru ini?. Maka, atas alasan apa CEO terbabit begitu yakin Lynas selamat sedangkan satu dunia tahu bahayanya sisa buangan rare earth. Bahkan, sehingga ke hari ini mereka masih belum boleh menetapkan ke mana sisa buangan tersebut akan dihantar. Bukankah semua ini boleh menimbulkan keraguan dan kerisauan di kalangan rakyat terutama mereka yang menetap di Kuantan]. |
Panas: Video, BN Buat Kacau Di Ceramah DAP !! Posted: 09 Apr 2012 02:55 AM PDT |
Prof Dr.Maurice Bucaille, 'Saintis Perancis' Masuk Islam Selepas Mengkaji Penemuan 'Mayat Firaun'! Posted: 08 Apr 2012 07:28 PM PDT Seorang Saintis Perancis telah memeluk Agama Islam setelah mengkaji penemuan mayat Firaun pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa a.s yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille (foto). Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L'Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu. Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, 'dirawat' segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet. Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN. Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. "Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!" Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat. Kisah Firaun dalam al-Quran Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. "Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan," bicara hatinya sendirian. Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: "Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu". (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan. Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: "Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92)." Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar telah tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi. Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: "Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini." Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur'an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge. Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. "Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. "Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden," katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah. |
Gusar Rakyat 'Berhimpun' Di Depan Pejabat PM Di Putrajaya, Akhirnya MB Sedia Berjumpa Hari Ini !! Posted: 08 Apr 2012 07:05 PM PDT KUANTAN, 9 April - Gara-gara gusar dengan tekanan rakyat Cameron Highland yang mahu mengadakan Kempen Dari Cameron Ke Putrajaya (#Occupy Putrajaya) yang sepatutnya diadakan hari ini di hadapan Pejabat Perdana Menteri, akhirnya Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob bersetuju untuk membenarkan wakil mereka berjumpa beliau di pejabat beliau di Wisma Sri Pahang. Pertemuan dijangka akan diadakan pada jam 12.00 tengahari ini. Susulan daripada itu pihak terbabit telah membatalkan himpunan di Putrajaya. Sebelum ini, dilaporkan mereka akan turun beramai-ramai dan berkhemah di depan Pejabat Perdana Menteri sehingga mendapat jawapan konkrit daripada Najib terhadap enam isu utama yang mereka hadapi selama ini. Menurut Suresh Kumar (foto), selaku Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highland beliau gembira dengan kesedia Menteri Besar Pahang untuk bertemu mereka kali ini. "Selama tiga tahun rakyat Cameron Hihghland telah mendesak Kerajaan Negeri Pahang selesaikan pelbagai masalah penduduk di sini (Cameron Hihgland). Sekarang, selepas PSM lancar #Occupy Putrajaya maka barulah MB sedia berjumpa kami. Kuasa rakyat akhirnya berjaya memaksa MB berbuat demikian", lapor Suresh. Tahun lalu, beberapa penduduk sempat berhimpun berhampiran Pejabat MB di Wisma Sri Pahang untuk mengedarkan risalah tentang kempen mereka [Sepatutnya sudah lama MB Pahang berbuat demikian. Isu rakyat perlu diselesaikan segera, bukannya mengambil tempoh dua tahun baru mahu diberi ambil tindakan. Itu mungkin kerana desakan Pejabat Perdana Menteri yang gusar nama Najib tercemar akibat tindakan rakyat ini. Tambahan pula mereka adalah rakyat Pahang iaitu negeri kelahiran Najib sendiri. Apa yang pasti pertemuan terpaksa diadakan bagi membuktikan keprihatinan kerajaan menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Jalan penyelesaian terbaik perlulah dilakukan dan bukan sekadar janji kosong untuk meraih undi semata-mata. Apapun, kesedian MB itu juga haruslah dihargai dan inilah masanya yang paling sesuai laporkan masalah tersebut]. |
Ceramah 'Pembangkang' Di Taman Mahkota Aman Kuantan Berjaya Mendapat Sambutan Dari Rakyat Posted: 08 Apr 2012 09:24 AM PDT KUANTAN, 9 April - Ceramah Pakatan Rakyat sempena Majlis Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Pahang di Markas PAS, Taman Mahkota Aman dekat sini malam semalam telah berjaya mendapat sambutan dikalangan orang ramai. Ribuan rakyat hadir untuk mendengar ceramah dan amanat oleh pemimpin yang hadir. Walau pun program tersebut sepatutnya dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, namun akibat masalah kesihatan tempatnya digantikan oleh Spekaer DUN Kelantan, Ustaz Nasarudin Daud (foto). Walau bagaimana pun, ramai yang terpukau dan terhibur dengan ceramah yang disampaikan oleh ADUN Meranti itu. Malah, ramai dikalangan mereka yang pada awalnya mahu meninggalkan majlis akibat kecewa bila mendapat tahu Nik Aziz tidak hadir kerana masalah kesihatan akhirnya terus menanti hingga ke saat-sat akhir bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nasruddin itu. Cara beliau berceramah jelas sekali menyebabkan orang ramai tidak kering gusi dibuatnya. Sebelum itu beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat negeri seperti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS), Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR), YB Leong Ngah Ngah (Pengerusi DAP) menyampaikan ceramah masing-masing. Turut berceramah ialah Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat) dan Puan Normala Sudirman (bekas calon PAS di Pilihanraya Kecil DUN Tenang), sementara itu majlis di pengerusikan oleh Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang). Pada majlis itu, RM15,000 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai dan RM3,000 lagi atas sumbangan peribadi oleh Menteri Besar Kelantan selaku Mursyidul Am PAS. Secara keseluruhannya, program berjalan lancar hingga ke akhirnya tanpa ada sebarang provokasi oleh mana-mana pihak. Walau bagaimana pun, difahamkan pemimpin UMNO setempat dipercayai mengarahkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk meletakkan tanah di atas padang bagi menganggu orang ramai duduk di situ. Apapun, akibat tindakan cepat pihak penganjur yang mendesak MPK supaya mengalihkan semula tanah-tanah terbabit, akhirnya isu itu dapat diselesaikan sebelum program berkenaan diadakan semalam. [Dalam ceramahnya malam tadi, Speaker DUN Kelantan Ustaz Nasaruddin Daud banyak mengulas tentang penipuan, kezaliman dan penganiayaan Kerajaan Pusat pimpinan PM Najib Razak terhadap rakyat negeri itu terutamanya dalam isu royalti minyak. Beliau trut menyeru supaya rakyat Pahang buat perubahan pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini bagi membolehkan mereka turut menikmati berbagai kebajikan seperti rakyat di negeri lain yang dikuasai pembangkang. Beliau turut menegur sikap beberapa kerat pemimpin UMNO yang gemar berbohong dan menipu kononnya Kelantan miskin, namun dalam masa yang sama begitu rakus merompak kekayaan negeri tersebut. UMNO katanya lebih jahat daripada penyamun kerana tergamak menrompak hak rakyat Kelantan yang dikatakan sebuah negeri miskin itu. Lain-lain pemimpin seperti Dato' Tuan Ibrahim, Dato' Fauzi dan YB Leong Ngah Ngah lebih banyak menyentuh soal perubahan yang perlu dilakukan di Pahang jika rakyat mahu menikmati hidup yang lebih selesa pada masa akan datang. Melihat kepada sokongan rakyat malam tadi, ternyata kini ramai yang semakin berani hadir ke program anjuran pembangkang. Semoga ini membolehkan arus perubahan besar berlaku pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti hendaknya]. |
Mat Sabu: Pro Paganda UMNO BN Semakin Gagal Posted: 08 Apr 2012 07:36 AM PDT |
Panas: 'Pangku Jawatan Sharizat', Ternyata Najib Razak Takut Bayang Rosmah Mansor Sebenarnya! Posted: 08 Apr 2012 12:45 AM PDT Ramai yang terkejut apabila PM Najib Razak, tiba-tiba mengumumkan beliau memangku jawatan Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat yang dikosongkan oleh Senator Sharizat Jalil mulai hari ini. Najib umumkan perkara berkenaan pada majlis Pelancaran Program Karisma 1Azam peringkat negeri Pahang anjuran kementerian berkenaan yang turut dihadiri Shahrizat di Dataran Tok Gajah di Temerloh Jumaat lalu. Shahrizat sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai menteri apabila tamat tempoh sebagai senator pada 8 April (hari ini) berikutan isu National Fidlot Corporation (NFCorp). Najib bagaimanapun tidak menyatakan berapa lama beliau akan memangku jawatan berkenaan sehingga pada satu tarikh tertentu. Namun persoalannya, apakah sudah tiada wanita lain dalam UMNO yang layak memikul jawatan tersebut bagi menggantikan Sharizat?. Apakah sudah tiada lagi Ahli Parlimen Wanita UMNO yang layak memikul tanggungjawab itu agaknya?. Lantaran itu, Najib dengan berani memangku jawatan yang sepatutnya diserahkan kepada wanita itu sendiri. Ramai yang menganggap, niat ikhlas Najib itu sebenarnya "didalangi" oleh isteri beliau sendiri Rosmah Mansor. Tambahan pula, sejak Najib bergelar PM dan sejak menamakan beliau "first lady" di Malaysia Rosmah telah beberapa kali memikul tanggungjawab "menteri kabinet" yang sepatutnya dilakukan oleh Sharizat sebelum ini. Malah, dalam banyak acara terkadang Rosmah lebih menonjol daripada Sharizat sendiri. Makanya, Rosmah dipercayai mengarahkan Najib memangku jawatan tersebut supaya beliau lebih selesa menjalankan tugas berkenaan tanpa dibayangi oleh mana-mana pemimpin Wanita UMNO lagi. Lantaran itulah Najib dengan "muka tak malu" tiba-tiba memangku jawatan tersebut. Walhal sebenarnya dia mahu umumkan Rosmah Mansor yang sepatutnya dilantik Senator dan menjadi Menteri berkenaan. Inilah dia simbolik disebalik pengumuman mengejut yang dibuat oleh Najib itu. Benarkah Najib itu takut pada Rosmah sebenarnya?. Cuba lihat reaksi air muka Najib, macam ada sesuatu yang tak kena sahaja [Sebenarnya memang seantero dunia sudah tahu Rosmah Mansor begitu aktif dalam arena politik sejak suaminya bergelar PM. Semua peranan Kementerian Wanita yang diterajui oleh Sharizat Jalil diambil peranan oleh Rosman seolah olah Sharizat seorang Menteri Tanpa Portfolio. Hampir tiap malam TV3 membuat liputan penting kepada Rosmah dan semua kegiatan Rosmah di expose oleh TV3. Tidak pernah semua isteri mantan Perdana Menteri yang sudah sudah pernah lakukan peranan yang dilakukan oleh Rosman Mansor. Ada khabar angin yang tidak rasmi mengatakan bahawa PRU13 Rosmah Mansor akan bertanding sebagai Ahli Parlimen Rembau Negeri Sembilan. Kalau berita ini benar maka KJ akan tersingkir kerana beliau bukan favourite kabinet Najib. Kebetulan Rosmah juga adalah berasal dari Rembau Negeri Sembilan, kalau berita angin ini betul maka Rosmah jika menang akan menjawat jawatan Menteri Penuh dalam kabinet Najib, maka apa akan terjadi kepada Khairy Jamaluddin selepas ini agaknya]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan