Muslimeen United |
- GAMBAR TERKINI DARI DATARAN MERDEKA
- Keahlian UMNO: Abd Aziz Cawangan Sri Ampang Baru, Wan Ahmad Caw. Kubang Bunggor
- Hadir Bersih 3.0 bukti rasa cinta kepada negara
- Lagu BERSIH terus berkumandang
- Pandai betoi Mat Sabu bukak cerita..
- 50,000 mahasiswa akan sertai Bersih 3.0
- BN Sah Keluar Dari Putrajaya Jika Polis Teruskan Tindakan Halang BERS✔H 3.0
- DBKL, polis ‘kepung’ Dataran Merdeka, mahasiswa berhujan
GAMBAR TERKINI DARI DATARAN MERDEKA Posted: 27 Apr 2012 09:32 AM PDT Suasana terkini di Dataran Merdeka menjelang himpunan duduk bantah Bersih 3.0 esok... Beranikah Najib nak membubarkan Parlimen dalam tempoh masa terdekat ini diketika rakyat jelata nak menunjukan signal terhadap pemerintah.... |
Keahlian UMNO: Abd Aziz Cawangan Sri Ampang Baru, Wan Ahmad Caw. Kubang Bunggor Posted: 27 Apr 2012 09:29 AM PDT Sahih! Aziz Yusof DAN Wan Ahmad SPR Ahli Umno! Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan butiran keahlian Umno dua pemimpin paling penting dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan Pengerusi, Abdul Aziz Yusof dan timbalannya, Wan Ahmad Wan Omar. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, Abdul Aziz menjadi anggota cawangan Sri Ampang Baru (bahagian Ampang) manakala Wan Ahmad pula di cawangan Kubang Bunggor (Pasir Mas) di Kelantan. Nombor keahlian keanggotaan turut disertakan dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini. "Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan 'non-partisan'. "Ternyata pengerusi dan timbalan pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno...," kata Saifuddin. Saifuddin semalam dilaporkan mencabar kedua-dua orang kuat SPR itu supaya menafikan menganggotai parti Umno atau beliau akan mendedahkan butiran keanggotaan mereka hari ini. Katanya, anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak. Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga menegaskan bahawa kepercayaan awam syarat tonggak dalam kriteria pelantikan seseorang anggota dalam SPR. "Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang ialah segera meletak jawatan," kata Saifuddin. Pengakuan Aziz, Wan Ahmad Sementara itu, Sinar Harian hari ini memetik Abdul Aziz sebagai berkata beliau tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut. "Saya tak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an," katanya. Manakala Wan Ahmad pula terus terang mengaku pernah menjadi ahli Umno tetapi tidak pernah hadir sebarang aktiviti dan mesyuarat parti serta "tidak pernah mengambil tahu". "Kakitangan awam tidak dibenarkan aktif dalam mana-mana parti. Sekiranya mahu aktif, mereka perlu lepaskan jawatan dipegang," beliau dipetik sebagai berkata. Kedua-dua mereka berkata sentiasa telus menjalankan amanah dan tidak pernah berat sebelah. Wan Ahmad juga menyatakan hasrat bertemu Saifuddin bagi mengetahui motif pemimpin pembangkang itu. PKR dedah nombor keahlian UMNO Pengerusi dan Timbalan SPR 'Kalau ahli Umno, apa dibuat pasti untuk Umno' Hukum kebenaran dan keadilan terdedah lagi. Sunggguh tidak bermaruah Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR INI. Mereka tahu bahawa selama ini mereka ahli UMNO tetapi sanggup untuk memegang jawatan yang mengkehendakkan seseorang bebas dan berkecuali seperti SPR. Dan kerajaan UMNO sebagai parti yang sentiasa menipu rakyat. Selain SPR, UMNO juga pernah melantik bekas Peguam UMNO sebagai Ketua Hakim Negara. Justeru itu menumbangkan kerajaan UMNO BN itu WAJIB. -GB |
Hadir Bersih 3.0 bukti rasa cinta kepada negara Posted: 27 Apr 2012 04:14 AM PDT KUALA LUMPUR, 27 April: Kehadiran dalam perhimpunan Bersih 3.0 esok adalah bukti rasa cinta kepada negara, tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar). Beliau juga menyeru semua rakyat yang cintakan negara agar tidak mempedulikan tindakan kerajaan Umno yang tidak membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka. Bagi Mohamad, tidak pelik sama sekali jika kerajaan Umno tidak membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka dan sebab itulah perhimpunan tersebut mesti diteruskan. "Kalau kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) benarkan perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, itu pelik. "Kalau dia tak benarkan, itulah Malaysia di bawah BN (Barisan Nasional)," katanya. Dan atas sebab yang sama jugalah perhimpunan sedemikian mesti diadakan terus-menerus bagi memastikan pilihan raya yang bersih dan adil akhirnya menjadi kenyataan supaya Malaysia yang tertindas dapat dibebaskan, kata beliau. "Kalau tidak berhimpun dan berhimpun lagi, jangan mimpilah pilihan raya yang adil dan bersih akan diadakan di negara ini. "Selagi pilihan raya tidak adil dan tidak bersih, tidak ada harapan sama sekali untuk melihat Malaysia yang tertindas dapat dibebaskan," katanya. Mohamad yakin rakyat yang waras tidak sanggup lagi melihat negara ini berada di bawah BN yang bukan sahaja tidak henti-henti menyembelih kebebasan rakyat malah semakin ditakuti akan menyebabkan negara ini bankrap. "Tengoklah bila Najib pegang Felda, rizab tunai Felda tinggal RM1.35 bilion sahaja tahun ini dan berhutang pula RM6.5 bilion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). "Srdangkan sebelum Najib pegang, Felda ada rizab tunai sehingga RM4.5 bilion dan tak ada hutang. "Bayangkanlah apa akan terjadi pada negara ini jika Najib dan Umno terus perintah," katanya. Keadaan sedemikian, kata Mohamad, hanya boleh diubah dengan pilihan raya yang adil dan bersih. "Sebab itulah hadir ke perhimpunan Bersih 3.0 adalah adalah tanda dan bukti rasa cinta kepada negara ini supaya penindasan serta pemunggahan kekayaan negara dapat dihentikan," katanya Perhimpunan Bersih 3.0 esok akan mengulangi tuntutan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula memasang penghalang di sekeliling Dataran Merdeka sekitar jam 2.30 pagi tadi - lebih tiga jam sebelum arahan awal dikuatkuasakan. Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menyifatkan keputusan untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai isu keselamatan. Beliau berkata, polis patut campurtangan membantu DBKL bagi menegakkan undang-undang. -Hrkh |
Lagu BERSIH terus berkumandang Posted: 26 Apr 2012 11:12 PM PDT Pelbagai lagu terus dicipta dan dikumandangkan menjelang perhimpunan menuntut pilihan raya BERSIH dan adil di Kuala Lumpur esok. Selepas Tears for Malaysia (air mata untuk Malaysia) ciptaan Michelle Hoo – penyokong BERSIH daripada Johor – mencuri tumpuan, satu lagu gubahan kolumnis, aktivis dan pemantau pilihan raya juga mula meniti di bibir peminat. Didendangkan pertama kali pada ceramah pengiraan detik 10 hari BERSIH di Kampung Baru pada 21 April lalu, Amin Iskandar tampil dengan Mentari Kuning Menyalalah. Lagu itu ternyata mempunyai melodi indah yang santai untuk mereka yang mendengarnya buat kali pertama. Namun, jangan tertipu dengan semua itu kerana bait-bait liriknya sarat dengan mesej untuk meniup semangat peserta BERSIH hujung minggu ini. Kita laungkan BERSIH belantan perisai baja, siapakah akan gentar bila Tuhan bersama kita. Menurut Amin Iskandar atau lebih dikenali sebagai "Black", lagu itu penzahiran kepada pengalamannya yang terlibat dengan dunia aktivisme politik dan sosial sejak lebih 10 tahun lalu. Beliau terlibat secara langsung dengan Institut Kebangsaan untuk Ketelusan Pilihan Raya (NIEI) yang memantau perjalanan pilihan raya negara lain selaku pemerhati bebas. "Lagu itu saya cipta berdasarkan pengalaman melihat bagaimana dunia berhadapan dengan masalah pilihan raya," katanya yang pernah memantau perjalanan pilihan raya beberapa negara di Asia Tenggara. Tiup semangat juang Mendapat ilham dari pengalaman sendiri, Black percaya pilihan raya bebas kemestian yang harus diperjuangkan setiap warganegara Malaysia. "Saya melihat sendiri bagaimana mereka (negara lain) berjuang untuk mendapatkan pilihan raya bebas," kata Black. Beliau berharap lagu ciptaannya itu mampu meniup semangat juang ke dalam jiwa mereka yang turun berhimpun esok. "Lagu itu curahan hati saya dan kalau ia dapat difahami orang lain, itu lebih baik," katanya lagi. Kini, lagu itu diedarkan dalam bentuk CD yang boleh diperolehi menerusi derma amal sebanyak RM5 melalui pengedar atau tempahan melalui lamanweb www.aminiskandar.net Hasil jualan CD lagu itu disalurkan semula kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah kumpulan anak muda yang turut giat mempromosikan himpunan BERSIH 3.0 ke seluruh negara. Kemunculan 'single' Mentari Kuning Menyalalah itu mengiringi beberapa lagu lain seumpamanya dalam pelbagai bahasa yang dimuatnaik ke laman perkongsian video Youtube. -M'kini Tonton video 4.02 minit |
Pandai betoi Mat Sabu bukak cerita.. Posted: 26 Apr 2012 05:31 PM PDT 'Filem Altantuya, Scorpene' dan 'kerjasama' Najib KUALA LUMPUR: "Filem Altantuya" akan turut siap jika "kerjasama" Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan siapnya "filem Scorpene", kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. "Rasa takut yang ditunjukkan dengan begitu ketara oleh Najib dan kerajaannya terhadap perbicaraan mahkamah mengenai urusniaga kapal selam Scorpene hakikatnya adalah suatu "kerjasama" yang akan menyebabkan terbongkarnya pelbagai isu yang tersembunyi dari pengetahuan rakyat dalam pembelian kapal selam tersebut. "Sikap Najib dan kerajaannya hakikatnya membantu menyiapkan 'filem Scorpene'," katanya. Jika sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan "filem Scorpene" disiapkan, Mohamad yakin "filem Altantuya" juga akan turut disiapkan sekaligus. "Saya pernah kata, kalau mahu 'filem Altantuya' yang tiada kesudahan itu disiapkan, pastikan Pakatan Rakyat (PR) menjadi kerajaan dalam pilihan raya akan datang. "Nampaknya mungkin filem itu akan siap lebih awal lagi dengan ketakutan luar biasa yang ditunjukkan oleh Najib dan kerajaan terhadap perbicaraan di mahkamah Perancis yang akan membicarakan kes bayaran komisen tidak sah dalam penjualan kapal selam itu. "Jika PR dipilih menjadi kerajaan, saya percaya Najib akan menerima anugerah kerana kehebatan filem Altantuya itu," kata beliau. Sebelum ini, banyak media luar negara yang mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan urusniaga kapal selam Scorpene. Najib sebelum ini enggan menjawab soalan wartawan mengenai perbicaraan di mahkamah Perancis itu dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi pula berkeras tidak mahu hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan itu. "Sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan rakyat sudah mula mempersoalkan apa yang mereka takut sangat sehingga seolah-olah lari lintang pukang dari kes yang dibicarakan itu," kata Mohamad. Beliau yakin, jika tidak ada sebarang perkara yang ditakuti, sudah tentu "berdegar-degar" Najib menjawab panjang lebar soalan wartawan mengenai perkara itu seperti yang biasa dilakukannya dan menteri penggantinya di Kementerian Pertahanan pula tidaklah terlalu ketara mahu melarikan diri perbicaraan di mahkamah Perancis itu. "Orang Melayu kata berani kerana benar, takut kerana salah," kata Mohamad. Dalam laporannya, Malaysiakini mendakwa, siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia antara lain melibatkan transaksi dengan syarikat berpangkalan di Hong Kong, iaituTerasasi (Hong Kong) Ltd. Antara pegawai penting syarikat tersebut ialah Abdul Razak Baginda, yang dilihat sebagai orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Laporan itu juga mendakwa, siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) itu disalurkan melalui Terasasi kepada Najib, yang menjadi Menteri Pertahanan dan juga Timbalan Perdana Menteri ketika dua kapal selam Scorpene itu dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.-Hrkh |
50,000 mahasiswa akan sertai Bersih 3.0 Posted: 26 Apr 2012 05:24 PM PDT Sejak pengumuman secara rasmi dibuat oleh pihak Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) tentang penganjuran himpunan Bersih3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka, bermacam-macam respons dibuat oleh pelbagai pihak. Kini, hanya berbaki kurang 1 hari 20 jam 30 minit untuk acara itu berlangsung dan respons-respons itu masih berterusan. Di pihak Pakatan Rakyat (PR), dari Ketua Pembangkang sehinggalah kepada ahli dan penyokong bawahan, semuanya menyatakan sokongan dan memberi komitmen penuh untuk menjayakan siri ke-3 himpunan seumpama itu sejak ia diadakan buat kali pertama pada tahun 2006. Sikap Kerajaan Malaysia yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, atas semangat 'menghormati' Akta Himpunan Amam 2011, memberi reaksi yang sangat berbeza berbanding ketika penganjuran Bersih 2.0, awal-awal lagi mengumumkan tiada halangan untuk himpunan itu diadakan. Malangnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak bersikap 'proaktif' sebagaimana KDN dalam mendepani permohonan daripada pihak Bersih. Barangkali juga KDN dan DBKL sedang bermain wayang. Ketegasan Bersih untuk tetap berhimpun di Dataran Merdeka menyebabkan Bersih dan penyokongnya dilabel sebagai degil dan didakwa cuba mendoktrin rakyat Malaysia untuk tidak menghormati perlembagaan negara serta tidak menghargai keamanan yang sedang dinikmati kini. Media (TV3, Utusan Malaysia) pula mengambil posisi terpenting untuk mempengaruhi persepsi seluruh rakyat Malaysia. Kenyataan penuh dan 'bersuara' oleh beberapa orang menteri, agamawan, ilmuan dan rakyat disiarkan setiap hari untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa himpunan Bersih 3.0 adalah haram, akan mengancam keselamatan negara, mengganggu kehidupan warga ibu kota, doktrin sesat pembangkang dan tidak rasional. Tidak lain tujuannya melainkan untuk menjatuhkan political mileage lawan politik kerajaan atau sekurang-kurangnya mengurangkan sokongan dan kehadiran rakyat ke Bersih 3.0. Mahasiswa selaku kunci penting dalam pembinaan dan pembangunan masa depan Malaysia juga pasti punyai pendirian. Mahasiswa Generasi Y adalah mahasiswa yang berfikir dengan akal, berbicara dengan fakta, mendengar dengan cakna dan memerhati dengan bijaksana pasti akan berekspresi secara rasional. Penilaiannya adalah bukan soal BN atau PR, kerajaan atau pembangkang. Tetapi asas pertimbangan mahasiswa adalah kebenaran dan keadilan, lebih-lebih lagi dalam soal proses pemilihan kepimpinan negara yang menjadi penentu kepada substance pembinaan dan pembangunan negara pada masa hadapan. Jika silap langkah, padah! Jika betul, bertuah! Saya yakin dan percaya, serta memberi jaminan bahawa tidak kurang 50,000 mahasiswa dan anak muda akan menyertai himpunan Bersih 3.0 pada hari Sabtu ini. Penulis ialah Pengerusi Inspirasi Anak Muda Malaysia (Inspirasi) dan Naib Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). |
BN Sah Keluar Dari Putrajaya Jika Polis Teruskan Tindakan Halang BERS✔H 3.0 Posted: 26 Apr 2012 05:19 PM PDT Polis ulangi langkah halang BERSIH 3.0 dengan perintah mahkamah? Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menerima khabar bahawa polis telah mengulangi langkah memohon perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan BERSIH 3.0, yang bakal berlangsung pada 28 April 2012. Di samping itu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein bersikap keras untuk memberi amaran kepada BERSIH, bahawa polis akan mengambil tindakan yang perlu seandainya penganjur meneruskan niat mereka untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April. Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Wong Chin Huat menulis dalam laman sosial Facebooknya, bahawa polis telah memperolehi perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan Duduk Bantah BERSIH 3.0. Ketika dihubungi MerdekaReview, Wong Chin Huat berkata pihak polis telah meminta media cetak utama untuk menyediakan ruang iklan, agar menyiarkan senarai nama orang yang diharamkan untuk berada di lokasi perhimpunan. Bagaimanapun, Wong Chin Huat menghubungi MerdekaReview kemudiannya, bahawa polis tidak sempat untuk memperolehi perintah mahkamah, agar senarai tersebut boleh disiarkan pada hari esok. Sebagaimana yang diketahui, berbeza dengan 91 nama yang terkandung dalam belasan helai kertas A4, senarai kali ini hanya memuatkan tiga helai kertas A4. Pada 7 Julai 2011, pihak polis berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 orang daripada memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur, termasuk Pengerusi BERSIH Ambiga S, Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim dan lain-lain. Senarai tersebut juga disiarkan di media pada ketika itu. Ketua Polis Negara Ismail Omar gagal dihubungi setakat ini untuk mengulas khabar ini. Tindakan perlu jika perhimpunan di Dataran Merdeka Di samping itu, menurut laporan BERNAMA, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein berkata polis akan mengambil tindakan perlu daripada aspek keselamatan sekiranya penganjur tetapi berdegil untuk meneruskan niat mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini. "Kita sudah bertolak ansur dan telah memberikan alternatif kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan di tempat lain.. jika mereka berdegil jadi terserah kepada polis (untuk ambil tindakan perlu)," kata Hishammuddin Hussein (gambar kiri). Beliau berkata polis bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak. "Saya harap pihak penganjur dapat berhimpun di tempat alternatif yang ditawarkan atas semangat transformasi politik dan perubahan yang dilakukan kerajaan, jadi semua pihak perlu menyumbang ke arah pembinaan demokrasi sihat dan matang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ditanya apakah tindakan yang mungkin akan dilakukan polis sekiranya perhimpunan yang dianjurkan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu tetap diadakan di Dataran Merdeka, Hishammuddin berkata "ia bergantung kepada tindakan pihak penganjur". Katanya polis juga sudah diarahkan bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan berdasarkan kepada pengalaman berdepan perhimpunan sebelum ini. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini menolak permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat dan menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif. Hishammuddin berharap pihak penganjur dapat menerima tempat yang ditawarkan kerana mereka masih mempunyai masa untuk menukar lokasi perhimpunan itu. -MR Tajuk Yang GB gunakan: BN Sah Keluar Dari Putrajaya Jika Polis Teruskan Tindakan Halang BERS✔H 3.0 Apabila kezaliman diulangi dan bermaharajalela, itu PETANDA JELAS bakal tumbangnya kerajaan UMNO BN. Itu sunnatullah. Salah satu sebab yang menyumbang kepada tumbangnya kerajaan Pusat UMNO BN nanti adalah kerana kezaliman mereka menganiaya rakyat sendiri yang mahu berhimpun secara aman... Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya bahawa yang zalim pasti akan menerima balasannya. Allah tidak akan mengizinkan kerajaan yang zalim itu kekal lama. Bacalah Al-Quran. Di sana ada kisah-kisah pemerintahan Namrud dan Firaun yang zalim. Ada kisah Abu Lahab dan Qarun yang tamak haloba. "Baca" juga di sekeliling kita, tumbangnya Marcos di Filipina dan Thaksin di Thailand adalah kerana kezaliman dan salahguna kuasa. Begitu juga halnya di timur tengah seperti Syria dan Tunisia. UMNO BN juga pasti tumbang. Itu keyakinan kita. Itu keyakinan orang beriman. Itu keyakinan pejuang kebenaran dan keadilan! -GB |
DBKL, polis ‘kepung’ Dataran Merdeka, mahasiswa berhujan Posted: 26 Apr 2012 05:18 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)dengan dibantu polis 'mengepung' Dataran Merdeka dengan menutup semua laluan masuk mulai jam 3.30 pagi ini. Menggunakan beberapa trak, penguatkuasa DBKL mengosongkan dataran itu dan meletak penghalang (barricade) serta menghalau semua yang berada di lokasi perkhemahan. "Kami berhujan di dataran sekarang, DBKL mula mengusir kami beredar," tulis Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang di twitter sekitar jam 4 pagi ini. Selain itu, kenderaan yang diletak di kawasan berhampiran juga diarah meninggalkan kawasan berkenaan. Bagaimanapun, mahasiswa dan orang ramai yang kemudian berkumpul di tengah jalan utama berdepan dataran itu, tidak berganjak biarpun hujan lebat. -KD |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan