Jumaat, 6 April 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Timbalan Presiden PKR, "Azmin Ali" Mengadakan Lawatan Kerja Pada Hari Ini Dan Esok Ke Pahang

Posted: 06 Apr 2012 08:51 AM PDT

KUANTAN, 6 April - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali (foto) dijadual akan mengadakan lawatan kerjanya selama dua hari ke Negeri Pahang mulai hari ini (6 April) dan esok (7 April). Program pertama yang akan dihadiri oleh beliau ialah Majlis Hi-Tea bersama rakyat bertempat di Markas PAS, Indera Mahkota 2 dekat sini pada jam 5.00 petang ini. Beliau kemudiannya akan bersama seluruh pimpinan Keadilan Negeri Pahang di Majlis Jamuan Makan bertempat di New Horizon Hotel pada jam 8.00 malam. Beliau kemudiannya akan berceramah di Markas PAS, Kg Marhum, Kuala Pahang Pekan. Sementara itu pada hari esok (8 April), beliau dijadualkan akan dibawa melawat ke penempatan nelayan di Beserah sekitar jam 7.00 pagi. Kemudiannya akan bersarapan pagi bersama rakyat di Kampung Jawa (Warung Pok Teh) selepas itu. Beliau kemudian akan berkunjung ke Tg.Lumpur untuk menemui masyarakat di sekitar kawasan terbabit sebelum ke Rompin untuk satu lagi program bersama rakyat di Keratong pada jam 5.00 petang esok.

Panas: Sakmongkol Jawab 'Tuduhan Liar' Blogger UMNO Kononya Dia Tidak Kenang Jasa Dato' Najib

Posted: 05 Apr 2012 10:53 PM PDT

Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis. Dato' Ariff Sabri Abd Aziz (foto) hari ini mendedahkan bahawa beliau tidak perlu termakan budi dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak kerana segala kejayaan yang diperolehinya dalam bidang perniagaan selama ini adalah hasil titik peluh beliau tanpa menggunakan kedudukannya sebagai wakil rakyat. Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan liar seorang blogger pro UMNO Pahang, Wan Zamzuri Wan Hassan (WZWH). Dalam posting terbaru di blog blogger terbabit mendakwa Ariff atau lebih dikenali sebagai blogger Sakmongkol AK47 sepatutnya berterima kasih kepada Najib kerana telah menganugerahkan banyak projek kepada beliau dan menganggatnya menjadi ADUN Pulau Manis. Justeru WZWH hairan kenapa Sakmongkol kini menentang Najib dan bertindak menyertai DAP?. Baca tulisdannya di sini. Bagi menjawab dakwaan tersebut Ariff dalam posting terbaru di blognya mendakwa beliau begitu jarang untuk menjawa tulisan blogger lain terhadap dirinya, namun dalam kes WZWH ini beliau terpaksa bangkit menjawabnya. Dalam tulisan tersebut, Sakmongkol mendakwa WZWH membuat banyak pembohongan dalam pendedahan beliau terhadap dirinya. "Inilah kali pertama saya mendengar saya mendapat projek menambak sungai. Setahu saya, kerja wave breaker si Sungai Pahang dilakukan oleh MRCB dan syarikat lain. Mungkin MRCB membeli batu kuari atau boulder rock dari kuari saya. Tapi, itu adalah keputusan komersial MRCB dan tidak ada kena mengena dengan Dato' Najib", Kata Ariff Sabri. Menegani kuari yang dikatakan berjuta ringgit pula, beliau mendakwa telah membeli kuari tersebut sebelum menjadi wakil rakyat lagi. "Tidak ada kena mengena dengan Dato' Najib. Kuari tersebut adalah milikm PASDEC dan saya beli dengan harga RM1.2 juta. Bayaran muka RM100,000 dan bakinya dibayar secara ansuran. Alatan dalam kuari itu memang bernilai jutaan ringgit dan kesemuanya dibeli oleh kami. Tiada kena mengena dengan orang lain", kata beliau lagi. Baca seterusnya jawapan beliau "Menjawab Tuduhan Seorang Machai Upahan" di blog peribadinya.

[Ironinya, tuduhan liar pasti akan berlaku kepada sesiapa sahaja yang sudah tidak sehaluan dengan parti atau kumpulan masing masing. Baik di pihak pembangkang mahu pun kerajaan itu sendiri. Justeru, sudah menjadi lumrah pasti akan ada yang berkata negatif biar pun sebenarnya semua yang diperkatakan itu tidak benar sama sekali. Semoga Sakmongkol dan Wan Zamzuri Wan Hassan dapat memahami senario ini. Tidak perlu menuding jari menyalahkan pihak lain yang ingin meneruskan perjuangannya. Berjuang ada kalanya memerlukan pengorbanan. Ramai yang terkorban sebelum menamatkan perjuangan. Namun, ramai juga menukar arus perjuangan selepas melihat perjuangan asal lari dari matlamatnya. Hanya rakyat sahaja yang berhak menilai siapakah yang berada di landasan perjuangan sebenar. Oleh itu teruskan perjuangan walau dimana jua berada. Apa yang penting ialah kejujuran dan keikhlasan itu penting untuk yakinkan rakyat. Apapun, Selamat berjuang buat semua].

Panas: Para Penduduk Cameron Highlands Bakal Berkampung Di Hadapan Pejabat Najib Isnin Ini !

Posted: 05 Apr 2012 10:32 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April - Penduduk Cameron Highlands akan turun ke pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ini dan berkhemah di sana sehingga mendapat jawapan konkrit daripada perdana menteri terhadap enam isu utama yang mereka hadapi. "Ini adalah satu perjuangan rakyat marhaen dari Cameron Highland yang sudah muak menunggu kerajaan bertindak terhadap isu-isu mereka. Mereka akan datang ke Putrajaya," kata kata Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan (foto). Beliau mendakwa, telah banyak memorandum dihantar dan banyak mesyuarat diadakan dengan pihak kerajaan selama empat tahun, tetapi masalah penduduk Cameron masih tidak selesai. Sebelum ini, katanya, kumpulan tersebut sudah meghantar 17 surat kepada Pejabat Daerah Cameron dan berjumpa mereka tujuh kali. "Sudah hantar 15 surat kepada Menteri Besar Pahang dan berjumpa mereka dua kali dan sudah hantar empat (surat) kepada Pejabat perdana menteri dan berjumpa mereka dua kali," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau mendakwa masalah penduduk terbabit langsung tidak diselesaikan dan mereka juga tidak mendapat sebarang maklumbalas dari pihak berkuasa. Oleh itu, tegasnya, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk pergi berkhemah di pejabat perdana menteri sehingga mendapat satu jawapan yang konkrit. Menurut Arutchelvan, 40 penduduk yang mewakili enam isu berkenaan akan hadir di Putrajaya. Isu-isu tersebut ialah Empat isu petani bertani selama 40 tahun tetapi tiada lesen TOL dari Blue Valley, Cameron; Satu isu kawasan rumah didakwa diberi kepada kroni BN walaupun sudah 42 tahun menetap di sana dari Ringlet, Cameron; Sepasang suami isteri tiada rumah/tanah untuk berpindah dari Kuala Terla, Cameron. Sudah memohon lebih 30 tahun tetapi tiada jawapan dari Pejabat Daerah Cameron; Satu kes permohonan gerai ditolak dan kemudian kawasan yang sama yang lebih besar diberi kepada orang lain dari Blue Valley, Cameron; Satu kes permohonan oleh ibu tunggal yang diberi harapan palsu untuk membina gerai dan kemudian gerainya diroboh dari Blue Valley, Cameron; Dua kes pemilik gerai kecil dari Kea Farm, Cameron yang gerai mereka akan diroboh oleh Pejabat Daerah untuk beri laluan kepada pemaju swasta. Arutchelvan berharap rakan-rakan seperjuangan akan turun bersama penduduk Cameron Isnin ini dan teruskan sokongan sehingga dapat satu kata putus dari Perdana Menteri.
[Amat sukar untuk kita terima apabila rakyat Pahang yang mana sebuah negeri yang ditadbir oleh Kerajaan UMNO BN, malah mempunyai pula wakil rakyat yang bergelar Perdana Menteri rupanya hidup menderita dan sengsara. Soalnya, kenapa isu sebegini tidak dihighlightkan oleh media arus perdana seperti TV3, RTM dan sebagainya. Rakyat mengharapkan kerajaan untuk membela nasib mereka. Namun terkadang, bila ada birokrasi dan unsur penyelewengan memang terlalu sukar untuk rakyat yang tidak mempunyai wang untuk memiliki apa yang dihajati atau dipohon selama ini. Namun, bagi mereka yang "berduit" mudah saja untuk diproses permohonan mereka untuk diluluskan. Inilah senario yang berlaku sejak sekian lama dan rakyat perlu membuat perubahan jika tidak mahu semua ini berkekalan. Apapun, kami akan hantar wakil PDO untuk membuat laporan perkembangan isu ini. Perjuangan rakyat itu perlulah diteruskan].

Mat Sabu: PAS Kerahkan Ahlinya Sertai Bersih 3.0

Posted: 05 Apr 2012 08:34 PM PDT

Task Force: Mahfuz Omar Bersedia Beri Kerjasama

Posted: 05 Apr 2012 08:02 PM PDT

Bob Lokman: Tengok Kawan Mati, Saya Ingat Mati

Posted: 04 Apr 2012 08:56 PM PDT

Video: Bersih 3.0, Duduk Bantah Pada 28 April Ini

Posted: 04 Apr 2012 12:49 AM PDT

Tiada ulasan: