Isnin, 2 April 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Bekas Timbalan Menteri Besar Pahang Nafi Dakwaan, Khianati Tanah Rezab Melayu Tok Sira!

Posted: 02 Apr 2012 04:06 AM PDT

KUANTAN, 2 April - Bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, Dato' Hassan Ariffin (foto) hari ini tampil menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat menjual "Tanah Rezab Melayu" kepada "Bukan Melayu" di Medan Tok Sira seperti yang didakwa oleh Sebuah NGO yang dikenali sebagai Pengerak Anti Rasuah Dan Salahguna Kuasa (PEDAS) baru-baru ini. Laporan tersebut telah disiarkan di PDO atas tajuk "UMNO Khianat Tanah Rezab Malayu Tok Sira" pada 19 Mac lalu. Menurut Hassan, tanah terbabit sebenarnya telah dibeli daripada PASDEC sebagai Tanah Geran Bebas, Pajakan 99 tahun dan ada sekatan kepentingan. Malah, harga yang beliau bayar adalah munasabah sebagaimana amalan kerajaan memberi lot perumahan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan kerajaan sepertimana amalan agensi-agensi lain seperti SPPK, Perbadanan Putrajaya dan Agensi-Agensi Kerajaan Negeri yang lain. "Tanah itu saya gadaikan kepada bank kerana saya menghadapi masalah kewangan (peribadi dan perniagaan). Bukan tanah itu saja yang saya jual selepas berhenti dari jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang. Malah, untuk memulakan perniagaan saya juga terpaksa jual sebuah rumah banglo di Tok Sira, rumah teres satu tingkat di Kampung Jawa dan juga sebidang tanah pusaka di Rompin, 3 Lot 10 LKPP dan tanah di Pekan", katanya. Beliau juga persoalkan bagaimana PEDAS yang diketuai oleh Ram Ponnusamy dan Pan Jon Kong boleh mengatakan tanah terbabit adalah Rezab Melayu. "Apa nombor gazet Simpanan Melayu ini?. Bagaimana saya boleh mencagar tanah itu kepada Institusi Kewangan yang tidak ada dalam jadual?. Undang-undang tanah di Malaysia sangat baik dan detail. Tindak mungkin semasa meluluskan tanah kepada PASDEC, Pejabat Tanah terlepas pandang Kawasan Simpanan Melayu diluluskan sebagai Geran Bebas?. Dalam pengetahuan saya seluruh Tok Sira adalah bukan Tanah Rezab Melayu dan semua sedia maklum semua bangsa tinggal di kawasan itu", tambah beliau.


Ram dan Pang ketika membuat laporan di Pejabat SPRM pada 19 Mac lalu
Malah, katanya tanah itu ada sekatan kepentingannya. beliau juga mempersoalkan, jika benar tanah itu Rezab Melayu bagaimana Menteri Besar Pahang boleh meluluskan pindah milik tersebut. "Melaporkan kepada SPRM adalah hak warganegara Malaysia. Tetapi mendedahkan perkara ini kepada media tanpa fakta yang tepat adalah mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan maruah seorang", tambahnya. Malah, beliau juga mempersoalkan tindakan PEDAS mendedahkan transaksi jual beli tanah tersebut kepada umum. "Sudah pasti harga pada tahun 2001 berbeza dengan tahun 2004, malah hari ini ia jauh lebih tinggi. Saya kececewa dan sedih kerana selama 22 tahun menjadi wakil rakyat seinci tanah pun saya tidak pernah dapat dari kerajaan. Hanya tanah ini sahaja yang saya perolehi dari PASDEC. Saya bukanlah Ahli Lembaga Pengarah PASDEC atau PKNP ketika itu", katanya lagi. Susulan tindakan tersebut, Dato' Hassan dipercayai telah mengarahkan peguamnya mengkaji secara mendalan isu ini untuk mengambil tindakan yang sesuai. Malah, difahamkan kesemua pihak terbabit (PEDAS) telah diberi tempoh 14 hari untuk memohon maaf atau menarik balik laporan berkenaan (dari tarikh surat dihantar pada 22 Mac lalu), andai mereka enggan tindakan mahkamah akan diambil oleh beliau.

[Nampaknya, dengan penafian ini ia pasti akan menimbulkan kontoversi yang lebih besar terhadap pendedahan yang dibuat oleh PEDAS itu. Soalnya, apakah pendedahan tersebut benar-benar jujur untuk mempertahankan Tanah Rezab Melayu seperti yang didakwa atau pun sekadar untuk kepentingan pihak-pihak tertentu semata-mata. Ini berdasarkan kepada maklumat terdapat krisis antara salah seorang pengadu terbabit dengan seorang pemilik tanah di kawasan berkenaan. Menurut sumber, lot banglo yang dibeli oleh pihak terbabit dipercayai termasuk dalam kawasan lot bersebelahan (5 meter). Susulan itu, pihak terbabit meminta gantirugi daripada beliau atas tindakan tersebut. Akibat gagal membayar bayaran terbabit dan tidak mahu berbuat demikian maka pengadu mencari helah atas isu ini. Sedangkan pengadu sendiri pun tinggal dikawasan yang dikatakan Tanah Rezab Melayu itu. Satu sisatan yang terperinci akan dijalankan untuk bongkar permasalahan yang berlaku ini].

Hakim 'Tolak Permohonan' Peneroka Halang KPF Melupuskan Ekuiti Dalam Felda Holdings Berhad Kepada 'Felda Global Venture Holdings' (FGVH) !!

Posted: 01 Apr 2012 11:33 PM PDT

KUANTAN, 2 April - Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini menolak keputusan injunksi yang dipohon oleh lapan peneroka Felda di Pahang bagi menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH). Peguam Mohd Haris Abdullah (foto) yang mewakili kumpulan peneroka itu, ketika ditemui pemberita berkata Hakim Dato' Mariana Yahya membuat keputusan itu setelah meneiliti hujjah daripada kedua-dua belah pihak. "Injuksi telah ditolak atas beberapa alasan iaitu pertamanya; mesyuarat yang diadakan pada 22 Februari hanya mengatakan bahawa satu perbincangan akan diadakan. Ia tidak mengatakan bahawa satu keputusan akan dibuat. Bukan seperti mana mesyuarat yang telah diadakan pada 5 Januari lalu. Mesyuarat pada tarikh itu (5 Jan) mengatakan KPF akan meluluskan usul untuk memindahkan ekuiti. Tapi dalam mesyuarat pada 22 Februari (22/2) hanya perbincangan saja. Jadi mahkamah kata apa isu kita nak larang, takkan kita nak larang orang berbincang, melainkan kalau agenda dia sama seperti pada 5 Januari maka kita boleh larang mereka lakukan perkara tu. But the problem is ... that is no agenda ti transfer the equities .. bermakna permohonan kita ni .. pra matang (pre-matured) .. belum ada lagi cadangan untuk lupus. Cadangan pertama dah dibatalkan, cadangan kedua ni tak ada lagi.. baru nak bincang boleh ke tak boleh. Kalau kita buat keputusan boleh, mungkin kemudian dia akan buat mesyuarat untuk dapatkan resolusi untuk lupuskan benda tu belum berlaku .. so mahkamah tak boleh buat anggapan mengatakan benda tu akan berlaku dan larang sekarang", kata peguam Harris. Sementara itu, beliau turut menjelaskan faktor kedua yang menyebabkan Hakim menolak permohonan tersebut ialah kerana penyataan bahawa perlupusan aset KPF bernilai RM3.13 bilion itu tidak disokong dengan bukti-bukti yang kukuh.






"Maksudnya sekarang ini, apa yang dikatakan itu kita perlu dapatkan laporan daripada Felda. Kita "handicap" di situ ... so tak dapat. Kalau ada pun ianya under OSA (Akta Rahsia Rasmi). Macam mana kita nak ketengahkan kalau kita ada pun. Lepas tu kalau kita ada kita akan ditangkap. Keduanya, dia (Felda) tak kan bagi... the result.. semua itu terhad, sulit dan diklasifikasikan dibawah ISA. Sedangkan report pun telah dibuat oleh Felda. So, bermakna kalau tindakan kita mahu buktikan kenyataan itu memang kita tak dapat buktikan. So bermakna sekarang ini apa yang kita buat (permohonan) kita hanya bersandrkan kepada spekulasi dan khabar angin, sebab kita tak dapat buktikan. Tapi saya tak salahkanlah dengan peneroka yang bawa kes tuu.. sebab mereka pun tak dapat.. tapi kita tahu benda tu akan berlaku. Hanya kini kita tak dapat buktikan apa yang akan berlaku", kata beliau. Faktor ketiga dan terakhir yang menyebabkan hakim menolak permohanan tersebut ialah hakim berpendapat bahawa mahkamah bukanlah forum yang betul untuk memutuskan isu tersebut. "Di bawah Seksyen 82-2 Akta Koperasi mengatakan bahawa kalau ada perjalanan mesyuarat atau pun perniagaan yang tidak betul dalam mana-mana koperasi maka Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang ada kuasa. SKM jer berkuasa bukan mahkamah. Lagi sau dibawah Seksyen 47 Undang-Undang Kecil Persatuan mengatakan bawahan Lembaga Pengarah kalau dia tersilap langkah atau merugikan dia punya ahli maka dia harus bertanggungjawab tanpa sebarang liabiliti. Bermakna kalau apa-apa berlaku kepada peneroka, kita "attack" Lembaga Pengarah.. kemudian bukan sekarang. So itulah alasan-alasan yang telah diberikan oleh hakim untuk menolak permohonan. Apa yang kita akan buat selepas ini, kita akan bagi tahu kemudian. Kita akan berbincang dulu sebab taks empat nak bincang. Sama ada kami akan merayu keputusan ke Mahkamah Rayuan atau pun kami akan "stop" di sini, akan diputuskan kemudianlah", tambah Harris lagi dalam sidang medianya selepas perbicaraan tersebut.


Dato' Zainal Hassan beramah mesra dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
calon PAS yang menewaskan beliau semasa PRU-10 lalu di DUN Jengka

[Kira-kira 100 orang penyokong telah sama-sama hadir bagi mendengar keputusan tersebut pagi tadi. Turut hadir di Mahkamah Tinggi Kuantan pagi tadi ialah Ahli Lembaga Pengarah KPF yang dipecat dari Felda Holdings Berhad iaitu Dato' Zainal Hassan. Beliau yang juga merupakan bekas ADUN Jengka (4 penggal) dan sempat menjadi Exco Pahang sebelum Pilihanraya Umum Ke-10 tahun 1999 lalu turut beramah mesra dengan Pesuruhjaya PAS Pahang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang menewaskannya ketika itu. Turut kelihatan ialah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan At-Tantawi, Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Mazlan Aliman (Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan) serta wakil peneroka dari Felda Cahaya Baru Johor dan Felda Labu Sendayan Negeri Sembilan. Turut kelihatan ialah beberapa orang bekas kakitangan Felda yang sudah bersara serta kini membongkarkan penyelewengan oleh agensi terbabit].

Tiada ulasan: