Pahang Daily Online |
- Panas: Orang Ramai, Persoalkan Kreadibilti Ahli Parlimen Maran, Gagal Halang Isa Samad Lantik Dirinya Jadi Pengerusi KPF Oktober Tahun Lalu!
- Tolak Laporan Manoriti, Wakil PSC Pembangkang Membantah 'Format Laporan' Daftar Pemilih SPR
- Panas: Dewan 'Lulus PSC Tanpa Bahas', Tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Di Arah Keluar Dewan !
- Video: 3 Mahasiswa Di Pukul Dekat Kg.Kerinchi !
- Panas: Blogger Cucumatkilau Akan Umum Secara Rasmi Hasrat Tanding Pilihan Raya Umum Ke-13 !
- SPR "Sewenangnya" Mengotorkan Daftar Pemilih !
| Posted: 03 Apr 2012 04:35 AM PDT Ramai pihak terutamanya masyarakat peneroka Felda di seluruh negara kini mempersoalkan kreadibiliti Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib (foto), yang tidak membantah tindakan Tan Sri Isa Samad melantik diri beliau sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF). Menurut mereka, Ismail adalah satu-satunya Ahli Lembaga Pengarah Felda yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), bukti SINI. Maka itu, beliau sepatutnya memainkan peranan untuk menasihat dan menghalang tindakan Isa Samad yang jelas melanggar Akta Koperasi apabila melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF sedangkan beliau bukanlah ahli koperasi. Malah, Isa dilaporkan telah menyalahgunakan kuasa dengan merampas jawatan Pengerusi Permodalan Felda Malaysia Berhad dari pemagang jawatannya Datuk Dzulkifli Wahab secara tidak sah dan semasa beliau berada di Tanah Suci Mekah kerana menunaikan umrah pada Oktober tahun lalu. Semasa ketiadaan Datuk Dzulkifli , Isa Samad telah mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi Felda Malaysia Berhad (KPF) dan berbekalkan surat daripada Perdana Menteri, Isa Samad telah melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF secara bertentangan dengan undang-undang di bawah Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007 ) Akta 502, dan telah menyalahgunakan kuasa kerana mengangkat dirinya sebagai Pengerusi baru kepada KPF mengambil alih jawatan yang sedang disandang oleh Datuk Dzulkifli Wahab sewaktu beliau mengerjakan umrah. KPF telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 dibawah Ordinan Koperasi 1948 bertujuan untuk jadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota FEDA penubuhah KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan satu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warganya. ![]() Datuk Dzulkifli Wahab, Tan Sri Isa Samad dan Dato' Seri Sabri Ahmad ketika masih bersama dalam pengurusan tertinggi Felda satu masa dulu [Persoalannya sekarang, Datuk Ismail Muttalib selaku Ahli Lembaga Pengarah SKM sepatutnya menggunakan kedudukannya untuk menghalang Isa Samad berbuat demikian, namun beliau mengambil sikap selamat dengan mendiamkan diri walau pun tahu ia jelas bertentangan dengan akta berkenaan. Justeru, Ahli Parlimen Maran itu dilihat tidak layak lagi untuk mewakili rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang, kerana jelas beliau lebih mementingkan elaunnya sebagai Ahli Lembaga Pengarah daripada menegakkan kebenaran yang sepatutnya. Tindakan ini sungguh memalukan kerana beliau bukanlah sebarangan orang dan mempunyai pengalaman yang cukup dalam perkhidmatan kerajaan. Sususaln dengan ini, ramai yang mendesak supaya rakyat terutamanya masyarakat peneroka Felda menolak Datuk Ismail Muttalib jika beliau terus dicalonkan bagi Parlimen Maran pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Adalah difahamkan Ismail dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mulai 15 Julai 2008 kemudian setelah tamat dia kemudiannya dilantik semula pada 15 Julai 2012 dan 15 Julai 2011 lalu]. |
| Tolak Laporan Manoriti, Wakil PSC Pembangkang Membantah 'Format Laporan' Daftar Pemilih SPR Posted: 03 Apr 2012 04:04 AM PDT
[Nampaknya, seperti yang telah dijangka oleh seluruh rakyat akhirnya kini terserlah juga bahawa PSC yang ditubuhkan itu bukanlah satu jawatankuasa yang berhasrat untuk memperbetulkan perjalanan pilihanraya secara bebas dan telus. Namun, ia dilihat lebih kepada agenda tersembunyi pihak-pihak yang berkenaan dalam memastikan kuasa terus berada ditangan mereka sebenarnya. Kini, laporan itu diluluskan tanpa mengambilkira laporan manoriti. Jika inilah keadaannya, maka sia-sia saja PSC ditubuhkan. Tambahan pula awal-awal lagi kita sudah melihat bilangan Ahli Parlimen Pembangkang yang diundang kecil jumlahnya daripada jumlah yang diwakili penyokong kerajaan. Apa guna PSC, jika ia bertujuan untuk memperbodohkan rakyat dengan satu agenda tersembunyi yang dirancang oleh mereka. Kini, rakyat nampaknya akan kembali turun dijalanan untuk menyatakan bantahan terhadap apa yang berlaku di depan mata mereka ini. Apakah Bersih 3.0 akan digerakkan agaknya dalam masa terdekat ini. Itulah jalan paling terbaik jika tidak mahu rakyat terus ditipu]. |
| Panas: Dewan 'Lulus PSC Tanpa Bahas', Tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Di Arah Keluar Dewan ! Posted: 03 Apr 2012 03:16 AM PDT
Ketika itu dewan sudah pun kecoh dan berlaku perang mulut antara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mempertahan keputusan Speaker. Dalam kekecohan itu Pandikar mengarahkan Azmin, Dzulkefly dan Sivarasa untukmeninggalkan dewan atas alasan mempersoal keputusan Speaker. Kemudian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bangun mempertikai keputusan Speaker itu. Dalam suasana kecoh itu Anwar mendakwa, Pandikar telah bertindak tidak wajar apabila tidak menerima precedent yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Anwar juga mendakwa Pandikar sepatutnya meminta maaf di atas kesilapannya itu. Dalam kekecohan tersebut, Pandikar mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak berminat untuk membahaskan usul itu. Beliau juga meneruskan dengan undian secara belah bahagi yang menyaksikan usul itu akhirnya telah dilulus tanpa bahas. |
| Video: 3 Mahasiswa Di Pukul Dekat Kg.Kerinchi ! Posted: 03 Apr 2012 01:00 AM PDT |
| Panas: Blogger Cucumatkilau Akan Umum Secara Rasmi Hasrat Tanding Pilihan Raya Umum Ke-13 ! Posted: 02 Apr 2012 10:49 PM PDT ![]() KUANTAN, 3 April - Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi DUN Kemayan, Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) hari ini mengesahkan beliau akan tawarkan diri untuk bertanding secara rasmi pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Keputusan dibuat selepas mengadakan perbincangan sulit (tertutup) dengan beberapa pihak yang mahu beliau mewakili rakyat untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Shukri yang juga dikenali sebagai blogger Cucumatkilau kini bergerak sebagai aktivis bebas yang pro rakyat. Beliau kini banyak membongkarkan banyak isu-isu rakyat, isu semasa dan politik Pahang di dalam facebooknya. Menurut Shukri, keputusan diambil selepas beliau mengambil kira beberapa pandangan dan komen yang diberikan oleh sahabat-sahabat baik teman mahu pun lawan. Soalnya, di manakah kerusi pilihan yang akan beliau tandingi pada PRU-13 ini agaknya?. Sebelum ini beliau pernah mengumumkan akan bertanding di Parlimen Pekan untuk menentang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak. Selepas itu beliau turut memaklumkan akan bertanding di beberapa buah DUN seperti Pulau Tawar, Chenor, Kuala Sentul, Semambu dan Teruntum. Namun, persoalannya sekarang yang mana satukan pilihan blogger terbabit agaknya. Beliau yang juga merupakan salah seorang pejuang yang lantang mempersoalkan tentang projek Lynas kini tidak bernaung di bawah mana-mana parti politik dan lebih bersikal neutral untuk membela semua rakyat tanpa membezakan fahaman politik masing-masing. Berita tentang hasrat beliau untuk bertanding juga telah banyak dikeluarkan dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina mutakhir ini. Ia memberi gambaran positif yang beliau turut mendapat sokongan masyarak kaum Cina selain daripada orang-orang Melayu sendiri. Khabarnya satu sidang media khas akan diadakan di sebuah hotel dalam masa terdekat ini untuk memaklumkan perkara itu. Apapun, kami warga kerja Pahang Daily Online (PDO) amat menyokong penuh hasrat beliau tersebut. Tambahan pula, beliau banyak membantu mempopularkan blog ini sejak awal-awal ia ditubuhkan dulu. Malah, kini masih terlibat secara tidak langsung dengan PDO. Apapun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada beliau dalam masa terdekat ini. ![]() Laporan oleh artikel akhbar Nanyang Siang Pau tentang hasrat beliau ini ![]() Laporan akhbar China Press beliau akan bertanding di kawasan Kuantan [Keputusan Blogger Cucumatkilau untuk bertanding pada PRU-13 ini sememangnya sudah dijangka oleh semua pihak. Malah sejak dari awal lagi beliau sudah beberapa kali umumkan pendiriannya itu. Cuma, kini pasti ramai yang tertanya-tanya di manakah kerusi pilihan terakhir untuk beliau berbuat demikian. Apapun, pasti ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh beliau nanti. Difahamkan, blogger terbabit akan mengadakan lawatan kerja seharinya ke Parlimen Pekan hujung minggu ini bagi memantau beberapa masalah rakyat terutamanya yang membabitkan orang-orang Melayu yang masih gagal diselesaikan oleh pemimpin dan wakil rakyat sedia ada. Persoalannya, apakah kemasukan beliau akan menyebabkan pertembungan tiga penjuru akan berlaku di salah satu parlimen di Pahang pada PRU-13 ini agaknya. Jika ini berlaku, pasti amalan demokrasi akan lebih meriah lagi kali ini]. |
| SPR "Sewenangnya" Mengotorkan Daftar Pemilih ! Posted: 02 Apr 2012 10:46 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan