Pahang Daily Online |
- Gara-Gara 'JAIP Pindah Bangunan', Orang Ramai Terpaksa Duduk Tepi Longkang Menunggu Bicara
- Fitnah: Mantan 'Timbalan Menteri Besar' Pahang, Bakal Fail Saman Terhadap Dua Pemimpin PEDAS
- Panas: Ustaz Dr.Badrol Amin Bakal Berceramah Di Markas PAS Kg.Mengkasar Pekan, 9.00 Malam Ini!
- Video: Siaran Eksklusif Dari Web TV PAS Pekan !
Gara-Gara 'JAIP Pindah Bangunan', Orang Ramai Terpaksa Duduk Tepi Longkang Menunggu Bicara Posted: 04 Apr 2012 10:50 PM PDT KUANTAN, 5 April - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) digesa mempercepatkan pembinaan Mahkamah Syariah bagi memudahkan orang ramai yang berurusan dengan pihak terbabit. Ini berikutan, terdapat banyak rungutan daripada orang awam yang kecewa dengan layanan yang diberika semasa perbicaraan sedang berlangsung. "Kami terpaksa duduk bersidai di tepi longkang untuk menunggu kes dibicarakan. Bayangkan situasi begini terjadi, sudahlah perbicaraan hanya dijalankan di dalam bilik khas yang dijadikan dewan mahkamah. Bayangkan ada diantara kami yang membawa anak-anak kecil, terpaksa menunggu di luar dalam keadaan panas terik. Jika ada ruang bolehlah duduk di dalam sebuah warung yang terletak dibelakang bangunan terbabit", kata seorang surirumah yang sedang menghadapi kes cerai di situ. Tinjauan PDO mendapati suasana memang tidak selesa terutamanya kepada mereka yang baru berurusan dengan jabatan terbabit. Bayangkan orang ramai terpaksa duduk bertenggek di atas benteng longkang dan ada juga yang berdiri kerana ruang tidak mencukupi. Difahamkan, JAIP telah berpindah ke bangunan baru yang ditinggalkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan awal tahun ini. Sebelum ini pejabat mereka terletak bersebelahan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah berhampiran. Duduk bertenggek di tepi longkang, suasana yang sungguh memalukan Masing-masing terpaksa duduk di tepi longkang untuk tunggu perbicaraan Sebahagian lagi terpaksa duduk di warung belakang bangunan terbabit Soalnya sekarang, kenapa JAIP tidak menggunakan dewan Mahkamah Syariah di bangunan lama seperti biasa, sebelum dewan yang baru disiapkan?. Bukankah ia memudahkan orang ramai untuk berurusan. Bukankah dewan terbabit masih elok dan boleh digunakan sebenarnya. Kenapa perlu menyusahkan orang ramai?. Situasi ini sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku di negeri Pahang ini sebenarnya. Justeru, amatlah diharapkan agar pihak JAIP menyegerakan pembinaan dewan mahkamah syariah dengan segera demi kebaikan kepada semua pihak. Amatlah tidak molek, melihat orang ramai terpaksa duduk ditepi-tepi longkang semata-mata mahu menunggu kes mereka didengar. Bukti, dewan mahkamah di bangunan lama sepatutnya boleh digunakan tapi telah dirombak oleh JAIP menyebabkan keadaannya berkecamuk [Senario yang berlaku ini amatlah malang sekali sebenarnya. Tidak wajar layanan sebegini diterima oleh orang ramai yang mahu berurusan dengan sebuah jabatan agama seperti JAIP. Sepatutnya, JAIP masih boleh menggunakan dewan mahkamah di bangunan lama mereka tanpa perlu memindahkan kes-kes ke bangunan baru seperti sekarang. Ia bukan sahaja menyusahkan malah menyebabkan berlaku kesulitan kepada orang ramai. Kerajaan Negeri Pahang perlu mengambil berat isu ini dan mengambil langkah-langkah segera untuk memperbaikinya. Majlis Ugama Islam Dan Adat resam Melayu Pahang (MUIP) pula digesa turut membantu demi meningkatkan syiar Islam itu sendiri. Tidak perlu tergesa-gesa mahu membeli hotel MS Garden sedangkan banyak lagi perkara lain yang lebih utama perlu disegerakan. Apapun, semua yang berlaku ini tidak boleh diletakkan kesalahannya 100% kepada JAIP kerana mereka tidak mempunyai peruntukkan yang sepatutnya bagi tujuan berkenaan. Mereka hanyalah penjawat awam yang hanya melaksanakan tugas masing-masing]. |
Fitnah: Mantan 'Timbalan Menteri Besar' Pahang, Bakal Fail Saman Terhadap Dua Pemimpin PEDAS Posted: 04 Apr 2012 08:43 PM PDT KUANTAN, 5 April - Bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, Dato' Hassan Ariffin (foto) bakal menfailkan tindakan saman terhadap dua pemimpin NGO Pengerak Anti Rasuah Dan Salahguna Kuasa (PEDAS) iaitu Ram Ponnusamy dan Pang Jon Kong berikutan dakwaan kononnya beliau dan beberapa orang yang lain terlibat dalam urusan penjualan "Tanah Rezab Melayu Tok Sira" dekat sini. Laporan tersebut telah disiarkan di PDO atas tajuk "UMNO Khianat Tanah Rezab Malayu Tok Sira" pada 19 Mac lalu. Difahamkan, laporan tersebut juga telah disiarkan didalam beberapa buah akhbar berbahasa Cina keesokan harinya. Menurutnya, tindakan saman terpaksa diambil selepas pihak berkenaan sengaja membuat "fitnah" dan menjatuhkan maruah beliau dengan dakwaan tersebut. Malah reputasinya terjejas akibat laporan berkenaan. Beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh bahawa apa yang didakwa adalah tidak berasas sama sekali. Semua dokumen berkenaan akan dibawa ke mahkamah untuk tujuan berkenaan. Difahamkan juga kesemua pihak terbabit (PEDAS) telah diberi tempoh 14 hari untuk memohon maaf atau menarik balik laporan berkenaan. Notis telah dihantar pada 22 Mac lalu dan akan berakhir pada Isnin 9 April ini. Kami akan membuat laporan terkini seterusnya terhadap kontroversi yang telah didedahkan. |
Panas: Ustaz Dr.Badrol Amin Bakal Berceramah Di Markas PAS Kg.Mengkasar Pekan, 9.00 Malam Ini! Posted: 04 Apr 2012 08:23 PM PDT PEKAN, 5 April - Tokoh agama terkenal yang terpalit dengan kontroversi di tangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Balok baru-baru ini iaitu Ustaz Dr.Badrol Amin Baharon (foto) akan menyampaikan ceramahnya dekat sini malam nanti. Beliau dijangka akan bersama dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi berceramah di Markas PAS Kg.Mengkasar jam 9.00 malam ini. Kehadiran beliau amat dinanti-nantikan kerana inilah kali pertama dia hadir ke pentas ceramah selepas isu panas itu meletop ketika orang ramai sedang sibuk untuk ke Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan ketika itu. Susulan kes itu, berbagai tohmahan dari banyak persepsi telah dilontarkan terhadap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu. Namun, sehingga ke saat ini beliau masih lagi belum didakwa oleh JAIP atas dakwaan tersebut. Justeru, orang ramai adalah dijemput hadir pada malam ini. |
Video: Siaran Eksklusif Dari Web TV PAS Pekan ! Posted: 04 Apr 2012 08:12 PM PDT Jangan lupa dapatkan banyak lagi video-video terkini di WebTV PAS Pekan |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan