Pahang Daily Online |
- Lynas: Keputusan Permohonan Penduduk Batal TOL, Akan Di Putus Mahkamah Pada 12 April Ini!
- Panas: MCA 'Bantah Lesen Lynas', Andai Syarikat Itu Tidak Dapat Jamin Buang Sisa Ke Luar Negara
- Video: Tindakan Speaker Pemangkin Bersih 3.0 !
- Projek Terbengkalai '150 Meter' Dari Rumah Najib, Pembeli Kecewa Sikap ADUN Dan Perdana Menteri
- Panas: Bersih 3.0, Bakal Di Adakan Setelah Dewan Rakyat Luluskan Laporan Akhir PSC Tanpa Bahas
| Lynas: Keputusan Permohonan Penduduk Batal TOL, Akan Di Putus Mahkamah Pada 12 April Ini! Posted: 04 Apr 2012 01:52 AM PDT
[Soalnya sekarang, apakah keputusan akan berpihak kepada rakyat?. Sedangkan semua tahu projek tersebut kini hampir siap sepenuhnya. Mahukan kerajaan membatalkan TOL dan menutup projek itu dalam masa yang sama mereka terus berkempen kononnya rakyat mendapat maklumat yang salah tentang projek berkenaan. Kini, rakyat Kuantan akan terus dinafikan hak untuk menjamin keselamatan mereka pada masa akan datang. Selagi kerajaan terus ditadbir oleh UMNO BN, maka amat sukar untuk kita melihat "rakyat didahulukan" dalam hal Lynas ini. Apa yang pasti, tokey "Lynas" dan proksi-proksi mereka yang akan "diutamakan" dan mendapat limpahan kemewahan hasil usaha membawa masuk projek itu]. |
| Panas: MCA 'Bantah Lesen Lynas', Andai Syarikat Itu Tidak Dapat Jamin Buang Sisa Ke Luar Negara Posted: 04 Apr 2012 01:25 AM PDT
|
| Video: Tindakan Speaker Pemangkin Bersih 3.0 ! Posted: 04 Apr 2012 01:21 AM PDT |
| Projek Terbengkalai '150 Meter' Dari Rumah Najib, Pembeli Kecewa Sikap ADUN Dan Perdana Menteri Posted: 04 Apr 2012 01:11 AM PDT PEKAN, 4 April - Para pembeli projek rumah Pekan Jaya Fasa II dekat sini, kecewa dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya iaitu YB Ibrahim Awang (foto) kerana masih gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka biar pun selepas beberapa tahun menjadi Wakil Rakyat di kawasan terbabit. Sikap acuh tak acuh ADUN terbabit dalam menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh para pembeli ini kini semakin kritikal, tambahan pula Pilihan Raya Umum ke-13 kini semakin hampir. Justeru, pihak berkenaan gusar jika isu ini dijadikan "modal politik" oleh pihak pembangkang untuk membuktikan laungan "rakyat didahulukan" oleh kerajaan itu sekadar "indah kabar dari rupa". Inilah senario yang berlaku kepada 22 pembeli rumah yang kini menjadi mangsa akibat kegagalan pemaju (Exact Management Sdn Bhd) menyiapkan rumah yang mereka beli dengan harga antara RM190,000 hingga RM250,000 itu. Menurut seorang pembeli yang ditemui, beliau hairan kenapa pemimpin setempat termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak sendiri tidak cakna dengan isu itu. "Bayangkan sudah banyak kali kami ajukan perkara ini kepada YB terbabit dan juga PM sendiri. Namun jawapannya tunggu dan lihat ... sedangkan kami terpaksa membayar pinjaman perumahan sejak setahun yang lalu. Bila diajukan kepada pihak berkenaan, mereka dengan mudah berjanji akan menyelesaikannya. Tapi, apa yang terjadi kami kini seolah-olah orang asing dibumi sendiri. Mereka melayan "warga asing" dengan baik di Pekan terutamanya Kamboja, Myanmar dan sebagainya. Tapi rakyat Pekan sendiri yang berbangsa Melayu kini dianaktirikan. Kami tidak diberi keistimewaan, walau pun kesemua pembeli adalah berbangsa Melayu. Mana pergi laungan, Hidup Melayu yang diwar-warkan selama ini", katanya yang tidak mahu nama beliau disiarkan. Sebelum ini, PDO pernah menyiarkan rintihan para pembeli terbabit dalam artikel terdahulu yang bertajuk "Pembeli Kecewa, PM Najib Tergamak Tutup Mata Menyelesaikan Masalah Projek Terbengkalai Yang 'Hanya 150 Meter Dari Rumahnya' Di Pekan". Malah, isu berkenaan juga telah disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan selepas itu. Namun difahamkan, sehingga ke saat ini tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak pemaju mahu pihak pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah ini. Difahamkan juga, rata-rata pembeli adalah pegawai kerajaan yang antara mereka termasuk guru dan juga kakitangan sebuah IPT di Pekan.Kawasan rumah telah dinaiki semak samun gara-gara projek terbengkalai Lebih 80% disiapkan, tiba-tiba projek terbengkalai bila pemaju lepas tangan Tar pun sudah diturapkan pada sebahagian dari jalan di kawasan terbabit [Melihat kepada apa yang berlaku ini, tidak timbul soal mengatakan isu ini harus ditangani oleh pihak terbabit dengan pemaju sendiri. Mereka sudah usahakan perkara itu berkali-kali namun tiada jalan penyelesaiannya. Maka, jalan terbaik ialah mengajukan permasalah itu kepada wakil rakyat setempat, tambahan pula kawasan parlimen Pekan di wakili oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri. Masakan seorang PM tidak mampu untuk menangani masalah sekecil ini?. Anehnya, pemimpin politik di Pekan begitu berselera membantu dan membela warga asing terutamanya dari Kemboja, Myanmar dan sebagainya. Mereka dilayan lebih istimewa daripada orang-orang Melayu itu sendiri. Jika ini keadaannya, apakah makna laungan "rakyat didahulukan"?. Pihak terbabit sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk membela rakyat yang teraniya. Jangan dek kerana isu ini akhirnya orang Melayu Pekan menolak pemimpin UMNO BN pada Pilihan Raya Umum akan datang. Mujurlah isu ini masih ditangani oleh pihak yang berkenaan tanpa pengaruh di politik pembangkang lagi]. |
| Panas: Bersih 3.0, Bakal Di Adakan Setelah Dewan Rakyat Luluskan Laporan Akhir PSC Tanpa Bahas Posted: 04 Apr 2012 12:46 AM PDT
[Nampaknya, sudah tiada jalan lain untuk kita melihat keadilan itu berlaku dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. SPR terus menjalinkan kerjasama dengan UMNO BN untuk menipu rakyat dengan tidak mahu membersihkan daftar pilihanraya. Apa guna ada "dakwat celup" jika mereka yang hadir untuk mengundi adalah "hantu jadian" ciptaan SPR berkerjasama dengan JPN bagi mengelirukan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Ini amatlah malang buat rakyat terutamanya generasi muda yang mahu melakukan perubahan kali ini. Kerajaan nampaknya sudah terlalu takut dengan kebangkitan suara rakyat yang kini jelas dapat dilihat di mana-mana. Oleh itu, jalan terbaik untuk membuktikan rakyat mahi pilihanraya yang bersih dan adil ialah ramai-ramai turun ke Bersih 3.0 pada 28 April ini. Biar satu dunia tahu, bahawa SPR adalah talibarut BN yang dicipta untuk terus menipu seluruh rakyat Malaysia sebenarnya]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan